Bermula dari Rabu lepas aktiviti basuh membasuh dan sental menyental memang rancak. Semuanya kerana anak-anak dijangkiti Rotavirus. Muntah-muntah, cirit birit dan sedikit demam. Bermula dengan Dini dan kemudian berjangkit pada Aqil. Mula-mula rasa frust sebab as microbiologist Mama memang strict bab cuci tangan (hand wash). Tapi atas kuasa Allah anak-anak kena jugak jangkitan. Mungkin untuk bagi Mama lihat "REAL" situation of infection. Alhamdulillah tak sampai kena warded. Anak muntah-muntah Mama yang menangis kesian tengok. Mungkin sebab itu ditakdirkan Mama tak jadi medical doctor.
Sekarang lecture tak banyak jadi boleh ambil EL untuk pantau mereka di rumah. Kalau pergi kerja pun rasanya macam berjalan atas angin sebab letih tak cukup tidur. Alhamdulillah Mr Hubby sudah pulang dari 5 hari duty travel.
InsyaAllah suatu hari akan buat entry berkongsi tentang siapa cik "ROTAVIRUS" .
Malam ini sekadar entry untuk sesiapa yang tengah plan nak beli stroller. Boleh jenguk ke warehouse LittleWhiz. Mama dapat info dari email yang di hantar oleh LittleWhiz.
Selamat melayan gambar flyer
0 comments:
Post a Comment