Rawatan di Darussyifa

13 July, 2010

Sebenarnya Mama nak buat entry tentang pengalaman rawatan di Darussyifa tapi tak tahu nak mula dari mana. Jadi Mama ceritakan segalanya dengan menjawab soalan-soalan yang pernah ditanya ada Mama oleh kawan-kawan bila mereka dapat tahu kami mendapatkan rawatan di sana.

Darussyifa ni klinik apa?
Darussyifa ialah sebuah klinik rawatan di bawah persatuan kebajikan dan pengubatan Islam Malaysia. Idea penubuhannya dikemukakan oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din. Kaedah rawatan menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa.


Kat Bangi je ke ade?
Berdasarkan infomation di website klinik Darussyifa' turut terdapat di negeri-negeri lain. Boleh rujuk di web. Kami memilih Bangi kerana rumah kak Ngah (my SIL) terletak di sana. Bangi pun dah jadi macam kampung halaman no 2 Mr Hubby sebab zaman kanak-kanaknya banyak juga dihabiskan di sana semasa my FIL sambung belajar di UKM.


Kalau pergi sana boleh jumpa Ustaz Harun Din ke?
Di sana mereka mempunyai jadual untuk rawatan yang dikendalikan oleh perawat-perawat yang berlainan. Untuk jadual boleh lihat di web site Darussyifa'. Berdasarkan jadual sekarang rawatan dengan Tuan Guru Dato' Dr Harun Din hanya pada hari Selasa pagi (yang Mama tahu dihadkan untuk 200 pesakit sahaja). Yang ini untuk klinik di Bangi. Kalau di tempat-tempat lain Mama tak pasti.  Percaya atau tidak bermula jam 3 pagi lagi orang sudah menunggu di perkarangan Darussyifa' untuk mendapatkan no. Alhamdulillah Mr Hubby telah berpeluang mendapat rawatan dengan Tuan Guru pada minggu lepas .


Mahal tak bayaran?
Tiada bayaran dikenakan. Dalam erti kata lain PERCUMA. Terpulang kepada pesakit untuk menderma di peti tabung Darussyifa.


Ok ke treatment kat sana?
Alhamdulillah Mr Hubby makin ok. Dia masih kerja seperti biasa ( first day masuk kerja rakan sekerja macam tak percaya. Mungkin mereka bayangkan Mr Hubby sakit teruk kurus ). Ubat dari Dr (Gleevec) masih diambil seperti biasa dan rawatan dengan Darussyifa masih diteruskan. Hubby juga dapatkan rawatan khas dengan Ustaz Mokhtar (salah seorang perawat di bawah Darussyifa juga ) di rumahnya Kajang Utama.  Tapi bab ni Mama tak nak cerita panjang-panjang takut orang salah faham atau Mama salah susun cerita..Kalau nak dapatkan contact no Ustaz Mokhtar atau pertanyaan lanjut boleh email Mama di hayatizain@yahoo.com.  Yang penting kita perlu usaha selagi termampu.


Kena bawak apa untuk rawatan?
Selalu yang Mama tengok orang bawak air. Tapi boleh juga beli air dalam botol yang disediakan di sana. (mereka sediakan air gau )


Boleh ke sembuh penyakit dengan minum air je?
Kuasa penyembuhan itu ditangan Allah. Air atau ubat hanya salah satu ikhtiar kita. Pada Mama kita berikhtiar dengan mendapatkan rawatan dari mereka yang mahir. Tapi pada masa yang sama kita sendiri perlu menjaga amalan seharian. Amalan yang wajib perlu dijaga teliti dan amalan sunat perlu dipertingkatkan. Dalam kes Mr Hubby selain air doa dia turut mendapat akar kayu untuk direbus dan diminum.


Semua penyakit ke boleh dapat rawatan di sana?
Mama rasa semua penyakit boleh. Pada masa yang sama jangan juga abaikan rawatan anda dengan doktor di hospital. Pada Mama rawatan Islam sebegini highly recommended bagi pesakit-pesakit yang Dr tak tahu apa puncanya dari segi sains atau masih tak sembuh-sembuh walaupun rawatan sudah lama di hospital. Ia juga sangat sesuai bagi mereka yang sakit dari segi rohani seperti gangguan makhluk halus dan sebagainya.


Mama nak share satu potong ayat untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita.

Credit to : Darussyifa'

Untuk maklumat lanjut kegunaan ayat ini boleh rujuk di sini

hayatizain : Apa yang ditulis di atas adalah berdasarkan pengalaman. Mungkin ada informasi yang kurang. Jika ingin tahu lebih lanjut sila layari web Darussyifa

2 comments:

Unknown said...

terima kasih atas perkongsian...

ayat tu boleh tak nak copy paste...

hayatizain said...

Boleh aje kak. Saya pun ambil dari web site darussyifa untuk dikongsi bersama.