Salah satu yang bersaiz comel ialah FreezerMate Junior II seperti gambar di bawah.
Tapi ni bukanlah yang paling kecil dalam keluarga FreezerMate. You should see FreezerMate Junior I . Lagi comel .
Tagline untuk FreezerMate ialah Freeze Them Right. Sebab itu ia direka dalam pelbagai saiz supaya makanan boleh dibekukan dalam portion yang diperlukan. Untuk FreezerMate Junior II Mama selalu gunakan untuk bekukan makanan seperti sotong, udang atau isi ayam yang siap dipotong kecil-kecil untuk dijadikan rencah masakan. Portion untuk sekali masak je. Contohnya sotong di bawah. Dah siap hiris-hiris. Jadi balik kerja kalau nak masak sotong goreng kunyit, just thaw satu bekas kecil je. Lebih cepat.
Mama juga pernah buat entry tentang kegunaan FreezerMate bersaiz lebih besar. Boleh lihat di sini
Demo FreezerMate dari Youtube
0 comments:
Post a Comment