Threatened abortion

11 February, 2011


Nama dia tak sedap sebab ada abortion. Rasanya lebih tepat dipanggil threatened miscarriage sebab ibu mengalami simptom2 yang boleh menjurus kepada keguguran seperti vaginal bleeding (selalunya sedikit) dan pelvic cramp. Bila di scan embryo/fetus masih selamat di dalam rahim (dalam erti kata lain belum betul-betul keguguran). Tapi 'threaten abortion' ni standard medical term. Kalau dalam MC sure Dr tulis istilah tu. Kalau dapat bos yang faham atau pernah pregnant ok jugak. Kalau dapat yang tak pernah dengar term tu takut ada pulak yang salah faham.

Pernah kena  masa first pregnancy (Aqil). Alhamdulillah semuanya selamat. Aqil pun dah nak masuk 4 tahun Mac ni. Masa mengandungkan Dini Alhamdulillah takde. Tapi this time kena lagi. Stress jugak tengok kerja banyak tapi movement kita limited. Nak naik tangga pun panjat macam siput. Bleeding dah tak de (rasanya hari tu implantation bleeding je kot) tapi muscle cramp masih terasa jugak. Masa ni terasa sedikit menyesal beli rumah double storey. Laundry area di bawah closet semua di bilik atas. Tapi kat Shah Alam dan Klang Valley kalau tak de RM1 juta tak boleh nak bermimpi nak beli rumah tanpa tangga. Rumah single storey memang developer dah tak buat. Yang tinggal semua banglo-banglo yang tak tercapai dek poket kami nak bayar .

Semoga ada rezeki kami lagi untuk kali ini. InsyaAllah next Monday apointment dengan my gynae Dr Fatima di KJMC. Pagi tadi Aqil dan Dini bacakan Al-Fatihah sambil letak tangan kat my tummy. Cute betul. Rindu budak 2 orang ni.

4 comments:

Karisma Izzah said...

memang tak sedap bunyinye...sebab abortion tu menggugurkan...mcm sengaja lak bunyinye...

saya lebih suka gune perkataan miscarriage iaitu keguguran biarpun medical term tu salah......

masa anak 1st saya ade jumpa term ni...yang sekarang ni pun sama tapi Alhamdulillah yang sekarang ni selamat, dah 7 bula dah... yang 1st dulu keguguran ms 10 weeks...

hayatizain said...

Betul..nama tu memang boleh buat orang salah fahamkan.

Hafiz dan Mawaddah said...

Assalamualaikum madam,
Tahniah ye madam.Mawaddah baru tau madam dh pregnant. seronoknya...^__^..Take care tau.Macam2 dugaan seorg ibu kan madam..demi melahirkan seorang anak.

hayatizain said...

Waalaikumusalam Mawaddah dan Hafiz,
Terima kasih tinggalkan jejak. InsyaAllah doakan ada rezeki madam dan keluarga kali ni.