Showing posts with label Sharing tips. Show all posts
Showing posts with label Sharing tips. Show all posts

Tulis segala impian anda

20 September, 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semalam saya memunggah kotak-kotak buku lama sebab nak cari sesuatu. Membelek-belek buku semasa undergrad dulu. Banyak sungguh kenangan.

Di salah satu mukasurat terjumpa sehelai kertas yang sudah hampir kuning. Saya scan dan gunakan segala editing software supaya nampak cantik semula. Kalau tak buat macam tu nanti hilang segala catatan.

Nak tahu kertas apa??


 
Nampak macam tulisan budak-budak je kan..hihihi
 
Inilah contengan saya 10 tahun lepas (2003). Masa tu baru 22 tahun. Sem akhir tahun akhir pengajian di USM. Saya sendiri tak ingat nama program yang saya attend. Tapi yang saya ingat pada masa itu kami DIPAKSA menulis impian . Kena buat mind mapping. Short term dan long term. Short term saya masa tu adalah untuk umur 20-25 tahun. Tapi sayang tak jumpa pulak kertasnya. Yang saya jumpa kertas kedua.
 
Nampak macam simple je kan. Tapi Alhamdulillah dengan menulis impian ini ibarat doa. Bak kata pakar kita telah memprogram minda separa sedar kita untuk mendapatkan apa yang kita tulis.
 
Alhamdulillah dengan izin Allah semua impian 25-30 tahun saya tercapai. Cuma impian memiliki rumah tu mula2 macam mustahil sebab rumah di klang valley ni mahal2 sangat. Tapi tetap bersyukur kerana impian kami masih ditunaikan dan dipermudahkan walaupun banyak dugaan masa proses membeli (ENTRY TENTANG RUMAH KAMI)
 
Sekarang saya di fasa 30-35 tahun. Dua telah tercapai iaitu memulakan Phd (2012) dan memulakan bisnes (casa bonda 2012, Shaklee 2013). Masa saya tulis ni saya sendiri pun tak tahu nak bisnes apa. Main tulis je. Tapi kawan saya cakap kalau buat bisnes nanti boleh tolong ramai orang. Lepas tu boleh selalu pergi buat umrah dan haji (ni sembang budak2 namanya..Peer pressure hehehe. kawan saya ni orang Kelantan. Memang family semua buat bisness. Dia sendiri hairan kenapa boleh terlepas ambil course biotechnology huhuhu). Saya ada 3 tahun lagi untuk mencapai 3 impian lain. Moga dipermudahkan semuanya.
 
Apa yang saya nak cuba katakan di sini
 
Ambil sehelai kertas
Tulislah impian anda
Tulis sahaja walaupun anda pun tak pasti
InsyaAllah akan dipermudahkan segalanya
 
 
# Tergelak-gelak sendiri bila baca apa yang ditulis. Masa tu belum jumpa pun lagi Mr Hubby. Tapi Alhamdulillah kami berkahwin pada usia saya 25 tahun dan dikurniakan 3 anak dari tahun 2007 - 2011. Sekarang rehat dulu sekejap :)
 
 
 

Tips Kebahagiaan Anak dari Prof Muhaya

15 July, 2013

Saya dapat tips ini dari salah satu entry news feed di Facebook.
Semoga dapat kita amalkan bersama

Tips Kebahagiaan Anak dari Prof. Dr. Muhaya
====================================

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi Maha Melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di alam Barzakh nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam drama pun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita,anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.


Aqil, Dini dan Durra yang excited bila mama balik dari mengundi PRU yang lepas. Saya tinggalkan mereka hanya 30 minit (tempat mengundi dekat dan pengundi pun dah tak ramai sebab saya pergi pada pukul 3.30 petang). Tapi saya sangat-sangat jarang tinggalkan mereka di hujung minggu. Sebab itu walau HILANG 30 minit mereka sudah gelisah.
 
Ya Allah berikanlah ku kekuatan untuk mendidik anak-anak ini sehingga nafasku yang terakhir.
Jadikanlah mereka anak-anak yang soleh dan solehah
Merekalah harta paling berharga yang ENGKAU berikan dalam hidupku.
Semoga mereka juga menjadi hartaku di akhirat kelak.

 

Jom main homemade playdough

19 September, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Menjelang hujung minggu otak mama dah ligat memikirkan aktiviti untuk anak-anak di rumah. Tanpa sebarang pengisian mereka hanya akan duduk menghadap TV atau youtube di tablet. Bukan mudah nak nak merangka aktiviti yang sesuai dan SELAMAT untuk kanak-kanak 5 tahun, 3 tahun dan 11 bulan. Aqil dan Dini suka aktiviti kraf, gunting kertas dan mewarna tetapi si kecik Durra belum sesuai untuk aktiviti sebegini. Gunting terlalu bahaya buatnya. Pensil warna dan kertas pulak asyik masuk ke mulut. Tapi tak boleh sesekali diasingkan dia dari abang dan kakaknya. Mengamuk berguling-guling si kecik ni. Apa abang dan kakak buat dia mesti turut serta.

Akhirnya hujung minggu lepas mama buat homemade playdough menggunakan bahan-bahan di dapur.

Bahan-bahan:
2 cawan tepung
2 cawan air
1 cawan garam
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar cream of tatar (bukan tatar sauce tau. Jangan silap. Cream of tatar boleh didapati di kedai menjual barangan membuat kek. Ia serbuk berwarna putih)
Pewarna makanan

Campurkan semua bahan di atas. Kacau di atas api yang sederhana. Doh akan semakin pekat sehingga clump together dan tidak melekat pada tepi periuk lagi. Jika doh masih melekat pada tepi periuk (sticky) teruskan masak menggunakan api perlahan. Sejukkan doh sebelum proses mencampurkan perwarna


Doh yang sedang disejukkan. Aqil and Dini asyik bertanya "mama dah siap ke belum..dah siap ke belum". Belum sempat sejuk mama dah campurkan beberapa titik pewarna makan dan terus menguli doh . Huhuhu rasa macam masak tapak tangan ni.  

Green and red dough (itu je food colouring yang jumpa dalam kabinet pada masa tu)





Sessi warming up.
 
 
Aqil dan Dini sangat excited. Si kecik Durra masih curious tertanya-tanya apa ke benda ni. Seperti biasa dia cubit sikit masuk mulut.


Durra : ermmmmm...Macam sedap je..kena cuba ni (read as makan)


yekkkkk...burrrrrr (sambil sembur air liur).....x sedap punnnn
.
(Yessss..this playdough rasanya masin...that one cup of salt in the ingredient not only to prevent the growth of microbes but also to avoid your "semua benda saya nak cuba rasa" toddler/baby from eating it. )



Cari cookies cutter tak jumpa pulak. Tak ingat letak di mana masa packing barang untuk renovation dapur dulu. Jumpa pisau potong kek yang plastik tu je..But still, kids were having fun...Alhamdulillah...Durra pun dah tak berani nak rasa playdough tu lagi..hehehe..

Bila baby selsema atau hidung tersumbat

18 February, 2012

Assalamualaikum dan salam ceria,

Apa perasaan mummies bila baby selsema atau hidung tersumbat?  Pasti tak senang hati kan.
First time Aqil kena selsema dan hidung tersumbat dulu Mama sampai nangis2 risau..emo sungguh..Maklumlah anak pertama. Mana tak panik..
Itu perasaan biasa sebagai ibu bapa. Kalau boleh kita nak transfer segala ketidakselesaan baby tu dekat kita. Biarlah Mama soksek soksek sampai ke pagi atau asyik sangkut nafas sebab hidung tersumbat asalkan baby sihat dan selesa.


Semasa pantang dulu my babies semua pernah kena blocked nose. Doktor kata it's common sebab saluran hidung baby masih sempit.
Just nak share medication yang kami selalu dapat bila jumpa Dr Syed di KJMC. Doktor tak bagi antibiotik or any oral medication kalau paru-paru clear.
  

Baby Sterimar (0-3 years)
Untuk "service" atau cuci lubang hidung especially kalau blocked nose. Sure banyak sisa-sisa yang melekat. Insert nozzle into nostril and press.

Decongestant Nasal Drops for infants (iliadin).
Iliadin ni pakai 3x sehari atau bila perlu. Tapi tak leh prolonged used. Selalu doktor or pharmacist akan inform berapa lama kena pakai.



Kami jugak ada simpan device ni. Lama dah beli sejak Aqil tak sampai setahun. Namanya Baby Nasal Aspirator Vacuum Suction jenama Pigeon. Washable dan parts senang diasingkan. Mama beli di Parkson Subang Prade bahagian baby di tingkat atas.

Rutin kalau baby selsema :
  1. Spray dulu sterimar dalam lubang hidung dia . Baby mungkin tak selesa skit sebab kita spray cecair.
  2. Standby tisu atau kain. Lap kan air yang keluar.
  3. Guna Baby Nasal Aspirator Vacumm untuk sedut kalau masih ada mucus yang tertinggal. Satu side letak di hidung satu side lagi hujung getah letak di mulut untuk kita sedut. Mucus akan terkumpul dalam container kecil tu
  4. Puff iliadin.
InsyaAllah selalunya lepas itu baby akan lebih selesa. Kalau masih tak ok boleh ulang steps 1-3. Can use sterimar 2-6 times a day or more if required but not for iliadin.

My first felt brooch

03 February, 2012

Assalamualaikum dan salam ceria,

Akhirnya selepas entry ini




Nak siapkan bunga tu 5 minit je. Yang lama nak jahit pin brooch pada bunga. Terkial-kial sebab lubang pin halus sangat.

Terbuntang-buntang mata Durra tengok brooch baru Mama. Maklumlah baby suka colour merah.

Mama follow tutorial di sini

Tutorial Felt Flower

02 February, 2012





Assalamualaikum dan salam ceria

Cerita felt lagi

Tool box memanggil-manggil tapi apakah daya sekarang terlalu sibuk. Hanya sempat kumpul tutorial. InsyaAllah moga diberi kelapangan nanti.

Teringin nak buat felt brooch untuk koleksi sendiri sebenarnya. Makluhlah sekarang tak boleh pakai brooch yang keras-keras . Nak kena dukung baby Durra yang makin lincah tangannya menyambar sana sini dan menyondol-nyondol bahu orang yang dukung

Hobi baru - Felt Craft

19 January, 2012

Assalamualaikum

Alhamdulillah sudah 19 hari 2012 berlalu baru sempat nak update blog. Currently I'm  adapting to new status. Jadi student balik huhuhu. Semoga Allah permudahkan perjalanan PhD ini. Aminnn..

Sekarang dalam proses literature review and proposal. Kadang-kadang rasa nak muntah tengok tulisan hitam putih journal ni. That's why I need something colourful. Jadi terjebak pulak dengan  FELT CRAFT.


tool box @ peti harta karun untuk peralatan

My first project

T-shirt untuk birthday the only anak sedara from my side (setakat ini. May ni InsyaAllah ada penambahan). Baru seorang bolehla mak long buatkan hehehe. Terpaksa jahit sorok-sorok sebab Aqil ngan Dini punya tak siap lagi dan entah bila nak siap. Sure they all protes kalau nampak ni.


Keychain lolipop


It took me 1 week to finish both. Nama pun hobi kan. Buat hanya di masa lapang yang jarang-jarang ada (selalunya tengah malam sambil baca-baca journal. Break kejap potong dan jahit kain felt).

Malam tadi sempat belajar buat simple roses ni. Cuba design yang paling mudah dulu. Tak sampai 5 minit dah siap 

Sesiapa yang nak cari hobi baru bolehla cuba felt craft ni. Menarik..jahit tangan je jadi tak perlukan sewing machine pun. Tutorial online pun banyak.




Doa akhir tahun dan awal tahun (1 Muharram)

26 November, 2011

Doa Akhir Tahun (baca 3X pada waktu Asar sebelum maghrib)


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun (dibaca 3X selepas Maghrib)

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka

Baru nak berjinak-jinak dengan photoshop

11 November, 2011

Assalamualaikum

Orang lain dah terror dengan photoshop tapi Mama baru terkial-kial nak explore. Best jugak rupanya. Antara hasil beginner macam Mama ni

Cantum gambar raya Aidilfitri kami tahun ini pada latar belakang taman. Ala-ala outdoor photography  session . Mama tak habis padamkan background asal betul-betul (gambar asal dalam rumah je) . Sebab tu masih nampak warna putih sikit-sikit .



Penggunaan skew. Masukkan gambar dalam laptop




Teknik urutan bayi

10 November, 2011


Ceria lepas mandi dan massage




Untuk tutorial urutan bayi boleh lihat di sini

Berpantang selepas caesarian - mandikan bayi

Sekadar sedikit perkongsian.

Assalamualaikum

Semasa di hospital Durra memang fully incharged by midwife di nurseri. Maksud Mama bab mandi2 ni. Bila Mama ambil untuk menyusu dah siap mandi wangi-wangi berbedung. Bila balik dari hospital pada hari ketiga Mama dah mula berpantang sendiri.

Ada orang yang pandai mandikan bayi seperti gambar di bawah. Pegang sebelah tangan je. Jadi kalau mandi di sink pun boleh.  But to be frank, I'm not. Anak-anak Mama lahir semua 3 kg and above dan kalau mandi mesti nak gerak-gerak , mengeliat kadang-kadang menangis. Tak confident Mama nak pegang macam tu je.



2 hari pertama selepas balik hospital Mama cuma lapkan dengan towel basah + air suam. Condition masa ni masih agak lemah sebab kalau tersalah gerak macam ngilu-ngilu di tempat jahitan. Tak confident nak mandikan Durra sebab dia suka mengeliat dan gerak-gerak. Lagipun bukan kotor  pun badan sebab duduk rumah je. Mungkin peluh sikit-sikit. Yang penting umbilical cord kena cuci betul-betul dengan spirit yang hospital bagi.

Hari ke-6 baru Mama mula mandikan dengan air suam. Seperti Aqil dan Dini dulu Mama guna sweet cheery punya bath tub. Harganya dalam RM60. Boleh dibeli di jusco atau giant. Mungkin mahal berbanding bath tub biasa tapi kalau jaga elok-elok tahan lama. Aqil dan Dini dulu share bath tub yang sama. Cuma masa pindah rumah dulu mungkin terhentak kuat dan pecah sedikit. Jadi untuk Durra Mama kena cari yang baru. Mama suka sebab ada platform. Jadi boleh letak baby . Tapi jangan pulak tinggalkan baby atas platform. Sebab tu semua keperluan seperti sabun dan syampu sediakan di tepi sebelum mula mandi. Mama masih pegang dengan baby dengan sebelah tangan.  Platform tu sekadar back up. Bath tub ni ada hole di sebelah tepi bawah. Jadi kalau mandikan di dalam bilik air lepas mandi boleh alirkan air keluar untuk keringkan. Tapi pastikan jaga elok-elok stopper yang menutup hole ni. Kalau hilang nanti problem pulak sebab tak boleh nak tadah air.

Air suam direct dari water heater bilik air

Mandi sambil berdiri

Ramai jugak kawan-kawan Mama tanya mana beli besi untuk hold tub ni. Besi ni Mama beli di kedai baby yang terletak di Mydin USJ pada tahun 2007 semasa mengandungkan Aqil (x pasti kedai ni ada lagi ke tak). Besi sahaja berharga RM70. Kedai tu jual sekali dengan bath tub sweet cherry (harga lain).  Teruja nak beli barang especially bila kawan Mama cerita susah nak mandikan bayi sebab jahitan episotomy yang agak panjang . Tak sangka stand ni sangat berguna sebab Mama kena caesarian untuk semua anak. Walaupun Mama berpantang di kampung tapi tetap mandikan baby sendiri sebab my mom @ opah bekerja. Opah sangat risau bila Mama mandikan baby sambil berdiri. Dia takut tub tergelincir. Tapi Mama dah banyak kali test. Sweet cherry punya bath tub terletak elok dan tak tergelincir sebab tak boleh melepasi besi di bahagian tepi tu. Guna stand ni until baby dalam 2 months je. Bila baby dah besar dan Mama pun dah kuat letak je tub di bawah.

AAM basic card membership cuma RM65

16 February, 2011



Dah lama berniat nak joint Automobile Association of Malaysia (AAM) Basic card Membership.


Antara services yang di offer

Services Highlight
  1. 24-Hour Breakdown Assistance
  2. Free towing and minor on-the-spot repair service in the Free Breakdown Zones
  3. Outside Breakdown Zone claim is up to RM 200.00 one (1) time per year.
  4. Free battery delivery service
  5. AAM motor insurance (Autopal)
  6. Vehice Inspection and Valuation Service
  7. Car Care & Defensive Driving Courses
  8. Technical Advice On Motor Vehicles
  9. Lube Service At Selected AAM Centres

Yang paling penting untuk Mama ialah services no 1, 2 dan 4. Sangat penting terutama kalau Mr Hubby not around kena gi outstation ke. Mama pernah alami pengalaman bateri kereta KO di tempat kerja. Serik bila diingatkan sebab masa tu most of the staff dah balik (Mama stay back sebab ada kerja). Pernah juga baca di blog Kak Ros Little Mama dulu yang AAM deliver bateri sampai ke rumah. Services semua free bayar harga bateri je.  Tapi lepas tu asyik lupa je nak register.

Baru tadi my fren call kata ada offer AAM membership di http://milkadeal.com/r/6437. Basic membership yang biasanya RM100 offer tinggal RM65 je. Jimat RM35.00. Deal/offer end at 18 February 2011.  Terus Mama click BUY sebab memang ada plan nak join pun.  Lepas selesai pembayaran dapat voucher




 Voucher Redemption period: 21 February 2011 - 20 March 2011.



Ini cara-cara nak guna voucher tu. Maknanya tak de la terus dapat register as member. Tapi for me takpelah tak urgent nak register cepat-cepat buat masa ni. Can still wait  . So sesiapa yang berminat bolehla join ramai-ramai di http://milkadeal.com/r/6437

 

hayatizain : Selalu juga tengok iklan milkadeal di ads nuffnang. Mati-mati ingat promosi restoran makan sebab kebetulan masa tu banyak deal on food and restaurant.Tengok pun sekali imbas macam tu je. Rupa-rupanya they all ni offer services untuk tarik pelanggan pada merchant.






Threatened abortion

11 February, 2011


Nama dia tak sedap sebab ada abortion. Rasanya lebih tepat dipanggil threatened miscarriage sebab ibu mengalami simptom2 yang boleh menjurus kepada keguguran seperti vaginal bleeding (selalunya sedikit) dan pelvic cramp. Bila di scan embryo/fetus masih selamat di dalam rahim (dalam erti kata lain belum betul-betul keguguran). Tapi 'threaten abortion' ni standard medical term. Kalau dalam MC sure Dr tulis istilah tu. Kalau dapat bos yang faham atau pernah pregnant ok jugak. Kalau dapat yang tak pernah dengar term tu takut ada pulak yang salah faham.

Pernah kena  masa first pregnancy (Aqil). Alhamdulillah semuanya selamat. Aqil pun dah nak masuk 4 tahun Mac ni. Masa mengandungkan Dini Alhamdulillah takde. Tapi this time kena lagi. Stress jugak tengok kerja banyak tapi movement kita limited. Nak naik tangga pun panjat macam siput. Bleeding dah tak de (rasanya hari tu implantation bleeding je kot) tapi muscle cramp masih terasa jugak. Masa ni terasa sedikit menyesal beli rumah double storey. Laundry area di bawah closet semua di bilik atas. Tapi kat Shah Alam dan Klang Valley kalau tak de RM1 juta tak boleh nak bermimpi nak beli rumah tanpa tangga. Rumah single storey memang developer dah tak buat. Yang tinggal semua banglo-banglo yang tak tercapai dek poket kami nak bayar .

Semoga ada rezeki kami lagi untuk kali ini. InsyaAllah next Monday apointment dengan my gynae Dr Fatima di KJMC. Pagi tadi Aqil dan Dini bacakan Al-Fatihah sambil letak tangan kat my tummy. Cute betul. Rindu budak 2 orang ni.

Front and Back Babyview Mirror

11 January, 2011

Mama beli adjustable Babyview mirror  ni dari LittleWhiz  online babystore 2 bulan lepas. Kalau ada yang berminat boleh tengok di bahagian Home and Travel Safety. Sangat membantu Mama untuk monitor Aqil dan Dini di seat belakang.



 I get a perfect view


For attachment can use clip or suction cup. But I think the suction cup not strong enough to hold the mirror. Senang tercabut...Jadi Mama prefer guna clip. Bila driving alone Mama tanggalkan mirror ni. Rasa tak selesa bila pandang tengah nampak 2 view yang berlainan dari belakang.

Sekarang tak payah nak pusing-pusing kepala or adjust rear-view mirror. Kalau dah start gaduh-gaduh manja berebut barang pun Mama tahu siapa mulakan dulu. No excuse or nak salahkan antara satu sama lain ye sayang.



hayatizain : Kalau dua-dua budak kecik ni bising kat belakang Mama ok lagi. Tapi bila dua-dua diam sunyi sepi itu yang Mama risau. Mesti ada "misi rahsia" yang sedang dijalankan seperti memunggah handbag Mama (Mama memang letak handbag di seat belakang).

Fresh or artificial flowers for konvo?

02 August, 2010

Sekadar pendapat Mama tentang fresh flower and artificial flower for konvo


Fresh flower
Pro :
Orang kata kalau fresh flower ada aura.
Senang nak beli. Dekat area konvo memang banyak orang jual. Standby duit je.
Cons:
Fragile dan perlukan penjagaan rapi. Kena renjis-renjis air sikit untuk bagi fresh. Janganla tinggal dalam kereta ..sure terkulai layu.
Kalau guna fresh flower photo session lebih baik on the same day atau paling tak pun the next day. Kalau tunggu lama-lama bunga layu tak cantik pula nak bergambar

Artificial Flower
Pro :
Confirm tak layu. Lepas konvo boleh buat hiasan rumah tahan sampai ada anak
Photo session bila-bila boleh. 2-3 hari lepas konvo (before pulang jubah) bunga masih cantik
Cons :
Kalau dekat area konvo susah nak dapat pilihan yang cantik. Lebih baik tempah pada florist yang kita dah biasa. Sebulan awal pun tak de masalah.
Ade orang kata kalau bagi "bunga palsu" seolah-olah perasaan kita pada orang tu pun "palsu" (esp for lovers). IYE KE MACAM TU? iskk....Mama rasa statement ni tak boleh pakai la. It's the thought that count right?.

MY CONVO

Undergrad (2003).
Belum kahwin... Received  few bouquets from my friends. My mom pula sediakan fresh flower bouquet (roses) and artificial flower bouquet (sunflower). Dua-dua ditempah dari florist yang dia dah biasa di Taiping.

Fresh roses

With friend
Ambil gambar studio 2 hari lepas konvo guna artificial sunflower. Tahun berikutnya masa konvo Mama masih di USM sebab buat master. Sekali tengok my pic dipilih untuk banner dan flyer kedai ni. My friends dah sibuk-sibuk usik suruh minta royalti. hehehe.. Tapi Mama tak buatla. Segan pulak

Pic pada flyer. Gambar banner puas cari tak ingat save dekat mana.
See...artificial flower pun kalau kena gaya pilihannya ada aura tau

Master (MSc) (2007)
Dah kahwin dan ada anak (Aqil 5 months old). Seperti biasa my mom the one yang uruskan bab bunga (bukan Mama suruh ye..opah yang volunteer) Mama sangat sibuk tak menang tangan sebab baru jadi ibu. Datang Penang ambil jubah pun last minute (mujur ada size huhu) .  Mr Hubby tolong jaga and  kendong Aqil macam anak koala bear sambil tunggu Mama. This time Mama request opah tempah artificial flower only. Sebabnya senang nak jaga (x de masa nak spray2 air pada bunga. Aqil asyik nak gayut bf je). My mom tempah jenis english style (english roses) and oriental style (pink lilies) . Lepas konvo berseri-seri rumah dengan bunga. Sayangnya masa nak pindah dulu x balut dan label elok-elok. Mover tindih dengan boxes...huhuhu sayangnya..kalau tak sure tahan sampai sekarang.

Bulat mata Aqil tengok bunga Mama. Ntah berapa kali dia sepak and ramas. Nasib baik artificial tahan lasak


Di studio. Oriental Pink Lily (left) and english roses (right)


hayatizain : Kesimpulannya terpulanglah pada citarasa masing-masing. 

Pizza ekspress

21 May, 2010

Malam semalam Mr Hubby tak dinner di rumah coz ada meeting. Malas sungguh nak masak sebab tak de sesiapa nak jaga budak2 dua orang ni. Untuk kids Mama rebus pasta dan heat frozen homemade soup. Untuk Mama actually roti bakar pun cukup tapi sekali my bro kat bangi call cakap dia nak datang malam ni. Kesian pulak nak jamu adik yang baru habis exam dengan roti bakar je. Jadi godek-godek fridge jumpa "penyelamat".



Tuna and veggies pizza

Nasib baik memang ada stock grated cheese, tuna dan sayur-sayur yang sesuai (capsicum, tomato  & button mushroom). Tabur semua atas pizza crust lepas tu masuk oven. Buat 2 biji sebab takut tak cukup (almaklumlah adik bujang yang kelaparan nak makan. Kalau lebih takpe boleh reheat untuk breakfast esok).


Second pizza

Pizza crust tu Mama beli di Bagus.  Senang betul tak payah nak uli-uli doh time emergency macam ni. Murah je RM5.50 dapat lima keping. Sedap pun sedap (for me la). Bila bakar lembut kat dalam and garing di luar.



Dulu my fren pernah tanya kat mana Mama beli pizza pan. Actually di Bagus tu memang ada jual pizza pan. Tapi yang dalam pictures ni actually bukan pizza pan. Mama guna base acuan kek yang jenis boleh asingkan tapak dia. Ni acuan dia . Sorry Mama tak tahu apa nama dia. Sangat senang kalau nak buat kek especially cheese cake. Dulu Mama ada satu je acuan ni. Tapi last week tengok ada sale RM28 (kalau tak silap) dapat 3 biji (different sizes). Terus sambar satu set.


Toilet training (part 2)

06 May, 2010

Minggu-minggu terawal memang sangat menguji kesabaran dan menguji TELINGA (untuk kes Mama ajela). Bila anak dah mula toilet train kena kerap bawa dia ke bilik air kalau tak nak BANJIR. Part tu Mama tak kisah sangat. Yang menguji telinga Mama ialah bila adik Dini mula meraung (separation anxiety) di luar pintu bilik air sambil ketuk-ketuk pintu dengan kuat. Suasana sungguh kecoh. isk anakku kesian tersentap abang Aqil nak buat bisnes..Jangan jiran-jiran ingat Mama dera anak kurung dalam bilik air sudahla (padahal dia kat luar. Mama dengan Aqil yang kat dalam bilik air). Selalunya kalau Aqil buat BISNES lama Mama akan keluar untuk tenangkan Dini. Tapi terpaksala biarkan pintu bilik air tu terbuka (isk..habis harum semerbak satu bilik)..Kalau tak Aqil pulak menjerit suruh temankan. Dini bila Mama dah keluar seronok la dia. Siap main cak-cak lagi dengan abang yang tengah buat bisnes tu (adoi budak-budak ni)..

Kalau anak tengah dalam training ni rasanya memang tak boleh lepas dari BANJIR ataupun dia terlepas secara tak sengaja. Part ni memang kena sabar sikit (ingatkan diri sendiri jugak ni) .. Alhamdulillah selepas sebulan Aqil dah tak banjir lagi. Kadang-kadang adela terbasah sikit kat seluar je. Mula-mula dulu bukan setakat BANJIR air kecil, air besar pun pernah . Bila tinggal sorang-sorang jenuhla (Mr Hubby outstation or pergi kelas) Mama dok kepung Dini sambil sebut yekyek (kotor) sebab dia sibuk nak tengok apa yang atas lantai..

Dalam situasi BANJIR ni Mama tak bersihkan guna mop (lecehla besar nak tolak baldi lagi). Kalau Banjir kecil Mama gunakan 2 helai kain sederhana besar yang menyerap air (Mama guna tuala lama je gunting 2 bahagian) dan air dan  pencuci multi purpose. Kain pertama untuk menyerap air kencing supaya tak mengalir dengan lebih jauh (kecik sikit kawasan yang nak dibersihkan nanti). Lepas tu siram pencuci dan air serap guna kain yang lagi satu. Basuh kain tu bersih-bersih di sinki dan ulang proses siram dengan air dan serap balik guna kain beberapa kali. Kalau BANJIR air besar first action guna kitchen towel  nak buangkan all the najis. Lap segala kesan-kesan yang nampak. Lepas tu ikuti degan langkah siram air dan sabun dan serap dengan kain beberapa kali.  Di rumah ni Mama sediakan 2 set alat-alat tersebut (satu tingkat bawah, satu tingkat atas). Takdela kelam-kabut nak lari turun naik bila kes-kes KECEMASAN macam ni. Ini cara Mama. Mungkin cara mommies lain berbeza. Yang penting TEMPAT KEJADIAN mesti bersih dan suci.

My comel tupperware steamer and corn in a tupperware

05 May, 2010

Sebenarnya Mama dah lama risik-risik nak beli steamer saiz kecil. Steamer yang Mama ada sekarang agak besar. Leceh sungguh nak guna kalau setakat nak steam sikit-sikit buat makan anak beranak. Bila pergi kedai electric mesti survey harga electric steamer yang saiz kecil . Tapi tak beli pun lagi sebab tak de budget . Finally 1 April lepas masa Mama ke stokis tengok TUPPERWARE ada produk baru STEAM IT : STEAMER. Apalagi terus Mama beli satu sebab saiz dia menepati apa yang Mama inginkan. Harga pun lagi murah dari electric steamer yang Mama mimpi-mimpikan selama ini. Dapat sekali dengan booklet resepi-resepi yang masak secara kukus dan cara-cara pengunaan steamer ni

My first cooking session guna steamer ni Mama kukus jagung. Mr hubby and kids memang suka makan corn in a cup yang satu cawan dijual RM2-RM2.50 tu. Kali ni Mama beli frozen sweet corn di Giant. Satu peket tu boleh 2-3 kali anak beranak makan.




Steamer 2 lapis dengan kuali tupperware (Tupperchef wok)


Ada kawan-kawan dan customer Mama pernah tanya, steamer ni hanya boleh guna dengan kuali  Tupperware aje ke. Jadi Mama tanyala orang-orang kuat TUPPERWARE pasal isu ni. They all cakap boleh guna dengan kuali jenama lain . Yang penting pastikan api kecil dan air dalam kuali pada level yang dicadangkan. Jangan bagi steamer direct contact dengan iron (permukaan kuali) tanpa ada air . Mama pun cuba sekali lagi guna non stick pan. Ok je..



Pan perlu lebih besar dari diameter steamer



Berhati-hati dengan holes kecik yang keluar steam masa anda mengukus



Tak boleh guna periuk macam ni sebab steamer ada direct contact dengan periuk tanpa ada air. Nanti boleh melt steamer tu.



Sweet corn in a Tupperware bowl. Mama punya sikittt je butter

Mama suka kalau letak black pepper tapi hari ni tak leh buat sebab sakit tekak. Untuk kids Mama tak letak garam atau apa-apa pun pun. Licin they all makan. Yang penting Mama rasa lega sebab tak letak dalam polisterin cup macam yang selalu beli kat kedai. Mama actually tak suka penggunaan polisterin untuk letak makanan.



Lepas guna boleh terus basuh. Senang tak de lekat-lekat makanan. Lepas tu keringkan je di rak pinggan.


Selepas eksperimen menggunakan 2 jenis periuk (kuali tupperware and non stick pan jenama X) baru Mama faham kenapa penggunaan steamer ni recommended guna kuali Tupperware. Kalau guna kuali Tupperware pemanasan dia sekata so air tak de mendidih dengan dengan kuat walaupun api sederhana. Kalau guna kuali lain kena guna api yang betul-betul kecil. Kalau api sederhana air cepat mendidih dan cepat kering. Tapi masih boleh digunakan cuma anda kena pandai kawal.

Steamer ni ada keluar di beberapa newpaper dan majalah (Utusan, Metro, Star, Kosmo, Impiana Dapur, Mingguan Wanita dan Malaysian Women's Weekly) . Boleh lihat di sini. Kalau berminat nak tahu lebih lanjut boleh email dekat Mama di hayatizain@yahoo.com. Tiada paksaan untuk anda beli. Cuma kita share-share cerita. Steamer ni available sampai 15 May (x tahula kalau Tupperware nak extend production sebab so far  permintaan sangat menggalakkan)






hayatizain : Kalau berkesempatan teringin sangat nak buat lepat labu sebab setakat ni tak pernah jumpa lagi lepat labu di KL yang memenuhi citarasa Mama..