Saya ada 2 bibik

25 March, 2010

Di kawasan perumahan saya boleh dikatakn 90% penghuninya mempunyai pembantu rumah ataupun bibik. Senario biasa di pagi hari saya akan tengok bibik-bibik menyidai kain di ampaian. Saya pulak pagi-pagi kelam-kabut masukkan anak-anak ke dalam kereta untuk ke nurseri. Ampaian di luar bagaikan perhiasan sentiasa kosong. Pasti bibik-bibik ini hairan. Ibu Yati ini tidak pernah membasuh baju ....Atau mungkin pengunjung setia kedai dobi berhampiran.

Sebenarnya bab cuci mencuci saya punya dua pembantu yang saya sayang. Pembantu pertama

                                                                         Cik Dryer E

Cik E ni kami beli dalam dua tahun lepas. Masa itu kami tinggal di rumah atas angin (apartment). Ruang menyidai sangat terhad. Saya jadi sangat stress kerana Mr Hubby dan kids memang "kaki" salin baju. Tambahan lagi kalau musim hujan. Sebelum beli memang saya berfikir panjang. Macam tak logik je duduk di Malaysia beriklim Khatulistiwa nak pakai dryer. Kalau duduk UK yang ada winter tu lain la jugak.

Untuk memuaskan hati saya banyak buat survey. Antaranya saya pos satu email kepada yahoogroup ummikusayang (UKS) minta pendapat senior-senior di sana. Saya tahu kebanyakkan mereka ibu bekerja tanpa pembantu rumah. Alhamdulillah response yang saya dapat amat baik. Saya fikirkan saya seorang sahaja yang ada idea gila nak pakai dryer di Malaysia. Rupanya ramai lagi kakak-kakak yang lebih terdahulu memakai dryer di rumah. Mereka cadangkan beberapa brand yang  dirasakan bagus di pasaran. Dan akhirnya Cik E menjadi pilihan saya.

Alhamdulillah walaupun dah pindah di rumah yang ada tanah Cik E masih berbakti kepada saya. Adik-adik saya yang tinggal d hostel pun kadang-kadang datang mendapatkan khidmat Cik E. Saya rasa sangat lega. Di pejabat , tak lagi risau fikirkan kain di ampaian bila hari dah mula mendung. Sekali sekala saya jemur juga baju di luar pada hujung minggu.  Mungkin orang fikir saya ini basuh baju seminggu sekali :).

Pembantu kedua 


Cik T

Dengan loading 14 kg

Kalau tengok loading macam boleh bukak kedai dobi. Saya sengaja pilih 14 kg. Senang nak basuh barang-barang besar seperti cadar dan langsir. Ada anak kecil bab salin menyalin cadar boleh dikatakan setiap hari. Sekejap kena muntah...sekejap kena kencing..

Itulah alkisah dua pembantu saya. Walaupun kadangkala berlaku sedikit unsur penderaan kerja yang banyak, tetapi sebenarnya saya sangat sayangkan mereka. Harap-harap mereka akan setia berkhidmat dengan saya dalam jangkamasa yang lama.


3 comments:

Farra Da Smiley said...

eh gud idea la..besar toi ur washing machine tu..i punya 5kg je..so asik putar jek..dh le anak 3 org

hayatizain said...

my old one yang beli lepas baru kahwin pun 5 kg. Masa beli tu terfikir buat apa beli loading besar. baju untuk dua orang je.Bila dah ada anak-anak sehari kadang-kadang sampai 2-3 round. huhuhu penat nak tunggu

Zura Rahman said...

i pun nak cari satu dryer.

pakai byk elektrik tak drye ni