Perlukah nutritional supplements?

09 June, 2009

Mungkin setengah orang tidak ambil berat mengenai pemakanan tambahan @ supplements. Ada juga yang mempunyai tanggapan ia boleh menaikkan berat badan . Tak kurang yang prejudis dengannya dengan alasan "itu marketing strategi promoter "terutama bagi supplements yang dijual oleh company MLM. Bagi saya itu semua terpulang pada pengalaman setiap orang.
Sejak kecil memang saya didedahkan dengan makanan tambahan. Pada masa itu ( pertengahan 80 an) kami adik beradik setiap pagi beratur di hadapan mama untuk makan Scott Emulsion sebelum mama dan papa pergi bekerja. Mama dan papa juga setia dengan vitamin setiap hari (Masa tu mama dealer product A****. Tapi sekarang saya bekalkan mereka dengan U****). Alhamdulillah di usia melewati 50 tahun mereka masih sihat dan tidak terikat dengan sebarang jenis ubat dari doktor.

Pendapat saya kenapa kita perlukan supplement

Studies reveal that most of our foods are so depleted in the appropriate nutrients. For example , orange, high in vitamin C. Tapi cuba fikirkan berapa lama masa diambil untuk sampai ke Malaysia, cara pengendalian semasa shipping process dan cara pengendalian semasa di pasaraya. Furthermore, most of the vegies at the market are exposed to pesticide ( sebab tu cantik je rupa sayur-sayur tu..takde lubang ditebuk ulat. Nak beli organic vegies tak semua tempat jual ). Itu belum dikira nutrient losses due to cooking, freezing and canning of fresh foods. (masak sayur sampai lembut supaya senang nak dikunyah..huhuhu). Kalau kita jenis masak sendiri for all meals alhamdulillah ..bolehla memilih barang-barang basah yang terbaik..Tetapi rasa-rasanya paling kurang setiap hari 2 meals (breakfast and lunch) kita makan di luar. Jadi fikir-fikirlah sendiri apa yang tinggal untuk tubuh kita. Kalau asyik memikirkan kesan dan akibatnya, alamatnya tak berani nak makan. Tapi kalau tak makan, perut pulak menyanyi sampai orang sebelah pun boleh dengar semasa meeting.



Jadi saya yang tembam@ sedang berusaha menguruskan badan ini selepas bersalin ini tetap mengatakan Ya pada supplement. Supplement tak buat saya gemuk. Ia buat saya bertenaga nak turun naik tangga di pejabat, berjalan 1km+ dari parking ke lecture hall (gara-gara limited parking lot di UiTM ni) dan menguruskan rumahtangga suami dan anak-anak (I'm not a super woman, but I alwiz try my best). Yang buat saya sukar nak turunkan berat badan ialah ialah roti canai yang crispy, donut big apple yang yummy , nasi lemak kukus dgn ayam rempah dan hidangan yang enak-enak di cafeteria
Your challenges are to find the supplements that halal (periksalah sijil halal terutama product dari oversea) , safe ( follows GMP for pharmaceuticals ), and best suited to your needs (contain balanced spectrum of nutrients and antioxidants to help counteract poor nutrition and free-radical damage).
My two cents is that you should consider taking supplements
* Entry ini ditulis kerana ada orang menegur saya bila kotak supplements terjatuh dari handbag semasa membayar di cafe tadi. Mujurlah kotak tu ketat . Jika tidak berciciran vitamin-vitamin ku di lantai.

2 comments:

Sue said...

salam yati.. betul tu. supplement mmg amat penting lagi2 kita yg dah beranak2 ni. sue da lama sgttt x amik any supplement. dulu kalau amik pon utk tambah tenaga mcm minuman serapat wangi. skang ni rasanye mmg nak kena minum balik la sbb mudah letih lagi2 bila balik keje... kalau pil2 tu mmg amat susah tekak ni nk masuk. tu sebab pil perancang pon tak terusik lagi.. ehehe

hayatizain said...

betul tu sue. Tak kisahla supplement modern ke tradisional ke ..yang penting badan kita sihat tak letih-letih