Hari ini dah hari terakhir bulan March. Tapi saya masih 'hutang' birthday party dengan anak-anak. Sekarang tengah semester memang susah nak ambil cuti. Hampir setiap hari ada kelas. Tadi semak balik application cuti Jumaat akan datang di e-cuti. Alhamdulillah dah diluluskan. InsyaAllah Jumaat ni mama buat kek dan hantar party pack ke nurseri ye sayang. Walaupun dah berganti bulan (besday anak-anak bulan 3 tapi celebration bulan 4 ) apa yang penting kerjasama dapat makan bersama-sama kawan. Tahun ni tak buat di celebration di rumah sebab tiap hujung minggu Mr Hubby kelas MBA. Saya kalau buat makan-makan mesti NAK MASAK SENDIRI. InsyaAllah next year papa dah habis master kita buat di rumah ye.
Sambil menyusun-nyusun file dalam external hardisk ni upload sekali pic my darlings
Gambar Dini sebaik sahaja dibersihkan dan dibawa keluar dari OT. Masa ni belum mandi. Midwife just lap-lap. Gambar Aqil tak ada sebab first experience hubby masuk OT. Dia tak pengsan tengok C-sec pun saya dah cukup bersyukur . Untuk Dini dia lebih berani sikit.
19 MARCH 09
3.3 kg
3.3 kg
Hari-hari terawal di hospital (KJMC)
Pipi Dini macam pau
Abang Aqil cengkung sikit
Dalam walker yang akan digunakan turun-temurun selagi tak rosak. Beli di Anakku masa sales. Since walker ni multicolour jadi lelaki ke perempuan boleh guna.
Walker
Anak perempuan bila disuruh posing...ewahhh.siap angkat tangan
Reading session
Aqil : B for beetle
0 comments:
Post a Comment