Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE)

05 January, 2011

Pending entry yang baru ada kesempatan nak publish.

Hari Ahad dua minggu lepas Mama dan Mr hubby bawa anak-anak ke Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE). PADE terletak berhampiran Tesco Shah Alam dan kelab Shah Alam.  Lepas breakfast budak-budak dah sibuk nak ajak jalan. Selalu hujung minggu ssyik "tawaf" shopping complex je jadi kali ni berubah angin sikit.

It was our first time visit. Tak sempat pun nak check di internet operation hours. Ini gambar Aqil dan Dini dalam kereta. Pelampung tu beli masa kami ke Pahang semasa Mama ada course di De Rhu Beach Resort.



Aqil yang over excited


Kami sampai dalam pukul 10.55 am. Rupa-rupanya untuk masuk ada waktu-waktu tertentu. First session mula 9.00 am. Kaunter tiket ditutup around 10.15 am. Jadi terpaksalah kami tunggu untuk second session. Kaunter dibuka semula pukul 12.00 pm.

Dah sampai pun tak nak tanggalkan pelampung tu




Sambil menunggu sempat pusing-pusing dan makan




Kalau nak masukkan anak-anak kelas swimming ada iklan-iklan diletakkan di luar . Sediakan duit je :)





Kolam tertutup (ada bumbung) tapi tak dibuka pada public



Pemandangan dari atas untuk kolam yang dibuka pada public. Ada 2 kolam. Yang besar sedalam 4 kaki. Yang kecil untuk budak-budak sedalam 2 kaki. Di tengah-tengah ada slides. Tak sehebat Sunway Lagoon tapi Aqil sangat enjoy. Dekat 10 kali naik dan terjun masuk kolam.

Ada kiosk jual makanan dan peralatan renang termasuk swimming suits.  Yang muslimah punya design pun ada. Mama sempat beli arm floats pulak untuk Aqil dan Dini.


Dah dapat arm floats baru nak bagi Mama pegang pelampung

Pukul 12 kaunter tiket mula dibuka untuk 2nd session. Tiket RM 3 untuk adults dan RM1.50 untuk kanak-kanak. Kami mandi dalam 45 min je. Kalau opah tahu mesti bising bagi cucu dia mandi tengah-tengah hari "rembang". Kalau nak cancel kesian pulak kat Aqil dan Dini yang sangat excited. Sure meraung kalau ajak balik tanpa masuk dulu. Masa di dalam tak sempat pun nak snap pictures. Sibuk supervised dua budak kecik ni 'berenang'.

Mr hubby cadangkan lain kali kami datang awal untuk entrance pukul 9.00 pagi (first session). Lepas berenang boleh berkelah di Taman Tasik Shah Alam :). Nampaknya nak kena panjat kabinet cari Mama punya Small Goody Box with cariolier untuk bawa bekal berkelah.

hayatizain : Isk..isk...Mama ni dah anak dua pun still fobia dengan air. Sebab tu tak pandai-pandai berenang.

3 comments:

qaisara said...

best ker??? x pernah pun masuk kat PADE selama ni....

hayatizain said...

Best jugak untuk anak-anak yang suka air. Cuma kadang-kadang sesak sikit dan kena datang pagi sebab kalau lewat panas .

ummufitrah said...

Best kat kolam tu. Bagi yang dah pandai berenang boleh masuk kat kolam indoor (8meter dalam). Bayaran dia 3.50 je. Tapi tak ada lifeguard, so pandai-pandai sendiri la..