menu simple anak-anak - roti telur

20 May, 2011

Hari Jumaat seperti biasa lunch break memang office sunyi. Tapi kawan ajak lunch di luar tapi Mama pulak  malas nak keluar. Konon-kononnya nak "mengemas ". Serabut tengok meja office penuh dengan exam script. Alhamdulillah marking for exam dah habis.  Bolehla susun dan simpan script-script ni.

Sempat jugak kemas folder-folder gambar. Terjumpa gambar di bawah. Just to share resepi simple favourite anak-anak especially Dini.



 

Bahan-bahan yang diperlukan. Sebenarnya ada telur roti dan minyak pun dah cukup. Susu tu saja tambah supaya lebih berkhasiat. Olive oil untuk menggoreng. Black pepper dengan bawang tu khas untuk  selera Aqil dan Dini anak-anak kacukan rembau taiping. Suka makan yang pedas-pedas sikit. Kalau buat untuk dewasa boleh letak cili padi hiris. Lagi kick. Selalu bila buat roti telur Mama x letak pun garam. Ok je rasanya takdela pulak tawar sampai tak boleh diterima tekak. May be sebab roti pun dah masin-masin sikit kot.


Celup roti ke dalam campuran telur+susu+pepper+bawang. Terpulang pada selera masing-masing nak celup both side atau one side je. Mama celup satu side je. Satu lagi biar kosong. Nanti balikkan bakar sekejap supaya garing. Jadi satu side moist satu side garing

 Dah siap. Kejap je nak buat.

0 comments: