Tupperware Turbo Chopper

08 September, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

First and foremost, Salam Aidilfitri kepada semua. Tak sempat nak buat entry sebelum raya gara-gara busy packing nak balik kampung.

So this will be my first entry for Syawal. Just to be clear, this is not a sponsored post ye. Cuma teruja nak share something. Yes...I really love to buy kitchen gadgets  especially yang betul-betul menolong for my food preparation.. Tak dapat handbag baru or kasut baru tak pe.  Tapi kalau ada gadgets yang berkenan di hati tak dapat boleh terbawa-bawa dalam mimpi.

It's all began during Ramadhan (phone conversation between me and my mom@opah)

My mom : Turbo chopper merah dalam katalog baru tu bagus. Tadi mama tengok chef demo dekat stokis.(seperti biasa sharing session from my mom after dia balik dari party tupperware)
Me : Erm...tapi macam mahal je. Tak berbaloi kakti nak beli. Kat rumah ni dah ada 2 blender (eventhough I'm a dealer takdela semua barang dalam katalog tu nak beli)
My mom : Chopper tu tak boleh ganti blender tapi boleh ganti lesung batu. Takdela nak kena handle lesung batu yang berat tu.
Me :erm...ic (still tak dapat nak bayangkan fungsi dia)
My mom : Mama dah beli satu. Balik raya nanti boleh cube
Me :ooooooooooo..okkkkk.

Balik Taiping raya ketiga dapatlah cube chopper baru my mom. Alhamdulillah memang sangat membantu dalam penyediaan makanan Durra (my 11 months baby). Setiap hari sebelum keluar beraya mama sediakan fresh food for Durra. Durra ni memilih sikit macam abang Aqil dia dulu. Kalau nestum baby tu sorrylah dia nak makan. Dia buat main sembur2 kat muka kita.
 
Antara makanan yang mama sempat masak masa di Taiping guna Tupperware Turbo Chopper ialah pumpkin and dates puree, baby pasta wih veggies soup, sambal kicap, bihun goreng udang kering and nasi goreng kampung.

Balik ke Subang terus angau teringatkan si merah chopper tu. Setelah difikir-fikirkan mama pun belilah satu untuk diri sendiri. Harap benar-benar membantu dalam menyediakan makanan untuk keluarga tersayang..



My Tupperware Turbo Chopper



Description pada kotak (malas nak type balik..hehehe)

First meal yang mama masak guna turbo chopper ni ialah bihun sup bebola ayam. Sebelum ni kalau buat sup mama suka tumbuk bawang merah dan bawang putih. Walupun berat nak handle lesung batu tu tapi ku rela jua sebab nak bagi bawang tu hancur. Tapi kini tidak lagi



Sebelum. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Kemudian silalah tarik tali di sisi chopper tu (gambar sedang menarik tak dapat disertakan. Nanti mama letak video demo di bawah ye)


Selepas. Dah hancur. Boleh adjust sendiri nak halus macam mana ye. Kalau rasa nak kasar-kasar tarik dalam 3-4 kali cukupla. Kali nak halus silalah tarik lama-lama sikit.





Lepas guna dinasihatkan basuh cepat-cepat letak dalam bekas untuk dikeringkan. Letak bekas tu tinggi2 di tempat yang kids tak dapat capai. Maklumlah warna merah ni memang menarik perhatian kanak-kanak. Berhati-hati bila basuh blades untuk mengelakkan tragedi berdarah. Bila dah kering kalau tak nak guna dalam masa terdekat boleh attach benda putih tu pada blades sebagai pelindung.
 
Di bawah ni ni video demo dari Tupperware




InsyaAllah mama akan cuba share masakan-masakan yang mama guna Turbo Chopper ni. Yang terdekat nak share CILI KICAP VERSI GORENG TAK PEDIH MATA (huhu nama kena vogue). Gambar dah ada dalam tablet ni. Tinggal nak transfer je.

Resepi yang telah di share
Puri ayam dengan keledek (baby food)
Sambal cili kicap
Coleslow ala KFC
Cucur udang bersayur


Jika berminat nak dapatkan Tupperware Turbo Chopper ni boleh email mama hayatizain@yahoo.com atau SMS ke 0125550314




0 comments: