Anak sakit gigi? (Part 1)

26 March, 2010

Malam tadi selepas anak-nak tidur saya sempat online sekejap untuk memeriksa email. Tiba-tiba disapa seorang rakan melalui YM

Dia : Ti, tadi Naila sakit gigi. Menangis-nangis.
Saya : kesiannnya. How's she?
Dia : Dah ok..baru tidur. My mom suruh tumbuk clove lepas tu sapu kat tempat sakit tu. Berkesan pulak petua-petua lama ni.
Saya : That's good. Macam mana boleh sakit gigi?
Dia : Hard for me to control la sekarang. Dia suka sangat makan chocolate and  sweets sejak masuk tadika ni. Dulu masa duduk rumah dengan my mom, aku control jugak. Kat tadika kawan-kawan tunjuk, balik dia nak aku beli.Tak bagi menangis.
Saya : Esok bawak la dia jumpa dentist.
Dia : Perlu ke? macam dah ok je tengok?
Saya : She needs dental treatment. Clove extract just relieve dental pain tapi tak cure the problems. Kalau ada lubang pada gigi perlu ditampal. If not the pain will come back.
Dia : Aku rasa kalau bawak jumpa dentist sure dia menangis takut.
Saya : Dah pernah bawak ke?
Dia :  Tak
Saya. Naila takut or MAMA dia yang takut ?
Dia : hehehehe...iyolah...esok aku pergi
Saya :  Make sure pergi tau. Doktor tu tahu macam mana nak handle children's dental fear


Salah satu masalah kesihatan pada kanak-kanak ialah"'tooth decay" atau "caries" . Pembentukkan caries adalah satu proses yang dinamik. Ia bergantung pada banyak faktor seperti pemakanan, penjagaan gigi (oral hygiene) dan beberapa faktor lain (time and microorganisms)

Caries terjadi apabila berlakunya hakisan pada permukaan gigi oleh asid yang dihasilkan oleh bakteria yang berkumpul di permukaan gigi (demineralization).  Walaupun ada proses semulajadi yang membaikpulih kesan hakisan ini (remineralization) tetapi apa yang kerap berlaku sekarang demineralization rate jauh mengatasi remineralization rate.  Antara penyumbang utama  caries pada kanak-kanak ialah
1) Pengambilan makanan berkarbohidrat tinggi dan makanan manis yang kerap (semua kanak-kanak sukakan coklat , gula-gula, aiskrim dan jus buah-buahan)
2) Night- time bottle feeding yang mana kanak-kanak akan tertidur sebaik sahaja lepas menyusu
3) Ibu bapa kurang mengambil perhatian tentang kesihatan gigi anak-anak sehinggalah masalah timbul (sakit gigi, gigi reput etc).


Rampant caries pada kanak-kanak


Part 2 - Cara-cara mengelakkan caries pada kanak-kanak

hayatizain : sakit gigi itu SANGAT SAKIT. Orang dewasa pun boleh menonggeng-nongeng menahan kesakitan apatah lagi anak-anak. Prevention is better than cure.

2 comments:

Mommy Lyna said...

Memang susah nk kawal keinginan kanak2 pada candies (tingat diri sdr dlu).skg anak2 kami masih terkawal lagi.taska tak benarkan candies & kalo dapat party pack kat birthday party, saya sorokkan cpt2.

Dah besar sikit kena slowly intro so that dia tak curi2 makan kat luar.

hayatizain said...

Betul tu. party pack yang anak dapat selalu jadi mcm biskut chipsmore. sekejap ada sekejap tak ada cause mama dia sorokkan. Tapi bila dia tau saya sorokkan mengamuk jugak. So yang saya mampu buat kurangkan isi2 kat dalam tu. Lepas makan make sure minum air masak at least.