Throwback Feb 2014 : Petik epal di Bilpin Spring Orchard

20 August, 2014

 
Hi awak. Siapa nama awak? Saya Durra dari Malaysia. Boleh tak nak minta sikit apple dari awak? Saya tak laratla nak pusing2 farm ni lagi :)

Sydney kami datang ( Day 1)

19 August, 2014

Salam

Alhamdulillah terasa pulak nak update blog yang ditinggalkan berbulan-bulan. Terasa perlu dicatatkan perjalanan kami sekeluarga ke bumi kangaroo February lepas. Semakin meningkat usia, semakin banyak komitmen dan saya pula semakin cepat lupa. Kita pula bukan macam dulu-dulu. Dulu semua gambar hantar ke kedai untuk dicetak dan disimpan dalam album. Kini semua hanya bergantung pada gambar digital. Jika hilang atau corrupt file habislah semuanya. Harap catatan ini dapat menjadi kenangan untuk Aqil, Dini dan Durra suatu masa nanti. Kalau nak berharapkan saya bercerita 10 tahun lagi mungkin jalan ceritanya sudah bercampur aduk sana sini. Jadi sebelum terlupa biar dicatatkan di blog ini (mungkin juga ada beberapa perkara saya akan tak catitkan di sini sebab dah samar-samar dalam ingatan).

Perjalanan kami bermula pada 19 February 2014. Kali ini kembara kami ditemani juga abah , mak (ibu dan ayah mertua) dan adik ipar saya (anak-anak panggil pak cu).  Seperti biasa flight tengah malam memang sangat membantu. Sebelum bertolak kids memang dah penat berlari-lari bermain di airport. Kira-kira sejam selepas berangkat sajian pertama di hidangkan. Dua jam di atas flight semua dah pengsan tidur kepenatan. Semasa booking tiket bukan rezeki kami untuk duduk bersama. Jadi Aqil dan Durra duduk bersama saya di bahagian tengah. Dini pula duduk dengan papanya di bahagian tepi sebab dia nak duduk tepi tingkap. Nak tengok luar katanya (huhu apala nak tengok tengah-tengah malam jauh di atas awan).



Durra yang paling awal tidur sebab paling ligat di airport. Sedapnya tidur. Kepala atas peha mama, kaki atas peha abang. Saya yang tak dapat tidur takut-takut dia lasak dan tergolek. Bahagian bawah saya dah letak bag takut dia tergolek.


Aqil bertahan 2 jam melihat kartun. Hero saya ni memang cerewet bab makan. Meal atas flight dia tak sentuh. Katanya pasta tak sama macam mama masak. Pasta with white sauce and fish memang tak ngam dengan tekaknya. Sebab di rumah mama masak pasta ala Malaysian style.  Akhirnya mengunyah biskut sahaja. .Aduhai..Dini je yang steady. Sampai dessert licin dia kerjakan.

 Kira-kira 6  jam perjalanan kami mendarat di Sydney Airport. Alhamdulillah urusan imegresen dan kastam berjalan lancar. Buat yang pertama kali nak ke Australia perlu diketahui ada barangan tertentu yang anda tak boleh bawa masuk. Saya sempat juga buat sedikit pembacaan di internet. Itupun baca di blog-blog orang. Semasa di atas flight kita akan diberikan ARRIVAL CARD untuk  declare barang-barang yang di bawa. Untuk lebih mudah asingkan barang-barang makanan dalam satu bag khas in case perlu buka untuk pemeriksaan. Saya siap buat senarai barang-barang di dalam bag tersebut dan print atas kertas A4.


Contoh card yang perlu diisi. Saya dapat dari google.

Bag makanan kami. Saya tak bawa banyak sangat sebab Mr hubby kata di sana nanti kami ada beberapa jemputan makan..huhu..confident sungguh dia.


Untuk rujukan lengkap boleh apa yang boleh dan apa yang tak boleh di bawa boleh refer di sini

Memang panjang juga nak baca satu persatu. Dari pembacaan saya sedikit yang boleh di share. Jika ada terlepas pandang boleh tinggalkan komen ya.

MAKANAN YANG TIDAK BOLEH DI BAWA
Serunding daging/ayam
Rempah ratus berbentuk biji seperti bunga cengkih, lada hitam
Bahan makanan yang mengandungi telur
Buah-buahan
Daging/ayam mentah
Hasil tenusu seperti cheese, mayonis dan susu.
Makanan yang mengandungi coklat atau susu (minuman 3 in 1 seperti milo)

Bila saya post gambar di atas di FB ada kawan yang bertanya pasal susu dugro dan coffee 3 in 1 tu lepas pemeriksaan kastam.

Sebenarnya ada sedikit kelonggaran untuk susu bayi/infant formula. Jika anda refer pada website di atas infant formula dibenarkan asalkan ada bayi/kanak-kanak bersama. Untuk 3 in 1 coffee pula saya hanya tawakal sebab ada kawan saya beritahu nescafe 3 in 1 yang di bawa pernah di buang kastam. Masa print senarai di kertas A4 saya tulis instant coffee (non-dairy creamer).  . Pegawai bertugas hanya bertanya pada mr hubby beberapa soalan  meneliti senarai dan kemudian kami dibenarkan keluar terus ke arrival hall. Alhamdulillah semuanya ok. Tak perlu buka beg atau melalui pemeriksaan oleh anjing. Sebab itu jangan sembunyi-sembunyi semasa declare barang yang di bawa. Biar barang dibuang dari barang di rampas atas sebab tak declare. Anjing-anjing yang bertugas memang cekap menghidu. Masa kami melepas kawasan pemeriksaan dapat lihat anjing2 menghidu bag satu keluarga dari timur tengah. Anak-anak saya pula yang excited sebab anjing cute2 dan kecil sahaja. Melompat-lompat Durra sebab dia ingat anak kucing. Saya terbayangkan detector dog ni anjing yang besar hitam dan garang.

Setelah selesai pemeriksaan Mr hubby dan adik ipar pergi selesaikan urusan kereta sewa. Kids macam biasa bermain sana sini. Energy fully recharged dalam flight. Saya pula yang pening2 lalat sebab tak dapat tidur dalam flight.

Setelah pelbagai dugaan dan drama nak mendapatkan kereta sewa (gara-gara miscommunication semasa booking online) akhirnya dapat juga 8-seater minivan yang kami sewa. Yang paling drama pastinya Aqil sebab dia memang tak tahan lapar huhuhu. Biskut yang saya bawa dah habis dia makan dalam flight. Tinggal instant mee je yang perlukan air panas.   Perjalanan diteruskan ke tempat penginapan. Singgah sebentar di Halal Thai Food ( tak ingat nama sebab letih dan lapar sangat) untuk bungkus nasi .

Sepanjang di NSW kami menginap di Malaysia Hall yang terletak di Randwick. Walaupun ada  ura-ura nak menyewa homestay atau service apartment (sebab Mr hubby kata boleh masak) tapi abah akhirnya memutuskan menyewa di  Malaysia Hall kerana kebetulan ada bilik kosong untuk didiami (yeay cuti memasak 1 minggu). Sebab utama memilih Malaysia Hall kerana di situ tersimpan 1001 nostalgia untuk abah mak, mr hubby dan adik ipar semasa abah bertugas di Sydney. 




Sampai Malaysia Hall jumpa kak Nani. Jejak kasih untuk abah dan mak. Dapat sahaja kunci bilik kami yang dewasa pengsan kepenatan.  Aqil Dini dan Durra yang masih bertenaga memang tak nak duduk diam dalam bilik. Sekejap menjenguk bilik atuk wan dan pakcu. Kemudian turun naik tangga meneroka Malaysia Hall. Saya memang dah tak terdaya nak "mengurung" mereka. Mujur Malaysia Hall menggunakan system access card. Jadi hanya individu berdaftar boleh keluar dan masuk. Pintu utama juga tak boleh kanak-kanak buka sewenang-wenangnya. Terima kasih pada adik-adik di ruang tamu yang melayan kerenah mereka.

Untuk makan malam kami hanya makan di cafĂ© di dalam Malaysia hall yang diusahakan oleh uncle Sam. Students dan komuniti Melayu di Sydney mungkin sangat mengenali "orang lama" seperti Uncle Sam. Mungkin ada juga yang mengenalinya sebagai abang Sam. Abah dan mak mengenali uncle Sam semasa abah bertugas di MSD Sydney pada tahun 2002.  Paling gembira semasa makan malam pastinya Aqil. Senyum sampai telinga sambil berkata pada saya "Macam ni la sedap. Macam kat Malaysia".


Suasana malam di Malaysia Hall. Itulah si putih yang membawa kami sepanjang berada di sana. Saya ajak mr hubby keluar berjalan kaki ke stesen minyak bersebelahan sebab nak beli laundry powder. Berjalan lah kami 5 beranak menikmati kesejukan malam. Kawan saya ketawa bila saya cakap barang pertama yang saya beli di Sydney ialah laundry powder. Travelling dengan 3 orang anak kecil isu mencuci baju memang penting bagi saya. Mujur di Malaysia Hall ada disediakan coin operated washer and dryer.

Sampai ke bilik kami 5 beranak dibuai mimpi indah mengumpul tenaga untuk hari esok.

Doa pemutus susu

09 January, 2014

Assalamualaikum w.b,t

Entry ni saya buat atas permintaan beberapa orang kawan. Sebenarnya sedih juga nak tulis. Tetapi mungkin ada manfaatnya untuk ibu-ibu yang lain. Cuma bagi saya jika keadaan mengizinkan sempurnakanlah penyusuan anak anda sehingga 2 tahun.


Pada 6/10/2013 si kecil saya Durratul genap usia 2 tahun. Alhamdulillah kali ini Allah beri rezeki untuk saya menyusukan Durra sehingga 2 tahun. Aqil dan Dini dulu hanya ada umur 1 tahun 6 bulan dan 1 tahun 10 bulan. Selepas itu terpaksa dihentikan sebab saya mengandung dan alahan agak teruk. All day sickness.

Selama 2 tahun saya tak pernah tinggalkan Durra di waktu malam. Sebenarnya sehingga 2 tahun Durra bukan juga fully BF. Saya berhenti bekalkan ebm pada umurnya setahun enam bulan digantikan dengan susu formula. Tapi Durra tak minum sangat pun susu di sekolah. Cikgu nurseri cakap dia selalu buat main je (cikgu still bancuh sebab nursery ada feeding session yang ditetapkan). Tapi bila saya balik kerja sehingga malam dan weekends memang dia fully direct feeding. Sanggup "berpuasa" tunggu mama balik. Tapi bab solid food memang makan bertambah-tambah. Anak-anak saya semuanya kuat makan di nursery. Alhamdulillah nursery mereka sangat tak berkira bab makan.

Pada 12hb Disember 2013 saya dijadualkan menghadiri conference di Langkawi selama 4 hari. My mom (opah) , my father (tuk wan) dan my youngest sister (acu) dah setuju untuk datang temankan my hubby menjaga budak-budak. Aqil dan Dini saya tak risau sangat. Risaukan Durra sebab dia tidur malam tak pernah berpisah dengan saya dan "susunya".

Saya mula2 berat hati nak berhentikan bf. Entahla. Saya rasa ibu2 yang BF mesti rasa benda yang sama. Tambah2 lagi keadaan fizikal kali ini mengizinkan. Masa Aqil dan Dini dulu memang saya keletihan sangat2 sebab mengandung. Tapi saya pun x nak susahkan my parents and my sister. Takut mereka tak boleh tidur malam jika Durra meragam. Durra ni kalau menangis memang high pitch terus. Takde esak-esak

Sebulan sebelum bertolak saya baru mula. Itupun x sepenuh hati. Bermula dengan garam dan perwarna merah. Hampir berjaya di waktu berjaga tapi tengah-tengah malam bila mata pejam dia minum juga buat tak tahu.

Bila dua2 x jalan saya behenti sekejap. Seminggu nak bertolak dah kelam kabut. Lebih extreme saya gunakan asam jawa. Ya asam jawa adabi tu. Terpaksa letak hujung katil. Malam bila dia minta "susu" terpaksa sapu. Bila rasa masam dia x nak. Tapi nangis syahdu..2 jam lepas tu bangun lagi minta dan saya pun sapu asam lagi. Bila dia asyik menangis saya pun menangis sama huhuhu.

Bila call my mom dia kata carilah doa pemutus susu tu. Saya ada doa tu tapi tak macam berat hati nak baca. Sebab...erm..bila baca makna dia saya rasa sedih (mode emo). My mom kata nanti sakit perut budak tu asyik makan asam jawa.

Finally 3 hari sebelum bertolak saya baca juga doa ni. Doa ni boleh didapati dalam buku di bawah. Saya tak de mood nak scan jadi saya ambil di google sahaja untuk letak di sini. Lepas baca saya tiupkan pada mulut Durra.



 
Alhamdulillah next day lepas baca dia makin kurang bangun malam. Bila dia minta susu saya bagi botol dia nak minum walaupun hanya 2-3 kali sedut. Sebelum ni bila bagi botol dia baling ke tepi.
 
Hari saya dijadualkan bertolak tiba-tiba demam pula. Huhuhu mungkin kesan emosi tertekan. Maafkan mama sayang. Mama dah cuba bagi terbaik untuk Durra. Durra ni macam Aqil. Kalau stress mesti demam.  Saya terpaksa tangguhkan penerbangan hari berikutnya. Sepanjang hari dan malam saya jaga dia. Asyik peluk dan bisik2 yang saya sayang dia. Mama pergi sekejap sahaja. Alhamdulillah bila my parents dan my sister sampai Durra makin ceria. Demam pun dah ok. Next day saya ambil flight ke Langkawi.
 
Sepanjang saya di Langkawi Durra tidur dengan my sister. Dia memang x nak berenggang lansung dengan acu. Alhamdulillah tak de meragam sangat tapi acu tak boleh hilang. Cuma bila malam dia kadang2 bangun macam gelisah. Bila acu tepuk-tepuk tidur balik. Thanks acu tolong jaga Durra. Esok kalau acu dah kahwin opah mungkin x larat nak jaga lagi (my sister sekarang form 5). Nanti acu berpantang umah Durra la ya. Mungkin ada rezeki masa tu dah mama dah ambil maid.