Showing posts with label Our trip to Japan. Show all posts
Showing posts with label Our trip to Japan. Show all posts

Dunia vending machine di Jepun

08 February, 2011

Jual ice-cream. Mujur tengah winter.  Takdela Aqil guling-guling nak minta makan ice cream
 Hello Kitty masak popcorn

Nugget dan fries. Sejuk-sejuk ni terliur betul bila tengok tapi tak halal la pulak
Ni vending machine pujaan hati. Sampai mana-mana tempat je kami cari machine ni nak beli hot choc

hayatizain: Bila tengok gambar-gambar ni terkenang dengan kebersihan Negara Matahari Terbit ni.

Satu kenangan di bumi Sakura

15 January, 2010

Aqil dan Farihah berjoget di airport. Masing-masing tak faham nak kena berpisah lepas ni

Sayonara ....sedihnya. Macam tak puas je duduk sini

Perjalanan balik terasa lebih panjang dari perjalanan datang dahulu. Mungkin kerana perjalanan di siang hari. Mujurlah Aqil tak meragam sebab diupah dengan kacang dan video.

Big boy tengok cerita Ben10 sambil makan kacang
Yang tak nak duduk diam ialah Dini. Tak mahu langsung tidur dalam bassinet. Bila dah ditidurkan di riba saya akan pindahkan ke bassinet tetapi dia kan terus buka mata . "Cramp" meriba princess sorang ni


Mama I don't want to be here..please

Tak reti duduk diam pulak tu. Ada je benda nak dibuat dan dicapainya. Rasanya kalau saya lepas mesti laju je dia merangkak tawaf kapal terbang ni.

I prefer to be here.

Meals sepanjang perjalanan pun ada unsur-unsur makanan Jepun. Meal untuk lunch tak sempat nak ambil gambar. Cuma sempat ambil gambar snack saja. Masa kat Jepun inilah salah satu favourite saya. Aqil dengan Dini pun suka (saya picit2 suap kat mulut Dini, bukan main happy)
Our snack

Alhamdulillah selamat mendarat di KLIA hampir jam 8 malam. Penat tetapi seronok berjalan bersama suami dan anak-anak. Penat jugak menaip entry tentang aktiviti kami di sana. Entry-entry ini sebenarnya untuk dokumentasi kami sekeluarga kerana saya tahu memori Aqil (2 tahun 10 bulan) tentang Jepun mungkin hanya dalam jangkamasa yang singkat. Dini (9 bulan) pulak rasanya memang tak ingat apa-apa. Sekurang-kurangnya bila mereka sudah pandai membaca bolehla membaca catatan mama disamping ratusan gambar yang kami simpan. 

Bila nak ke Jepun lagi?
Erm ..tak pasti berapa tahun lagi. Along dan family pun dah nak balik March ni. Tanpa sesiapa di sana (terutama sekali yang fasih berbahasa Jepun) mungkin susah sikit kami nak ke sana lagi. Jika ada  rezeki mungkin Aqil atau Dini boleh further study di sana nanti (jauhnya angan-angan mama).. Kalau papa masih "setia" dengan MAS bolehlah mama dan papa datang melawat selalu.

Next trip?
Nak ke mana ye? Macam teringin nak ke Australia tapi kena tengok kewangan tahun ni. Perlu utamakan perkara-perkara penting dahulu. InsyaAllah ada rezeki kita jalan lagi ye anak-anak.

Berakhirnya pengembaraan mencari ultraman - Day 6

Hari ni kami kami ronda dekat-dekat je sebab esok dah nak balik. Pagi pergi ke kedai elektrik dan kedai kamera because hubby nak buat tangkapan "terbesar" hari ni (will blog about his tangkapan later). Dalam hati macam teringin sangat nak beli dan bawa balik benda ni . heheheh



What make this special ?
see all the buttons

Toilet2 kat Jepun ni sungguh canggih (Bagi kebanyakkan tempat. Ada juga tempat yang toilet dia biasa je). First time jumpa masa masuk ladies di Narita Airport (turun2 flight je cari ladies sebab atas flight asyik occupied je toiletnya). Termenung jap fikir nak tekan button yang mana (takut gak salah tekan nanti meletup ke apa). Apa-apa pun memang selesa sebab selain button2 tu toilet juga lengkap dengan "warm seat" (tengah2 winter ni kalau tak de warm seat memang tak selesa).

Selepas tu kami pergi tengok laut. Hitachi City menghadap Lautan Pacifik


Dah puas tengok laut (tak boleh mandi manda pun macam ni Malaysia) kami menuju ke Fashion Cruise untuk makan tengahari.


Along and kids

Abang long dan hubby pergi pesan makanan. Tak lama lepas tu mereka datang dengan benda ni.


Benda ni diberikan oleh tuan kedai tadi pada pelanggan. Jadi pelanggan tak payah menunggu di sana lama-lama. Bila dah siap makanan yang dipesan mereka akan hantar isyarat. Bolehlah pergi ambil makanan yang telah siap

Hari ni kami makan nasi bersama tuna dan sup.

Akhirnya setelah hampir nak berangkat pulang ke Malaysia esok barulah Aqil bertemu ultraman yang dicari-cari selama ini. Mengalirlah yen papa untuk Aqil di kedai yang penuh dengan ultraman2. Mujur dia mintak yang kecil je. Kalau nak "bapak" ultraman kat luar tu jenuh juga nak angkut bawa balik Malaysia nanti.

Sunroute Plaza Tokyo

10 January, 2010

Pemandangan dari bilik kami menginap


Standard twin room. Dua katil dah dirapatkan oleh kami menjadi super king bed

Sofa yang boleh dijadikan sofa bed


Night wear for kids (100-130cm, 130-155cm one each)  and adults


Stool untuk kids memanjat dan bermain air di sinki


Wardrobe and slippers. Dah guna dua pasang pun masih banyak lagi yang tinggal


Boleh nampak Mount Fuji yang memutih dari entrance hotel

dan seperti biasa "super clean" bathroom (no picture)



Official website
http://www.sunroute-plaza-tokyo.com/ht_en/en_rmtyp_west.htm

Berkelah di kedinginan winter - Day 5

09 January, 2010

Hari ini kami ke Kasumigaura park yang terletak di Tsukuba

Kasumigaura park

Dengan semangat yang berkobar-kobar kami merentas taman dan terjumpa gazebo untuk berkelah

Nasi minyak and bihun goreng. nyum..nyum.. Ku tetap setiap dengan tupperware walaupun di Jepun

Oleh kerana nak sangat berkelah di tengah winter maka kami makan dengan penuh berselera tetapi mengigil-gigil.

Salah satu tarikan di taman ini ialah windmill




Wetland

Tasik

Dinner di salah sebuah restoran di Hitachi
Peti kasut berkunci di pintu masuk

Peti kasut ni sungguh unik. Masukkan kasut , tutup rapat dan tarik papan kecil tu. Maka terkuncilah kotak itu dan simpanlah papan itu sebagai kunci anda.

Menu

Salah satu perkara unik di Jepun ialah bagi kebanyakkan restoran , di sebelah setiap makanan di dalam menu akan dicatatkan kalori untuk makanan tersebut. Sesiapa yang diet senanglah nak buat pengiraan kalori. Mungkin itu salah satu faktor orang-orang kat sini slim-slim belaka

Makan bersila atas lantai. Ada kerusi comel untuk kids

Plain water and green tea

Kalau kat Malaysia budaya minum teh tarik digantikan dengan green tea rasa-rasanya kurang sikit statistik pesakit diabetes melitus @ kencing manis

Hasil tangkapan di Jepun - Day 4

07 January, 2010

Hari keempat destinasi kami ialah Ami Premium Outlet yang terletak di Ibaraki. Tengah sales hebat sempena hujung tahun dan Krismas.


Depan outlet Adidas


Food court

Food court di sini lepas makan kena kemas sendiri. Sampah buang dalam tong yang disediakan. Talam, cawan dan pinggan letak di tempat khas.

Bersama hasil tangkapan masing-masing

Hasil tangkapan pada hari ini
Hubby : sandal crocs and football shoes adidas (ehem2. beriya nasihat kat kita jangan rambang mata tapi dia yang tangkap lebih hehehe)
Me : long sleeve T-shirt 1200 yen sahaja ye..wink..wink (tak sampai RM50 pun)
Along & family : handbag Coach, adidas sport wear

Pada mulanya saya teringin nak beli :

Set periuk dan kuali Tefal (sales boleh tahan. Di sana ejaannya T-fal)
Bila fikir2 kuali-kuali kat rumah tu pun masih elok dan berkilat sebab jarang sangat masak  maka saya lupakan saja hasrat itu

Kids wear Osh Kosh B'Gosh dan Gap untuk my 2 darlings
Orang kata kalau shopping di oversea jangan cuba convert ke RM. Tapi saya tak berjaya mengikuti pesanan itu. Bila kira-kira balik walaupun sales tapi boleh tahan gak mahal untuk baju budak sebab saya memang tak biasa beli baju-baju dari dua brand elite ni.  Takpela nak, balik Malaysia nanti kita beli baju Anankku or Kiko pun cantik jugakkan.


Termenung tengok mama dari tadi asyik tekan2 kalkulator kat handphone

The adventure begin - Day 3

Hari ini kami memilih untuk menaiki public transport . Selepas check out di hotel, kami ke AquaCity Odaiba untuk parking kereta. Pengembaraan sebenar telah bermula dengan ratio orang dewasa kepada kanak-kanak 1:1.

Tangkap gambar berlatarbelakang Rainbow Bridge

Kenapa dipanggil Rainbow Bridge?


Kerana imilah rupanya di waktu malam. Cantikkan?

Tiket feri


Naik ferry dari Odaiba ke Asakusa

Mak long  melayan kanak-kanak. Pak long snap pictures. Papa dukung Dini ambil angin di luar feri. Mama?
.
.
.
Pening-pening lalat di kerusi sebelah. Ntah kenapa pulak tiba-tiba saya mabuk air

Dari jeti kami berjalan kaki ke Asakusa Temple.

Tiada masalah untuk berjalan walaupun kami menolak tiga stroller dan memimpin sorang kanak-kanak sebab memang ada laluan khas untuk pejalan kaki dan penunggang basikal.




Basikal di tengah bandaraya. Polis pun naik basikal. Yang susah nak jumpa ialah motosikal


Asakusa Temple

Dari Asakusa kami menaiki subway dan monorel untuk kembali ke AquaCity Odaiba


Hubby dengan abang long tengah beli tiket

Mujur ada abang long yang fasih berbahasa Jepun. Kalau tak boleh sesat barat sebab papan tanda mostly dalam bahasa Jepun.


Transit dari subway ke monorel. Pukul  4 petang dah macam pukul 8 malam


Dinner di restoran Asian Dining Siddique. Nasi beriani di tengah Tokyo

Di depan restoran saya ternampak sesuatu


Elevator parking garages

Tapi kami tak boleh parking di sini sebab Toyota Voxy melebihi ketinggian maksimum. Kempunan nak tengok macam mana elevator parking garages ni berfungsi.