Macam over pulak tajuk di atas. Tapi takpela kan. Nak pergi Venice belum ada rezeki. Rasanya tajuk lain yang sesuai CRUISE ALONG MALACCA RIVER
Sabtu lepas kami sekeluarga bersama my parents in law dan bro in law ke Melaka. Misi utama pastinya ke Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung. Biasanya kami makan-makan di sini lepas maghrib tapi kali ni sampai awal around 6.00 pm. Seronok jugak dapat tengok pemandangan laut. Kalau bawak budak-budak kecik lebih selesa makan waktu petang sebab orang belum terlalu ramai. Parking pun senang sikit.
Lepas solat maghrib bertolak ke Banda Hilir. Ramai betul orang dan jalan sangat sesak. Plan kami nak naik bot di Sungai Melaka. Terpaksa parking jauh sedikit dari pengkalan. Dari parking kami ke pengkalan naik BECA. Bukan sebarang beca tau..Beca yang penuh bunga dan lampu-lampu. Risau je adik beca tu tak larat nak bawak kami 4 beranak yang sangat "ringan" ni. Tapi dia macam ok je. Mungkin sebab dah biasa.. Untuk 5 dewasa dan 2 kanak-kanak kami ambil 3 beca. Satu beca RM15.
Mr Hubby sedang bayar. Tengoklah adik tu. Mcm tak percaya dia boleh bawak kami :)
Mr Hubby sedang bayar. Tengoklah adik tu. Mcm tak percaya dia boleh bawak kami :)
Terpaksa beratur panjang tunggu giliran nak naik bot. Tiket RM10 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak atas 2 tahun. Mujurlah kids belum mengantuk dan masih ceria. Mula-mula naik rasa macam biasa je. Risau pun ade sebab tak pakai life jaket (Mama memang penakut air). But after a few minutes Mama sangat enjoyed. Cantik sungguh pemandangan lampu-lampu. Sayang sebab tak bawak kamera. Terpaksa bergantung pada hp je. Mungkin sebab malam jadi tak nampakla apa-apa defect yang mungkin boleh nampak siang hari (seperti warna air sungai yang mungkin sedikit berkeladak). Bot lalu di bawah beberapa jambatan yang cantik. Paling cantik rasanya Jambatan Hang Tuah.
Jambatan Hang Tuah yang cantik dengan lampu warna-warni
Kincir air tepi sungai
Lampu
Pemandangan dari dalam bot
Riverside cafe
Persisiran sungai memang di jaga. Ada jugak cafe-cafe yang buat ala-ala riverside cafe jadi bolehla nampak orang santai-santai makan. Di sesetengah bangunan dilukis mural yang berkaitan dengan sejarah Melaka seperti gambar pahlawan-pahlawan dan kota A Famosa.
Aqil sangat suka. Asyik sebut "macam kat Jepun". Walaupun dah setahun berlalu dia masih ingat pengalaman kami naik cruise semasa melawat Jepun. Dini pulak jadi macam anak koala bear. Sekejap peluk Mama sekejap peluk Mr Hubby. Maybe she's to small to enjoy the ride. Asyik cakap "Nini akut" (Dini takut).
Aqil sangat suka. Asyik sebut "macam kat Jepun". Walaupun dah setahun berlalu dia masih ingat pengalaman kami naik cruise semasa melawat Jepun. Dini pulak jadi macam anak koala bear. Sekejap peluk Mama sekejap peluk Mr Hubby. Maybe she's to small to enjoy the ride. Asyik cakap "Nini akut" (Dini takut).
Sebelum balik perasan ada satu kapal besar. Tak sempat nak singgah sebab dah lewat. Nak bertolak balik ke Rembau. Tak pasti kapal ni untuk apa tapi kemungkinan besar muzium.
0 comments:
Post a Comment