Salam Aidilfitri OT set, Kurma gift set and cake gift set tupperware

19 July, 2011

Assalamualaikum wbt.

Entry ini untuk menjawab soalan-soalan tentang Tupperware untuk campaign terkini.

Antara soalan-soalannya

1) Item mana yang sesuai nak simpan cookies raya?

Kalau nak simpan biskut raya/maruku/kerepek/kuih gulung dan seangkatan dengannya, Mama cadangkan Salam Aidilfitri One Touch Set. Satu set ada 6 biji. 4 biji 1.4 L sesuai simpan biskut-biskut. Another 2 biji yang 3 L tu boleh simpan kerepek dan maruku.


One Touch adalah produk tupperware yang terkenal dengan kelebihannya yang kedap udara. InsyaAllah jika betul cara penggunaannya biskut-biskut anda memang tahan lama tak masuk angin. Mama pernah buat review tentang OT di sini. Tapi untuk memastikan produk ini berkesan (kedap udara) cara menutupnya pun kena betul. Untuk cara pengendalian yang betul boleh lihat sini.

2) Elegant large square dalam kurma gift set tu sesuai tak simpan biskut ? Nampak cantik sebab clear macam kaca.


Elegant large square atau set PWP elegant small square tidak sesuai untuk menyimpan biskut kerana tidak kedap udara. Kalau nak buat serving for a few hours je bolehlah. Set ini lebih sesuai untuk menyimpan kek-kek yang dipotong kecil seperti kek buah kukus, kek lapis sarawak dan sebagainya (asalkan tidak mempunyai topping).

3) Cakes yang disertakan dalam cake gift set tu sedap ke?


Sedap atau tak sedap bergantung pada citarasa individu. Setiap set disertakan dengan 2 jenis kek 300g yang dibalut dengan aluminum foil .Bagi Mama rasanya sudah memadai untuk kek yang dibuat secara skala besar . Rasanya pasti tidak sama dengan homemade kek. Keistimewaan set ini adalah pada small goody box with cariolier yang boleh dipakai semula berulang kali. Set ini sesuai dijadikan hadiah sempena Aidilfitri mengantikan pemberian hamper.

Alimkids Playgroup

13 July, 2011

Assalamualaikum

Satu ketika dulu Mama pernah buat entry tentang hajat nak hantar Aqil join playgroup. Tak sangka pula hajat dipermudahkan sebab taska/nurseri Aqil ada mengendalikan program Alimkids Playgroup. Sebenarnya ini tahun kedua Aqil join Alimkids Playgroup. InsyaAllah tahun depan bolehlah masukkan Dini pulak. Sesi playgroup dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Aktiviti merangkumi indoor games, nyanyian lagu-lagu , membuat kraf dan macam-macam lagi.

Melompat sambil memgikut anak panah

Teacher bercerita. Aqil (seluar kelabu) tekun mendengar sebab dia memang suka dengar orang bercerita

Buat origami Mr Frog

Another craft session

Hand print

This is my family tree. Excuse ye..Anak teruna saya ni memang tak reti senyum bila bergambar

Banyak benda baru yang Aqil belajar. Setiap kali hari yang ada sesi playgroup Mama akan tanya apa yang Aqil buat . Seronok betul dia bercerita. Dari cerita-cerita  Aqil jugak selalu beri idea baru untuk Mama cuba buat di rumah dengan Aqil dan Dini . Banyak jugak lagu-lagu inggeris baru yang Mama belajar dari Aqil. Playgroup ni dikendalikan mengikut modules khas. Sebenarnya kalau parents yang free boleh jugak datang join sekali. Tapi since hari kerja Mama tak dapatlah join. Pernah sekali ambil cuti sebab nak tengok apa yang Aqil buat. Tapi anak bujang saya ni bila ada Mama nya malu-malu pulak.  Sikit-sikit cari Mama. Cikgu kata selalu tak macam tu. Jadi itu the first and last time Mama join. Mujur pemilik taska Aqil rajin ambil gambar semasa aktiviti. Dapatlah Mama tengok apa aktiviti Aqil. Untuk semua gambar dalam entry ni kredit kepada Taska Damai Ceria.


Gambar di bawah ni gambar tahun lepas. Dapat sijil tamat kursus . Instructor yang kendalikan playgroup Aqil ialah teacher Farah. Familiar tak muka dia. Inilah penyanyi Fara yang satu masa dahulu popular dengan "Bagaikan Puteri". Alhamdulillah teacher Farah semakin anggun dengan penampilan muslimah


Snack Maker Empress

09 June, 2011

Alhamdulillah sudah memasuki hari kelapan bulan Jun. Bulan May agak memenatkan buat Mama. 3 peperiksaan berturut-turut (1 final sem dan 2 profesional exam) untuk students dan alahan mengandung yang belum betul-betul hilang sepenuhnya. Anak murid exam besar pun dah rasa macam nak demam sebab risau. Kalau anak sendiri exam nanti rasanya boleh terus demam. Memasuki bulan Jun boleh relax sedikit (untuk 2 minggu pertama sahaja) sebelum aktiviti fakulti bermula. Mulalah terasa nak reward diri sendiri. Seronoknya kalau dapat pergi urut-urut di spa. . Tapi since pregnant bukan boleh sebarangan urut. Nak kena cari prenatal massage baru boleh.  Sebab tak dapat ke spa marilah kita reward diri dengan bershopping..hehehe

Sejak pregnant ketiga ni mudah jatuh hati dengan gadget. Tapi ipad2 tak termasuklah dalam senarai. Takde keperluan buat masa ini kecualilah kalau ada orang nak bagi. Mama minat kitchen gadjet (baby..baby ni girl ke? last check up dulu tak nak duduk diam. Doc tak dapat nak tgk gender). Tapi seperti biasa survey dulu dalam internet. Tengok review dari pengguna. 2-3 hari survey Mama tengok feedback agak positive (walaupun tak 100% positive) jadi mulalah langkah ke Cosway untuk membeli





Empress Snack Maker

Mama guna point RP dan tambahan cash. Sebab utama beli beli sebab anak-anak suka makan waffles. Sebab kedua Mr Hubby pernah cakap dia suka kalau dapat makan sandwich yang jenis bakar ada inti. Sebab tu beli snack maker 3 in 1. Ada plat untuk waffle, sandwich dan grill. Boleh tukar-tukar. Kira 3 in 1.

Setakat hari ni dah 5-6 kali buat wafle. Sandwich pulak dah 3 kali. Selalunya tak sempat nak snap pic. Sedang buat lagi dah ada suara-suara comel tanya "mama dah siap ke", "mama lama lagi ke". Siap je terus dikerjakan dua beradik ni. Antara yang sempat ambil gambar


Mama guna choc sauce jenama Gourmet. Confident sikit sebab ada halal Jakim

Tapi budak-budak ni suka  makan plain tanpa sebarang spread. Wafle yang Mama buat pagi tadi before kids ke nurseri


Yang merah tu tambah sikit colouring. Yang lagi satu guna pandan paste without colouring. Jadi hijau dia agak pale. Nasib baik warna kuning dah habis stock. Kalau tak jadi waffle traffic light

Kalau cari memang macam2 resepi di internet. Mama guna resepi dan cara paling senang je. Selalu prepare malam masuk dalam fridge. Pagi bakar je.

3 cwn self rising flour
11/2 cawan fresh milk
1/2 cwn air
1/2 cwn minyak (nak guna butter pun boleh. Mama guna corn oil)
1/2 cwn gula perang (boleh adjust ikut kesesuaian)
2 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla

Campurkan kesemua bahan dan kacau rata. Boleh gunakan mixer atau blender juga. Untuk adunan di atas Mama dapat 8 keping wafle. Resepi di atas menghasilkan wafle yang gebu dan lembut. Masih mencari-cari resepi untuk hasilkan waffle yang crispy.

Setakat hari ini Mama rasa berbaloi beli snack maker ni. Mungkin sebab Aqil dan Dini suka makan. Mr Hubby pun asyik request nak sandiwich.

Hari yang sama Mama beli snack maker ni  "terbeli" jugak satu benda lain. Sebenarnya dari Januari dulu Mama "mengidam" nak benda ni tapi takde stock. Puas call semua stokis. Kebetulan hari tu saja ringan mulut tanya pada adik yang jaga stokis. Sekali dia cakap baru sampai 4 biji tapi 3 dah ade orang tempah. Terus beli. Justification pertama for purchase - Besday gift in advance untuk diri sendiri hehehe. Justification seterusnya akan dibuat pada next entry.

Tupperware Rice Dispenser

24 May, 2011

Sebenarnya ada a few request minta buat review pasal rice dispenser Tupperware. Tapi review kali ni bukan 100% dari Mama because Mama punya Tupperware rice dispenser version lama. Dah guna almost 5 years. Tapi prinsip dia tetap sama walaupun bentuk dan warna berbeza. Beras yang lama akan digunakan dulu sebab kalau kita top up beras baru akan berada di atas.

My Tupperware Rice Dispenser

Yang di bawah ni currently dalam pasaran. Disertakan dengan box. Senang kalau nak bagi hadiah. X payah pening-pening nak cari kotak yang sesuai.


Inilah rupa dia. Berbanding yang lama, version sekarang lebih pendek tetapi lebar. Boleh memuatkan kira-kira 10 kg beras. Seperti yang lama, terdapat juga see -through window untuk kita lihat level beras. Setiap kali kita pull drawer akan dapat 1 cawan beras (150g)


Juga disertakan dengan manual


 Untuk review dan cara penggunaan boleh lihat video di bawah.

Berkelah dalam kereta

20 May, 2011

Alhamdulillah both my kid memang kategori yang SUKA MAKAN especially Dini ( Aqil kadang-kadang memilih sikit). Kecik-kecik dulu Aqil jenis tak suka makan sangat. Asyik nak susu je. Dah besar sikit ni baru suka makan. Mungkin sebab ada adik Dini kot.  Celik mata bangun tidur je dah tanya pasal makan. Memang sangat excited nak masak. Sebab tu masa Mama mabuk-mabuk mual tak boleh masuk dapur rasa sangat sedih. Kesian tengok they all asyik makan makanan yang "ditapau" dari kedai.

Dini dalam perut lagi dah kuat makan. Tengokla pipi dia masa baru lahir. Sampai sepet mata.


Oleh sebab Aqil dan Dini suka makan jadi kalau perjalanan jauh contohnya balik Taiping Mama akan siapkan makanan untuk berkelah "dalam kereta". Simple meal je tapi rasa sangat berbaloi sebab

Kalau makan di kedai RnR.
  • Selain beli makanan akan ada terbeli benda-benda lain seperti permainan dan jajan-jajan sebab Aqil dan Dini akan golek-golek minta
  • Makanan kadang-kadang rasa macam tak berpatutan dengan harga.
  • Susah nak cari meja dan seats yang bersih especially kalau peak seasons (cuti sekolah, Raya etc)
  • Ada gerai yang Mama rasa food dia OK tapi mak aii line customer punyala panjang. Malas betul nak menunggu.


Berkelah dalam Exora kami. Papa terpaksa makan sorang-sorang kat depan sebab Mama nak kena monitor kids makan di belakang.


Kalau traveling jauh a few seats kami lipat letak comforter. Boleh kids baring2 sambil tengok DVD.


Bihun goreng, nugget, karipap and air laici. Simple tapi sangat berbaloi.

menu simple anak-anak - roti telur

Hari Jumaat seperti biasa lunch break memang office sunyi. Tapi kawan ajak lunch di luar tapi Mama pulak  malas nak keluar. Konon-kononnya nak "mengemas ". Serabut tengok meja office penuh dengan exam script. Alhamdulillah marking for exam dah habis.  Bolehla susun dan simpan script-script ni.

Sempat jugak kemas folder-folder gambar. Terjumpa gambar di bawah. Just to share resepi simple favourite anak-anak especially Dini.



 

Bahan-bahan yang diperlukan. Sebenarnya ada telur roti dan minyak pun dah cukup. Susu tu saja tambah supaya lebih berkhasiat. Olive oil untuk menggoreng. Black pepper dengan bawang tu khas untuk  selera Aqil dan Dini anak-anak kacukan rembau taiping. Suka makan yang pedas-pedas sikit. Kalau buat untuk dewasa boleh letak cili padi hiris. Lagi kick. Selalu bila buat roti telur Mama x letak pun garam. Ok je rasanya takdela pulak tawar sampai tak boleh diterima tekak. May be sebab roti pun dah masin-masin sikit kot.


Celup roti ke dalam campuran telur+susu+pepper+bawang. Terpulang pada selera masing-masing nak celup both side atau one side je. Mama celup satu side je. Satu lagi biar kosong. Nanti balikkan bakar sekejap supaya garing. Jadi satu side moist satu side garing

 Dah siap. Kejap je nak buat.

Fridge yang colourful

16 May, 2011

Droolingggggggggggggg..............

Gambar kredit : Tupperware.com.my

Gambar untuk campaign terbaru Tupperware. Khas untuk peminat snowflakes yang tak sempat dapatkan stok dulu. Sila lawati DiNiTupperwareKiosk untuk maklumat lanjut.

Mr Hubby dengan Papa (my father) selamat berlepas ke Jeddah pukul 3 petang tadi untuk mengerjakan umrah selama 11 hari. Mujur Mama ada adik2 yang boleh temankan. Setakat malam ni Aqil dan Dini masih OK. Sebelum tidur tadi seperti biasa cari Mr Hubby. Tapi masih boleh terima alasan Mama yang papa (Mr Hubby) pergi kerja jauh. Moga-moga mereka dapat bertahan selama 11 hari (setakat ini paling lama pun Mr Hubby out station 5 hari). Belek-belek baju di laundry area td dah asingkan satu T-shirt dan kain pelekat Mr Hubby. Tak tahula petua orang lama-lama dulu masih berkesan ke tidak pada anak-anak zaman moden ni.

Kukus Nasi Beriani dengan Steam it Tupperware

27 April, 2011

Sengaja letak tajuk kukus nasi beriani insted of nasi beriani kukus. Takut nanti orang ingat Mama masak nasi beriani version kukus. Actually ni baki nasi beriani lunch semalam jadi Mama simpan dalam peti sejuk. Pagi ni panaskan untuk breakfast pulak. Nasi beriani ni favourite kami sekeluarga sebab tu Mama masak lebih untuk dua kali makan. Sangat simple dan senang. Boleh rujuk cara buat di sini. Tapi now kalau Mama masak, Mama akan goreng dulu ayam . Bila nasi dah 3/4 masak baru masukkan ayam.

Cara paling cepat dan senang nak panaskan nasi boleh guna microwave je. Tapi Mama lebih suka kukus sebab nasi akan lebih gebu dan lembap. 

 I'm using Steam-it from tupperware. Senang dan cepat jugak. Malas nak bongkok ambil TupperChef wok di penjuru hujung kabinet jadi Mama guna Tefal non-stick pan je. Sambil kukus sempat goreng keropok ikan (papadom dah out of stock) dan buat sambal tomato cili.


Nasi lebih gebu lepas dikukus

Dari dapur alas Steam It dengan Legacy Floria Plate terus hidang atas meja . Tangan Aqil yang dah tak sabar-sabar nak cedok nasi

 Hero yang kurus tapi KUAT MAKAN. Bukak mata bangun tidur je tanya pagi ni makan apa




Princess bucuk tak sempat mandi pagi dah nak makan.

Pesta Buku Antarabangsa 2011 (KLIBF)

Hari Isnin lepas Mama ke KLIBF di PWTC dengan kawan-kawan satu department. Dah almost 4 tahun tak pernah ke sana. Area PWTC tu kan susah nak parking. Kali ni pun kami pergi atas urusan separa rasmi (kena pilih buku-buku untuk propose pada library bagi kegunaan students). Transport disediakan. Sebab tu mak buyung ni sampai jugak ke sana :)

Pesta buku ni memang happening. Mungkin juga kebetulan hari kami pergi tu baru nak perasmian. Orang ramai sungguh. We had limited time there because ada meeting di faculty belah petang. Sempat round level 3 je sebab dekat sana semua buku-buku ilmiah dari penerbit antarabangsa (McGraw-Hill, Oxford etc). Lenguh jugak kaki berdiri pilih buku-buku. Semua ada diskaun dan latest edition. Sangat rambang mata OK. Sesiapa yang berminat nak beli buku ilmiah/rujukan diingatkan keluar duit awal-awal ye. ATM di sana sentiasa ramai orang. Ada buku yang diskaun up to 50% tapi payment cash je. Debit card pun tak boleh.  Apatah lagi kredit kad. Mama memang teruja nak beli untuk diri sendiri sebab tajuk semua related dengan bidang Mama. (Kalau buku-buku yang kami pilih untuk fakulti tak payah bayar . Vendor akan berurusan dengan library dan bendahari). Kebetukan hari Mama pergi tu system switch kat ATM tergendala (CIMB). huhuhu frust sungguh sebab dah beratur lama baru la ATM tu tiba-tiba nak buat hal.  Tak nampak pulak ATM lain. Mujur ada member yang bagi pinjamkan cash dulu.

Before balik sempat  jenguk booth Jemari Seni (JS) di level bawah sekali. Alhamdulillah ada rezeki jumpa Kak Su. Beli novel terbarunya LANGSIR BIJI REMIA. Dah lama tunggu novel terbaru Kak Su. Rindu betul. Dari zaman student lagi Mama memang collect novel-novel Kak Su. Jalan cerita dan contents  tak pernah mengecewakan Mama. Sarat dengan ilmu. InsyaAllah kalau ada masa Mama buat review sikit pasal LANGSIR BIJI REMIA








Dan untuk Aqil dan Dini Mama belikan oleh-ole dari booth Ana Muslim. Gembira sangat sebab they all sangat happy . Isi kandungannya lain kali Mama cerita.

Stock clearance Tupperware @ Dinitupperwarekiosk

23 April, 2011

Dah upload items from new catalog. Bulan ni punya campaign barang cute-cute and colourful. Kalau ada items campaign lepas yang terlepas boleh jugak tengok di side bar.  And also stock clearance. Mak buyung nak clearkan a few items. Please visit DiniTupperwareKiosk

Results Giveaway di Casa Bonda

22 April, 2011

Seperti dijanjikan entry ni untuk results giveaway yang tertangguh sekian lama. Minta maaf atas kelewatan ye.

Untuk bahagian pertama ada 35 penyertaan. Terima kasih atas semua yang hantar jawapan. Sampai saat-saat akhir masih email



Antara peserta. Ada lagi a few names di next page email. Jangan risau semua Mama dah include dalam list.

Walaupun nampak senang sebab untuk bahagian pertama cuma cabut undi tapi nak kena susun dulu all the names baru boleh mula cabut. A few times check email takut ada nama yang terlepas pandang.

Jadi setelah cabutan undi NAMA yang terpilih ialah

SARIZAN CHE AMAT


Untuk bahagian 2 ada dua penyertaan sahaja. This part Mama serahkan pada my fren yang telah dilantik jadi juri sejak awal-awal lagi. Senyum lebar dia sebab keje senang je kali ni tapi tetap dapat tupperware free (Mama memang bagi Tupperware dekat fren yang sudi jadi juri). Jadi pemilik hadiah untuk bahagian kedua ialah


MARIA SMILE

Tahniah kepada pemenang dan terima kasih kepada semua yang sudi hantar penyertaan. Mohon pemenang contact Mama di hayatizain@yahoo.com untuk alamat penghantaran dan contact no

Cuba kembali bersiaran

20 April, 2011

Looking at the date dah almost 2 bulan Mama tak update blog. Banyak benda nak cerita tapi kesihatan tak mengizinkan. My first trimester seperti biasa "all day sickness" .  Penyakit 3 M melanda (Mual, Muntah dan Malas). Asyik tak sedap perut je. Dr prescribe MMT and Maxolon tapi tak de effect.Lepas 2-3 kali makan Mama stop. Walaupun both dikategorikan selamat untuk pregnancy tapi kalau boleh Mama memang tak suka makan ubat-ubat...Cream cracker tak jalan..Teh halia tak jalan.. Lama-lama tawakal ajelah. Handbag memang sentiasa standby dengan plastic.. 

Kalau ikut hati rasa macam nak MC je hari-hari (kalau pergi jumpa Dr memang sure dapat MC sebab Mama low blood pressure). Tapi takdelah Mama MC hari-hari. Lecture masih on. Students pulak dah nak final exam. Mama ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan.  

This week entering second semester macam dah OK sikit.  Harap-harap keadaan akan bertambah baik. Last weekends dah berjaya masak sikit-sikit (All this while gantung periuk ok. Masuk dapur je muntah).  Nikmatnya makan homemade food walaupun simple. Kesian dekat Mr Hubby and kids. Bila badan tak sihat mood pun macam tak best.

InsyaAllah by this week month akan cuba publish a few entries. Antaranya

Results giveaway (InsyaAllah by malam ni or Khamis ye)
Our trip to Singapore (Feb 2011)
Potty training for  Dini
Birthday bash Aqil and Dini
From streamyx to UNIFI
Stock clearance @ DiniTupperwarekiosk





Jom Menang Tupperware di Casa Bonda

31 March, 2011

STICKY POST UNTIL 31st MARCH 2011

Giveaway kali ini terbahagi kepada 2 bahagian.

Bahagian Pertama :
  1. Sila namakan satu produk Tupperware yang disertakan dengan gift box di dalam campaign 14Feb -31March 2011. Untuk kalatog anda boleh lihat di web DiniTupperwarekiosk
  2. Email jawapan anda ke dinitupperwarekiosk@yahoo.com. Anda tidak perlu buat sebarang entry di blog. Jadi kalau yang tak ada blog pun boleh join.
  3. Pemenang akan di pilih dengan cabutan undi. Hadiah yang menanti ialah


Bento Yellow Set
Set consists of :
1 eco bottle 500ml
1 Spring Fest Round


Bahagian kedua (kena buat homework sikit ni) :
  1. Tulis satu entry di blog anda yang bertajuk "APA YANG SAYA TAHU TENTANG TUPPERWARE BRANDS"
  2. Buat entry mengikut kreativiti masing-masing. Kalau nak gunakan gambar dari DiniTupperwareKiosk pun boleh. Cuma nyatakan source gambar.
  3. Letakkan logo penaja seperti di bawah dan link kan ke http://dini-tupperwarekiosk.blogspot.com/
  4. Letakkan gambar hadiah yang bakal dimenangi oleh entry terbaik dan link kan kepada http://bungakesidang.blogspot.com/
  5. Tingglkan komen, email address dan link ke entry anda pada blog Casa Bonda


Logo penaja


Golden Blossom Set  untuk dimenangi


Tarikh tutup kedua-dua bahagian GA ialah pada 31 March 2011. Anda boleh menyertai kedua-dua bahagian giveaway.

SELAMAT MENCUBA