Wordless Wednesday : Good Mom

29 February, 2012

Assalamualaikum dan Salam ceria

Nak share gambar yang Mama dapat di facebook



Mode memujuk diri sendiri bila pandang baju-baju dobi berbakul-bakul tak sempat lipat

My study area - edisi jom berangan

28 February, 2012

Assalamaualaikum dan salam ceria

Tahun 2012 telah mengubah status Mama buat sementara. I'm a student now. Sebab tu dapat voucher buku 1 Malaysia..hehehe..

Bila jadi student kena dapatkan mood baru (saja mengada-ngada). Kena ada proper study area. Di rumah salah satu bilik memang kami jadikan study/computer room.



Inilah ruang komputer di rumah kami. Di sinilah port Mama sediakan bahan mengajar (slides etc) bila di rumah dan juga my pumping station . Kalau nak membaca buku selalunya mama baca di bilik mama di fakulti.

Tapi sekarang sebagai student Mama kena banyak membaca di rumah. Waktu siang banyak kerja yang perlu dilakukan di makmal. Ruang komputer kami tak sesuai untuk membaca journal atau buku sebab meja yang ada tu tak boleh menampung objek terlalu berat. Lagipun banyak dokumen mama simpan di dalam laptop sendiri. So I need a new working/reading area to put my laptop, books and journal.

Sebenarnya dalam bilik yang sama dah ada meja berbentuk L seperti dalam entry ini. Tapi condition sekarang MasyaAllah..tak sanggup nak tangkap gambar. Macam-macam ada di atasnya sebab kami tak guna meja tu.  Semasa nak cuti belajar dulu Mama kosongkan bilik di fakulti. InsyaAllah cuti belajar selama 3 tahun . Bila bawa balik rumah semua barang-barang dari bilik di fakulti mama letak atas meja L yang ada.

Tapi sekarang Mama perlu susun barang-barang tersebut supaya meja yang ada boleh ditukarkan menjadi my working/reading area. Sesak nafas hilang semangat tengok barang-barang yang banyak tu. I need motivation ..hehehe..jadi mari kita cuci mata dulu berangan tengok gambar di web martha steward ni


kecil tapi kemas dan selesa

Bestla idea letak board di dinding tu. Boleh gantung macam-macam (kalendar, puncher, stapler)

Since Mama sekarang ada hobi baru iaitu felt craft  teruja jugak tengok gambar ni. Sekarang ni semua benda-benda craft Mama letak atas meja study L tu. Macam mana la meja tu ta sarat.






Pasta shells with creamy tomato and mozarella sauce


Aqil dan Dini memang suka makan pasta. Tak kisahla spagheti ke , macaroni ke. Hari ni teringin nak cuba pasta baru untuk makan malam. Beli bentuk shells pulak.

Pasta ni rebus macam biasa. Shells ni jenis besar. Bila dah siap rebus lagi la besar. Awal-awal lagi dah agak sure ada kontroversi bila nak makan nanti. Aqil jenis cerewet sikit. Bukan nak makan kalau benda pelik-pelik. Udang, sotong ketam semua tak nak makan.

Untuk sauce Mama guna pasta sauce jenama Leggos. Di botol tulis pasta bake creamy tomato and mozarella sauce. Asalnya nak beli Preggo original dalam tin merah tu je tapi cari-cari kat kedai runcit dekat area rumah ni habis pulak. Jadi cubalah brand Leggos pulak. Confident sikit sebab ada cop halal dari Australian Federation Islamic Council (AFIC) berbanding Preggo dalam botol kaca tu.

Balik rumah terus sinsing lengan masak sebelum ambil kids di nurseri. Bahan-bahan biasa je macam nak buat pasta goreng. Cuma masa tumis onion and garlic masukkan sekali potongan cili kering supaya pedas-pedas sikit. Budak-budak kat rumah ni kalau pedas sikit masih boleh tahan..maklumlah ada darah negeri sembilan.

Untuk sayur guna tomato ceri dan bayam. First time guna bayam masak pasta.  Banyak kali jumpa resepi vegetarian lasagna guna bayam@spinach tapi tak dapat nak imagine macam mana rasanya gandingan pasta dengan bayam. Dari kecik dah biasa bayam masak air or bayam masak lemak. . My kids kalau masak spinach buat sup memang susah nak suruh makan. Macam-macam alasan. Tapi bila masak sekali dengan favourite food they all ok je makan.

Bila sayur dah layu sikit masukkan pasta dan tuangkan sauce dari botol. Gaul-gaul sekejap dan tutup api. Sedap jugak sauce ni sebab ada mozarella cheese. Rasanya sweet sour and creamy.



Bila baby selsema atau hidung tersumbat

18 February, 2012

Assalamualaikum dan salam ceria,

Apa perasaan mummies bila baby selsema atau hidung tersumbat?  Pasti tak senang hati kan.
First time Aqil kena selsema dan hidung tersumbat dulu Mama sampai nangis2 risau..emo sungguh..Maklumlah anak pertama. Mana tak panik..
Itu perasaan biasa sebagai ibu bapa. Kalau boleh kita nak transfer segala ketidakselesaan baby tu dekat kita. Biarlah Mama soksek soksek sampai ke pagi atau asyik sangkut nafas sebab hidung tersumbat asalkan baby sihat dan selesa.


Semasa pantang dulu my babies semua pernah kena blocked nose. Doktor kata it's common sebab saluran hidung baby masih sempit.
Just nak share medication yang kami selalu dapat bila jumpa Dr Syed di KJMC. Doktor tak bagi antibiotik or any oral medication kalau paru-paru clear.
  

Baby Sterimar (0-3 years)
Untuk "service" atau cuci lubang hidung especially kalau blocked nose. Sure banyak sisa-sisa yang melekat. Insert nozzle into nostril and press.

Decongestant Nasal Drops for infants (iliadin).
Iliadin ni pakai 3x sehari atau bila perlu. Tapi tak leh prolonged used. Selalu doktor or pharmacist akan inform berapa lama kena pakai.



Kami jugak ada simpan device ni. Lama dah beli sejak Aqil tak sampai setahun. Namanya Baby Nasal Aspirator Vacuum Suction jenama Pigeon. Washable dan parts senang diasingkan. Mama beli di Parkson Subang Prade bahagian baby di tingkat atas.

Rutin kalau baby selsema :
  1. Spray dulu sterimar dalam lubang hidung dia . Baby mungkin tak selesa skit sebab kita spray cecair.
  2. Standby tisu atau kain. Lap kan air yang keluar.
  3. Guna Baby Nasal Aspirator Vacumm untuk sedut kalau masih ada mucus yang tertinggal. Satu side letak di hidung satu side lagi hujung getah letak di mulut untuk kita sedut. Mucus akan terkumpul dalam container kecil tu
  4. Puff iliadin.
InsyaAllah selalunya lepas itu baby akan lebih selesa. Kalau masih tak ok boleh ulang steps 1-3. Can use sterimar 2-6 times a day or more if required but not for iliadin.

Barangan Tupperware sebagai hadiah

14 February, 2012

Assalamualaikum dan salam ceria,

Seronok tak kalau dapat hadiah?

Mesti seronok kan....

Sebenarnya budaya memberi hadiah ni memang digalakkan dalam Islam. Cuma yang penting niat kita perlu betul.

Entry ini untuk menjawab pertanyaan seorang rakan tentang produk tupperware yang sesuai dijadikan hadiah. Antara faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan

1) Hendak barangan pakai habis (seperti comestic) atau barangan long lasting (seperti OT Topper)?
2) Budget ?
3) Hendak barangan dengan gift box atau hendak beli gift box sendiri?
4) Deliver sendiri or pos?

Ada item yang disertakan dengan gift box yang cantik. Lebih senang sebab tak perlu pening kepala nak cari box yang sesuai.


Kalau tak ada gift box boleh cari sendiri. Guna paper bag atau box


Di bawah contoh yang Mama pernah sediakan sama ada atas order customer atau personal gift untuk kawan-kawan Mama. Semua produk dari Tupperware Brands.



Birthday gift


Modular Mates Starter Set. Sesuai untuk pengantin baru



Set dipecahkan kepada beberapa pouch. Setiap pouch ada 2 biji


OT Topper. Gift box beli sendiri




Skin care

Body scrub, shower gel and lotion


Body scrub

Oh ye sekarang Tupperware sudah bergabung dengan Nutrimetics. Skincare, cosmetics dan body care di bawah jenama Nutrimetics juga available di stokis Tupperware

Banyak lagi tapi ini je gambar yang dapat dikorek. Yang penting anda perlu kreatif . Kalau budget sederhana boleh beli barang yang kecil-kecil. Barang yang kecil-kecil pun ada gunanya bagi sesiapa yang sudah biasa dengan produk Tupperware . Kalau ada extra money boleh beli yang besar sikit. Yang penting "It's  the thought that count. "

Sesiapa yang berminat nak minta pendapat boleh contact Mama. Tak semestinya kena beli barang di Dinitupperwarekiosk. Anda boleh sendiri pada mana-mana dealer. Cuma gembira untuk berkongsi pendapat jika ada yang sudi :)

Kalau berminat untuk buat hantaran boleh lihat entry TUPPERWARE SEBAGAI HANTARAN

Simple Prawn Olio for breakfast

09 February, 2012

Hari Jumaat lagi dah kena plan menu untuk weekends. Selalunya untuk breakfast buat something yang simple sebab tengahari nak makan nasi. Tapi tak boleh cereals or roti. That's not enough for my kids. Nanti pukul 10 pagi they all dah berlagu lapar sedangkan kita baru nak bersilat masak lunch.

I had found simple recipe for their huge appetites. It's PRAWN OLIO. Aqil dan Dini sangat suka makan pasta, mee, bihun dan seangkatan dengannya.

The ingredients


Kalau surf macam-macam version. Mama guna apa yang ada di dapur je.

What u need?


Spaghetti (rebus sehingga al dente)
Udang (Bersihkan. Kupas kulit dan kepala tapi jangan buang)
Tomato (Tomato apa pun boleh tapi kalau tomato ceri lagi comel)
Olive oil
Garlic (crushed)
Parsley flakes (kalau ada yang fresh lagi best)
Cili kering (gunting serong. Boleh juga guna chilli flakes. Kuantiti bergantung kepada kepedasan yang dikehendaki) 

Cara penyediaan
Panaskan olive oil. Tumis bawang putih dan cili kering yang dipotong
Kalau nak extra pedas boleh guna chilli powder.
Masukkan kulit dan kepala udang yang telah dibersihkan. Goreng sehingga garing
Keluarkan kulit dan kepala udang yang telah garing
Masukkan udang dan masak sebentar
Masukkan spaghetti , parsley flakes dan tomato ceri
Tambahkan sedikit air rebusan spaghetti jika terlalu kering
Tambah garam mengikut kesesuaian
Siap untuk dihidangkan


Cooked in 15 minutes . 8 minutes tunggu nak rebus pasta coz I used spaghetti. Next time should use angel hair yang halus tu. Lagi cepat masak.


My little girl Dini. Seronok tengok kalau dia makan

Alimkids playgroup ke Zoo Negara

Assalamualaikum dan salam ceria.
Entry kenangan untuk Aqil dan Dini sempena first visit ke Zoo Negara (27 December 2011). Visit dianjurkan oleh nurseri Taska Damai Ceria di bawah program Alimkids Playgroup. Mama join sekali sebab kebetulan nak menghabiskan cuti tahunan. Jadi bila cikgu tanya nak ikut ke tak terus cakap NAK..Fuh...mencabar pergi visit dengan group kids berumur antara 3-6 tahun ni. Mcm-mcm kerenah sebab over excited. Semua kids pakai T-shirt rasmi Alimkids warna hijau. Senang nak kenal. Orang dewasa 5 orang cikgu pengiring + Teacher Farra instructor Alimkids + Mama.

Untuk info lanjut tentang Zoo negara boleh lihat di web rasmi ZOO NEGARA. Ada beberapa packages di tawarkan untuk lawatan berkumpulan tetapi kami pergi secara personal sebab semua packages dah fully booked.

Mula-mula sampai naik train dulu pusing zoo. Lepas tu pukul 11 berkumpul di amphitheatre untuk animal shows. Ada pertunjukan burung helang, kakak tua dan singa laut.

Menunggu untuk pertunjukan


Seronok budak-budak tengok gelagat singa laut ni
Berehat sebelum pemberian sijil 

Aqil terima sijil tamat kursus dari teacher Farra.Dini pun sibuk nak masuk gambar. Seorang budak lagi tengah peluk kaki teacher. Alhamdulillah dah 3 tahun dengan Alimkids sejak umur 2 tahun lebih. 2012 ni dah masuk preschool tak dapat join Alimkids lagi 

Dini baru join Ogos 2011. Tahun 2012 ni sambung lagi

Sambung jalan-jalan

With teacher Farra

Beratur dulu buat head count takut ada yang hilang

Pak belang nak mandi pagi

Kuda comei dalam cerita Zoo

Di main entrance

Mama di belakang dengan beg galas coklat. Penuh dengan barang Aqil dan Dini je. Aqil (paling kiri) dan Dini (paling kanan)

It was  half day visit. Alhamdulillah visitor pun tak ramai sebab working day. On the way balik semua kids dah melentok penat. Budak-budak di nurseri ni dah biasa tidur sekejap di tengahari sebab tu tak boleh buat full day. Nanti tak pasal-pasal ada yang tidur nak kena berdukung. Makanan for brunch (karipap dan popiah)  dan lunch (nasi lemak ayam rempah) dah di bawa siap-siap oleh cikgu. Senang  tak payah nak membeli di sana.


My first felt brooch

03 February, 2012

Assalamualaikum dan salam ceria,

Akhirnya selepas entry ini




Nak siapkan bunga tu 5 minit je. Yang lama nak jahit pin brooch pada bunga. Terkial-kial sebab lubang pin halus sangat.

Terbuntang-buntang mata Durra tengok brooch baru Mama. Maklumlah baby suka colour merah.

Mama follow tutorial di sini

Spaghetti meatball

Assalamualaikum dan salam ceria

Di rumah kami spaghetti bolognese memang menu favourite sekeluarga.  Biasanya Mama masak minced meat sekali dengan pasta sauce. Tiba-tiba di suatu hari minggu ni teringin pulak nak buat ala-ala meatball. Setelah puas mencari resepi Mama cuba resepi Swedish Meatballs di sini. Tapi tak ikut 100% ingredients. Bergantung kepada bekalan yang ada di rumah.

Bahan-bahan yang Mama guna (dapat kira-kira 34 biji bersaiz sederhana)
1 bungkus Daging kisar Ramly
1 biji bawang besar (mayang halus)
2 biji bawang putih (grated)
1 biji telur
2 keping roti gardenia
120 ml susu segar
1sudu italian mixed herbs
1 sudu kecil chilli flakes
Garam dan lada putih mengikut kesesuaian
1/2 batang carrot di dadu halus

Cara-cara membuat meatballs
Koyakkan roti kecil-kecil. Rendamkan dengan susu kira-kira 5-10 minit.
Tambah telur yang dipukul
Campurkan semua bahan-bahan di atas
Gaul sebati .
Bulat-bulatkan menjadi bebola kecil
Biarkan di dalam peti ais kira-kira 30 minit (balut dengan cling wrap atau bekas bertutup).
Panaskan minyak zaitun di dalam pan.  Masak meatball dengan api sederhana. Jangan overcrowding meatballs dalam pan. Masak dalam kuantiti sederhana.
Setelah selesai gunakan minyak untuk mengoreng meatballs tadi untuk buat pasta sauce pulak.


Untuk pasta sauce Mama selalu guna brand Prego di dalam tin je. Pregi botol kaca tu puas belek tak nampak pulak tanda halal.

Cara-cara memasak pasta sauce
Tumis bawang besar (kalau bawang holland yang kuning tu lagi best) bersama bawang putih menguunakan minyak zaitun baki gorengan meatballs
Setelah naik bau masukkan sedikit air.
Masukkan tomato yang didadu. Reneh sehingga tomato agak hancur.
Masukkan sayur-sayuran kegemaran anda yang bersesuaian yang telah di dadu (carrot, celery, button mushroom, zuchini).
Masukkan pasta sauce prego. Tambah italian mixed herb jika ada. Kalau tak letak pun takpe sebab dalam pasta sauce prego tu dah ada
Biarkan mendidih dan siap untuk dihidangkan.

Abaikan bentuk yang tak cantik. Sekali tengok macam bergedel pun ada.



My plate

Tersenyum tengok anak-anak makan bertambah-tambah. Berpeluh-peluh bila tengok Mr Hubby dan diri sendiri pun bertambah-tambah. Bang...macam mana plan diet kite ni???

Tutorial Felt Flower

02 February, 2012





Assalamualaikum dan salam ceria

Cerita felt lagi

Tool box memanggil-manggil tapi apakah daya sekarang terlalu sibuk. Hanya sempat kumpul tutorial. InsyaAllah moga diberi kelapangan nanti.

Teringin nak buat felt brooch untuk koleksi sendiri sebenarnya. Makluhlah sekarang tak boleh pakai brooch yang keras-keras . Nak kena dukung baby Durra yang makin lincah tangannya menyambar sana sini dan menyondol-nyondol bahu orang yang dukung

Berkelah di Janda Baik

01 February, 2012

Assalamualaikum dan salam ceria
Sempena cuti CNY yang lepas kami sekeluarga pergi berkelah di Janda Baik Pahang bersama 4 keluarga yang lain. Semuanya terdiri dari jiran tetangga. Menu ialah utama nasi lemak , potluck dari setiap keluarga dan BBQ (marinated lamb, chicken and sosej) . Untuk potluck dari kami Mama masak spageti bolognese dan gravy mashed potato. Mashed potato Mr Hubby yang buat.

Bertolak dari subang kita-kira 8.30 pagi. Sampai sana lebih kurang pukul 10. Plan asal kami nak berkelah di kawasan bernama RIVERSIDE seperti yang dicadangkan oleh seorang rakan tapi bila sampai dah penuh.Ramai betul orang yang datang berkelah. Setelah berpusing-pusing akhirnya dapat tempat yang menarik dan redup.  Port kami ni berhampiran dengan D'ark training and resort. Kalau tak silap area Pulau Santap. Kena bayar tapi kita boleh guna facilities seperti toilet dan surau yang disediakan di resort.


Dapat port baik di bawah pokok besar

Tuan puteri Durra tengah bersantap. Terpaksa masuk dalam kereta


BBQ session dikendalikan oleh bapa-bapa

 Anak-anak seronok main air. Aqil berbaju hijau


Banyak betul makanan yang dibawa. Paling seronok pastinya budak-budak. Terjun air ..makan dan lepas tu terjun air balik. Malam kami sekeluarga menginap di seripengantin resort booked by Mr Hubby. First time tidur chalet dalam hutan. Sejuk..Tak bukak aircond pun. Balkoni bilik kami menghadap kolam ikan. Seronok Aqil dan Dini bagi ikan makan. Tapi tak boleh main campak je apa-apa. Makanan ikan dijual oleh resort dalam bungkus-bungkus kecil.

Baling pellet makan ikan


Gambar di atas bukan ikan terapung mati tau. Itu gambar ikan berenang mengiring melalui tembok dari kolam sebelah ke kolam berhadapan bilik kami. First time tengok ikan berenang macam tu. Sanggup nak datang ke sebelah sini sebab Aqil dan Dini tengah asyik tabur makanan

Antara tempat lain yang boleh survey-survey untuk menginap di Janda Baik.


D' ark Training and Resort