Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semalam Aqil tanya saya.
Aqil : mama x letak pun gambar kita pergi kidzania dulu dalam laptop mama (dia maksudkan blog saya)
MasyaAllah memang terlupa. Aqil ni memang sangat particular pasal trip2 yang kami pernah pergi. Dia selalu tanya walaupun dah bertahun-tahun. Hari ni saya sempat cari balik gambar2 di KIDZANIA .
Kami ke sana May 2012.
Cerita 1 tahun lepas
Bermakna mungkin banyak "career" baru di kidzania sekarang.
Sebenarnya Aqil dan Dini pergi anjuran taska dan playgroup Alimkids. Tapi saya ikut sekali sebab kebetulan masa tu free. Labwork belum mula jadi boleh ambil cuti
Kami sampai di Kidzania sekitar jam 9.00 am. Ingatkan datang weekdays tak ramai orang sekaliiiii......berderet-deret bas. Mostly datang weekdays ni rombongan taska.
Rombongan kami. Budak-budak 2-5 tahun.
Semput jugak nak melayan kerenah budak-budak kecik yang ramai ni. Salute betul dekat cikgu-cikgu hari-hari melayan they all.
Sebelum masuk kena pakai tag khas.
Aqil tengah dipakaikan tag
Setiap kanak-kanak diberikan 50 kidzos. Kena ambil di bank di dalam sana . Kidzos akan digunakan untuk membeli barang (kecuali food and beverages) dan ada pekerjaan tertentu yang perlu dibayar. Tapi ada juga pekerjaan yang kanak-kanak akan diberikan kidzos sebagai gaji
Sebaik sahaja masuk disambut dengan welcoming song.
Inilah town dalam kidzania. Memang padat sebab dalam building kan. Kalau kita yang dewasa pusing-pusing sampai tempat sama je. But for kids pastinya rasa sangat excited. Macam tak percaya dalam bangunan ada sebuah bandar.
First check point kami pergi pusat memproses air mineral Sea Master. Dalam gambar ni Dini tengah cuba menyiapkan satu botol air mineral untuk packaging. Saya tak bawa kamera pun. Cuma bawa tablet jadi leceh sikit nak tangkap gambar. Yang baju hijau dengan kamera tu teacher Farra yang satu ketika dahulu terkenal dengan lagu bagaikan puteri. Teacher Farra instructor Alimkid playgroup di taska Aqil dan Dini
Oleh kerana kami ambil pakej berkumpulan makanan disediakan. Ok juga senang macam ni sebab rombongan budak-budak kecik kan. Kalau nak beli sendiri pun boleh tahan mahal makanan-makanan kat dalam.
KPJ hospital. Kalau tak silap ini bilik pembedahan. Bila anak-anak tengah buat kerja mak ayah tak boleh ikut. Sila tinggal lepak-lepak di luar. Setiap section dah ada photographer khas untuk tangkap gambar anak-anak semasa bekerja. Siapkan duit je kalau nak beli gambar
Hot section ni. Bukan main panjang lagi line beratur tunggu giliran. Ada 2 jenis kerja kat sini. Pilot dan cabin crew
Best jugak kerja bomba ni sebab nanti budak-budak tu akan naik kereta bomba kecil dari station sebelum sampai rumah terbakar. Memang bingit bunyi siren bomba. Tengok bertapa dedikasinya photographer baju oren tu tangkap gambar.
Kerja di stesen minyak. Semangat betul Dini nak mengisi minyak kat kereta. Di sini pun ada dua jenis kerja. Satu kena isi minyak satu lagi jadi driver bawa kereta tu.
Junior masterchef. Tengah buat sandwich rasanya
Sushi king. Rasa nak join sekali je nanti leh makan sushi free. Apakah daya dah terlebih had umur
Ini contoh papan tanda pada setiap section. Ada umur-umur tertentu yang dibenarkan untuk setiap pekerjaan, jangkamasa pekerjaan dan berapa gaji yang akan dapat.
Studio hitz.fm. Untuk 7 tahun ke atas sahaja sebab kena baca-baca pada screen. Kena cakap ala-ala DJ. Kalau tak cukup umur masuk nanti blur pulak x boleh nak ikut arahan
Klinik rawatan gigi. Teruja sangat nak minta Aqil or Dini "kerja" kat sini. Mentang-mentang mamanya mengajar di dental school. Tapi Aqil tak minat ntah pergi mana dok sibuk usha nak beli souvenirs. Dini pulak terbeliak mata terkejut tengok patung tu ternganga. Terus nangis tak nak masuk. Takut agaknya huhuhu
Gambar ni yang saya share di casa bonda suatu ketika dulu termasuk sharing tips bagi yang berminat nak pergi. Saya beli 3 keeping gambar sahaja pun. Aqil sebagai pilot, Dini sebgai doctor di ER department dan satu lagi gambar Aqil sebagai petrol pump attendant. Total harga 3 gambar tu RM50 .
Ini pula sharing tips yang saya share bersama gambar di atas
Ada sesiapa yang nak ke kidzania KL this weekends?
Sedikit sharing tips dari Casa Bonda
Booking tiket online di website. Jika walk in ada kemungkinan anda tidak dapat masuk kerana kidzania menghadkan visitors untuk setiap session
Dapatkan sebanyak mungkin info dari website kidzania.com.my seperti facility map, starting time for each session etc
Seperti theme park yang lain2 makanan agak mahal...l jadi pastikan anak anda kenyang sebelum masuk. Sekurang-kurangnya mungkin perlu 1x meal sahaja during visit
Kebanyakkan pekerjaan sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas. Ada pekerjaan yang perlu memenuhi kriteria tinggi minimum yang ditetapkan.
Perlu kesabaran yang tinggi untuk menunggu pekerjaan2 yang glamour seperti pilot, ahli bomba dan lain2. Setiap sessi mereka menghadkan bilangan kanak-kanak.
Photographer khas disediakan bagi setiap pekerjaan. Walaupun anda membawa DSLR sendiri ada kawasan yang anda tak boleh masuk semasa anak "bertugas". Jadi perlu siapkan duit untuk memilih gambar yang berkenan di hati
bawa anak anda ke tempat bertugas yang paling dia minati pada peringkat awal. Barulah dia bersemangat nak posing untuk bergambar. Kesian tengok Dr Nurdini yang kusut masai dan dah penat nak tersenyum masa bergambar. Silap mamanya yang bawa dia ke hospital setelah 3 jam dia mencuba pekerjaan2 lain. Dah penat ala-ala Dr on call
macam mana nak pilih gambar? Kanak-kanak akan dipakaikan tag khas di tangan. Bila nak pillih gambar nnt anda hanya perlu ke kedai gambar/photolab dan scan tag di tangan anak. Akan keluar semua gambar di mana dia "bekerja". Kalau ikutkan hati mmg nak beli semua tapi bila ikutkan poket saya beli 3 je (rm50 for 3 pieces).
Untuk kanak-kanak 1-3 tahun boleh bawa ke Urbano's house (upper level) yang mempunyai pool yang penuh dengan bola. Ibu-ibu pun boleh berehat kerana disediakan sofa (setting seperti rumah) atau bermain di Urbano school yang mempunyai setting seperti sebuah taska.
entrance untuk surau terletak berdekatan supermarket dan beauty saloon (ground level). Not really happy with the small space provided tapi oklah dari tak ada. Hope they will provide larger space.
Ada 2 lagi cuti-cuti kami yang saya "hutang" nak buat entry. Lawatan ke universal studio Singapore 2011 dan lawatan ke Zoo Negara 2012. Adoi gambar pun x ingat simpan di mana.