Durratul Syafiah - Mutiara Penawar

24 October, 2011

Alhamdulillah



Durratul Syafiah Bt Najmi Rahimi
3.12 kg
8.45 am 6 October 2011

Kelahiran cahaya mata ketiga kami. Caesarian ketiga buat Mama selepas 2 kali emergency caesarian sebelum ini. Walaupun 3 kali berada di dalam OT yang sama , dikendalikan gynae dan pakar bius yang sama , Mama fikir pengalaman yang dilalui akan sama sahaja. Tetapi kuasa Allah , kelahiran kali ini sedikit berlainan. Jika kelahiran Aqil dan Dini kecemasan sebelum dilahirkan (heartbeat baby jatuh..tak nak keluar2 sebab cord round neck) , kelahiran Durra pulak mencetus sedikit kecemasan di OT dan setelah di ward..Alhamdulillah ...Kecemasan dapat dikawal..Sesungguhnya setiap kelahiran anak itu sebenarnya berbeza.

Kali ini juga Mama berpantang rumah sendiri.  Ditemani suami, anak-anak dan adik.  Bukan tak mahu pulang ke rumah opah tetapi Aqil dan Dini yang sudah biasa dengan rutin belajar dan bermain di nurseri dan playgroup Alimkids (Ya Dini pun dah join Alimkids bermula Ogos lepas. She's soooooo happy) pasti akan bosan jika semua itu ditinggalkan (berdasarkan pengalaman melayan kerenah Aqil masa berpantangkan Dini dulu). Anak no 3 lebih selesa berpantang di sini. InsyaAllah cuti sekolah nanti opah akan datang temankan pula (My mom kata saya tersilap plan. kalau bersalin after Feb tahun depan boleh dia temankan dari awal sebab dah pencen..hehehe). Pagi abang dan kakak ke nurseri. Mama punya masa untuk si kecil, menyiapkan proposal untuk PhD  dan mengumpul tenaga untuk melayan keletah yang abang dan kakak setelah pulang dari nurseri.

InsyaAllah jika berkesempatan Mama akan share beberapa perkara di sini. Banyak benda nak dicoretkan buat kenangan cuma bab nak mengarang belum datang moodnya lagi.

Results Tupperware Giveaway

10 September, 2011

Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan hari ni Mama keluarkan results giveaway. Minta maaf tersasar skit dari tarikh sebenar. Makin sarat ni buat keje pun slow motion. Bila menghadap screen komputer je rasa nak muntah. Dari Mumaat lunch break Jumaat yang panjang gigih Mama menyusun nama untuk cabutan. Seperti yang dijanjikan juga jika ada lebih dari 50 penyertaan Mama tambahkan satu lagi hadiah dengan nilai yang hamoir sama dengan Ramadhan set . Pemilihan adalah secara cabutan undi. Keputusan adalah seperti di bawah


Pemenang untuk Ramadhan Set di bawah ialah 



Untuk hadiah kedua pula ialah set ice cream maker dan wonderlier bowl pink  dimenangi oleh

Terima kasih atas semua penyertaan. InsyaAllah jika dimurahkan rezeki nanti Mama buat GA lagi ye .

Senang hati bila dah settlekan GA ni. Dah berkurang satu  tugas dalam senarai "TO DO"  Mama . Macam-macam yang Mama nak settlekan before bersalin nanti. Bagi bakal pemilik hadiah2 di atas sila hubung Mama di hayatizain@yahoo.com untuk alamat penghantaran ya .

Maher Zain : Sepanjang Hidup/ The rest of my life

09 September, 2011




Pagi tadi terdengar di radio IKIM. Baru tahu lagu The rest of my life ada version malay selepas lagu InshaAllah . Di youtube ada banyak jugak pilihan. Saja letak version yang Maher Zain nyanyi live.

hayatizain : results giveaway on the way. InsyaAllah akan dipublish esok. Ada juga entry yang masih pending. Kita dengar lagu di atas dululah ye.

Tupperware Giveaway @ casa bonda

31 August, 2011

Sticky post entry until 31 August 2011

Assalamualaikum....

Another giveaway this month. InsyaAllah may be the last one for year 2011 before my delivery @ maternity leave  this coming October.

The item for giveaway will be


Syarat-syarat penyertaan 
1) Email to dinitupperwarekiosk@yahoo.com  the name of the Tupperware set above and location (city and state) of DiniTupperwareKiosk (you can refer to blog DiniTupperwarekiosk)
2) Create a simple entry about this giveaway at your blog. Just put the picture above and link to http://bungakesidang.blogspot.com.


That's all that u need to do. Closing date will be 31 August 2011 . Pemilihan adalah secara cabutan undi dan keputusan akan diumumkan pada 10 September 2011.


hayatzain : InsyaAllah jika penyertaan melebihi 50, Mama akan sediakan lagi satu hadiah :). Mungkin barang yang sama atau berlainan (tetapi dengan nilai harga yang sama)

Rendang landak @ restoran selera rimba

26 July, 2011

Assalamualaikum

Weekends yang lepas kami sekeluarga berkonvoi dengan beberapa family (officemate Mr Hubby) . Destinasi ialah Restoran Selera Rimba Sungai Besar Selangor. Dari rumah kami  lalu highway Guthrie dan kemudian masuk ke PLUS highway. Ambil exit Behrang. Dari exit Behrang bermulalah cabaran JALAN JALAN CARI MAKAN. Mencabar sungguh perjalanan yang ala-ala naik roller coster. Lalu ladang getah, hutan kecil dan akhirnya ladang kelapa sawit. Tak sangka pulak kat kawasan ni boleh ada restoran.


Restoran di kawasan ladang kelapa sawit

Antara menu kami

Ulam kampung dengan sambal hijau
Fresh water prawn goreng
Rendang landak
Ayam kampung goreng rempah

Kijang masak kicap

Menu lain yang Mama tak sempat snap ialah ikan puyu goreng, ikan baung masak asam pedas dan rusa masak lemak cili api. Lauk-lauk tu sampai masa kami dah mula makan.

Jangan tanya Mama apa rasa daging landak, kijang ataupun rusa. Mama memang tak berani nak rasa especially tengah pregnant ni. Mama cuma makan ikan puyu, ulam dan ayam goreng kampung. Mr Hubby cakap daging landak rasanya macam daging ayam.


Aqil dan Dini yang seronok meronda. First time tengok pokok kelapa sawit dekat-dekat
Lunch time yang sibuk
Name card pemilik restoran

On the way balik singgah celup-celup badan di Kampung Sungai Bil. Kesian anak bujang saya Aqil. First time pergi ke kawasan sungai macam ni walaupun rumah opahnya di Taiping dekat je dengan waterfall. Mula-mula sampai dia meraung-raung tak nak keluar kereta sebab takut tengok air mengalir dengan batu-batu sungai.  Takut ada buaya katanya (macam-macam imaginasi hero ni padahal tengok buaya pun sekali ke di Zoo) . Tapi bila dah turun seronok mandi meraung-raung pulak tak nak naik balik



Cuti-cuti Port Dickson @ Thistle Hotel

Assalamualaikum

Dah lama Mama tak update blog. Banyak juga benda nak cerita tapi sindrom M**** nak transfer gambar ke desktop.

Awal Julai yang lepas, Mama dan anak-anak sempat ke Port Dickson. Orang cuti-cuti ke PD weekends tapi kami ke sana weekdays. Sebenarnya Mama ada bengkel khas yang dianjurkan oleh fakulti bermula dari Rabu sehingga Jumaat. Kebetulan pada masa yang sama Mr Hubby juga outstation ke Tawau. Jadi  Aqil dan Dini terpaksa ikut Mama ke PD (takkan nak tinggal di nurseri siang malam for 3 days) . Mama pun hantar siren kecemasan minta adik Mama @ cik An yang baru habis belajar di UIAM datang ke Subang untuk ikut kami ke PD.

Bengkel Mama diadakan di Thistle Hotel Teluk Kemang. Sebelum pergi Mama buat "homework" mencari maklumat pasal hotel ni. Walaupun ada websitenya sendiri tapi Mama lebih suka baca review dari orang yang pernah menginap di sana,  Sekurang-kurangnya boleh buat sedikit preparation. Bukan senang nak hadir workshop bersama-sama kanak-kanak. Perlu ada pengisian aktiviti supaya mereka tak boring dan meragam sebab boring duduk dalam bilik.

Sebenarnya ini first time Mama bermalam di PD. Drive sendiri dari Subang yang jaraknya kira-kira 120km. Sengal jugaklah pinggang mak buyung ni bila sampai sana. Bawak pulak kereta Mr Hubby Exora yang Mama jarang-jarang bawak. Nak bawa laju merempit pun tak berani.  Dua jam setengah jugaklah baru kami sampai.

Sepanjang di sana tak banyak sangat pun gambar yang ditangkap. Ada gambar- gambar yang Mama letak di sini diambil dari website. Kalau ikutkan kemalasan memang tak ter"upload" lah gambar dan tiadalah entry ini. Tapi opah di Taiping dah sibuk nak tengok gambar cucu "bercuti".

Sampai di sana Aqil dan Dini dah melompat-lompat . Amboiiii seronok betul ye..Mama turunkan segala angkatan tentera dan beg-beg seperti nak berkampung sebulan di lobi sebelum pergi cari parking. Turun je dah ada staff yang sambut beg kami dan letakkan atas troli.  Lobi hotel ni ala-ala open concept. Luas dan banyak disediakan kerusi-kerusi untuk lepak. Mama request untuk early check in (pukul 12 pm ). Boleh pengsan mengejar budak-budak ni kalau ikut waktu check in biasa pukul 3.00 ptg. Alhamdulillah ada bilik yang kosong sebab weekdays. Kalau weekends rasanya tak dapat.

 Gambar dari website

Untuk bilik kami ambil standard twin je. Biliknya menghadap golf course/garden. Kalau sesiapa ada  budget lebih bolehlah ambil deluxe twin with view (menghadap laut).  Harganya lebih mahal dari standard twin. Tapi bagi kami standard twin pun dah cukup. Aqil dan Dini bukan main seronok lepak di kerusi balkoni (setiap bilik ada private balkoni). Dapat tengok burung, tasik dan pokok-pokok. Sambil tu Aqil si penglipur lara pun mulalah sesi mereka-reka cerita untuk adik Dininya. (kadang-kadang nak tergelak bila dengar dua budak kecik ni berborak sama sendiri).

Cik An tengah adjust setting aircond

Dalam bilik ada ala-ala pangkin di tepi tingkap. Boleh jugak jadi tempat budak-budak main
Bilik kami yang menghadap padang golf 
Kerusi tempat Aqil Dini lepak-lepak dengan Cik An



Keluasan bilik ok. Bilik air pun best..Besar walaupun tak de bath tub. Tapi ini first time Mama stay di hotel yang tak pakai carpet. But for me better sebab takdela berdebu or berbau kalau basah. Masa kami mula-mula masuk pun lantai masih sedikit basah tanda baru lepas di mop.  Dalam bilik ada disediakan  2 pasang room slippers, baju tidur dan sejadah. 

Dari pagi sampai petang Mama duduk dalam seminar room untuk workshop. Budak-budak pulak melepak di bilik dengan cik An. Budak-budak ni ajak cik An jalan-jalan diluar tapi Mama tak bagi. Takut tak terkejar cik An nak jaga  dua orang ni. Nak pergi mana-mana tunggu Mama rehat dari program. Walaupun mak buyung tak boleh berlari tapi saya ada senjata rahsia..hehehe..sekali jerit berhenti la budak-budak dua orang ni berlari. Cik An tak bolehla nak jerit-jerit. Nanti jatuh saham anak dara En Zain sorang ni.

Seorang berkungfu, seorang bersilat. Pening cik An kalau nak handle sorang-sorang

Mujur di bilik hotel ni ada disney channel. Pada masa yang sama bawak juga extra laptop  khas untuk budak-budak ni je (terpaksa pinjam netbook atok dekat Taiping sebab Mama pun kena guna untuk bengkel) dan cerita-cerita cartoon yang telah di download dalam external hard disk. . Kemudahan internet di bilik kena bayar. RM20 for 24 hours (ini rate untuk weekdays. Kalau weekends tak pasti berapa). Dengan bayaran ni boleh eksess internet di bilik (plug in) dan wifi di sekitar kawasan hotel (wifi di sini berbayar.).  Tapi Mama tak ambil pun internet service sebab bawak broadband.

Sebelah petang hari pertama barulah ada masa sekejap nak bawa kids berjalan-jalan. Kawasan sekitar hotel memang luas, hijau dan sejuk mata memandang. Kami berjalan kaki ke pantai berdekatan.



Yang paling bes dekat sini pastinya swimming pool. Dari hari pertama lagi Aqil dan Dini dan merengek nak terjun. Tapi Mama macam tak larat nak terjun sekali. Tak boleh nak harap cik An sorang jaga dua orang. Kena jaga 1 to 1. Jadi Mama pujuk they all main di playground dulu. Seronok betul ..Memang playground itu bagai mereka yang punya. Weekday manalah ada budak-budak sangat. Hotel agak penuh tapi dengan adults sebab pada masa yang sama ada juga group-group dari jabatan kerajaan dan swasta yang ada workshop dan seminar.



Malam tu kami order room service. Eventhough faculty ada provide meal untuk Mama as participant tapi tak sampai hati nak turun makan tingalkan anak-anak. Jadi kami order 1 plate mee goreng je.  Portion unuk meal boleh tahan banyak. Bekal KFC tengahari  tadi pun  masih ada. Lagipun kalau turun makan di cafe sure budak-budak ni nak meal sorang sepinggan dan air sorang satu..eksyen tak mau share-share ..Anak-anakku ini tak mengerti mereka sekarang di hotel. Satu pinggan nasi goreng RM25..satu gelas juice oren  je dah RM15 huhu....Boleh beli sepuluh biji oren.  Tahu harga ni pun sebab lunch tadi kami makan di cafe hotel..Tapi bila dah order tu bukan nak makan dan minum sangat pun. Saja suka-suka  nak tengok atas meja ada pinggan dan gelas. Kalau makan di bilik boleh pulak share-share. Confirm licin dan tiada pembaziran..hehehe. Kalau lapar lagi Mama dah siap-siap bawak 1 buku roti, 1 tin biskut weetameal dan satu botol nutella.
 Fried mee with big prawn

Malam Mama ada program until 10.30 pm. Balik bilik Aqil dan Dini dah zzzzZZZZZ. Malam tugas cik An kurang mencabar sikit sebab Aqil dan Dini jenis tidur awal.

Hari kedua kami breakfast di cafe sebab memang dah termasuk dalam package. . Seronoklah budak-budak ni. Asyik meronda tengok segala jenis makanan. Dah dapat makan free ni tak nak pulak makan sungguh2. Aqil makan satu pinggan je lepas tu sibuk nak round kawasan buffet. Walaupun weekdays tapi ramai orang sebab mostly datang berkumpulan untuk workshop atau bengkel.


Nak makan kami sengaja cari penjuru yang sunyi-sunyi tak ramai orang

Untuk lunch kami keluar jalan-jalan cari makan. Tapi tak banyak kedai yang bukak pun. PD weekdays tak semeriah weekends.

Petang seperti yang dijanjikan acara terjun kolam. Kolam di sini memang best. Ada untuk dewasa dan kanak-kanak. Mama pun terpaksa terjun sekali sebab si Dini "asyik lemas". Over excited sangat. Cik An pulak monitor Aqil. Dini nampak eager sangat nak  belajar berenang. Sengaja dia rendamkan kepala dia dalam kolam. Menjerit-jerit la Mama tengok. Kesian anak Mama ni . Mama sendiri tak pandai berenang macam mana nak ajar.  Lupa pulak nak bawa pelampung dari rumah. Dalam hotel tu jugak kami beli baju renang Aqil dan Dini. RM45.00 sehelai. Dah lama plan nak beli tapi tak terbeli pun.

 Pool dewasa yang luas dan cantik

Aqil dengan baju renang baru
 Mak dugong buyung terpaksa masuk pool sekali. Dini dengan gaya konon-konon nak berenang

The next day habis bengkel kami check out pukul 12.00 pm dan bertolak balik. Alhamdulillah kids sangat enjoy stay di sini. Cuma Mama la penat sikit sebab terpaksa berkejar sana sini. Mr Hubby cakap lain kali may be boleh plan untuk stay di sini lagi. Tapi bila Mama check rate untuk weekends..aduhhhh..mahalnya..Kalau nak datang lagi kena cuti dan datang weekdays.

Salam Aidilfitri OT set, Kurma gift set and cake gift set tupperware

19 July, 2011

Assalamualaikum wbt.

Entry ini untuk menjawab soalan-soalan tentang Tupperware untuk campaign terkini.

Antara soalan-soalannya

1) Item mana yang sesuai nak simpan cookies raya?

Kalau nak simpan biskut raya/maruku/kerepek/kuih gulung dan seangkatan dengannya, Mama cadangkan Salam Aidilfitri One Touch Set. Satu set ada 6 biji. 4 biji 1.4 L sesuai simpan biskut-biskut. Another 2 biji yang 3 L tu boleh simpan kerepek dan maruku.


One Touch adalah produk tupperware yang terkenal dengan kelebihannya yang kedap udara. InsyaAllah jika betul cara penggunaannya biskut-biskut anda memang tahan lama tak masuk angin. Mama pernah buat review tentang OT di sini. Tapi untuk memastikan produk ini berkesan (kedap udara) cara menutupnya pun kena betul. Untuk cara pengendalian yang betul boleh lihat sini.

2) Elegant large square dalam kurma gift set tu sesuai tak simpan biskut ? Nampak cantik sebab clear macam kaca.


Elegant large square atau set PWP elegant small square tidak sesuai untuk menyimpan biskut kerana tidak kedap udara. Kalau nak buat serving for a few hours je bolehlah. Set ini lebih sesuai untuk menyimpan kek-kek yang dipotong kecil seperti kek buah kukus, kek lapis sarawak dan sebagainya (asalkan tidak mempunyai topping).

3) Cakes yang disertakan dalam cake gift set tu sedap ke?


Sedap atau tak sedap bergantung pada citarasa individu. Setiap set disertakan dengan 2 jenis kek 300g yang dibalut dengan aluminum foil .Bagi Mama rasanya sudah memadai untuk kek yang dibuat secara skala besar . Rasanya pasti tidak sama dengan homemade kek. Keistimewaan set ini adalah pada small goody box with cariolier yang boleh dipakai semula berulang kali. Set ini sesuai dijadikan hadiah sempena Aidilfitri mengantikan pemberian hamper.

Alimkids Playgroup

13 July, 2011

Assalamualaikum

Satu ketika dulu Mama pernah buat entry tentang hajat nak hantar Aqil join playgroup. Tak sangka pula hajat dipermudahkan sebab taska/nurseri Aqil ada mengendalikan program Alimkids Playgroup. Sebenarnya ini tahun kedua Aqil join Alimkids Playgroup. InsyaAllah tahun depan bolehlah masukkan Dini pulak. Sesi playgroup dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Aktiviti merangkumi indoor games, nyanyian lagu-lagu , membuat kraf dan macam-macam lagi.

Melompat sambil memgikut anak panah

Teacher bercerita. Aqil (seluar kelabu) tekun mendengar sebab dia memang suka dengar orang bercerita

Buat origami Mr Frog

Another craft session

Hand print

This is my family tree. Excuse ye..Anak teruna saya ni memang tak reti senyum bila bergambar

Banyak benda baru yang Aqil belajar. Setiap kali hari yang ada sesi playgroup Mama akan tanya apa yang Aqil buat . Seronok betul dia bercerita. Dari cerita-cerita  Aqil jugak selalu beri idea baru untuk Mama cuba buat di rumah dengan Aqil dan Dini . Banyak jugak lagu-lagu inggeris baru yang Mama belajar dari Aqil. Playgroup ni dikendalikan mengikut modules khas. Sebenarnya kalau parents yang free boleh jugak datang join sekali. Tapi since hari kerja Mama tak dapatlah join. Pernah sekali ambil cuti sebab nak tengok apa yang Aqil buat. Tapi anak bujang saya ni bila ada Mama nya malu-malu pulak.  Sikit-sikit cari Mama. Cikgu kata selalu tak macam tu. Jadi itu the first and last time Mama join. Mujur pemilik taska Aqil rajin ambil gambar semasa aktiviti. Dapatlah Mama tengok apa aktiviti Aqil. Untuk semua gambar dalam entry ni kredit kepada Taska Damai Ceria.


Gambar di bawah ni gambar tahun lepas. Dapat sijil tamat kursus . Instructor yang kendalikan playgroup Aqil ialah teacher Farah. Familiar tak muka dia. Inilah penyanyi Fara yang satu masa dahulu popular dengan "Bagaikan Puteri". Alhamdulillah teacher Farah semakin anggun dengan penampilan muslimah


Snack Maker Empress

09 June, 2011

Alhamdulillah sudah memasuki hari kelapan bulan Jun. Bulan May agak memenatkan buat Mama. 3 peperiksaan berturut-turut (1 final sem dan 2 profesional exam) untuk students dan alahan mengandung yang belum betul-betul hilang sepenuhnya. Anak murid exam besar pun dah rasa macam nak demam sebab risau. Kalau anak sendiri exam nanti rasanya boleh terus demam. Memasuki bulan Jun boleh relax sedikit (untuk 2 minggu pertama sahaja) sebelum aktiviti fakulti bermula. Mulalah terasa nak reward diri sendiri. Seronoknya kalau dapat pergi urut-urut di spa. . Tapi since pregnant bukan boleh sebarangan urut. Nak kena cari prenatal massage baru boleh.  Sebab tak dapat ke spa marilah kita reward diri dengan bershopping..hehehe

Sejak pregnant ketiga ni mudah jatuh hati dengan gadget. Tapi ipad2 tak termasuklah dalam senarai. Takde keperluan buat masa ini kecualilah kalau ada orang nak bagi. Mama minat kitchen gadjet (baby..baby ni girl ke? last check up dulu tak nak duduk diam. Doc tak dapat nak tgk gender). Tapi seperti biasa survey dulu dalam internet. Tengok review dari pengguna. 2-3 hari survey Mama tengok feedback agak positive (walaupun tak 100% positive) jadi mulalah langkah ke Cosway untuk membeli





Empress Snack Maker

Mama guna point RP dan tambahan cash. Sebab utama beli beli sebab anak-anak suka makan waffles. Sebab kedua Mr Hubby pernah cakap dia suka kalau dapat makan sandwich yang jenis bakar ada inti. Sebab tu beli snack maker 3 in 1. Ada plat untuk waffle, sandwich dan grill. Boleh tukar-tukar. Kira 3 in 1.

Setakat hari ni dah 5-6 kali buat wafle. Sandwich pulak dah 3 kali. Selalunya tak sempat nak snap pic. Sedang buat lagi dah ada suara-suara comel tanya "mama dah siap ke", "mama lama lagi ke". Siap je terus dikerjakan dua beradik ni. Antara yang sempat ambil gambar


Mama guna choc sauce jenama Gourmet. Confident sikit sebab ada halal Jakim

Tapi budak-budak ni suka  makan plain tanpa sebarang spread. Wafle yang Mama buat pagi tadi before kids ke nurseri


Yang merah tu tambah sikit colouring. Yang lagi satu guna pandan paste without colouring. Jadi hijau dia agak pale. Nasib baik warna kuning dah habis stock. Kalau tak jadi waffle traffic light

Kalau cari memang macam2 resepi di internet. Mama guna resepi dan cara paling senang je. Selalu prepare malam masuk dalam fridge. Pagi bakar je.

3 cwn self rising flour
11/2 cawan fresh milk
1/2 cwn air
1/2 cwn minyak (nak guna butter pun boleh. Mama guna corn oil)
1/2 cwn gula perang (boleh adjust ikut kesesuaian)
2 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla

Campurkan kesemua bahan dan kacau rata. Boleh gunakan mixer atau blender juga. Untuk adunan di atas Mama dapat 8 keping wafle. Resepi di atas menghasilkan wafle yang gebu dan lembut. Masih mencari-cari resepi untuk hasilkan waffle yang crispy.

Setakat hari ini Mama rasa berbaloi beli snack maker ni. Mungkin sebab Aqil dan Dini suka makan. Mr Hubby pun asyik request nak sandiwich.

Hari yang sama Mama beli snack maker ni  "terbeli" jugak satu benda lain. Sebenarnya dari Januari dulu Mama "mengidam" nak benda ni tapi takde stock. Puas call semua stokis. Kebetulan hari tu saja ringan mulut tanya pada adik yang jaga stokis. Sekali dia cakap baru sampai 4 biji tapi 3 dah ade orang tempah. Terus beli. Justification pertama for purchase - Besday gift in advance untuk diri sendiri hehehe. Justification seterusnya akan dibuat pada next entry.

Tupperware Rice Dispenser

24 May, 2011

Sebenarnya ada a few request minta buat review pasal rice dispenser Tupperware. Tapi review kali ni bukan 100% dari Mama because Mama punya Tupperware rice dispenser version lama. Dah guna almost 5 years. Tapi prinsip dia tetap sama walaupun bentuk dan warna berbeza. Beras yang lama akan digunakan dulu sebab kalau kita top up beras baru akan berada di atas.

My Tupperware Rice Dispenser

Yang di bawah ni currently dalam pasaran. Disertakan dengan box. Senang kalau nak bagi hadiah. X payah pening-pening nak cari kotak yang sesuai.


Inilah rupa dia. Berbanding yang lama, version sekarang lebih pendek tetapi lebar. Boleh memuatkan kira-kira 10 kg beras. Seperti yang lama, terdapat juga see -through window untuk kita lihat level beras. Setiap kali kita pull drawer akan dapat 1 cawan beras (150g)


Juga disertakan dengan manual


 Untuk review dan cara penggunaan boleh lihat video di bawah.