Showing posts with label General info. Show all posts
Showing posts with label General info. Show all posts

Doa pemutus susu

09 January, 2014

Assalamualaikum w.b,t

Entry ni saya buat atas permintaan beberapa orang kawan. Sebenarnya sedih juga nak tulis. Tetapi mungkin ada manfaatnya untuk ibu-ibu yang lain. Cuma bagi saya jika keadaan mengizinkan sempurnakanlah penyusuan anak anda sehingga 2 tahun.


Pada 6/10/2013 si kecil saya Durratul genap usia 2 tahun. Alhamdulillah kali ini Allah beri rezeki untuk saya menyusukan Durra sehingga 2 tahun. Aqil dan Dini dulu hanya ada umur 1 tahun 6 bulan dan 1 tahun 10 bulan. Selepas itu terpaksa dihentikan sebab saya mengandung dan alahan agak teruk. All day sickness.

Selama 2 tahun saya tak pernah tinggalkan Durra di waktu malam. Sebenarnya sehingga 2 tahun Durra bukan juga fully BF. Saya berhenti bekalkan ebm pada umurnya setahun enam bulan digantikan dengan susu formula. Tapi Durra tak minum sangat pun susu di sekolah. Cikgu nurseri cakap dia selalu buat main je (cikgu still bancuh sebab nursery ada feeding session yang ditetapkan). Tapi bila saya balik kerja sehingga malam dan weekends memang dia fully direct feeding. Sanggup "berpuasa" tunggu mama balik. Tapi bab solid food memang makan bertambah-tambah. Anak-anak saya semuanya kuat makan di nursery. Alhamdulillah nursery mereka sangat tak berkira bab makan.

Pada 12hb Disember 2013 saya dijadualkan menghadiri conference di Langkawi selama 4 hari. My mom (opah) , my father (tuk wan) dan my youngest sister (acu) dah setuju untuk datang temankan my hubby menjaga budak-budak. Aqil dan Dini saya tak risau sangat. Risaukan Durra sebab dia tidur malam tak pernah berpisah dengan saya dan "susunya".

Saya mula2 berat hati nak berhentikan bf. Entahla. Saya rasa ibu2 yang BF mesti rasa benda yang sama. Tambah2 lagi keadaan fizikal kali ini mengizinkan. Masa Aqil dan Dini dulu memang saya keletihan sangat2 sebab mengandung. Tapi saya pun x nak susahkan my parents and my sister. Takut mereka tak boleh tidur malam jika Durra meragam. Durra ni kalau menangis memang high pitch terus. Takde esak-esak

Sebulan sebelum bertolak saya baru mula. Itupun x sepenuh hati. Bermula dengan garam dan perwarna merah. Hampir berjaya di waktu berjaga tapi tengah-tengah malam bila mata pejam dia minum juga buat tak tahu.

Bila dua2 x jalan saya behenti sekejap. Seminggu nak bertolak dah kelam kabut. Lebih extreme saya gunakan asam jawa. Ya asam jawa adabi tu. Terpaksa letak hujung katil. Malam bila dia minta "susu" terpaksa sapu. Bila rasa masam dia x nak. Tapi nangis syahdu..2 jam lepas tu bangun lagi minta dan saya pun sapu asam lagi. Bila dia asyik menangis saya pun menangis sama huhuhu.

Bila call my mom dia kata carilah doa pemutus susu tu. Saya ada doa tu tapi tak macam berat hati nak baca. Sebab...erm..bila baca makna dia saya rasa sedih (mode emo). My mom kata nanti sakit perut budak tu asyik makan asam jawa.

Finally 3 hari sebelum bertolak saya baca juga doa ni. Doa ni boleh didapati dalam buku di bawah. Saya tak de mood nak scan jadi saya ambil di google sahaja untuk letak di sini. Lepas baca saya tiupkan pada mulut Durra.



 
Alhamdulillah next day lepas baca dia makin kurang bangun malam. Bila dia minta susu saya bagi botol dia nak minum walaupun hanya 2-3 kali sedut. Sebelum ni bila bagi botol dia baling ke tepi.
 
Hari saya dijadualkan bertolak tiba-tiba demam pula. Huhuhu mungkin kesan emosi tertekan. Maafkan mama sayang. Mama dah cuba bagi terbaik untuk Durra. Durra ni macam Aqil. Kalau stress mesti demam.  Saya terpaksa tangguhkan penerbangan hari berikutnya. Sepanjang hari dan malam saya jaga dia. Asyik peluk dan bisik2 yang saya sayang dia. Mama pergi sekejap sahaja. Alhamdulillah bila my parents dan my sister sampai Durra makin ceria. Demam pun dah ok. Next day saya ambil flight ke Langkawi.
 
Sepanjang saya di Langkawi Durra tidur dengan my sister. Dia memang x nak berenggang lansung dengan acu. Alhamdulillah tak de meragam sangat tapi acu tak boleh hilang. Cuma bila malam dia kadang2 bangun macam gelisah. Bila acu tepuk-tepuk tidur balik. Thanks acu tolong jaga Durra. Esok kalau acu dah kahwin opah mungkin x larat nak jaga lagi (my sister sekarang form 5). Nanti acu berpantang umah Durra la ya. Mungkin ada rezeki masa tu dah mama dah ambil maid.
 



Rotavirus infection

03 November, 2010

Seperti yang dirancang dalam entry ini kali ni Mama buat entry tentang pengalaman anak-anak dijangkiti Rotavirus. Untuk rujukan teori Mama quote dari medicinenet (jawapan italic) . Selain itu disertakan juga pengalaman dari Mama sendiri (jawapan biru).

What is rotavirus ?
Rotavirus is a virus that infects the bowels. It is the most common cause of severe diarrhea among infants and children throughout the world and causes the death of about 600,000 children worldwide annually. The name rotavirus comes from the characteristic wheel-like appearance of the virus when viewed by electron microscopy (the name rotavirus is derived from the Latin rota, meaning "wheel").

Almost all children have become infected with rotavirus by their third birthday. Repeat infections with different viral strains are possible, and most children have several episodes of rotavirus infection in the first years of life. After several infections with different strains of the virus, children acquire immunity to rotavirus. Children between the ages of 6 and 24 months are at greatest risk for developing severe disease from rotavirus infection. Adults sometimes become infected, but the resulting illness is usually mild.

What are rotavirus symptoms?
The time period from initial infection to symptoms (incubation period) for rotavirus disease is around two days. Symptoms of the disease include fever, vomiting, and watery diarrhea. Abdominal pain may also occur, and infected children may have profuse watery diarrhea up to several times per day. Symptoms generally persist for three to nine days.

Dini mula muntah pada pagi Rabu (27/10). Just muntah sahaja tanpa tanda-tanda lain. Cikgu nurseri inform dia muntah kira-kira 3 kali before Mama sampai ke nurseri pada jam 2.30 petang. Mama sangat risau sebab takut-takut dia muntah sebab kesan daripada jatuh atau terhantuk benda keras yang mungkin kami tak sedar. Kesian sangat dekat princess seorang ni sebab dia memang berselera makan. Lepas muntah je dia akan mintak nak makan balik . Tak lama lepas tu muntah balik. Mama bawa dia ke KJMC tapi bahagian outpatient je sebab klinik Dr Syed (Paed) bermula pukul 7 malam. Sepanjang jalan almost 3 times dia muntah lagi. Since dia dah muntah banyak kali Dr bagi Primperan ubat tahan muntah masuk ikut rectal. Untuk bawak balik Dr prescribed ubat tahan muntah (Novimin), paracetamol dan Oral Rehydration Salt (ORS) . Episod watery diarrhea bermula pada malam tersebut. Suhu badan pun mula naik sedikit. Tengah tidur dia melepas. Memang watery habis. Mami Poko pun tak mampu nak serap. Bocor habis cadar (Thank you to my matress protector). Boleh dengar perut dia berbunyi-bunyi. Alhamdulillah dia tak meragam. Mujur Dini masih breastfeeding. Asyik melekap ajela (kalau tak sakit pun malam memang asyik melekap je). Dini masih muntah-muntah the next day dan lebih kerap cirit. Tapi masih aktif. Hari Jumaat (hari ke-3) baru dah tak muntah tetapi masih cirit-cirit sekali sekala.

How is rotavirus spread?
Rotavirus infection is highly contagious. The primary mode of transmission of rotavirus is the passage of the virus in stool to the mouth of another child. This is known as a fecal-oral route of transmission. Children can transmit the virus when they forget to wash their hands before eating or after using the toilet. Touching a surface that has been contaminated with rotavirus and then touching the mouth area can result in infection.

There also have been cases of low levels of rotavirus in respiratory-tract secretions and other body fluids. Because the virus is stable (remains infective) in the environment, transmission can occur through ingestion of contaminated water or food and contact with contaminated surfaces. Rotavirus can survive for days on hard and dry surfaces, and it can live for hours on human hands.

Puas Mama fikir dari mana Dini dapat infection. Rasanya bukan dari nurseri sebab tak de budak lain yang kena. Kalau ikut incubation period (2 days) most probably she got the infection on Sunday. Hari Ahad tu memang kami ada keluar ke Giant beli groceries. Lepas tu kids main2 di tempat permainan kat sana dan we had our lunch there. Tempat-tempat public macam tu memang senang terdedah pada jangkitan. Before makan memang WAJIB basuh tangan dengan sabun tapi si Dini ni pulak kadang-kadang suka gigit sana sini. Ntah-ntah dia gigit/jilat mana-mana bahagian kat playground tu masa asyik bermain. (Macam-macam spekulasi Mama) . Rotavirus ni highly contagious. Sebab tu jika anak kena infection diapers kena dispose elok-elok. Cuci tangan bersih2. Dalam ambil semua langkah-langkah tu Aqil pun boleh kena jugak. Dia mula muntah hari Sabtu (Rasanya berjangkit dari Dini). Huhuhu penat sungguh rasanya sebab dari Selasa sampai Jumaat I was alone ( Mr Hubby ada conference 5 hari di Bali). Kalau nak betul-betul separate dua-dua budak ni memang tak mungkinla. Pasrah je bila Aqil mula muntah-muntah tu. Thank you to my parents and sister yang datang jauh-jauh dari Taiping Jumaat petang tu. Akhirnya ku ada dahan untuk berpaut sementara menunggu Mr Hubby pulang 

 How is rotavirus diagnosed?

The diagnosis may be made by rapid detection of rotavirus in stool specimens. Strains of rotavirus may be further characterized by special testing with enzyme immunoassay or polymerase chain reaction, but such testing is not commonly available or necessary.

Untuk kes Mama ni Dr tak ambil stool specimens pun. tengok dari symptoms je they all dah cakap ROTAVIRUS punya kerja. Sebab lain mungkin sebab takde darah dalam stool. Kalau bacteria infection (E.coli) biasanya akan ada darah dalam stool. Mama jumpa Dr dua kali. Pertama MO outpatient KJMC bila Dini mula muntah. Kedua paed Dr Syed di KJMC bila Aqil pulak mula muntah dan demam (masa ni Mr Hubby pun dah balik Malaysia).

How is rotavirus treated?

There is no specific treatment for rotavirus. For people with healthy immune systems, rotavirus infection of the bowel (gastroenteritis) is a self-limited illness, lasting for only a few days. The treatment consists of increased fluid intake (oral rehydration) to prevent dehydration. About one in 40 children with rotavirus infection of the bowel requires hospitalization for intravenous fluid.

Viral infection Dr jarang prescribe antibiotik (unless di rasakan perlu to avoid secondary infection by bacteria). Treatment lebih kepada symptoms and prevent dehydration cause it is not the virus that is life threatening. It is the dehydration that comes with it! Antara ubat yang kami dapat ialah Novimin (tahan muntah), Smecta (keraskan najis), colicky (angin dan sakit perut), probiotik, paracetamol dan ORS (prevent dehydration).  Memang kena close monitoring.  Untuk Dini takde masalah nak minum ORS. Bagi apa semua dia minum. Sambil tidur pun kadang-kadang Mama guna syringe bagi ORS. Lebih baik bagi dalam jumlah sedikit tapi kerap. Aqil pulak...adoiiiii...susah betul. Pujuk baik-baik tak nak. Sekali terpaksa la paksa naik suara. Minum dalam sedu sedan. Baru 2-3 sips muntah sebab dia tak boleh terima rasa ORS tu (Mama rasa sedap je masin masin manis).  Akhirnya tak nak paksa lagi. Bagi dia minum susu dan air masak je banyak-banyak. Probiotik tu Mama masukkan dalam susu.  Ada orang kata kalau budak-budak diarrhea kena stop bagi susu or change to soybased milk. Tapi in my case Dr Syed kata ok je continue dengan susu biasa (Aqil minum Mamil Gold selang seli dengan Dugro). Dini pulak  tak de masalah. Susu Mama adalah yang terbaik. Kalau tengok anak-anak yang terkena jangkitan lemah sebab tak mahu minum kena bawak ke hospital untuk masuk air (IV) to avoid severe dehydration . Alhamdulillah kami tak sampai tahap itu.

How can rotavirus infection be prevented?

Because the virus is so prevalent, it is very difficult or even impossible to prevent rotavirus infection. Even places with excellent standards of hygiene and sanitation can become contaminated. Vaccination is the most effective preventive measure.

Our paed ada cadangkan rotavirus vaccines sebelum ini. Tapi masa tu rasa macam tak penting (ketuk kepala sendiri). Kami fokus hanya pada imunisasi biasa (seperti dalam jadual). Untuk tambahan  ambil pneumococcal vaccines (that cost 1K plus for complete package for both of them). InsyaAllah kalau rezeki dapat anak lagi perlu pertimbangkan Rotavirus vaccine ni.



Catatan Mama : Alhamdulillah sepanjang recovery  both my kids masih ada selera untuk makan. Rasanya menu paling sesuai ialah bubur nasi dan sup ayam (bertambah-tambah Dini makan). Tapi Aqil request nak KARI AYAM (penangan Mama suka makan tosai sepanjang pregnantkan Aqil). Buatlah jugak kari ayam (kurangkan rempah) makan dengan nasi lembut. Yang penting dia nak makan. Pagi tadi stool Dini dah macam biasa. Maknanya lebih kurang 8 hari jugak nak betul-betul hilang symptom. Cuma Aqil masih watery sikit. Tapi dua-dua sudah ceria dan cergas macam biasa.

 

Ini gambar kontroversi. Kalau MMS kat Mr Hubby or my mum and dad (opah dan atuk) sure they all tak boleh tidur malam tu. Nampak Dini macam lemah je. Actually she's sleepy (pukul 2 pagi) tapi Mama bagi minum ORS guna syringe. Dia pulak baik je menurut perintah sedut slow-slow


 
Air garam yang Aqil sangat anti. Nampak Mama gunting je peket ni dia dah meraung-raung



Din Beramboi masuk hospital?

31 March, 2010

Ini bukan ruangan gossip. Kadang-kadang saya suka jugak baca gossip-gossip artis tapi so far tak pernah  buat entry pasal artis atau celebriti lagi. Tapi malam semalam Mr Hubby cakap Din Beramboi penyampai ERA masuk hospital disyaki jangkitan virus dari kencing tikus. Pada masa tu dua penyakit yang datang ke fikiran saya ialah LEPTOSPIROSIS (caused by bacteria Leptospira interrogans) atau Hemorrhagic fever with renal syndrome HFRS (caused by virus, hantavirus). Seram sejuk bila dengar. Baru beberapa minggu lepas ada lectures dengan students pasal both diseases untuk module community Health. Moga-moga Pak Din cepat sembuh.

Pagi ni saya cuba search kalau ada medical report mengenai DB di internet tapi tak jumpa. Without medical report susah nak jangka mana satu penyakit yang terlibat. Dua-dua penyakit symptomnya hampir sama (fever, headache, chills, nausea and vomiting, eye inflammation, and muscle aches. In more severe cases, the illness can result in liver damage and jaundice , kidney failure, and internal bleeding).

Dua-duanya penyakit ini juga diklasifikasikan sebagai zoonotic disease (dibawa oleh binatang dan salah satunya TIKUS @ RODENT).  Ia boleh disebarkan melalui urin, najis dan air liur haiwan pembawa ( infected rodents) sama ada melalui gigitan, minuman dan makanan tercemar atau bernafas di dalam kawasan tercemar. Oleh itu sentiasa jenguk-jenguk dapur sendiri (CikTi ni suka berpesta tengah malam) dan juga  dapur kedai jika anda ingin membeli makanan diluar. Jika punya takungan air di rumah pastikan ia ditutup terutama jika anda hendak keluar bercuti dalam jangkamasa yang lama. Prevention is better than cure

Dengan rawatan yang cepat dan tepat, InsyaAllah ia boleh dirawat. Ajal dan maut itu milik mutlak Allah Yang Maha Esa. Pesakit mungkin melalui saat-saat kritikal (koma, organ failure etc) namun banyak juga kes yang berakhir dengan recovery. Apa yang penting doa dan sokongan padu dari ahli keluarga . Saya pernah terbaca pengalaman pesakit wanita yang terkena leptospirosis sewaktu sedang mengandung. Sungguh menyayat hati. Kagum dengan ketabahannya dan kesetiaan suaminya untuk mengharungi saat-saat getir bersama walaupun mereka kehilangan anak dalam kandungan.

hayatizain : kalau rasa-rasa Cik Ti ada menyerang rumah dan anda dah tak mampu nak mengawalnya rasanya tak salah invest sedikit untuk pest control service.


Anak sakit gigi? (Part 1)

26 March, 2010

Malam tadi selepas anak-nak tidur saya sempat online sekejap untuk memeriksa email. Tiba-tiba disapa seorang rakan melalui YM

Dia : Ti, tadi Naila sakit gigi. Menangis-nangis.
Saya : kesiannnya. How's she?
Dia : Dah ok..baru tidur. My mom suruh tumbuk clove lepas tu sapu kat tempat sakit tu. Berkesan pulak petua-petua lama ni.
Saya : That's good. Macam mana boleh sakit gigi?
Dia : Hard for me to control la sekarang. Dia suka sangat makan chocolate and  sweets sejak masuk tadika ni. Dulu masa duduk rumah dengan my mom, aku control jugak. Kat tadika kawan-kawan tunjuk, balik dia nak aku beli.Tak bagi menangis.
Saya : Esok bawak la dia jumpa dentist.
Dia : Perlu ke? macam dah ok je tengok?
Saya : She needs dental treatment. Clove extract just relieve dental pain tapi tak cure the problems. Kalau ada lubang pada gigi perlu ditampal. If not the pain will come back.
Dia : Aku rasa kalau bawak jumpa dentist sure dia menangis takut.
Saya : Dah pernah bawak ke?
Dia :  Tak
Saya. Naila takut or MAMA dia yang takut ?
Dia : hehehehe...iyolah...esok aku pergi
Saya :  Make sure pergi tau. Doktor tu tahu macam mana nak handle children's dental fear


Salah satu masalah kesihatan pada kanak-kanak ialah"'tooth decay" atau "caries" . Pembentukkan caries adalah satu proses yang dinamik. Ia bergantung pada banyak faktor seperti pemakanan, penjagaan gigi (oral hygiene) dan beberapa faktor lain (time and microorganisms)

Caries terjadi apabila berlakunya hakisan pada permukaan gigi oleh asid yang dihasilkan oleh bakteria yang berkumpul di permukaan gigi (demineralization).  Walaupun ada proses semulajadi yang membaikpulih kesan hakisan ini (remineralization) tetapi apa yang kerap berlaku sekarang demineralization rate jauh mengatasi remineralization rate.  Antara penyumbang utama  caries pada kanak-kanak ialah
1) Pengambilan makanan berkarbohidrat tinggi dan makanan manis yang kerap (semua kanak-kanak sukakan coklat , gula-gula, aiskrim dan jus buah-buahan)
2) Night- time bottle feeding yang mana kanak-kanak akan tertidur sebaik sahaja lepas menyusu
3) Ibu bapa kurang mengambil perhatian tentang kesihatan gigi anak-anak sehinggalah masalah timbul (sakit gigi, gigi reput etc).


Rampant caries pada kanak-kanak


Part 2 - Cara-cara mengelakkan caries pada kanak-kanak

hayatizain : sakit gigi itu SANGAT SAKIT. Orang dewasa pun boleh menonggeng-nongeng menahan kesakitan apatah lagi anak-anak. Prevention is better than cure.

Nona Roguy ada diskaun 10%

25 March, 2010

Saya bukan duta NR. Cuma nak share info yang dapat  melalui email. Diskaun bermula dari 23-31 March 2010. Masa bersalinkan Dini dulu saya beli set Rangkaian Herbanika Bersalin NR dari official websitenya http://www.nr4u.com.my/. Join sebagai ahli maya . Jadi sampai sekarang mereka akan update saya bila ada sales atau promosi.

Jadi kepada sesiapa bakal-bakal ibu yang berminat nak pakai set bersalin NR  jangan lepaskan peluang ini. Beli semasa promosi sebegini lebih menguntungkan (saya dulu beli untuk diri sendiri dan my sis masa sales jugak.).  10% tu banyak bezanya sebab satu set ini harganya RM300.00 (member). Kalau non member beli kat kedai-kedai jamu harganya RM 365.00

Bila orang tanya ok ke tak set ni saya akan jawab "I like it. Bab-bab ubat-ubatan (sama ada supplement ada jamu) setiap orang mungkin ada kesan yang berbeza. Sebab tu tak la berani nak komen panjang-panjang. Saya paling suka minyak herbanikanya. Sebab tu saya beli extra satu botol sebab dalam set ni botol kecil je. Dalam set ni ada herbanika lulur (serbuk) tapi saya lebih prefer guna sabun Dhia  untuk scrub. Leceh sikit pakai serbuk-serbuk. Pantang anak kedua tak sama macam pantang anak pertama. Masuk aje bilik air  bila baby tidur abang dia pulak ketuk-ketuk pintu bilik air cari mama. Kesian abang rasa tersisih sebab mama asyik layan adik  (Aqil dulu pun macam ni sayang. Tapi masa tu takde siapa nak jelaous sebab anak sulung). 


hayatizain : masa saya beli dulu delivery service  sangat superb. Hari ni bayar (pagi), esok petang  cik abang posmen dah sampai rumah hantar.

Facebook running slow lately?

27 January, 2010

Got this message from my friend Bedz. Patutla lately my facebook acc mmg slow macam siput sampai tahap malas nak bukak.

  1. Go to SETTING (located at blue area on top. Next to your name)
  2. Select APPLICATION SETTINGS (there are 2 more settings there. Account settings and privacy settings)
  3. There you will find SHOW drop-down box
  4. Click on ADDED TO PROFILE
  5. if you see UN-NAMED APP delete it. It's an internal spyboat


* Banyak betul request on Farmville, Barn Buddy, Happy Aquarium. Mintak maaf lambat approve. Cheq dah lama tak jenguk ladang2 dan kedai akuarium. Tak tau apa jadi (sure kambing2 tu dah merayap pi ladang orang)

Gosok jangan tak gosok

11 January, 2010

Ada satu gambar menarik  yang saya dapat dari internet semasa membuat persediaan lecture "Hospital Acquired Infection" untuk students pagi tadi


Tahukah anda cara paling mudah dan murah tapi berkesan untuk mengelak jangkitan ialah dengan membasuh tangan. Kadangkala kita membasuh tangan tetapi dengan cara yang 'kurang' betul. Semasa membasuh tangan terdapat bahagian-bahagian tertentu yang mungkin tidak dicuci dengan sepatutnya. Lihat gambar di bawah dan anda boleh cuba sendiri berdasarkan 'cara' biasa anda mencuci tangan



Untuk mengurangkan diri dan keluarga dijangkiti penyakit, jadikan amalan membasuh tangan sebagai rutin dalam ahli keluarga  . Basuh tangan dengan cara yang betul

  • Sebelum anda memasak
  • Sebelum makan atau menyuapkan makanan pada anak-anak
  • Sebelum menyentuh peralatan bayi seperti botol susu, botol minuman dan sebagainya
  • Sebelum dan selepas melawat rakan atau saudara mara yang sakit
  • Selepas pulang dari mana-mana tempat awam
  • Selepas menaiki kenderaan awam (LRT, monorel etc)
  • Selepas menggunakan bilik air
  • Selepas menyentuh haiwan (termasuk haiwan peliharaan)
  • Selepas membuang sampah di luar rumah
  • Selepas membersihkan rumah
 Teknik membasuh tangan yang betul





 Untuk mengalakkan amalan ini menjadi kebiasaan di dalam keluarga
  •  Saling ingat mengingati antara ahli keluarga
  • Sediakan sabun di sinki rumah (saya lebih prefer jenis cecair)
  • Sediakan "stool" untuk memudahkan anak anda memanjat (dengan pengawasan) semasa membasuh tangan
  • Bawa sabun cecair dalam botol kecil atau hand sanitizer di dalam handbag jika keluar ke tempat awam terutama bila membawa anak (sesetengah tempat soap dispenser ada tetapi isinya tiada)
 Remember : Everything you touch have been touched by someone else.