Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Throwback 2014 - Featherdale Wildlife Park

30 November, 2015


Assalamualaikum dan hi semua.

Ini kira entry throwback 2014 sempena kembara kami ke Sydney.

Our first visit was Featherdale Wildlife Park. Park ni macam zoo cuma ada binatang yang dibiarkan bebas. Actually di Sydney ada another zoo (Taronga Zoo) yang terletak di tengah-tengah city. Tapi kami memilih Featherdale sebab nak keluar dari city.

Kak Dini dah ready nak jalan-jalan. Alhamdulillah sedap sarapan di cafe Uncle Sam Malaysian Hall. Uncle Sam juga dah pack siap-siap untuk kami spagheti bolognese untuk lunch.

Di sini kena guna booster set untuk kanak-kanak semasa travelling. 

Dah sampai. My little pink riding hood Durra dah berlari sana sini excited

Pelican. 

Bagi makan walabi


Cik penguin-penguin comel

Hello Mr Croc ( Salt water crocodile)

Terpegun lihat kanggaroo lebih besar dari dia



Keluar dari Featherdale kami lunch di dalam kereta sambil meneruskan perjalanan. Ada juga berhenti beli buah-buahan yang dijual di tepi jalan. Memang fresh dan sedap. Perjalanan diteruskan ke Blue Mountain. Tapi saya tak berkesempatan mengambil gambar semasa di Blue mountain kerana bateri hp sudah habis. Sepanjang trip ni memang saya guna Hp saya untuk mengambil gambar.

Selesai jalan-jalan kami bertolak pulang ke Malaysian Hall. Makan malam pastinya di cafe Uncle Sam yang enak. Alhamdulillah malam tu semua tidur dengan nyenyak kerana keletihan

Sneak Peak : Trip to The Little Big Club 2 May 2015

02 August, 2015

Salam semua :)

Lama betul tak membuat catatan di sini. Sampai lupa password nak login ke blog. Sebagai permulaan nak share few pics of us at The Little Big Club Nusajaya on May this year. Will blog details of trip later





Cuti-cuti Cameron Highland 2012

28 September, 2012

 
 
Assalamaualaikum dan salam sejahtera.
 
Dah lama gambar cuti-cuti keluarga ke Cameron Highland ni terperap dalam folder. Kami ke sana bulan May lepas. 4 family semuanya (PIL, MIL and 2 keluarga SIL). Total dewasa 9 orang dan kanak-kanak 10 orang. Di sana kami sewa 2 apartment 3 bilik. Apartment ni ada dapur dan peralatan asas untuk memasak. Jadi untuk diner malam pertama dan breakfast keesokan pagi masak sendiri je. Lepas selesa berbanding keluar makan dengan 10 budak-budak kecik ni. Boleh jadi perang dalam kereta. Cameron Highland masa weekends pun dah macam KL. Jalan jam..Perut pulak sejuk-sejuk ni cepat lapar. Kalau nak memasak barang-barang asas macam beras, sardin, telur etc kena bawakla ye. Nak beli kat sini pun boleh tapi harganya mahal la skit. Jauh tau barang tu naik bukit.  Sayur boleh beli kat sini je. Sedap betul makan nasi panas dengan sambal sardin, telur dadar dan sup sayur yang fresh sambil budak-budak tenang-tenang tengok TV.
 
 
 
 
Malam tarik tilam bentang toto budak2 tidur kat hall. Seronok berkumpul sepupu sepapat
 
 The next day lepas breakfast bersiap-siap nak keluar dan terus check out
 
Persidangan sambil makan strawberry candies sambil tunggu mak ayah kemas barang
 
 
Family photo
 
Tempat pertama kami ke pasar di Brinchang beli sayur-sayur nak di bawa balik. Tak sempat nak tangkap gambar pun sebab dukung Durra. Mr Hubby pulak mengawal Dini dan Aqil. Seterusnya ke YZ strawberry farm 100% milik bumiputera. Ladang strawberry ni milik owner apartment yang kami sewa malam tadi. Sesiapa yang follow cerita Vanilla Coklat di TV3 dulu di sinilah mereka shooting. Kalau nak tengok gambar-gambar lain boleh ke Fanpage YZ Strawberry Farm
 
 
Dah sampai farm. Budak-budak dah bertempiaran lari menuju ke kawasan cafe di tengah ladang. Sejuk-sejuk ni memang cepat lapar
 
 
Boleh makan strawberry and marshmallow cicah coklat puas-puas. Ada produk lain dari strawberry seperti ice blended, jam dan sebagainya. Mama order scones with cream and jam. Sedap! Mee kari kat sini pun sangat sedap. Aqil dan Dini makan semangkuk besar tak nak share
 
 
Si kecik ni meraung-raung nak makan jugak. Biskut baby dia campak tabur-tabur. Nak makan apa yang ada atas meja macam abang2 dan kakak2.Masa ni baru 6 bulan. Bagi rasa strawberry dan scones bukan main dia menggigit.
 
The next place Agro Technology Park Mardi di Tanah Rata. Dekat sini memang banyak pokok-pokok. Boleh cuci mata dengan landscape yang cantik dan beli anak-anak poko yang berkenan..Mama baru nak cuci2 mata sekali boleh pulak Aqil terjatuh dalam kolam. Isk budak ni. Over excited sangat lari-lari. Mujur mama cepat tarik sebab dia jatuh menjunam kepala dulu dan kepala tak terhantuk pada tebing. Tapi lutut mama yang sakit terhantuk pada tebing kolam.Terus hilang mood nak cuci mata or beli anak pokok.
 


 
Buah anggur sepanjang jalan berbumbung
 
Dalam perjalanan turun untuk balik kami singgah di Cameron Valley Tea House.
Di sini ada dijual macam-macam jenis teh. Bolehla rasa mana yang berkenan. Ada juga kedai jual teh untuk bawa balik sebagai buah tangan
 
 
 
Cafe

Pemandangan dari cafe

Ramai jugak orang. Beratur panjang nak order makanan
 
 
 
Durra dah meleleh air liur bau scones

Mama I want scones please

Dini bab makan memang adventerous. Dia tak takut nak mencuba. Semua jenis teh yang kami order dia rasa termasuk teh serai
 
Lepas makan yang lain-lain turun ke ladang teh. Mama duduk di cafe je jaga Durra. Sakit lutut sebab tadi belum hilang


 
Semasa naik dulu kami ikut jalan dari Tapah. Kononnya nak cepat sebab dari KL jumpa exit Tapah dulu sebelum Simpang Pulai...Sekaliiiiiii amik...Semua pening lalat. Mama pulak beberapa kali menjerit bila membelok di selekoh. Gayat !!!.. Jalan dah la kecik selisih pulak dengan bas dan lori. Dini siap muntah dan  menambahkan aroma dalam kereta .
 
Untuk balik kami cuba jalan lain. Kebetulan my SIL nak balik ke Kuantan ikut jalan Raub jadi kami konvoi bersama. Jalan Simpang Pulai dah pernah cuba 6 tahun lepas jadi kami dah cuba 3 jenis jalan untuk ke Cameron Highland. Jalan ke Raub ni much more better dari jalan Tapah. Luas dan tak dela macam ular kena palu ...Cuma mungkin jauh skit dari segi jarak. Kami berpisah di exit Bentong.
 
 
 

Berkelah di Janda Baik

01 February, 2012

Assalamualaikum dan salam ceria
Sempena cuti CNY yang lepas kami sekeluarga pergi berkelah di Janda Baik Pahang bersama 4 keluarga yang lain. Semuanya terdiri dari jiran tetangga. Menu ialah utama nasi lemak , potluck dari setiap keluarga dan BBQ (marinated lamb, chicken and sosej) . Untuk potluck dari kami Mama masak spageti bolognese dan gravy mashed potato. Mashed potato Mr Hubby yang buat.

Bertolak dari subang kita-kira 8.30 pagi. Sampai sana lebih kurang pukul 10. Plan asal kami nak berkelah di kawasan bernama RIVERSIDE seperti yang dicadangkan oleh seorang rakan tapi bila sampai dah penuh.Ramai betul orang yang datang berkelah. Setelah berpusing-pusing akhirnya dapat tempat yang menarik dan redup.  Port kami ni berhampiran dengan D'ark training and resort. Kalau tak silap area Pulau Santap. Kena bayar tapi kita boleh guna facilities seperti toilet dan surau yang disediakan di resort.


Dapat port baik di bawah pokok besar

Tuan puteri Durra tengah bersantap. Terpaksa masuk dalam kereta


BBQ session dikendalikan oleh bapa-bapa

 Anak-anak seronok main air. Aqil berbaju hijau


Banyak betul makanan yang dibawa. Paling seronok pastinya budak-budak. Terjun air ..makan dan lepas tu terjun air balik. Malam kami sekeluarga menginap di seripengantin resort booked by Mr Hubby. First time tidur chalet dalam hutan. Sejuk..Tak bukak aircond pun. Balkoni bilik kami menghadap kolam ikan. Seronok Aqil dan Dini bagi ikan makan. Tapi tak boleh main campak je apa-apa. Makanan ikan dijual oleh resort dalam bungkus-bungkus kecil.

Baling pellet makan ikan


Gambar di atas bukan ikan terapung mati tau. Itu gambar ikan berenang mengiring melalui tembok dari kolam sebelah ke kolam berhadapan bilik kami. First time tengok ikan berenang macam tu. Sanggup nak datang ke sebelah sini sebab Aqil dan Dini tengah asyik tabur makanan

Antara tempat lain yang boleh survey-survey untuk menginap di Janda Baik.


D' ark Training and Resort








Rendang landak @ restoran selera rimba

26 July, 2011

Assalamualaikum

Weekends yang lepas kami sekeluarga berkonvoi dengan beberapa family (officemate Mr Hubby) . Destinasi ialah Restoran Selera Rimba Sungai Besar Selangor. Dari rumah kami  lalu highway Guthrie dan kemudian masuk ke PLUS highway. Ambil exit Behrang. Dari exit Behrang bermulalah cabaran JALAN JALAN CARI MAKAN. Mencabar sungguh perjalanan yang ala-ala naik roller coster. Lalu ladang getah, hutan kecil dan akhirnya ladang kelapa sawit. Tak sangka pulak kat kawasan ni boleh ada restoran.


Restoran di kawasan ladang kelapa sawit

Antara menu kami

Ulam kampung dengan sambal hijau
Fresh water prawn goreng
Rendang landak
Ayam kampung goreng rempah

Kijang masak kicap

Menu lain yang Mama tak sempat snap ialah ikan puyu goreng, ikan baung masak asam pedas dan rusa masak lemak cili api. Lauk-lauk tu sampai masa kami dah mula makan.

Jangan tanya Mama apa rasa daging landak, kijang ataupun rusa. Mama memang tak berani nak rasa especially tengah pregnant ni. Mama cuma makan ikan puyu, ulam dan ayam goreng kampung. Mr Hubby cakap daging landak rasanya macam daging ayam.


Aqil dan Dini yang seronok meronda. First time tengok pokok kelapa sawit dekat-dekat
Lunch time yang sibuk
Name card pemilik restoran

On the way balik singgah celup-celup badan di Kampung Sungai Bil. Kesian anak bujang saya Aqil. First time pergi ke kawasan sungai macam ni walaupun rumah opahnya di Taiping dekat je dengan waterfall. Mula-mula sampai dia meraung-raung tak nak keluar kereta sebab takut tengok air mengalir dengan batu-batu sungai.  Takut ada buaya katanya (macam-macam imaginasi hero ni padahal tengok buaya pun sekali ke di Zoo) . Tapi bila dah turun seronok mandi meraung-raung pulak tak nak naik balik