Setiap anak itu berbeza

08 March, 2010

Aqil dulu umur 10 bulan dah berjalan. Bila 1st birthday dah boleh berlari

Dini lagi 12 hari nak genap setahun. Baru bertatih-tatih @ lesen L. Jalan 2-3 tapak jatuh. Lebih suka kita pimpin tangannya (anak perempuan memang manja). Tapi saya terharu tengok




Dia ambil seluar dari bakul baju yang mama tak lipat-lipat sebab tak sempat dan cuba pakai sendiri. Seingat saya Aqil hanya mencuba seperti ini setelah umurnya setahun lebih. Walaupun seluar pilihan Dini warnanya totally out dengan warna baju tapi dia tahu pulak itu seluar. Ini semua gara-gara mama turun bawah buat susu untuk abangnya dan lambat  pakaikan seluar lepas dia mandi

**hayatizain : Mama Monday blues. 2 hari berkepit dengan anak-anak masuk kerja dari pagi tadi teringat-ingat pada mereka

4 comments:

mama zharfan said...

sweetnyer yg u citer psl dini cuba pakai seluar sendiri tu ;)

Hafiz dan Mawaddah said...

aah madam, setiap anak berbeza...kasih pada mereka sama kan...dulu,mawaddah tak bleh bayang camne ummi mawaddah sayang kami adik beradik...tapi bila ada anak sendiri, baru tahu perasaan itu...setiapnya ada kelebihan masing-masing...
dini is soooo cute....dah semakin besar dan sudah pandai berdikari anak dara madam ni ye...hehe...

hayatizain said...

Mama zharfan,
Saya pun x percaya apa yg saya nampak. Terus ambil camera snap. Rasa bersalah sebab tiba2 tinggalkan dia tanpa seluar gara2 abangnya dah mengamuk nak susu.

hayatizain said...

hafiz dan Mawaddah,
Betul. Bila kita dah ada anak sendiri banyak persoalan yang terjawab tanpa sedar kan? Kalau ikut logik matematik macam mana la nak bahagikan kasih sayang antara anak2. Bila makin ramai sure portion setiap org makin sikit. Tapi hakikatnya setiap anak itu ada bahagiannya yang lengkap. Tak perlu dibahagi-bahagi.:)