Showing posts with label baby food (below 1 year). Show all posts
Showing posts with label baby food (below 1 year). Show all posts

Puding roti kukus untuk baby dan kanak-kanak

21 October, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni nak kongsi satu resepi dessert yang berkhasiat, cepat dan mudah disediakan untuk baby 9 bulan ke atas dan kanak-kanak iaitu PUDING ROTI KUKUS. Resepi ini menggunakan telur jadi hanya sesuai jika baby tidak allergic kepada telur

Bahan-bahan asas
2 keping roti putih
1 biji telur
125ml  susu segar (Mama guna 1 kotak  dutch lady kids yang kecik comel tu)

Senang je kan bahan asas dia. Kalau untuk baby bawak 1 year tak payah letak gula. Kalau anak dah besar (toddler) bolehla campurkan 1 sudu gula perang.

Cara membuatnya :
Carikkan roti kecil-kecil dan masukkan ke dalam bekas yang boleh dikukus
Tuangkan susu dan biarkan roti terendam
Pukul telur dan gula (jika letak gula). Masukkan ke dalam campuran tadi
kacau sedikit supaya sebati
Masukkan bahan-bahan lain yang dirasakan sesuai.(buah, yogurt etc)


Gambar di bawah mama letak buah currant dan pisang



Letak calci yum perasa strawberry pun sedap



Selepas itu biarkan adunan kira-kira 5 minit
Masukkan dalam pengukus. Kukus kira-kira 20 minit. Seperti biasa mama gunakan steam it Tupperware.  Memang mudah. Senang basuh, ringan dan praktikal kalau nak kukus makanan dalam portion kecil. Ada a few entries yang mama tulis pasal kegunaan steam it tupperware ni.

Dah masak


Bila diceduk puding ni lembut. Sedap dimakan suam-suam. .



2 beradik sedang menikmati. Aqil kurang sikit bab dessert. Dia suka kuih pedas2 macam karipap



Ni untuk mama. Dalam letak sedikit oat dan badam . Atas letak parutan choc. Sedap di makan selepas disejukkan dalam peti ais. nyum..nyum


Selamat mencuba..

Homemade creamy chicken soup

17 October, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aqil, Dini dan Mr Hubby memang suka makan creamy chicken soup. Kalau kami berpeluang makan di Nandos atau Kenny Rogers itu menu wajib. Sesekali Mr Hubby belikan chicken soup kimball yang dalam tin tu. Memang mudah. Buka tin, tuang dalam periuk , tambah air dan panaskan. Tapi entah kenapa mama kurang gemar. Rasa sedih sebab itu favourite food anak dan suami tapi makan yang instant punya.
 
Bila ada masa terluang mama cuba cari cara buat creamy chicken soup Memang banyak version. Akhirnya setakat hari ini sudah berjaya buat sudah 2 kali. Preparation leceh sedikit tetapi untuk hidangan kepada keluarga apa salahnya. 

Mula-mula buat chicken stock dulu. Untuk chicken stock mama gunakan rangka ayam. Beli je kat Mydin. Bersihkan rangka ayam dan buang segala lemak-lemak.


Masukkan dalam periuk dengan bawang holland, carot dan celery. Masukkan air secukupnya dan rebus. Mula-mula kuatkan api sehingga mendidih. Bila dah mendidih perlahankan api. Mama rebus dalam satu jam setengah pada api yang kecil. Setelah suam tapiskan bahan-bahan. Sayur-sayur mama ketepikan. Bawang boleh dicampurkan dalam sup nanti.


Setelah siap chicken stock asingkan sedikit untuk dibekukan buat bubur Durra nanti. Kalau dah ada stock ayam memang mudah buat bubur bila balik kerja

Untuk sup langkah pertama panaskan 1 sudu butter dan sedikit minyak jagung (boleh juga guna butter je semua). Masukkan 2 sudu besar tepung gandum. Kacau sehingga campuran jadi berbuih-buih

Tambahkan stok ayam dan susu segar. Mama guna susu full cream dutch lady je. (At this  stage mama dah asingkan sedikit  untuk Durra ke dalam periuk kecil yang lain sebab untuk dia tak nak letak cream dan garam).

Tambahkan cream (Mama guna cream jenama nestle)

Masak sehingga kepekatan yang dikehendaki. Tambahkan isi ayam . Mama guna isi ayam yang ada pada rangka ayam. Carik-carikkan dan masuk ke dalam sup.

Tambahkan garam, lada hitam dan daun pasley kering.

Setelah siap bolehlah dihidangkan dengan garlic bread.  Mama guna roti gardenia je buat garlic bread.

 
Alhamdulillah semua orang suka.
 

bubur pasta ayam, labu dan brocoli (baby food)

27 September, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni mama nak kongsi satu lagi resepi makanan baby iaitu bubur pasta ayam, labu dan brocoli. Macam panjang benar namanya. Siap sebut semua bahan yang ada kat dalam tu. Bagi mama resepi ni sesuai untuk anak-anak yang tak suka makan brocoli. Seperti kisah Aqil di bawah


Aqil dan brocoli
Di usia 6 bulan mama perkenalkan dengan puri brocoli. Excited sungguh nak cuba segala jenis puri macam yang dilihat dalam buku. Bila sampai hari puri brocoli habis disembur-sembur sambil buat muka tak suka..tutup-tutup mulut dan menangis tak nak makan..isk...isk.Penat tau mama masak. Lepas tu mama stop sekejap. Bagi puri lain pulak
Bila dia mencecah usia 9 bulan mama cuba perkenalkan lagi sekali dengan brocoli. Kali ni buat bubur nasi campur ayam dan brocoli. Again...dia menolak. Rasa frust sangat sebab dah penat masak.. Biasalah sebagai ibu kita nak berikan yang terbaik untuk anak-anak. Semua orang tahu dengan khasiat brocoli. Mama siap beli yang organic lagi. Sebab frust terus mama stop bagi brocoli. Pada masa tu Aqil hanya suka makan karot dan kentang. Jadi dua sayur tu je yang mama selalu masakkan untuk dia.
Itulah salah satu kesilapan mama pada masa itu. Tak kreatif nak bereksperimen sebab terlalu takutkan rejection dari anak. Alhamdulillah mama belajar dari kesilapan itu. Jika anak reject sesuatu makanan kita perlu kreatif untuk mengubahsuainya sehingga diterima oleh anak. Tambahan lagi jika makanan itu mengandungi khasiat yang tinggi. Untuk Dini dan Durra mama telah gabungkan brocoli dengan sayur yang sedikit manis iaitu labu. Alhamdulillah mereka suka. Jadi ibu-ibu yang anak baru nak belajar makan jangan putus asa ya. Alhamdulillah sekarang Aqil juga dah makan brocoli. Tapi mesti disertakan dengan lauk kegemarannya ayam goreng.

Ok..seterusnya kita ke resepi ya

Bahan-bahan
Sedikit minyak masak (mama guna olive oil atau corn oil bergantung apa yang ada)
Bawang besar (dadu)
Labu (dadu)
Brocoli
Isi ayam

Cara memasak
Tumis bawang dengan sedikit minyak sehingga layu
Masukkan isi ayam yang didadu
Kacau sebentar
Masukkan baby pasta,labu dan brocoli
Masukkan air
Rebus sehingga sayur dan pasta lembut
Campur sedikit susu (optional)
Bila dah suam boleh blend atau lenyek je dengan garpu supaya hancur2 bergantung pada umur anak. Mama hanya gunakan Tupperware Turbo Chopper untuk hancurkan.  Durra dah ada 6 batang gigi (2 bawah 4 atas) jadi dia suka kalau makanan boleh kunyah2. Kalau terlalu hancur dia tak suka.


Di dalam Tupperware Turbo chopper. Siap untuk dihancurkan


Dah siap hidangan sepinggan lengkap. Ada karbohidrat dari pasta, protein dari ayam dan susu dan vitamin dari labu dan brocoli.

Tak sempat nak snap gambar selepas dihancurkan sebab Durra dah tak sabar nak makan. Dia sekarang kalau letak di baby chair akan jerit "nak..nak..nak..nak"

Puri keledek dengan ayam

11 September, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni mama nak share satu resepi makan baby yang nyummy. Kalau buat puri ni memang kena buat banyak sebab kak Dini pun akan tumpang makan sekaki. Mama pun sambil suap-suap Durra tumpang jugak 2-3 sudu.


Puri keledek dan ayam / sweet potato and chicken puree

Bahan-bahan
bawang merah
isi ayam
keledek kuning (dadu kecil)
kurma (optional)
fresh milk (optional)

Cara penyediaan
Tumis bawang merah dengan sedikit minyak zaitun atau minyak jagung
Setelah bawang layu masukkan isi ayam
Masak sebentar. Masukkan keledek yang didadu
Masukkan air (jangan terlalu banyak. Just enough to cover sweet potato).
Masak sehingga keledek empuk
Sejukkan dan blend sehingga hancur
Masukkan semula dalam periuk dan tambah susu
Masak sebentar.
Tutup api

Dulu kalau buat mama akan guna blender. Sekarang ni mama guna Tupperware Turbo Chopper je. Lebih senang. Kalau blender leceh nak basuh sebab terlalu besar.


Sebelum. Masukkan bahan-bahan yang telah empuk yang masih suam-suam.



Selepas. Dah siap.



Setelah ditambah susu dan siap untuk dimakan. Nyum....nyum..

baby pasta with chicken and tomatoes gravy

16 August, 2012

Assalamualaikum

Dah lama tak menulis sejak Ramadhan ni. Rasanya dah ramai yang cuti hari ni. Pagi tadi lalu di tol Damansara pun jam sikit je. Tak seteruk hari-hari biasa.

Hari ni mama nak share satu resepi favourite Durra. Si kecik ni badan tak bam bam macam kak Dini dia dulu tapi selera makan boleh tahan. Sekejap je dah 10 bulan.

Durra suka sangat makan pasta dengan chicken and tomatoes gravy. Nak buat pun senang je.

Bahan-bahan
Bawang kecil 2 ulas
bawang putih 1 ulas
sedikit minyak sayuran (mama guna minyak jagung)
Isi ayam
Tomato yang masak (buangkan biji dan dadu. Kalau dapat yang organik lagi bagus)
Carrot (buang kulit dan dadu)

Cara-cara
Tumis bawang kecil dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau.
Masukkan isi ayam. Kacau sebentar
Tambahkan air
Masukkan tomato dan carrot
Rebus sehingga carrot lembut
Sejukkan sebentar
Masukkan dalam blender dan blend
Masuk semula dalam periuk. Boleh juga ditambah cheese kalau suka

Untuk pasta mama guna baby pasta jenama Heinz. Sekejap je rebus dah lembut. Memang mudah. Masa Aqil dan Dini dulu gigih mama merebus pasta san remo tu sampai betul-betul  lembut. Dalam 10-12 minit jugak.
Mama beli pasta ni di Tesco. Pernah tengok di Giant pun ada dulu. Tapi tak semua outlet ada. Satu pack tu tahan lama jugak sebab bukan hari-hari makan pasta kan. Pasta ni kecik-kecik je bentuk star. Memang comel.

nyum-nyum

oh ye yang nampak hitam-hitam sikit tu sebenarnya kurma. Bulan puasa ni kalau masak meal untuk Durra mama memang suka masukkan kurma sekali. Selain berkhasiat menambahkan perisa pada makanan. Yang penting makanan baby jangan letak garam tau.