Maher Zain Insha Allah versi bahasa melayu

01 February, 2011

Aqil dan Dini memang suka sangat lagu "Insha Allah" Maher Zain. Selalu dengar dalam youtube je . Last December masa opah dan atuk datang (my parents) they all bawa buah tangan paling special untuk cucu-cucu iaitu CD Maher Zain. Kalau nak tunggu Mamanya yang beli tak tahulah bila. Dah lama betul tak masuk kedai muzik.

Cd pasang dalam kereta Mama. Favourite Dini track no 3 (lagu inshaAllah). Aqil pulak minat track 6 (lagu hindustan Allahi Allah Kiya Karo).

Semalam kami sekeluarga baru sampai dari Taiping sebab Mama baru habis berkursus di Penang sejak Jumaat lepas. First time dengar inshaAllah versi bahasa Melayu. My fren yang inform pasal lagu ni. MasyaAllah sungguh sedap. Tak dapat Mama nak buat kerja sebab desktop tu dah macam jadi hak milik Dini. Beria-ria dia menyanyi.



Lirik Insha Allah versi bahasa melayu
Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu


[Chorus] 2x
Insya Allah
Insya Allah
Insya Allah ada jalannya

Andainya kisahmu berulang lagi
Bagai tiada peluang untuk kembali
Jika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

[Chorus] 2x
Kembalilah kepada yang Esa
Yakin padaNya panjatkanlah doa oo Ya Allah
Pimpinlahlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yg benar
Jalan yg benar…
Jalan yg benar...


[Chorus] sampai habis lagu

hayatizain : kagum dengar MZ  lancar nyanyi lagu melayu. Takde slang2 pun

2 comments:

CatlinaFly said...

hehehe sy pun suke!kagum dgn Maher Zain..subhanallah...indahnya

hayatizain said...

Betul..betul..sedapkan suara dia Cat :)