Hari ini pagi-pagi lagi kami bertolak ke Bangi untuk melawat kakak ipar Mama yang baru bersalin semalam. Di sana berkesempatan tengok my mother in law sediakan sup ikan haruan. To be frank Mama memang jenis tak makan ikan sungai. Pernah a few times cuba rasa masakan di kedai tapi tekak tak boleh terima. Masa pantangkan Aqil dulu Mama sempat berpantang di rumah my parents in law selama 2 minggu. First time makan sup dan singgang ikan haruan. Amazingly my tekak boleh terima. Sedap especially bila makan tengah-tengah panas tu. Tapi masa tu sibuk dengan baby. Tak sempat nak tengok macam mana preparation for the sup. Jadi kali ni Mama ambil kesempatan tengok macam mana my mother in law masak.
Pernah dengar ikan sungai seperti keli dan haruan berlendir tapi baru kali ni berkesempatan nak touch dengan tangan sendiri. Memang licin betul badan ikan tu dengan lendir. My mak bersihkan dengan asam limau, garam kasar dan asam jawa. Sisik-sisik dan sirip tajam semua dibuang (kalau nak senang guna gunting). Kalau tak nak rasa hanyir memang kena bersihkan sampai lendir tu hilang . I know some people said lendir tu yang banyak khasiat. Tapi kalau sup berbau hanyir nanti sure fobia and stress orang-orang dalam pantang yang terpaksa makan ikan tu. Masa Mama dapat tahu Mr hubby beli ikan haruan untuk mak masak dulu rasa macam nak menangis. Stress betul. Kalau tak makan nanti takut pulak mak mertua kecik hati penat-penat masak. Alhamdulillah it turned out to be sedap. Actually isi ikan tu isi ikan tersebut terdapat sejenis bahan yang diberi nama Glycine iaitu sebahagian daripada komponen kolagen dalam sel kulit manusia. Bahan ini akan bertindak mempercepatkan percantuman kulit yang terluka dan seterusnya membentuk sel baru.
ikan dicuci dengan limau nipis, garam dan asam jawa
Resepi sup ikan haruan yang my mother in law guna
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit hidup
Halia
Halia
Serai
Lada hitam (tumbuk kasar)
Asam keping
Garam
Asam keping
Garam
Bahan-bahan simple je . Semua tu bahan-bahan asas untuk masakan bagi orang berpantang . Bagus untuk mengecutkan peranakan dan memanaskan badan. Semua bahan diracik (kecuali asam keping dan lada hitam). Masukkan dalam periuk berisi air. Bila mendidih masukkan isi ikan dan biarkan sehingga ikan masak. Tak payah tumis-tumis letak minyak. Tapi bila dah masak akan nampak surface sup macam berminyak sedikit. Itu minyak asli keluar dari badan ikan.
Sup siap dimasak. Ala-ala singgang/pindang sebab warna kuning
hayatizain : My mom di Taiping dulu pernah buat serunding ikan haruan untuk Mama. Makan dengan roti pun sedap. Nanti bila-bila Mama paste resepi.
0 comments:
Post a Comment