Showing posts with label Jalan-jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan cari makan. Show all posts

Popeyes at Sunway Piramid

18 November, 2010

Last Sunday kami ke Sunway Pyramid. Mr Hubby nak tolong belikan notebook untuk kawan my FIL. Budak-budak ni macam biasala bukan main seronok bila berjalan dalam Digital Centre tu. Tunjuk sana..tunjuk sini..Aqil siap mintak nak netbook colour pink yang sungguh cantik...huhuhu..dia ingat harga RM10 je kot. Untuk mengelakkan kejadian-kejadian tak diingini seperti barang jatuh yang mungkin mengorbankan duit poket kami Mama bawa kids jalan-jalan keluar dari DC.

Mula-mula tengok orang main ice skating dari atas. Kids sangat enjoy tapi Mama GAYAT..huhuhu..Rasa macam pening-pening lalat. Jadi kami beralih ke spot yang lain. Kali ni kids main lampu pulak. Mujurla lampu-lampu ni boleh buat they all enjoy sambil menunggu papa. Kawasan lampu-lampu ni terletak di luar DC tu je. Yang budak-budak suka sebab lampu dia bertukar-tukar




Cubaan menangkap lampu

Bila dah settle kami pergi makan. Aqil seperti biasala..Nakkkkkkkkkkk KFC. Tapi oleh sebab kami lalu depan Popeyes dulu jadi teringin nak cuba. Sedap jugak..

Set ayam macam KFC. Tapi tak de bun. Yang macam bun tu dipanggil cookies. Mama suka sbb macam rasa rempah-rempah sikit


Coleslow Dini seorang yang habiskan. Kempunan kami yang lain nak rasa dia tak bagi. Nak beratur lain malas sebab ramai orang



Tengok ada menu seafood (fish and shrimp) dan juga nasi. Tapi kami tak cuba pun sebab nak makan sikit-sikit alas perut je masa teatime ni. Balik rumah nanti sure budak-budak ni nak makan nasi jugak.

Takeaway @ Ayam Penyet Wong Solo

09 November, 2010

Kemas-kemas folder tadi jumpa pic ni. Gambar ni rasanya ditangkap dalam bulan lepas. Mama dan kawan pergi ke Wong Solo Section 7 tapi meja semua PENUH..Malas nak tunggu kosong jadi kami takeaway. Sampai bilik sempat snap Mama punya set je sebab masing-masing dah kelaparan. . Mama order set nasi dengan empal sapi.


                                                       Packaging menggunakan kotak



Satu set dalam RM10.50 (kalau tak silap. Tapi tak lebih dari RM11). Ada 4 pilihan. Nasi dengan ayam bakar, ayam penyet, pecal lele (keli) atau empal sapi (daging). Setiap set sekali dengan air mineral kecil dalam cup.

hayatizain : Lain kali tak nak buat entry makan-makan tengah malam. Perut dah mula berbunyi-bunyi..huhuhu

Terasa kosong

14 June, 2010

Semalam parents, adik-adik dan anak sedara Mama bertolak pulang ke Taiping. Selepas mereka bertolak teratak dua tingkat kami terasa kosong. Bayangkanlah beberapa hari sebelum itu teratak kami dipenuhi dengan 9 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak. Sepanjang 4 hari mereka di sini,  Aqil dan Dini awal-awal pagi lagi dah bangun pergi ketuk 2 bilik tetamu. . Nak tidur malam pun kena paksa  sebab dua beradik ni  masih nak bergayut manja-manja dengan semua orang (Tutup lampu semua sampai gelap gelita. Terkebil-kebil dua budak ni tak puas hati. lama jugak baru tertidur ). Dari petang semalam Aqil dah mula merengek tanya Acu (my adik bongsu). Harap-harap hari ni dia makin OK selepas jumpa kawan-kawan di nurseri selepas ponteng nurseri dari Khamis lepas.

Khamis lepas kami semua sempat pergi ke cyberjaya untuk makan-makan. Sebenarnya ia lebih kepada Hari Ibu dan Hari Bapa celebration untuk my parents sebab opah (my mom) teringin nak makan makanan Arab. Pada mulanya Mama plan nak ke Al-Rawsha tapi saat-saat akhir tukar ke restoran Saba Cyberjaya sebab kami nak singgah Puchong melawat my cousin yang baru mendapat cahaya mata.

Sampai di Saba around 1.30 tengahari. Penuh tak de meja kosong. After 15 min baru kami dapat tempat duduk. Overall erm...sedih dan terkilan jugak nak cakap sebab food tak seperti yang dijangkakan (mungkin expectation saya terlalu tinggi sebab pernah makan yang lebih sedap). Malas nak komen banyak-banyak. Lain kali kalau my parents datang nak cuba  bawak ke Al-Rawsha dan D Tandoor pulak.




My HARI IBU celebration

13 May, 2010

Pagi-pagi Aqil kiss Mama and wish me "SELAMAT HARI MAMA" (of course dengan arahan dan script disediakan oleh Tuan director @ Papa). My  3 years old boy didn't understand anything and keep asking me "HARI NI BESDAY MAMA KE".


Posing gaya ultraman untuk Mama

Penat-penat orang sikatkan rambut dia, boleh dia tarik-tarik  nak cacak ke atas macam ultraman. Sungguh kuat pengaruh TV




Adik Dini yang kuat jealous

Dini mula-mula tak nak ikut arahan dan script dari Tuan director. Bila nampak Abang Aqil kiss and cium Mama dia dah mula jealous. Terus jerit "Maaaaaaa" (supaya kita bagi attention kat dia pulak).

Having lunch at Noodle Station Giant Kota Damansara. Hari ni Mama tak masak.



Wantan Noodle Soup with Chicken Meat Loaf and Egg

Suka makan kat sini sebab menu foods and drinks dia memang banyak. My kids pun suka makan noodle and soup (senang nak buat pilihan esp for Aqil yang sangat cerewet pasal makan).

Jalan-jalan sekejap je sebab Mr Hubby tengah pening serabut  nak viva Master on Tuesday (Alhamdulillah dah selesai semua).

A simple yet meaningful celebration (for me ).  Alhamdulillah syukur diberi rezeki untuk bergelar "Mama".

hayatizain : Setiap hari ialah hari ibu kerana setiap hari anak-anak berikan Mama penghargaan dalam pelbagai bentuk. Pelukan, ciuman, pujian masakan Mama yang tak seberapa, laporan pencapaian yang baik dari cikgu nurseri dan lain-lain. Terima kasih sayang...

Restoran Ayam Bakar Wong Solo Shah Alam

05 May, 2010

Lunch break tadi Mr Hubby datang ke UiTM sebab nak jumpa supervisor regarding his master project. Before tu Mama dan Mr Hubby sempat lunch date di Restoran Wong Solo, Section 7. Dekat je dengan gate UiTM Padang Jawa. Area situ ada Jakels and Ariani yang Mama tak sempat nak pergi lagi.

Kalau pergi kedai masakan Indonesia ni Mama sure cari air avocado. Tapi sungguh frust menonggeng sebab dah habis ( Iskkk..sape pulak yang belasah air avocado ni dari pagi. By lunch hour dah habis). Kami order personal set sebab takde set untuk 2 orang. Yang ada set untuk 3 orang dan ke atas (kalau bawak family). Mama order set ayam penyet. Mr Hubby set ayam bakar. Takde order apa-apa tambahan pun sebab nak rasa je dulu. Sempat curi-curi tangkap 2 pics je. Seganla ramai orang.

Di sini ada area makan duduk bersila tapi kami makan atas meja macam biasa. Kalau bawak Aqil dan Dini nanti bolehla duduk area ni


Ni Mama punya. Set ayam penyet. Ada tauhu, tempe, terung , sayur dan ayam. Tak lupa sambal kicap yang nyummy. Sekali jugak dengan air mineral kecil 220ml. Satu set ni RM10 lebih (tak ingat harga sebenar). Tengok dalam menu tu boleh jugak take away (ada packaging dalam kotak)

Tengah makan baru teringat nak snap pic..hihi

Nampaknya Mama ada satu lagi tempat makan yang masuk list untuk bawa opah  dan tokwan datang makan bila they all datang cuti sekolah nanti. Opah ada cakap teringin nak cuba makanan2 baru yang tak de kat Taiping bila datang sini nanti.
hayatizain : Satu jus tu nama jus poligamy (Minuman kontroversi ni). Mama baru dapat tahu yang jus tu kombinasi 4 jenis buah-buahan: avocado, betik, aprikot dan juga durian belanda.