Tak kenyang ?

06 June, 2009

Alhamdulillah Aqil dah kenyang

Petang semalam ada seorang kawan lama saya yang sedang berpantang anak pertama menelefon. Stress je bunyi suaranya. Lama jugak kami berbual. Yang pastinya berkisar tentang anak masing-masing. Satu isu yang dia utarakan, anaknya tak kenyang minum susu badan ..tidur sekejap dah bangun melalak...perut tak kembung, badan tak demam. Dia stress sebab semua orang suruh campur dengan FM sedangkan dia bercita-cita nak breastfeed exclusively. Lama juga kami bersembang sebab saya juga mempunyai masalah yang sama dengan Aqil dulu. Hampir give up nak campur dengan FM. Yelah orang selalu cakap baby boy ni "kuat makan". Alhamdulillah dalam keadaan stress itu saya masih sempat surf internet mencari penyelesaian. Maklumla pengalaman pertama menjadi ibu. Ilmu tentang breastfeeding saya juga terlalu kurang. Masa tu interest saya pada peralatan (pakaian etc) baby yang cute-cute (perut dah sarat pun masih ligat shopping). For me breastfeding is a natural process. Everything will going smoothly. Selepas melahirkan anak baru terkial-kial nak membaca dan mengutip ilmu setelah "natural process" menghadapi satu demi satu dugaan (Kalau nak tulis banyak sangat. I'm sure most of the mother that breastfeed their baby experience the same thing).Dari pembacaan barulah saya tahu tentang kewujudan "foremilk" dan "hindmilk". Secara ringkasnya >

"Foremilk is the milk (typically lower in fat) available at the beginning of a feeding; hindmilk is milk at the end of a feeding, which has a higher fat content than the foremilk at that feeding"

<


Pic taken from google image. The left hand sample is foremilk, the watery milk coming from a full breast. The right hand sample is hindmilk, the creamy milk coming from a nearly empty breast.


Patutlah Aqil asyik terjaga dan menangis walaupun baru 15 minit tidur. Dia tak kenyang. Selalunya selepas 10 minit menyusu dia dah tertidur. Maklumlah sedap dipeluk dan mendengar denyutan jantung mama. Mungkin rasa seperti di dalam perut dulu. Bila dia dah tidur di pangkuan, mama yang cetek ilmu ni terus letak di atas katil. Bila kehangatan pelukan mama dah hilang , ditambah perut yang belum kenyang, melalak lah hero seorang ni.

Melalui pembacaan saya cuba praktikkan cara ini. Setiap kali dia tertidur saya akan cuit-cuit pipi dan dagunya. Dia pasti bangun, menyondol-nyondol mama, menyusu dan tertidur semula. Saya buat berulang kali sehingga dia tidak lagi memberi respons bila dicuit (dah kenyang, senang hati barulah boleh tidur). Alhamdulillah dia akan tidur 2-3 jam sebelum bangun untuk next feeding.


So, good luck and all the best to ibu Qais. Jangan tension2 dalam pantang ni (hehehe..aku dulu pun tension jugak..siap menangis-nangis). Cubalah dulu cara ni..kalau still tak berjaya kita cuba cara lain. Memberikan yang terbaik untuk permata hati memang banyak dugaan dan perlukan usaha yang berterusan.


* In my opinion internet connection sangat penting di kala berpantang. So ibu-ibu yang nak berpantang di kampung kalau rasanya kawasan tu ada signal broadband, bawakla modem dan laptop anda bersama. Kalau takde signal, before bersalin save artikel on breastfeeding banyak2. Tapi........ bergantung pada penerimaan mak anda @ nenek baby jugak juga. Masa Aqil dulu mama selalu bising bila saya menghadap internet (walaupun baby tengah tidur). Katanya pantang orang tua-tua membaca semasa pantang. Nanti mata cepat rabun. Tapi bila berpantang Dini baru-baru ni dia tak kisah pulak saya menghadap internet :)

0 comments: