Tupperware untuk hantaran?

17 February, 2011

Boleh ke?

Mestilah boleh. Apa salahnya kan. Lepas kahwin boleh guna.

Pernah ke orang buat??


Erm orang lain tak tahula. Tapi family Mama memang pernah buat. Dari Mama kawin (anak pertama) sampai my sister (anak ketiga) dalam hantaran mesti ada Tupperware.

Kalau anda nak cuba bolehla. Tapi janganla letak tupperware sebijik tergolek-golek atas dulang hantaran tu. Hiasla sikit ikut kreativiti. Jadikan ia praktikal especially untuk hantaran berbentuk makanan.

Ini gambar hantaran Mama 5 tahun lepas (2006). Simple saje tapi Mama sangat suka. Hasil kerja tangan my mom (opah) 100%.  Mama hanya beli barang-barang hantaran. Tupperware2, reben dan bunga-bunga tu semua my mom yang sponsor. Maklumlah anak sulung dia baru beberapa bulan mula kerja. Otak pula tengah serabut dengan write up thesis master. Kalau tunggu anak dia ni siapkan hantaran tak tahula jadi macam mana.

Dalam pic ni ada 2 produk Tupperware (sila lihat bulatan hijau). Gambar pertama my mom tempah kek lapis Sarawak dan letakkan dalam Cake Server (production 2006. Sekarang dah tak keluar lagi). Masa nak ambil gambar letakla kek di luar. Nanti bila keluarga Mr Hubby nak bawa balik ke Rembau masuk balik dalam Tupperware tu. Jadi kek dijamin tak masuk angin untuk 5 jam perjalanan. Item ke dua cookies server (production 2006 jugak. Sekarang dah tak keluar lagi). Dalam bekas ni mak lang saya sponsor biskut london almond yang sungguh sedap berlemak. Cookies server ni special sebab ada base yang boleh rotates.


Untuk pic di bawah sebenarnya bread server yang diterbalikkan. Sekarang ada lagi tapi warna oren. Dalam tu my mom letakkan manisan. Berair sikit sebab ada syrup tapi dah letak dalam tupperware di jamin tak leaking atau masuk semut.




Kalau tengok betul2 ada a few makanan yang kami tak letak dalam Tupperware (bahulu, kek payung2). Makanan-makanan tu saudara mara yang bawa petang sebelum akad nikah. Buat tambah-tambah hantaran kata orang utara. They all dah siap letak dalam packaging cantik-cantik. Kecik pulak hati kalau kita bukak tukar masuk bekas lainkan. Jadi maintain kan aje dalam bekas yang di bawa.

Buku Panduan Pemakanan Anak Sihat Dan Pintar - Koleksi Pa&Ma



Mukasurat : 210 ms
Harga : RM11.90

Petikan dari cover buku
  • Panduan lengkap dan penting untuk memperkenalkan makanan pertama bayi dan kaedah pemakanan yang baik di kalangan anak-anak yang sedang membesar
  • 70 resepi berkhasiat untuk anak
  • menu harian mengikut usia anak
Buku ini membincangkan tentang pemakanan sihat kanak-kanak mengikut peringkat umur. Cadangan menu yang diberi bermula dari usia bayi 5 bulan sehinggalah Pra Sekolah/Sekolah Rendah





umur 5-6 bulan boleh makan puri sayur dan buah. No sugar and salt please.

6 bulan ke atas dah boleh introduce bubur



Homemade Finger food


                                                             Menu untuk kanak-kanak

Catatan Mama :
Buku ini dibeli pada tahun 2006 sebulan sebelum introduce Aqil pada solid food... Panic betul bila anak dah start makan solid food. Nak masak apa..nak letak apa..nak buat macam mana... Walaupun banyak nestum-nestum dalam tin di pasaran tapi Mama kurang suka la. Kita yang dewasa ni bila rasa pun tahu semua benda2 tu ditambah gula. Manis semacam .. Jadi nestum-nestum tu cuma guna time emergency je bila travelling dalam jangkamasa lama yang tak boleh nak masak.

Walaupun terdapat banyak sumber secara online tetapi Mama rasa selesa dengan BUKU atau dalam erti kata printed material seperti ini. Senang untuk dibaca santai-santai sambil menyusukan Aqil di sofa. Kalau baca di internet tangan hero ni laju aje nak menarik mouse dan keyboard.  Foto-fotonya pula memang best!!!!. Orang dewasa tengok pun boleh terliur dan terus rasa lapar.

Mama beli di kedai buku . Dah almost 5 years jadi tak pasti sama ada masih dijual. Baru tadi Mama  check masih available online di website Karangkraf.


AAM basic card membership cuma RM65

16 February, 2011



Dah lama berniat nak joint Automobile Association of Malaysia (AAM) Basic card Membership.


Antara services yang di offer

Services Highlight
  1. 24-Hour Breakdown Assistance
  2. Free towing and minor on-the-spot repair service in the Free Breakdown Zones
  3. Outside Breakdown Zone claim is up to RM 200.00 one (1) time per year.
  4. Free battery delivery service
  5. AAM motor insurance (Autopal)
  6. Vehice Inspection and Valuation Service
  7. Car Care & Defensive Driving Courses
  8. Technical Advice On Motor Vehicles
  9. Lube Service At Selected AAM Centres

Yang paling penting untuk Mama ialah services no 1, 2 dan 4. Sangat penting terutama kalau Mr Hubby not around kena gi outstation ke. Mama pernah alami pengalaman bateri kereta KO di tempat kerja. Serik bila diingatkan sebab masa tu most of the staff dah balik (Mama stay back sebab ada kerja). Pernah juga baca di blog Kak Ros Little Mama dulu yang AAM deliver bateri sampai ke rumah. Services semua free bayar harga bateri je.  Tapi lepas tu asyik lupa je nak register.

Baru tadi my fren call kata ada offer AAM membership di http://milkadeal.com/r/6437. Basic membership yang biasanya RM100 offer tinggal RM65 je. Jimat RM35.00. Deal/offer end at 18 February 2011.  Terus Mama click BUY sebab memang ada plan nak join pun.  Lepas selesai pembayaran dapat voucher




 Voucher Redemption period: 21 February 2011 - 20 March 2011.



Ini cara-cara nak guna voucher tu. Maknanya tak de la terus dapat register as member. Tapi for me takpelah tak urgent nak register cepat-cepat buat masa ni. Can still wait  . So sesiapa yang berminat bolehla join ramai-ramai di http://milkadeal.com/r/6437

 

hayatizain : Selalu juga tengok iklan milkadeal di ads nuffnang. Mati-mati ingat promosi restoran makan sebab kebetulan masa tu banyak deal on food and restaurant.Tengok pun sekali imbas macam tu je. Rupa-rupanya they all ni offer services untuk tarik pelanggan pada merchant.






Buku "Smart Parents Richer Kids" by Zaid Mohamad and Azizi Ali







My gynae bagi cuti sampai this Friday. Dia suruh duduk rehat2 di rumah. So Mama buat kerja ringan-ringan je walaupun rasa macam gatal tangan nak rearrange perabot dan gardening. Bukan senang dapat cuti panjang-panjang macam ni. Tapi demi baby (insyaAllah) terpaksa alihkan perhatian pada benda-benda yang relaxing seperti MEMBACA BUKU.

 
Buku yang Mama sempat habiskan hari ni bertajuk

SMART PARENTS RICHER KIDS


Penulis : Zaid Mohamad & Azizi Ali
Harga : RM39.90
Mama sukalah buku ni. Kira macam gabungan ilmu parenting dan financial planning. Kalau nak beli di MPH sila cari di bahagian Finance and Investment. Buku ni beri kita idea macam mana nak educate anak-anak dari segi kewangan.

Maklumat disampaikan dalam bentuk points dan paragraphs yang pendek2. Jadi takdela stress nak membacanya.






Banyak jugak 'table'. Memang praktikal





Antara petikan dari cover belakang buku
Practice the strategies in this book and you will :
  • Build a solid financial foundation for the family
  • Teach the whole family on how to live within your means, happily!
  • Discover secrets on how your spouse can stay home full time!
  • Find practical and fun ways to train the kids on money matters from young
  • Learn how to enjoy a good family life without depleting your resources
  • Be able to adapt to changing circumstances while maintaining the course
  • Learn several ways to multiply your income immediately
  • Discover how to survive with a single income stream
  • Find ways to enjoy with the family without spending money
  • Find out how to instill caring and sharing attitude in your children
  • Learn inner peace and eliminate needs to spend

Untuk info lanjut boleh lawat blog penulis di SINI





Karipap inti kentang

15 February, 2011

Mama pun tak ingat bila last time buat karipap. Rasanya sebelum kahwin kot dalam 6-7 tahun lepas. Duduk Malaysia ni senang nak beli karipap itu yang malas nak buat. Dah siap goreng ada yang frozen pun banyak.

Dalam rumah ni ada dua orang budak peminat karipap. Si adik jenis tak kisah. Semua version karipap dia makan. Si abang ni yang cerewet. Kalau karipap pusing dia tak nak..kalau inti termanis sikit (inti keledek dia tak nak. Favourite dia karipap kulit biasa dan inti kentang .  Petang semalam dia request Mama buat karipap. Huh berpeluh jugak bila anak-anak dah pandai request ni. Terkial-kial la Mama dia google cari resepi karipap. Mama guna resepi kulit karipap dari Kak Hana . Inti tu main agak-agak je.

Bahan-bahan

250g tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam
air

INTI

kentang
daging ayam potong kecil2
daun sup
serbuk kari ayam/daging
bwg besar
bwg putih
garam
gula
lada hitam
air

Chef Aqil yang over excited. Baju pun tak sempat salin baru balik dari jamuan Maulidur Rasul. Dia memang minat tolong masak-masak ni. Mujurlah si kecik sorang lagi tidur.

7 tahun tak kelim karipap. Sengat benget jadinya. Acuan karipap pula tak de. Main agak-agak je terap dengan cawan. Aqil tolong bentuk doh jadi kecil-kecil senang Mama nak gelek.

Dah siap


Mama frozenkan sikit sebab Aqil kata nak bawa bekal ke nurseri. Pagi tadi goreng dan masukkan dalam sandwich keeper Tupperware. Sambil Mama bersiap-siap dua-dua beradik ni dah habis kerjakan karipap yang konon-konon nak dibawa sebagai bekal
 
 
Bekal yang hanya tinggal bekas

Freezermate Junior II

11 February, 2011

FreezerMate Tupperware direka dengan pelbagai saiz. Ada yang besar hingga boleh muat whole chicken. Ada juga yang terlalu comel sampai kadang-kadang orang tanya Mama "kecik macam ni boleh letak ape ye kak?"

Salah satu yang bersaiz comel ialah FreezerMate Junior II  seperti gambar di bawah.

Tapi ni bukanlah yang paling kecil dalam keluarga FreezerMate. You should see FreezerMate Junior I . Lagi comel .

Tagline untuk FreezerMate ialah Freeze Them Right. Sebab itu ia direka dalam pelbagai saiz supaya makanan boleh dibekukan dalam portion yang diperlukan. Untuk FreezerMate Junior II Mama selalu gunakan untuk bekukan makanan seperti sotong, udang atau isi ayam yang siap dipotong kecil-kecil untuk dijadikan rencah masakan. Portion untuk sekali masak je. Contohnya sotong di bawah. Dah siap hiris-hiris. Jadi balik kerja kalau nak masak sotong goreng kunyit, just thaw satu bekas kecil je. Lebih cepat.


Mama juga pernah buat entry tentang kegunaan FreezerMate bersaiz lebih besar. Boleh lihat di sini
Demo FreezerMate  dari Youtube

Threatened abortion


Nama dia tak sedap sebab ada abortion. Rasanya lebih tepat dipanggil threatened miscarriage sebab ibu mengalami simptom2 yang boleh menjurus kepada keguguran seperti vaginal bleeding (selalunya sedikit) dan pelvic cramp. Bila di scan embryo/fetus masih selamat di dalam rahim (dalam erti kata lain belum betul-betul keguguran). Tapi 'threaten abortion' ni standard medical term. Kalau dalam MC sure Dr tulis istilah tu. Kalau dapat bos yang faham atau pernah pregnant ok jugak. Kalau dapat yang tak pernah dengar term tu takut ada pulak yang salah faham.

Pernah kena  masa first pregnancy (Aqil). Alhamdulillah semuanya selamat. Aqil pun dah nak masuk 4 tahun Mac ni. Masa mengandungkan Dini Alhamdulillah takde. Tapi this time kena lagi. Stress jugak tengok kerja banyak tapi movement kita limited. Nak naik tangga pun panjat macam siput. Bleeding dah tak de (rasanya hari tu implantation bleeding je kot) tapi muscle cramp masih terasa jugak. Masa ni terasa sedikit menyesal beli rumah double storey. Laundry area di bawah closet semua di bilik atas. Tapi kat Shah Alam dan Klang Valley kalau tak de RM1 juta tak boleh nak bermimpi nak beli rumah tanpa tangga. Rumah single storey memang developer dah tak buat. Yang tinggal semua banglo-banglo yang tak tercapai dek poket kami nak bayar .

Semoga ada rezeki kami lagi untuk kali ini. InsyaAllah next Monday apointment dengan my gynae Dr Fatima di KJMC. Pagi tadi Aqil dan Dini bacakan Al-Fatihah sambil letak tangan kat my tummy. Cute betul. Rindu budak 2 orang ni.

Dunia vending machine di Jepun

08 February, 2011

Jual ice-cream. Mujur tengah winter.  Takdela Aqil guling-guling nak minta makan ice cream
 Hello Kitty masak popcorn

Nugget dan fries. Sejuk-sejuk ni terliur betul bila tengok tapi tak halal la pulak
Ni vending machine pujaan hati. Sampai mana-mana tempat je kami cari machine ni nak beli hot choc

hayatizain: Bila tengok gambar-gambar ni terkenang dengan kebersihan Negara Matahari Terbit ni.

Maher Zain Insha Allah versi bahasa melayu

01 February, 2011

Aqil dan Dini memang suka sangat lagu "Insha Allah" Maher Zain. Selalu dengar dalam youtube je . Last December masa opah dan atuk datang (my parents) they all bawa buah tangan paling special untuk cucu-cucu iaitu CD Maher Zain. Kalau nak tunggu Mamanya yang beli tak tahulah bila. Dah lama betul tak masuk kedai muzik.

Cd pasang dalam kereta Mama. Favourite Dini track no 3 (lagu inshaAllah). Aqil pulak minat track 6 (lagu hindustan Allahi Allah Kiya Karo).

Semalam kami sekeluarga baru sampai dari Taiping sebab Mama baru habis berkursus di Penang sejak Jumaat lepas. First time dengar inshaAllah versi bahasa Melayu. My fren yang inform pasal lagu ni. MasyaAllah sungguh sedap. Tak dapat Mama nak buat kerja sebab desktop tu dah macam jadi hak milik Dini. Beria-ria dia menyanyi.



Lirik Insha Allah versi bahasa melayu
Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu


[Chorus] 2x
Insya Allah
Insya Allah
Insya Allah ada jalannya

Andainya kisahmu berulang lagi
Bagai tiada peluang untuk kembali
Jika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

[Chorus] 2x
Kembalilah kepada yang Esa
Yakin padaNya panjatkanlah doa oo Ya Allah
Pimpinlahlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yg benar
Jalan yg benar…
Jalan yg benar...


[Chorus] sampai habis lagu

hayatizain : kagum dengar MZ  lancar nyanyi lagu melayu. Takde slang2 pun