Mestilah boleh. Apa salahnya kan. Lepas kahwin boleh guna.
Pernah ke orang buat??
Erm orang lain tak tahula. Tapi family Mama memang pernah buat. Dari Mama kawin (anak pertama) sampai my sister (anak ketiga) dalam hantaran mesti ada Tupperware.
Kalau anda nak cuba bolehla. Tapi janganla letak tupperware sebijik tergolek-golek atas dulang hantaran tu. Hiasla sikit ikut kreativiti. Jadikan ia praktikal especially untuk hantaran berbentuk makanan.
Ini gambar hantaran Mama 5 tahun lepas (2006). Simple saje tapi Mama sangat suka. Hasil kerja tangan my mom (opah) 100%. Mama hanya beli barang-barang hantaran. Tupperware2, reben dan bunga-bunga tu semua my mom yang sponsor. Maklumlah anak sulung dia baru beberapa bulan mula kerja. Otak pula tengah serabut dengan write up thesis master. Kalau tunggu anak dia ni siapkan hantaran tak tahula jadi macam mana.
Dalam pic ni ada 2 produk Tupperware (sila lihat bulatan hijau). Gambar pertama my mom tempah kek lapis Sarawak dan letakkan dalam Cake Server (production 2006. Sekarang dah tak keluar lagi). Masa nak ambil gambar letakla kek di luar. Nanti bila keluarga Mr Hubby nak bawa balik ke Rembau masuk balik dalam Tupperware tu. Jadi kek dijamin tak masuk angin untuk 5 jam perjalanan. Item ke dua cookies server (production 2006 jugak. Sekarang dah tak keluar lagi). Dalam bekas ni mak lang saya sponsor biskut london almond yang sungguh sedap berlemak. Cookies server ni special sebab ada base yang boleh rotates.
Untuk pic di bawah sebenarnya bread server yang diterbalikkan. Sekarang ada lagi tapi warna oren. Dalam tu my mom letakkan manisan. Berair sikit sebab ada syrup tapi dah letak dalam tupperware di jamin tak leaking atau masuk semut.
Kalau tengok betul2 ada a few makanan yang kami tak letak dalam Tupperware (bahulu, kek payung2). Makanan-makanan tu saudara mara yang bawa petang sebelum akad nikah. Buat tambah-tambah hantaran kata orang utara. They all dah siap letak dalam packaging cantik-cantik. Kecik pulak hati kalau kita bukak tukar masuk bekas lainkan. Jadi maintain kan aje dalam bekas yang di bawa.
1 comments:
wah.. first time mira tengok ade orang buat hantaran Tupperware.. kalau mira memang suke.. :) Love tupperware.. tupperware yang dapat pade akak pun memang mira gune habis habisan.
Post a Comment