Hobi baru Aqil dan Dini

19 January, 2012

Assalamualaikum dan salam ceria,

Aqil dan Dini sekarang ada hobi baru iaitu menangkap gambar. Sebab tak de compact camera handphone Mama lah yang jadi mangsa. Kalau di rumah atau travelling my handphone most of the time they all yang pegang. Setiap pagi rutin baru Mama sekarang ialah memeriksa picture gallery dan mendelete gambar-gambar yang tak sepatutnya. (saje je budak-budak ni bagi Mama penambahan kerja). Tapi ada jugak gambar-gambar yang cantik dan boleh disimpan buat kenangan seperti ini

Aqil close up gambar Durra semasa dalam kereta.

Close up Dini

Tapi tak tahan bila tengok gambar seperti ini

.
.
.
.
.
.
.
.

Close up muka sendiri. Boleh ambil pembaris ukur diameter lubang hidung tu

Hobi baru - Felt Craft

Assalamualaikum

Alhamdulillah sudah 19 hari 2012 berlalu baru sempat nak update blog. Currently I'm  adapting to new status. Jadi student balik huhuhu. Semoga Allah permudahkan perjalanan PhD ini. Aminnn..

Sekarang dalam proses literature review and proposal. Kadang-kadang rasa nak muntah tengok tulisan hitam putih journal ni. That's why I need something colourful. Jadi terjebak pulak dengan  FELT CRAFT.


tool box @ peti harta karun untuk peralatan

My first project

T-shirt untuk birthday the only anak sedara from my side (setakat ini. May ni InsyaAllah ada penambahan). Baru seorang bolehla mak long buatkan hehehe. Terpaksa jahit sorok-sorok sebab Aqil ngan Dini punya tak siap lagi dan entah bila nak siap. Sure they all protes kalau nampak ni.


Keychain lolipop


It took me 1 week to finish both. Nama pun hobi kan. Buat hanya di masa lapang yang jarang-jarang ada (selalunya tengah malam sambil baca-baca journal. Break kejap potong dan jahit kain felt).

Malam tadi sempat belajar buat simple roses ni. Cuba design yang paling mudah dulu. Tak sampai 5 minit dah siap 

Sesiapa yang nak cari hobi baru bolehla cuba felt craft ni. Menarik..jahit tangan je jadi tak perlukan sewing machine pun. Tutorial online pun banyak.




Snowflakes Cubes Gift Set (6)

25 December, 2011

Sticky post

Assalamualaikum

Sejak kandungan memasuki 30 minggu dan sehingga sekarang (dah almost 2 months in maternity leave) Mama dah slow down dalam bisness tupperware. Ramai jugak orang yang tanya-tanya. Minta maaf tak dapat nak penuhi permintaan. Kekangan masa untuk ke pejabat pos. Sebab tu Mama suggest bagi yang betul-betul berminat join as dealer. Bila jadi dealer boleh beli sendiri di stokis. Puas hati dapat tengok dulu barang-barang tu sebelum beli (Stokis selalunya akan display items dalam almari kaca). Lagipun no minimum purchase. Nak beli satu item pun boleh.

Untuk kempen terkini makin ramai yang tanya sebab banyak items yang cute2 dan colourful sempena krismas. Salah satunya


Comei..comei..comei..

My mom dah siap beli a few boxes. Bulan Feb 2012 nanti my mom akan bersara (pencen) jadi dia nak bagi something pada kawan-kawan di tempat kerja.  Perancangannya nak isi manisan kering  (kismis, kurma, buah apricot kering atau buah tin kering) atau kekacang (almond or cashew nuts. Belum finalise lagi). Lepas tu ikat riben macam gambar di atas. Sesiapa nak buat door gift untuk wedding pun sesuai. Cuma Mama dah ukur. Untuk telur grade A tak muat. Grade C belum cuba lagi. Tapi untuk wedding tak semestinya bagi telur. Zaman sekarang kita dah banyak alternatif lain yang boleh diisi.

Kegunaan lain boleh digunakan untuk menyimpan homemade puree makanan bayi di dalam peti sejuk. Setiap satu bekas volumenya 80 ml. Just nice for single serving.

Store individual serves of baby food in clean airtight containers for 1 day in the fridge or store in the freezer for up to 1 month

Oleh kerana banyak pertanyaan jadi Mama akan buka order untuk set ini sahaja. Sesiapa berminat boleh email to hayatizain@yahoo.com or sms 0125550314. Set ni ada gift box.  Nak buat hadiah pun senang. Harga sekotak RM35.40 (harga katalog). Tapi boleh hubungi saya untuk special price ya.


Saiz
5.6 cm (L) X 5.6cm (W) X 5.7 cm (H)

Susu Kambing Hi Goat

19 December, 2011

Assalamualaikum

Mama-mama semua suka minum susu tak? To be frank, Mama memang jenis tak suka minum susu especially kalau plain. Tak tahu kenapa perut lepas minum susu macam tak sedap je. Nak kata lactose tolerant tak de la pulak sampai naik rashes2 ke apa.

Mengandungkan Aqil dan Dini rela bergantung pada supplement kalsium. Mama memang jenis mabuk sepanjang hari kalau pregnant. Perut selalu rasa macam berasid. Kalaun rasa tak tahan sangat telan je pil charcoal.

Susu untuk ibu mengandung pernah beli sekali je. Dah almost deliver pun tak luak setengah tin. Selalunya kalau nak minum pun guna sample FOC yang my gynae bagi masa check up. Atau kadang-kadang beli susu kotak HL sinpan dalam fridge baru sedap :)

Lepas bersalinkan Dini my mom bagi Mama susu kambing hi goat. Mula-mula Mama buat alasan jugak tak nak minum. Takut rasa tak sedap atau bau kambing hehehe. Opah bising takut cucu dia tak cukup nutrien sebab masa tu Mama memang fully breastfeeding. Jadi dengan paksa rela cuba jugak minum.  Alhamdulillah serasi pulak. Perut tak de meragam. Jadi Mama continue minum susu tu sampai sekarang. Masa mengandungkan Durra Mama minum setiap hari. Banyak membenatu terutama bulan puasa. Mama minum masa sahur. Alhamdulillah bertenaga sedikit sampai ke waktu berbuka.

Dulu bekalan semua datang dari Taiping. Jauh tu :). Setiap kali opah datang atau Mama balik Taiping angkut berkotak-kotak. My mom pun ambil dari kawan dia. Mama tak berani nak beli sendiri di sini sebab tak kenal mana-mana ahli. Nak beli kat kedai-kedai takut produk tiruan. Maklumlah barang bila meletup ramai orang yang nak ciplak. Mungkin tuan kedai tu tak salah tapi terkena dengan supplier.

Dah almost 3 tahun kami sekeluarga minum susu ni dan akhirnya tahun ni my sister jadi mobile stokis. Alhamdulillah senang sikit sebab dia sekarang kat KL. Tak delah nak menunggu stock dari Taiping je. Susu ni jugak boleh diberi kepada kanak-kanak berumur 6 bulan ke atas. Kalau anak kena jaundice jangan beri direct pada bayi. Sebaiknya ibu yang minum dan susukan bayi sekerapnya.

Sesiapa yang berminat nak mencuba boleh contact my sis
Diana 0175520646

Untuk permulaan mungkin boleh order satu kotak. Kalau rasa serasi nanti lebih baik join as member (my personal opinion). Harga dapat lebih murah dan InsyaAllah akan dapat produk asli (bukan tiruan) sebab anda boleh ambil direct di  HR center atau mobile stokis berdaftar. Tak kisah register di bawah sesiapa pun, anda boleh beli barang terus di mana-mana HR center dan mobile stokis seluruh Malaysia .

Bila kita cerita pasal makanan kesihatan, setiap orang akan ada kesan yang berlainan. Serasi untuk A tak bermakna serasi untuk B. Yang penting kita cuba dulu. Mama cuma berkongsi pengalaman . Jika rasa tiada kesan atau tak serasi bolehlah berhenti. Yang penting dapatkan produk yang asli.

hayatizain : setelah my sister join baru Mama tahu HR banyak produk yang lain. Mama baru cuba guna. Yang mana serasi nanti Mama kongsi.

Trailer - Hafalan Shalat Delisa

12 December, 2011



Delisa (Chantiq Schagerl) mostly a cheerful little girl, lived in a small village named Lhok Nga on the coast of Aceh, has a wonderful life.

As the youngest child of the family of Abu Usman (Reza Rahadian), Her father works in an oil tanker of an international oil company.

Delisa very close to her mother that she called Ummi (Nirina Zubir), and the third sister Fatimah (Ghina Salsabila), and the twins Aisha (Reska Tania Apriadi) and Zahra (Riska Tania Apriadi).

December 26, 2004, Delisa with Ummi was getting towards the prayer exam when suddenly an earthquake. An earthquake that quite make Ummi and her sisters frighten. Suddenly the tsunami struck, eradicate their small village, destroy their school, and washed away Delisa as well as hundreds of thousands of other in Aceh and other parts of the coast in Southeast Asia.

Delisa was rescued by a soldier named Smith, after days passed out on the rocky hill. Unfortunately, serious injuries makes Delisa's right leg must be amputated. It makes soldier Smith wanted to adopt her, but Abu Usman managed to find Delisa. Delisa happy together again with her father, though sad to hear news of her sisters has gone to heaven, and Ummi still not found.

Delisa has become a little angel who shared a laugh in every presence. Although it was heavy, Delisa has been taught how painful can be a force to keep pace. Although tears wont stop flowing, but Delisa trying to understand what it is sincere, doing something without expecting replies


'Delisa love Ummi because of Allah'

Sedih tengok trailer di atas. Dari trailer nampak filem ini sangat berkualiti. Banyak benda yang kita boleh renungkan bersama. Bila agaknya Malaysia akan ada filem seperti ini?

Menitik airmata bila dengar dialog "Delisa cinta ummi kerana Allah"

Express homemade dimsum

06 December, 2011

Assalamualaikum

Resepi simple untuk dikongsi

Suatu hari teringin makan dimsum. Selepas puas mengoogle terhasillah hidangan di bawah. Rupanya senget benget sebab tak pandai melipat tapi rasanya sedap...tak sampai 5 minit  dah licin. Puas hati..Mama kukus guna steamer tupperware. Memang sayang dengan steamer comel ni. Sungguh praktikal untuk aktiviti kukus mengukus skala kecil. Entry lain mengenai steamer steam it tupperware boleh baca di sini dan sini


Untuk kulit Mama guna kulit wantan seperti di bawah.


Bahan-bahan untuk inti pula :
Isi ayam (dadu kecil)
udang (dadu kecil)
sos tiram
carrot (dadu kecil)
cili merah (racik halus)
Daun sup (racik halus)
Tepung jagung
Serbuk lada hitam
Garam

Gaul semua bahan-bahan dan perapkan seketika. Nak buat version goreng pun boleh (wantan) tapi untuk lebih healthy lebih baik version kukus. Kebanyakkan resepi letak minyak bijan sebab minyak bijan memang salah satu bahan utama dalam masakan ala cina. Tapi Mama tak letak sebab tak ada.

Voices of Ummi - Bismillah

29 November, 2011

Assalamualaikum

Aqil dan Dini suka dengar lagu ni di IKIM.fm.

Doa akhir tahun dan awal tahun (1 Muharram)

26 November, 2011

Doa Akhir Tahun (baca 3X pada waktu Asar sebelum maghrib)


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun (dibaca 3X selepas Maghrib)

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka

Chicken pox menyerang (part I) dan doa penawar

Dari hari Selasa badan Aqil mula naik biji-biji. Pergi ke klinik panel Dr kata bacterial infection. Tapi bangun pagi tengok makin banyak pulak yang naik. Hati Mama mula tak sedap. Pagi Khamis terus ke Klinik Kanak-Kanak Serena di Bt Rahman Putra. Bila Dr tengok terus dia menjerit. "Mama ini chicken pox la..habisla satu rumah nanti kena...". Dr turut belek-belek Dini dan Durra. Tapi buat masa itu masih belum ada apa-apa tanda. Sehingga hari ini juga 2 puteri Mama masih clear dari infection varicella zoster virus penyebab chicken pox. Tapi Mama tak berani menyimpan harapan tinggi kerana virus itu ada masa inkubasinya.

Aqil diberi antiviral acyclovir yang perlu dimakan setiap 6 jam dan chlorpheniramine-4 untuk tahan gatal.  Dr juga ada beri paracetamol tetapi alhamdulillah Aqil tidak demam . Mama juga beli calamine lotion untuk disapu.

Aqil masih aktif macam biasa. Rumah jadi riuh rendah sebab Aqil dan Dini Mama tak hantar ke nurseri. Cuma masalahnya nak memisahkan Aqil dari Durra. Durra belum menerima vaksin chicken pox kerana vaksin akan diberikan apabila berumur setahun ke atas. Mama dapat rasakan kesedihan Aqil bila tak dibenarkan cium atau pegang Durra. Jika diikutkan dari segi medical virus juga boleh merebak melalui udara bermakna tak boleh juga berada dalam kawasan yang sama. Setakat ini Mama dan Durra tidur di bilik berasingan dengan Aqil. Puas Mama terangkan pada Aqil kenapa dia dihalang begitu. Tapi mana mungkin budak 4 tahun dapat mengikut 100% arahan. Kadang-kadang dia datang juga menghampiri Durra . Kasih dan rindu seorang abang.

Aqil selalu selalu bercerita dengan Durra. Kadang-kadang sampai Durra tertidur

Di entry ini juga Mama nak share doa untuk merawat campak yang Mama ambil dari buku ikhtiar penyembuhan penyakit dengan ayat-ayat dan doa-doa mustajab.


Untuk merawat campak kombinasi bacaan doanya ialah
Surah Al-Fatihah
Selawat Syifa'
Surah Al-Hasyr ayat 21-24 (ayat bermula dengan "Lau an zalna")



Moist chocolate cake (sukat cawan)

Assalamaualaikum

Hari ini nak kongsi resepi lagi. Seperti biasa resepi di blog Mama resepi yang simple dan mudah disediakan. Resepi ni opah yang bagi khas untuk cucu-cucu (Aqil dan Dini) yang suka makan kek. Sumber asal tidak diketahui . Bagi Mama senang sangat nak buat sebab sukatan cawan. Tak payah timbang-timbang. Sukat dan terus masuk dalam mixing bowl.

Bahan-bahan
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula kastor (boleh kurangkan ke 3/4 cawan untuk kurang manis)
1/2 cawan susu pekat
3 biji telur
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1/2 sudu teh soda bikarbonat

Penyediaan

Version A : Versioan asal yang opah bagi
Campur serbuk koko, susu cair, susu pekat, gula dan minyak jagung. Masakkan sebentar di atas api sehingga gulalarut. Sejuk kan .
Pukul telur sehingga kembang.
Masukkan campuran di atas. Kacau sebati
Masukkan tepung dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit. Kacau sehingga sebati (boleh juga mesin sebentar dengan kelajuan paling rendah).

version B : version kalau nak cepat
Mesin gula dan telur
Campurkan semua bahan-bahan kering. Kacau sebati
Akhir sekali masukkan minyak jagung. Kacau sebati (boleh juga mesin sebentar dengan kelajuan paling rendah).

Adunan kek boleh dikukus atau dibakar. Jika kukus lebih moist berbanding bakar


Baru keluar dari steamer. Rupa kurang cantik tapi rasanya InsyaAllah tak mengecewakan

Suam-suam lagi dah dimakan oleh Aqil dan Dini

Baru nak berjinak-jinak dengan photoshop

11 November, 2011

Assalamualaikum

Orang lain dah terror dengan photoshop tapi Mama baru terkial-kial nak explore. Best jugak rupanya. Antara hasil beginner macam Mama ni

Cantum gambar raya Aidilfitri kami tahun ini pada latar belakang taman. Ala-ala outdoor photography  session . Mama tak habis padamkan background asal betul-betul (gambar asal dalam rumah je) . Sebab tu masih nampak warna putih sikit-sikit .



Penggunaan skew. Masukkan gambar dalam laptop




Teknik urutan bayi

10 November, 2011


Ceria lepas mandi dan massage




Untuk tutorial urutan bayi boleh lihat di sini

Nasi daging dari masak kurma

Assalamualaikum

Petang semalam buntu nak masak apa untuk makan malam. Tinggal 1 jam lagi sebelum Mr Hubby dan kids balik. Dalam peti ais ada lauk frozen masak kurma, sup dan kari daging yang my mother in law bekalkan dari kampung. Semua lauk daging sempena korban. Teringin nak masak sayur tapi belum sempat beli barang dapur. Sayur yang ada cuma carrot, tomato dan daun sup. Jadi untuk memasukkan elemen sayur dalam makan malam hari ni Mama buat nasi daging menggunakan masak kurma daging yang telah ada. Preparation sekejap je (sesuai dengan Durra yang berjaga dan menangis bila ditinggalkan lama-lama)

Cara Mama
2 cawan beras basmathi
4 cawan kuah kurma + air
daging (dari kuah kurma)
serai (ketuk)
Daun sup
Tomato (dadu)
Carrot (potong kecil-kecil)
Garam (jika perlu. Adjust ikut citarasa masing-masing)
Gula (sedikit je untuk menaikkan rasa)

Masukkan semua dalam rice cooker. On. Naik atas main-main dangan Durra. Senang dan simple tak payah nak tumis-tumis. Untuk tambahan boleh letak bawang goreng dan kacang gajus serta buat air asam. Tapi Mama tak buat pun semalam.


Nasi daging makan malam kami.

Alhamdulillah seronok tengok anak-anak makan . Selera anak-anak yang buat Mama motivasi nak masak sendiri walaupun simple.

Abang Aqil senyum sampai nak tutup mata

Kak Dini senget kepala nak tunjukkan gaya rambut terbaru yang pendek