Pokok yang segan-segan nak besar dan rumput yang tak segan nak naik
Dibandingkan halaman rumah Wan (rumah my parents in law). Ini baru sebahagian kecil.
Mak (My MIL) memang suka tanam pokok. Baru 5 tahun menginap di rumah Rembau sekeliling rumah dah sejuk dengan pokok-pokok.
Bila balik kampung Aqil dan Dini memang suka tengok dan "tolong" Wan siram pokok. Kalau kat Subang jarang dapat peluang macam ni. Sekali tengok macam pasukan bomba pulak. Siap ada tolong pegang di tengah.
Serius je muka Aqil dan Dini
Dini dah cabut lari
Lepas tu main air hujan yang Wan tadah dalam tempayan. Bila ayam jiran-jiran lalu tepi pagar menjerit dua-dua budak ni sebab excited. Selalu tengok ayam dah siap tergoreng dalam pinggan je.
hayatizain : Azam 2011 nak cantikkan halaman rumah dengan pokok-pokok. :)
0 comments:
Post a Comment