Nona Roguy ada diskaun 10%

25 March, 2010

Saya bukan duta NR. Cuma nak share info yang dapat  melalui email. Diskaun bermula dari 23-31 March 2010. Masa bersalinkan Dini dulu saya beli set Rangkaian Herbanika Bersalin NR dari official websitenya http://www.nr4u.com.my/. Join sebagai ahli maya . Jadi sampai sekarang mereka akan update saya bila ada sales atau promosi.

Jadi kepada sesiapa bakal-bakal ibu yang berminat nak pakai set bersalin NR  jangan lepaskan peluang ini. Beli semasa promosi sebegini lebih menguntungkan (saya dulu beli untuk diri sendiri dan my sis masa sales jugak.).  10% tu banyak bezanya sebab satu set ini harganya RM300.00 (member). Kalau non member beli kat kedai-kedai jamu harganya RM 365.00

Bila orang tanya ok ke tak set ni saya akan jawab "I like it. Bab-bab ubat-ubatan (sama ada supplement ada jamu) setiap orang mungkin ada kesan yang berbeza. Sebab tu tak la berani nak komen panjang-panjang. Saya paling suka minyak herbanikanya. Sebab tu saya beli extra satu botol sebab dalam set ni botol kecil je. Dalam set ni ada herbanika lulur (serbuk) tapi saya lebih prefer guna sabun Dhia  untuk scrub. Leceh sikit pakai serbuk-serbuk. Pantang anak kedua tak sama macam pantang anak pertama. Masuk aje bilik air  bila baby tidur abang dia pulak ketuk-ketuk pintu bilik air cari mama. Kesian abang rasa tersisih sebab mama asyik layan adik  (Aqil dulu pun macam ni sayang. Tapi masa tu takde siapa nak jelaous sebab anak sulung). 


hayatizain : masa saya beli dulu delivery service  sangat superb. Hari ni bayar (pagi), esok petang  cik abang posmen dah sampai rumah hantar.

0 comments: