my campak-campak "Roasted lemon & herb chicken"

25 January, 2010

Alhamdulillah saya telah selesai menghadiri kursus PBL pada hujung minggu ini.  . Bagi sesiapa yang tidak biasa dengan term ini,  PBL bermaksud  "Problem Based Learning".  Ia merupakan salah satu teknik pembelajaran yang mana pelajar diberi "Case/ Problems/ Triggers" dan perlu dibincangkan di dalam kumpulan dengan supervision seorang fasilitator (lecturer/tutor).

Contohnya jika di dalam silibus kursus terdapat kuliah bertajuk "Pengurusan masa ", maka kuliah tersebut akan dibatalkan dan diganti dengan sessi PBL. Students akan diberi kes seperti :

"Encik X sentiasa dalam keadaan tertekan di tempat kerja dengan urusan kerja yang bertimbun-timbun. Ini menyebabkan dia sering pulang lewat ke rumah selepas bekerja . Dia juga sudah lama tidak pulang ke kampung atau membawa anak-anak dan isterinya keluar pada hujung minggu. Baru-baru ini bekalan elektik di rumahnya dipotong kerana dia terlupa membayar bil elektrik walaupun surat peringatan telah dikeluarkan " (isk..isk ..Kesian betul kat En X. Kes ini saya reka sendiri dalam masa 5 saat sebagai contoh saje ye. Kes untuk PBL not as simple as this)

Dengan kes di atas maka pelajar-pelajar akan mula berbincang dan "brain-storming". Mungkin mereka akan menyenaraikan faktor-faktor penyebab stress di tempat kerja dan  cara pengurusan masa (guna e-banking bayar bill  etc). Pada saya ini satu kebaikkan kerana pelajar akan belajar untuk berfikir dan memberi pendapat dengan lebih matang, lebih bijak berkomunikasi, tidak terlalu bergantung kepada pensyarah sebagai sumber maklumat (spoon-feed) di samping mencapai objektif subjek tersebut. Selain itu mereka akan dinilai berdasarkan penglibatan di dalam kumpulan. Jadi pada mereka yang malu-malu nak bercakap tu terpaksa juga bercakap dan sedikit demi sedikit  akan membina keyakinan pada diri sendiri . Peranan fasilitator juga memastikan tiada pelajar yang terlalu mendominasi perbincangan (Orang yang sama je nak bercakap..mana boleh macam tu). Pada saya  skill-skill ini penting kerana fresh grad perlu bijak memberi pendapat yang bernas dan relevan terutama semasa temuduga dan mempunyai survival yang tinggi bila dah bekerja (Bila dapat task atau hadapi masalah kena bijak mengendalikannya. Sometimes kena dengar pendapat orang lain). Pagi tadi semasa dalam perjalanan terdengar di slot Am Crew HotFM bahawa statistik pengangguran terkini di Malaysia telah mencecah lebih 300000 orang. Situasi yang sungguh membimbangkan.....(adik-adikku pun ramai yang tengah study ni. My students semua takde masalah sebab they all bakal dentist)

Bila sebut asal PBL saya tak tahu kenapa saya pasti teringatkan cerita "House". Mungkin kerana cara dia handle kes mesti ada brainstorming.  Kalau dah kerja dapat bos yang sacartic macam House tu memang makan hati la hari-hari . Sebab tu  kena pandai main tarik tali dan survival skill kena mantap (tapi still berpegang pada fakta la)



Di Malaysia beberapa uni telah menggunakan sistem ini sebagai tambahan kepada kuliah (hybrid system) terutama fakulti perubatan dan pergigian. Tetapi di US terdapat universiti yang menggunakan PBL 100% (wow no lectures at all..cannot imagine). My faculty dalam perancangan untuk memasukkan PBL ke dalam kurikulum dan oleh kerana itulah kami pensyarah-pensyarah dihantar berkursus. Sebenarnya saya pun masih "muda" tentang PBL sebab zaman study dulu my faculty tak de apply system ni . Masih banyak perkara yang perlu saya belajar.



Balik dari seminar sangatlah penat rasanya tapi macam teringin sangat nak masak sebab my sister and brother ada di rumah tolong jaga my kids masa I berkursus. Nak  masak something special for the whole family tonight. Saya decide untuk masak "Lemon and herbs roast chicken " (rasa sangat special sebab sangat jarang masak heheheh). Kalau surf kat internet memang banyak resepi tapi saya main campak-campak je apa yang ada dalam peti ais tu.

My campak-campak roasted lemon and herbs  chicken
Ayam
Garam
Serbuk kunyit
Rosemary (kering)
Oregano (kering)
Bawang putih + Bawang merah + sedikit halia (blend)
Serbuk cili (saya gunting kecil2 cili kering je)
Kicap manis
Minyak zaitun
Parutan kulit lemon  (sikit je amik bau. Hati2 semasa parut jangan sampai ke layer yang putih tu. Pahit)
Air perahan lemon (sikit je)
Capsicum
Kentang (rebus dulu)


Marinate ayam dan sayur dengan semua bahan-bahan di atas dan bakar dalam oven sehingga masak (dalam 45 min to 1 hour). Kalau marinate lagi lama lagi sedap tapi saya sempat 15 minit je sebab sampai rumah pun dah 6.30 petang. Untuk sayur tu boleh je nak letak apa2 pun (brokoli, carrot, terung) . Saya letak sosej juga sikit sebab takut ayam tak cukup.

Dah siap pun
Makan malam kami. Roast chicken, sphageti goreng and mushroom soup

sup simple untuk anak-anak

17 January, 2010

Bahan-bahan :

Carrot
Kentang
Bawang besar
Bawang putih
Olive oil
Isi ayam


Step 1 : Tumis bawang merah dan bawang putih bersama sedikit minyak sehingga kekuningan
Step 2 : Masukkan ayam dan sedikit air. Kacau rata
Step 3 : Tambah air lagi dan masukkan kentang dan carrot
Step 4 : Masak sehingga kentang dan carrot empuk




Step 5 : Sejukkan sebelum dikisar


Inilah makan malam Dini pada hari ini..Ingat, jangan sesekali tambah garam ke dalam makanan bayi.


Boleh divariasikan dengan :
1) Bakar sedikit roti dan potong kiub kecil-kecil. Tabur di atas sup
2) Rebus pasta sehingga lembut dan campurkan ke dalam sup.


Aqil pun makan sup yang sama sebagai gravy untuk macaroni. Saya tambahkan sedikit garam kerana dia sudah berumur 2 tahun 10 bulan. Ini adalah salah satu cara saya "menyorokkan" sayur-sayuran ke dalam makanannya kerana hero saya ni susah sikit nak makan sayur.

Third round. Hero saya ni kuat makan tapi badan tak naik-naik jugak

Untuk makanan keluarga , saya sentiasa cuba menggunakan sayur-sayuran organik (terutama untuk makanan bayi). Kebanyakkan hypermarket (Giant, Tesco dan Carefour) serta supermarket (Jusco, Cold Storage) ada menjual pelbagai pilihan sayur organik . Cuma yang menjadi sedikit kesukaran ia dijual pada kuantiti yang sedikit (selalu kehabisan) dan harga yang agak mahal (mungkin kerana penanaman secara organik kurang meluas di Malaysia). Artikel-artikel yang berkaitan dengan makanan organik boleh dilihat di sini dan sini .

Satu kenangan di bumi Sakura

15 January, 2010

Aqil dan Farihah berjoget di airport. Masing-masing tak faham nak kena berpisah lepas ni

Sayonara ....sedihnya. Macam tak puas je duduk sini

Perjalanan balik terasa lebih panjang dari perjalanan datang dahulu. Mungkin kerana perjalanan di siang hari. Mujurlah Aqil tak meragam sebab diupah dengan kacang dan video.

Big boy tengok cerita Ben10 sambil makan kacang
Yang tak nak duduk diam ialah Dini. Tak mahu langsung tidur dalam bassinet. Bila dah ditidurkan di riba saya akan pindahkan ke bassinet tetapi dia kan terus buka mata . "Cramp" meriba princess sorang ni


Mama I don't want to be here..please

Tak reti duduk diam pulak tu. Ada je benda nak dibuat dan dicapainya. Rasanya kalau saya lepas mesti laju je dia merangkak tawaf kapal terbang ni.

I prefer to be here.

Meals sepanjang perjalanan pun ada unsur-unsur makanan Jepun. Meal untuk lunch tak sempat nak ambil gambar. Cuma sempat ambil gambar snack saja. Masa kat Jepun inilah salah satu favourite saya. Aqil dengan Dini pun suka (saya picit2 suap kat mulut Dini, bukan main happy)
Our snack

Alhamdulillah selamat mendarat di KLIA hampir jam 8 malam. Penat tetapi seronok berjalan bersama suami dan anak-anak. Penat jugak menaip entry tentang aktiviti kami di sana. Entry-entry ini sebenarnya untuk dokumentasi kami sekeluarga kerana saya tahu memori Aqil (2 tahun 10 bulan) tentang Jepun mungkin hanya dalam jangkamasa yang singkat. Dini (9 bulan) pulak rasanya memang tak ingat apa-apa. Sekurang-kurangnya bila mereka sudah pandai membaca bolehla membaca catatan mama disamping ratusan gambar yang kami simpan. 

Bila nak ke Jepun lagi?
Erm ..tak pasti berapa tahun lagi. Along dan family pun dah nak balik March ni. Tanpa sesiapa di sana (terutama sekali yang fasih berbahasa Jepun) mungkin susah sikit kami nak ke sana lagi. Jika ada  rezeki mungkin Aqil atau Dini boleh further study di sana nanti (jauhnya angan-angan mama).. Kalau papa masih "setia" dengan MAS bolehlah mama dan papa datang melawat selalu.

Next trip?
Nak ke mana ye? Macam teringin nak ke Australia tapi kena tengok kewangan tahun ni. Perlu utamakan perkara-perkara penting dahulu. InsyaAllah ada rezeki kita jalan lagi ye anak-anak.

Berakhirnya pengembaraan mencari ultraman - Day 6

Hari ni kami kami ronda dekat-dekat je sebab esok dah nak balik. Pagi pergi ke kedai elektrik dan kedai kamera because hubby nak buat tangkapan "terbesar" hari ni (will blog about his tangkapan later). Dalam hati macam teringin sangat nak beli dan bawa balik benda ni . heheheh



What make this special ?
see all the buttons

Toilet2 kat Jepun ni sungguh canggih (Bagi kebanyakkan tempat. Ada juga tempat yang toilet dia biasa je). First time jumpa masa masuk ladies di Narita Airport (turun2 flight je cari ladies sebab atas flight asyik occupied je toiletnya). Termenung jap fikir nak tekan button yang mana (takut gak salah tekan nanti meletup ke apa). Apa-apa pun memang selesa sebab selain button2 tu toilet juga lengkap dengan "warm seat" (tengah2 winter ni kalau tak de warm seat memang tak selesa).

Selepas tu kami pergi tengok laut. Hitachi City menghadap Lautan Pacifik


Dah puas tengok laut (tak boleh mandi manda pun macam ni Malaysia) kami menuju ke Fashion Cruise untuk makan tengahari.


Along and kids

Abang long dan hubby pergi pesan makanan. Tak lama lepas tu mereka datang dengan benda ni.


Benda ni diberikan oleh tuan kedai tadi pada pelanggan. Jadi pelanggan tak payah menunggu di sana lama-lama. Bila dah siap makanan yang dipesan mereka akan hantar isyarat. Bolehlah pergi ambil makanan yang telah siap

Hari ni kami makan nasi bersama tuna dan sup.

Akhirnya setelah hampir nak berangkat pulang ke Malaysia esok barulah Aqil bertemu ultraman yang dicari-cari selama ini. Mengalirlah yen papa untuk Aqil di kedai yang penuh dengan ultraman2. Mujur dia mintak yang kecil je. Kalau nak "bapak" ultraman kat luar tu jenuh juga nak angkut bawa balik Malaysia nanti.

Macam rajin pulak nak update blog ....

14 January, 2010

sebab saya tersedar kemahiran mengarang saya semakin teruk. Ayat saya sudah tunggang-langgang walaupun suatu masa dulu saya sangat suka mengarang. Ini kerana rutin harian saya menyebabkan semua kemahiran ini semakin tumpul.

Rutin di tempat kerja

Buat nota untuk kuliah
Namapun powerpoint presentation jadi mana mungkin saya nak karang ayat panjang-panjang dan letak di dalam slide. Letak points sahajalah dan kemudian elaborate di dalam kuliah.

Proposal research
Semua perkataan saintifik yang kadang-kadang buat berpinar biji mata. Mana boleh tulis sesuka hati macam dalam blog. Nak kena tembak dengan Research Comittee :).

Rutin di rumah

Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu
Dini budak pandai mama upah susu

Five little ducks went out one day
Over the hill and far away
Mother duck said "Quack, quack, quack, quack."
But only four little ducks came back

Alif di atas AA ba di atas BA ta di atas TA
AABATA

ok...good boy..good girl...one more times


Ok jadi janganlah hairan kalau sesekali keluar lebih dari satu entry setiap hari. Saya bukan asyik tulis blog dan tak buat kerja. Cuma sesekali "take 5" sekejap bila rasa dada dah semput tengok perkatan-perkataan saintifik kat atas meja ni.


Meja study saya masa di U dulu

* Sudah mula blogging dari zaman universiti. Sesekali jenguk kembali ke blog lama. Banyak sungguh nostalgia yang datang menyinggah.

Stock clearance Tupperware 2009

Barang-barang di bawah adalah dari stok 2009 yang saya hendak clear untuk tambah stok baru 2010


CrystalWave Set

Comprises
CrystalWave Dish 1L
CrystalWave Soup Mug 460 ml
Lunch Bag

RM 47.00
Free postage (parcel)
Add RM2 for Pos Ekspress

RM44.00
Self pick up (Shah Alam Sec2, Sec 7, Subang Bestari)

 Sesuai untuk membawa bekalan ke pajabat. Makanan boleh dipanaskan menggunakan microwave (microwaveable set).

Cool Blue & Mint Green Eco Bottle (1L)
Free Eco Bottle strap worth RM4.90 each



RM 45.00 ( per pair)
Free postage (parcel)
Add  RM2 for Pos Ekspress


RM42.00
Self pick up (Shah Alam Sec2, Sec 7, Subang Bestari)





Home Basic Collection
ModularMates Set
FreezerMate Set
OT Topper Small
Gift Box

RM125.00
Free postage (parcel )
Add RM3 for Pos Ekspress

RM120.00
Self pick up (Shah Alam Sec2, Sec 7, Subang Bestari)



Boleh dibayar 2 x
Bulan pertama (RM65)
Bulan kedua (RM60)

Sesuai sebagai set asas di rumah. ModularMates dan OT Topper untuk penyimpanan barang-barang kering dan FreezerMate Set untuk penyimpanan di bahagian sejukbeku.
Legacy Floria Bowls (4)

RM20.00
Free postage (parcel)

RM18.00
Self pick up (Shah Alam Sec2, Sec 7, Subang Bestari)Sebarang pertanyaan boleh diajukan pada saya di hayatizain@yahoo.com atau 0125550314

Upgrade botol


Semalam semasa lunch saya ke Mothercare Subang Parade dengan niat yang satu. Saya bercadang nak upgrade saiz botol Dini


Dari si comel 150 ml


Kepada 260 ml

Dini sekarang sudah hampir 10 bulan jadi rasanya saya perlu upgrade saiz botol. Selama ini guna saiz  kecil (150ml) sebab pengasuhnya di nurseri beritahu Dini tak "kuat" menyusu. Di nurseri dia "kuat" makan bubur. Mungkin kerana Dini lebih suka direct feeding jadi dia mengamalkan konsep 'reverse cycling' dan menjadi seperi anak koala bear bila berada di rumah .

Sejak lahir saya menggunakan Tommee Tippee Closer to Nature™ bottles ( Closer to Nature® easi-vent™ bottle ) untuk Dini. Ini kerana saya masih trauma dengan pengalaman Aqil yang tidak mahu minum EBM dari botol setelah saya mula berkerja (walaupun training session bermula sejak dalam pantang). Semasa pantangkan Aqil, parents saya dan hubby asyik 'shopping' segala jenis botol dan bentuk teats (masa tu saya belum terjumpa botol Tommee Tippee). Semua Aqil reject. Saya memang sangat emosional sewaktu itu (maklumlah anak sulung). Terbayangkan anak saya tak cukup zat semasa ditinggalkan di nurseri (walaupun pada masa itu nurseri cuma 500 m dari bilik saya di tempat kerja). Pernah juga terbangun tengah malam dan menangis sorang-sorang . Setelah mula bekerja saya kerap turun ke nurseri untuk menyusu Aqil (kan saya dah cakap nurseri cuma 500m dari office :). Ketika itu saya mengajar di CFS UIA Petaling Jaya). Saya juga amat berterima kasih kepada pengasuh yang mengajar Aqil menyusu dari botol dengan sabar (walaupun pada mulanya banyak yang keluar dari yang di minum) .

Semasa mengandungkan Dini saya lakukan banyak kajian. Kali ini saya dah mula bertugas di UiTM dan jarak nurseri ke tempat kerja saya hampir 25km (saya hantar nurseri berhampiran rumah). Selain bersedia dengan segala jenis botol yang telah di 'reject' abangnya dulu, saya tambah Tommee Tippee Closer to Nature™ bottle ke dalam koleksi. Setelah mencuba satu persatu jenis botol semasa sessi minum EBM , Dini telah memilih koleksi yang baru iaitu Tommee Tippee kerana tak mahu botol-botol abangnya dulu :).

Description on Closer to Nature® easi-vent™ bottle

  • Super-sensitive anti-colic valve

  • Unique, easy latch-on teat shape

  • Teat designed to mimic the natural flex and feel of a mum's breast

  • Soft natural feel silicone teat

  • Slow flow teat

  • BPA free for total reassurance
Mama cuma upgrade saiz botol Dini . Tak perlu upgrade jenis susu . Susu untuk Dini akan auto-upgrade setiap bulan mengikut pembesaran Dini. Itulah kelebihan susu ibu untukmu sayang . 

'Warm milk' di tengah kesejukan winter

Vending machine di Jepun

13 January, 2010

Di sana tak ada gerai-gerai jual air atau kuih-kuih tepi jalan macam di Malaysia. Makanan dan minuman dijual sama ada di kedai-kedai tertutup (Family Mart, 7 eleven etc) atau vending machine.




Drinks (hot and cold)
Kat Malaysia pun banyak ni cuba untuk hot drink tu masih kurang.



Fries and nugget
(Berusaha lindung Aqil dari nampak machine ni sebab takut dia minta nugget. Tak halal sebab chicken nugget)



Pop corn
(Aqil terkesima tengok Hello Kitty "masak" popcorn)



Ice-cream

Dan banyak lagi yang kami tak berpeluang jumpa
(along kata vending machine untuk mee pun ada)

Nasi beriani pagi sabtu

11 January, 2010

Menu pagi ini : Nasi beriani Maggi version mama aqildini

Sebab masak nasi beriani : Hubby dah mula kelas master. Ini bermakna sebaik sahaja papa keluar mama memang tak leh jejak dapur untuk memasak. Menu ini sesuai untuk sarapan, lunch dan juga dinner (jika masih ada berbaki)

Kalau ikut instruction di belakang memang lagi mudah ada 3 steps je.Kalau saya masak saya ubahsuai sikit

Bahan-bahan
1 paket rempah beriani
Ayam dipotong kecil
Bawang besar (dadu)
Bawang putih
halia
rempah 3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga)
Carot (potong kecil2)
Cili hijau
Tomato (dadu)
Beras
Air


Step 1 : Tumis bawang besar, bawang putih, halia sampai kekuningan.


Step 2 : Masukkan rempah. Biar sampai naik bau (letak air sikit supaya tak hangit)


Step 3 : Masukkan ayam. Kacau rata dengan rempah dan biarkan seketika (kalau my mom dia guna istilah "kecut" kan ayam tu)


Step 4 : Masuk semua sayur, beras dan air. Bolehla ditinggalkan sehingga masak


Saya guna beras biasa je sebab tak ada stok beras basmathi. Sukatan air untuk beras saya kurangkan sikit dari sukatan biasa sebab nanti air akan keluar dari ayam.

Setelah siap boleh tabur bawang goreng , cashew nut dan sewaktu dengannya.


Inilah breakfast kami di pagi sabtu lepas


Nasi beriani simple dengan air asam

Macam tak kena je kan makan dengan air asam tapi hubbyku suka. Maka setiap kali buat nasi beriani ni mmg wajib buat air asam

Kalau tak nak pedas (untuk makan dengan kids) tak payah letak cili hijau. Aqil so far ok je dengan tahap kepedasan "rempah" nasi ini. Bertambah-tambah kalau makan. Lagi satu saya notice nasi ni lebih sedap kalau dibiarkan dalam sejam sebelum makan (biar periuk mode keep warm je) dari terus makan selepas masak. Mungkin bila dibiarkan rempah lebih meresap ke dalam nasi dan ayam.

* pernah jugak cuba gantikan ayam dengan udang (yang saiz besar). Sedap! (walaupun saya cuma makan nasi dan tak makan udangnya sbb saya mmg tak makan udang)

Gosok jangan tak gosok

Ada satu gambar menarik  yang saya dapat dari internet semasa membuat persediaan lecture "Hospital Acquired Infection" untuk students pagi tadi


Tahukah anda cara paling mudah dan murah tapi berkesan untuk mengelak jangkitan ialah dengan membasuh tangan. Kadangkala kita membasuh tangan tetapi dengan cara yang 'kurang' betul. Semasa membasuh tangan terdapat bahagian-bahagian tertentu yang mungkin tidak dicuci dengan sepatutnya. Lihat gambar di bawah dan anda boleh cuba sendiri berdasarkan 'cara' biasa anda mencuci tangan



Untuk mengurangkan diri dan keluarga dijangkiti penyakit, jadikan amalan membasuh tangan sebagai rutin dalam ahli keluarga  . Basuh tangan dengan cara yang betul

  • Sebelum anda memasak
  • Sebelum makan atau menyuapkan makanan pada anak-anak
  • Sebelum menyentuh peralatan bayi seperti botol susu, botol minuman dan sebagainya
  • Sebelum dan selepas melawat rakan atau saudara mara yang sakit
  • Selepas pulang dari mana-mana tempat awam
  • Selepas menaiki kenderaan awam (LRT, monorel etc)
  • Selepas menggunakan bilik air
  • Selepas menyentuh haiwan (termasuk haiwan peliharaan)
  • Selepas membuang sampah di luar rumah
  • Selepas membersihkan rumah
 Teknik membasuh tangan yang betul





 Untuk mengalakkan amalan ini menjadi kebiasaan di dalam keluarga
  •  Saling ingat mengingati antara ahli keluarga
  • Sediakan sabun di sinki rumah (saya lebih prefer jenis cecair)
  • Sediakan "stool" untuk memudahkan anak anda memanjat (dengan pengawasan) semasa membasuh tangan
  • Bawa sabun cecair dalam botol kecil atau hand sanitizer di dalam handbag jika keluar ke tempat awam terutama bila membawa anak (sesetengah tempat soap dispenser ada tetapi isinya tiada)
 Remember : Everything you touch have been touched by someone else.

Sunroute Plaza Tokyo

10 January, 2010

Pemandangan dari bilik kami menginap


Standard twin room. Dua katil dah dirapatkan oleh kami menjadi super king bed

Sofa yang boleh dijadikan sofa bed


Night wear for kids (100-130cm, 130-155cm one each)  and adults


Stool untuk kids memanjat dan bermain air di sinki


Wardrobe and slippers. Dah guna dua pasang pun masih banyak lagi yang tinggal


Boleh nampak Mount Fuji yang memutih dari entrance hotel

dan seperti biasa "super clean" bathroom (no picture)



Official website
http://www.sunroute-plaza-tokyo.com/ht_en/en_rmtyp_west.htm