Alhamdulillah sudah 19 hari 2012 berlalu baru sempat nak update blog. Currently I'm adapting to new status. Jadi student balik huhuhu. Semoga Allah permudahkan perjalanan PhD ini. Aminnn..
Sekarang dalam proses literature review and proposal. Kadang-kadang rasa nak muntah tengok tulisan hitam putih journal ni. That's why I need something colourful. Jadi terjebak pulak dengan FELT CRAFT.
tool box @ peti harta karun untuk peralatan
My first project
T-shirt untuk birthday the only anak sedara from my side (setakat ini. May ni InsyaAllah ada penambahan). Baru seorang bolehla mak long buatkan hehehe. Terpaksa jahit sorok-sorok sebab Aqil ngan Dini punya tak siap lagi dan entah bila nak siap. Sure they all protes kalau nampak ni.
Keychain lolipop
It took me 1 week to finish both. Nama pun hobi kan. Buat hanya di masa lapang yang jarang-jarang ada (selalunya tengah malam sambil baca-baca journal. Break kejap potong dan jahit kain felt).
Malam tadi sempat belajar buat simple roses ni. Cuba design yang paling mudah dulu. Tak sampai 5 minit dah siap
Sesiapa yang nak cari hobi baru bolehla cuba felt craft ni. Menarik..jahit tangan je jadi tak perlukan sewing machine pun. Tutorial online pun banyak.
0 comments:
Post a Comment