Malam semalam Mr Hubby tak dinner di rumah coz ada meeting. Malas sungguh nak masak sebab tak de sesiapa nak jaga budak2 dua orang ni. Untuk kids Mama rebus pasta dan heat frozen homemade soup. Untuk Mama actually roti bakar pun cukup tapi sekali my bro kat bangi call cakap dia nak datang malam ni. Kesian pulak nak jamu adik yang baru habis exam dengan roti bakar je. Jadi godek-godek fridge jumpa "penyelamat".
Tuna and veggies pizza
Nasib baik memang ada stock grated cheese, tuna dan sayur-sayur yang sesuai (capsicum, tomato & button mushroom). Tabur semua atas pizza crust lepas tu masuk oven. Buat 2 biji sebab takut tak cukup (almaklumlah adik bujang yang kelaparan nak makan. Kalau lebih takpe boleh reheat untuk breakfast esok).
Second pizza
Pizza crust tu Mama beli di Bagus. Senang betul tak payah nak uli-uli doh time emergency macam ni. Murah je RM5.50 dapat lima keping. Sedap pun sedap (for me la). Bila bakar lembut kat dalam and garing di luar.
Dulu my fren pernah tanya kat mana Mama beli pizza pan. Actually di Bagus tu memang ada jual pizza pan. Tapi yang dalam pictures ni actually bukan pizza pan. Mama guna base acuan kek yang jenis boleh asingkan tapak dia. Ni acuan dia . Sorry Mama tak tahu apa nama dia. Sangat senang kalau nak buat kek especially cheese cake. Dulu Mama ada satu je acuan ni. Tapi last week tengok ada sale RM28 (kalau tak silap) dapat 3 biji (different sizes). Terus sambar satu set.
Baru nak shutdown desktop tiba-tiba tengok satu email masuk dengan tajuk KASIH SEORANG ABANG. Email dengan satu gambar yang buat Mama nak menangis. Rasa nak terbang balik peluk cium anak-anak.
Sedih..sedih sangat-sangat...bergenang air mata...Si abang tertidur sambil tangan terus erat memangku adik...Ya Allah anak siapakah mereka ini...
Source : ?
Untuk gambar ni Mama tak tahu nak bagi credit pada siapa. Dapat pun dari email yang ntah berapa kali dah di forward. Mama cuma berharap kanak-kanak ini bukan mangsa sindiket untuk mengemis di jalanan. Walau di mana pun mereka berada sekarang moga nasib mereka lebih terbela..
hayatizain : Walaupun Aqil mungkin tak faham apa-apa tapi balik nanti Mama nak tunjukkan dia gambar ni. Just a short entry...Mahu terbang pulang............
Pagi tadi masuk je office dapat SMS dari kawan Mama. Minta tolong bagi direction nak ke Jakel sebab dia nak shopping this weekends. Mama ni kalau bab bagi-bagi direction cakap mulut kurang pandai sikit. So lebih baik lukis map (guna paint aje pun). So inilah map nye.
My friends nak datang dari Cheras. Jadi Mama bagi direction ikut Federal Highway. Senang . After Tol Batu 3 tu straight je sampai jumpa exit Padang Jawa. Himpit kiri dan masuk ikut exit tu .Jangan terlepas sampai ke Tol Padang Jawa pulak.
Please to enlarge image
Dalam map ni boleh tengok ada dua gate UiTM (satu Section 2 dan lagi satu Padang Jawa). Mama lukis dua-dua sebab pernah sekali my friend datang konon nak buat suprise visit kat Mama sambil nak shopping di Jakel masa lunch break Jumaat (tak telefon dan tanya direction dulu). Dia dapat info dari orang yang Jakel terletak dekat dengan gate UiTM (Gate Padang Jawa ye...bukan gate Section 2 tu..kawan mama ni tak habis tanya la ni sebab excited sangat nak shopping). Amik sekali sesat barat sebab dia datang ke gate Section 2. Berpusing-pusing cari Jakel sampai terlepas ke section 18. Akhirnya Mama jugak yang kena datang rescue.
Antara info lain kalau datang area sini (untuk orang-orang luar Shah Alam)
Tempat solat sebelum shopping :
Mama tak pasti di Jakel tu ada surau. Tapi cadangan Mama boleh solat di Petronas berdekatan (Please refer to map)
Tempat makan selepas shopping:
Banyak kedai makan. Paling dekat Ayam Bakar Wong Solo (refer tu map). Sebaris dengan Jakel pun ada Old Town White Coffee. Dekat Section 7 tu pun banyak kedai makan. Fast food berdekatan ialah KFC , Pizza Hut dan A&W (di Petronas. Please refer to map). Kalau nak McD kena drive sikit ke Seksyen 2. Kalau tekak demand nak makan western boleh cuba di Anggerik Cafe dalam UiTM. Anggerik Cafe ni dikendalikan oleh hotel UiTM. Tapi tak pasti weekends buka ke tak. Masuk ikut Gate Padang Jawa. Jalan depan sikit and turn left (sebelah padang kawad tempat parking bus).
Tempat untuk kaum suami/bapa lepak supaya kaum isteri/ibu boleh shopping dengan aman :
Dekat Seksyen 7 tu ada beberapa kedai mamak. Bolehla lepak2 minum. Area Jakel tu pun ada kedai sukan Al-Ikhsan. Walking distance je dengan Jakel. Kalau nak lepak dengan sihat kaum-kaum bapa/suami boleh pergi jogging di tasik berhampiran..hehehe (Please refer to map).
Sempat snap pic masa tunggu lampu hijau nak masuk UiTM pagi tadi
Masa Mama mula report duty 2008 dulu tak ingat apa ada di kawasan ni. Rasanya masa tu semak samun. Dalam masa 2 tahun dah bertukar jadi rumah kedai. Kalau jalan ke depan lagi nampak ada construction yang agak besar (boleh nampak dalam picture). Dengar-dengar building tu hospital (tak pasti betul ke tak ye...dengar-dengar je). Wah nampaknya memang makin meletup-letup la nilai hartanah di Shah Alam ni . MACAM-MACAM ADA.
Hasil pancingan Jumaat lepas
Mama sempat pergi memancing sekali je. Pancing yang murah-murah je. Itupun tak plan sebab temankan kawan. Mama takdela excited sangat sebab Mama jenis suka beli baju yang dah siap jahit. Sebab tu bila masuk je Jakel rasa macam ketinggalan zaman. Macam-macam nama fabric. Promoter-promoter pulak ramah-ramah belaka mengikut kita sana sini. Pergi masa lunch break Jumaat ada HAPPY HOUR. Kain hijau tu tu beli masa HAPPY HOUR. Murah je. Beli satu percuma satu (lagi satu my fren ambil..Kami kongsi bayar hehehe). Bila masuk Ariani excited la sikit sebab konon-konon plan tukar image (asyik pakai tudung bawal je). Bila tengok harga...huhuhuhu...tak mampula nak beli banyak.
Hari ini sungguh busy + penat. Dari pagi sampai pukul 5 lebih sibuk dengan invigilation exam.
A little update on my online shop
Cantikkan Lunch Tote tu..Buat Mama tiba-tiba teringin nak cari tembikai di kedai. Sesuai kalau nak bagi besday gift . For more items please visit DiniTupperwareKiosk. We have special discounts and sales for stock clearance. Jemput singgah cuci mata .
Pagi-pagi Aqil kiss Mama and wish me "SELAMAT HARI MAMA" (of course dengan arahan dan script disediakan oleh Tuan director @ Papa). My 3 years old boy didn't understand anything and keep asking me "HARI NI BESDAY MAMA KE".
Posing gaya ultraman untuk Mama
Penat-penat orang sikatkan rambut dia, boleh dia tarik-tarik nak cacak ke atas macam ultraman. Sungguh kuat pengaruh TV
Adik Dini yang kuat jealous
Dini mula-mula tak nak ikut arahan dan script dari Tuan director. Bila nampak Abang Aqil kiss and cium Mama dia dah mula jealous. Terus jerit "Maaaaaaa" (supaya kita bagi attention kat dia pulak).
Having lunch at Noodle Station Giant Kota Damansara. Hari ni Mama tak masak.
Wantan Noodle Soup with Chicken Meat Loaf and Egg
Suka makan kat sini sebab menu foods and drinks dia memang banyak. My kids pun suka makan noodle and soup (senang nak buat pilihan esp for Aqil yang sangat cerewet pasal makan).
Jalan-jalan sekejap je sebab Mr Hubby tengah pening serabut nak viva Master on Tuesday (Alhamdulillah dah selesai semua).
A simple yet meaningful celebration (for me ). Alhamdulillah syukur diberi rezeki untuk bergelar "Mama".
hayatizain : Setiap hari ialah hari ibu kerana setiap hari anak-anak berikan Mama penghargaan dalam pelbagai bentuk. Pelukan, ciuman, pujian masakan Mama yang tak seberapa, laporan pencapaian yang baik dari cikgu nurseri dan lain-lain. Terima kasih sayang...
Terima kasih kepada semua peserta giveaway kali ni. Seperti yang dijanjikan Mama keluarkan result pada hari ini (9 hb May 2010).
Peserta yang bakal dapat set Small Saver with Gift Box from Tupperware kali ini ialah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
AntuGorgon @ ibuoyaya
Congratulationsss..InsyaAllah Mama akan contact via email jugak nanti.
To those yang tak berjaya Mama minta maaf tak dapat nak sponsor hadiah banyak2 dalam satu masa. InsyaAllah masa-masa depan ada rezeki Mama buat lagi GA (pastinya Tupperware lagi). Rajin-rajin la jenguk ye..Terima kasih banyak-banyak kerana sudi singgah dan hantar penyertaan.
Final list telah di update di bawah. Sila check ye. InsyaAllah Mama keluarkan result esok. Mungkin lewat petang atau belah malam ye...
HAPPY MOTHER'S DAY TO ALL IBU/MAMA/BONDA/MUMMY/ DAN GELARAN LAIN YANG SEERTI DENGANNYA
Alhamdulillah ini tahun ketiga Mama bergelar seorang ibu. Terasa pantas sangat masa berlalu.
Sempena Mother's Day pada bulan Mei yang bakal menjelma Mama merancang nak buat giveaway lagi. Mari kita jenguk dulu hadiahnya
Small Saver with Gift Box
TAJAAN
Apa yang anda perlu buat nak dapatkan Tupperware comel yang berwarna-warni itu? Senang sahaja
1) Letakkan logo DiniTupperwarekiosk di atas dan link ke http://dini-tupperwarekiosk.blogspot.com/
2) Letakkan DiniTupperwarekiosk pada bloglist anda
3) Letakkan gambar Colourful Small Savers di atas dan link ke http://bungakesidang.blogspot.com/
4) Letakkan gambar anda bersama ibu/ibu mertua anda ATAU gambar anda bersama anak-anak .
5) Tinggalkan link dan email pada bahagian komen.
Itu sahaja syarat-syarat penyertaan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 May 2010. InsyaAllah 9 May Mama akan announce penerimanya. Pemenang akan dipilih secara cabutan undi kerana pada Mama semua ibu adalah yang terbaik. Mama tak nak pilih-pilih dari entry. Biarlah rezeki menentukan.
hayatizain : Tengah pening nak bagi apa untuk my mom @ opah sempena Mother's Day. Tak boleh bagi Tupperware sebab koleksi my mom lagi canggih-canggih. My collection kat rumah pun banyak pemberian dari my mom..Come on yati..think..think..
Peserta-peserta GA (akan di update dari semasa ke semasa)
1) Ckyn
2) Mama Zharfan
3) Mamalyna
4) AyuArjuna
5) MAMA
6) Putri Farisha
7) Kak Nida
8) Fatanah
9) dYaHaHa
10) Anin
11) YanaNuar
12) AntuGorgon
13) MissNafa
14)Ge3bJiB
15) Siti
16) Zai Kulim
17) honeysour
18) Ummi Alya Husna
19)syakila
20)ctnurkhijah
21) Liz Rohaizat
22) Ustazah Eja
23) Azura Ahmad
24) Arin
25) Cik Qemm
26) Mama Ahmad
27) Shaza
28) Rosilah
29) Naimatul
30) Ashra
31) Nuraarin
32) Me_lina
33) Ummu Sofea
34) Sue
35) Nea Flerida
36) Elmalba
37)aLyNnZ
38) BUNGA
39) MRS K
40) nuyue
41) Hana Seman
42) Imaan09
43)Nurul + Nordin
44) Ammi Sara
45) Ayu Idris
Mommies yang lain pernah experience drive malam-malam tak? Maksud Mama drive bergilir-gilir dengan hubby dalam perjalanan jauh di waktu malam.
Sejak Mr Hubby tukar kereta auto barulah Mama boleh drive bergilir-gilir dengan Mr Hubby dalam perjalanan malam. Dulu masa kereta manual tiada pilihan sebab Mama memang penakut bawak kereta manual sebab dah lama tak cuba. Dulu kalau Mr Hubby ngantuk kami berhenti di R&R untuk dia tidur sekejap.
Setakat ini rekod perjalanan malam paling jauh Mama drive mula dari hentian Sungai Buloh sampai hentian Simpang Pulai sebelum Mr Hubby sambung sampai Taiping. Kami on the way balik Taiping. Bertolak dari restoran jejantas kira-kira 9.30 pm . Mr hubby penat sangat sebab siang tu dia sangat sibuk. Kids pulak kebetulan lena atas car seat masing-masing di belakang. Masa tu adik Mama yang study di UIA pun ada sekali ikut kami balik. Dia yang tolong tepuk-tepuk anak sedara kalau they all tersedar dan meragam.
Lepas tukar pilot je, co pilot baru @ Mr Hubby terus tertidur kat sebelah. Mama dalam hati cuak jugak. Confident je dia nak bagi Mama drive malam-malam ni sampai leh tidur. Yang tak tidur sepanjang perjalanan hanya adik Mama kat belakang. Cuak dia Mama bawak MPV sebab hari-hari biasa drive Atos kecik comel je gi keje. Opah kat Taiping setiap 30 minit call tanya kat mana..huhuhu..semua orang cuakla kesimpulannya kecuali Mr Hubby heheheh
Mama nak kata mengantuk tak la sangat (ngantuk gak sikit-sikit). Mama minum nescafe, bukak radio perlahan-lahan dan bersembang dengan my sister. Tapi satu benda yang really keep me awake ialah
THANK U TO CIK GPS YANG ASYIK MEMBEBEL
Yup, this thing really help me. Mula-mula Mr Hubby suruh shut down je. Iyelah setakat jalan lurus lalu highway nak balik kampung sendiri pulak tu takkan nak pakai GPS. Tapi Mama berkeras nak pasang jugak. Kenapa Mama nak pasang.
First dia tunjuk berapa KM lagi nak sampai destinasi. Biggest motivation tu bila tengok nilai KM tu makin berkurang (ye..ye..dah nak sampai..balik kampung...hohoho balik kampung)
Second kalau terover speed Cik GPS ni akan mula marah. DECREASE YOUR SPEED ..DECREASE YOUR SPEED ..Siap siren kecemasan..over betul.. (Mr Hubby setkan speed x lebih dari 100km/j. Patutla Cik GPS asyik marah-marah Mama)
hayatizain : Watermark tu Mama order dari eybizzonline...saja suka-suka..hihihi
Minggu-minggu terawal memang sangat menguji kesabaran dan menguji TELINGA (untuk kes Mama ajela). Bila anak dah mula toilet train kena kerap bawa dia ke bilik air kalau tak nak BANJIR. Part tu Mama tak kisah sangat. Yang menguji telinga Mama ialah bila adik Dini mula meraung (separation anxiety) di luar pintu bilik air sambil ketuk-ketuk pintu dengan kuat. Suasana sungguh kecoh. isk anakku kesian tersentap abang Aqil nak buat bisnes..Jangan jiran-jiran ingat Mama dera anak kurung dalam bilik air sudahla (padahal dia kat luar. Mama dengan Aqil yang kat dalam bilik air). Selalunya kalau Aqil buat BISNES lama Mama akan keluar untuk tenangkan Dini. Tapi terpaksala biarkan pintu bilik air tu terbuka (isk..habis harum semerbak satu bilik)..Kalau tak Aqil pulak menjerit suruh temankan. Dini bila Mama dah keluar seronok la dia. Siap main cak-cak lagi dengan abang yang tengah buat bisnes tu (adoi budak-budak ni)..
Kalau anak tengah dalam training ni rasanya memang tak boleh lepas dari BANJIR ataupun dia terlepas secara tak sengaja. Part ni memang kena sabar sikit (ingatkan diri sendiri jugak ni) .. Alhamdulillah selepas sebulan Aqil dah tak banjir lagi. Kadang-kadang adela terbasah sikit kat seluar je. Mula-mula dulu bukan setakat BANJIR air kecil, air besar pun pernah . Bila tinggal sorang-sorang jenuhla (Mr Hubby outstation or pergi kelas) Mama dok kepung Dini sambil sebut yekyek (kotor) sebab dia sibuk nak tengok apa yang atas lantai..
Dalam situasi BANJIR ni Mama tak bersihkan guna mop (lecehla besar nak tolak baldi lagi). Kalau Banjir kecil Mama gunakan 2 helai kain sederhana besar yang menyerap air (Mama guna tuala lama je gunting 2 bahagian) dan air dan pencuci multi purpose. Kain pertama untuk menyerap air kencing supaya tak mengalir dengan lebih jauh (kecik sikit kawasan yang nak dibersihkan nanti). Lepas tu siram pencuci dan air serap guna kain yang lagi satu. Basuh kain tu bersih-bersih di sinki dan ulang proses siram dengan air dan serap balik guna kain beberapa kali. Kalau BANJIR air besar first action guna kitchen towel nak buangkan all the najis. Lap segala kesan-kesan yang nampak. Lepas tu ikuti degan langkah siram air dan sabun dan serap dengan kain beberapa kali. Di rumah ni Mama sediakan 2 set alat-alat tersebut (satu tingkat bawah, satu tingkat atas). Takdela kelam-kabut nak lari turun naik bila kes-kes KECEMASAN macam ni. Ini cara Mama. Mungkin cara mommies lain berbeza. Yang penting TEMPAT KEJADIAN mesti bersih dan suci.
Entry ini dibuat untuk contest Mother's Day Giveaway by Alice Wonders. Untuk maklumat lanjut boleh mengenai contest boleh berkunjung ke MomBloggersPlanet dan AliceWonders
Sebenarnya dah hampir 1 minggu Mama plan nak buat entry ni tapi Mama tak tahu macam mana nak menterjemahkan segala pengalaman dalam bentuk ayat dan perenggan. Satu pengalaman yang sentiasa akan dikenang sepanjang hayat. Ia perlu ketelitian dan perasaan yang mendalam untuk dicoretkan. Khas untuk putera sulung Mama Aqil Zehni B Najmi Rahimi. Pertama kali di dalam blog Mama coretkan kronologi kelahiranmu.
14 April 2007
Hari ini Mama sudah masuk di pertengahan minggu ke 38. Hampir setiap hari Mama bercakap dengan Baby A. Alhamdulillah Baby A seorang anak yang baik. Setiap hari di saat Mama sampaikan kuliah Baby A akan diam dan tenang seolah-olah dibuai mimpi. Baby A hanya akan mula menendang setelah Mama selesai menjalankan tanggungjawab menyampaikan ilmu pada anak didik . Malam selepas makan Mama sedar ada seperti "turun tanda" dalam bentuk darah. Papa terus bawak Mama ke Kelana Jaya Medical Centre (KJMC) tempat di mana Mama menjenguk perkembangan Baby A menerusi teknologi scan bersama Dr Fatima setiap bulan. Midwife yang bertugas beritahu Mama baru dilate 2 cm. Tapi kerana ini pengalaman pertama, Mama dan Papa bersetuju supaya Mama bermalam di hospital. Kesian Papa. Sepanjang malam tidur di sofa luar di bilik tetamu. Tokwan dan Opah di Taiping serta Atuk dan Wan di Rembau telah dimaklumkan. Sepanjang malam Mama tak dapat lelapkan mata walaupun tiada kontraksi. Mujur Mama ada bawa bersama buku tulisan ustazah Siti Nor Bahyah bertajuk 'Amalan ibu mengandung' . Mama baca sehingga nurse bertugas datang menegur Mama untuk tidur. Katanya Mama perlu berehat.
15 April 2007
Selepas sarapan Dr datang melawat. Kata Dr Mama dilation masih 2 cm. Pukul 9.00 pagi Mama dimasukkan dalam labour room untuk CTG. Dalam labour room Papa temankan Mama. Mama tak rasa apa-apa kontraksi sehinggalah Dr pecahkan ketuban. Setengah jam selepas air ketuban dipecahkan kontraksi semakin kuat dan kerap. Buat pertama kali dalam hidup Mama akan lihat jam di dinding setiap 5 minit..dan kemudian 2 minit..Mungkin benar kata orang, di saat-saat untuk melahirkan anak terasa seperti nyawa seperti di hujung tanduk. Setiap kali kontraksi Mama hanya mampu sebut Ya Allah (dalam hati ada juga terdetik lepas ni tak nak pregnant lagi huhuhu). Dr dan mid wife bertugas kerap datang untuk lihat bacaan CTG. Dari pukul 9.30 sehingga pukul 11.30 Mama bergelut dengan kontraksi tapi Dr kata Mama hanya dilate 5 cm . Bacaan heart beat baby semakin lemah (mungkin Baby A juga penat). Mama dengar Dr berbincang sesuatu dengan Papa. Dr tunjukkan graf CTG pada Papa. Kesian Papa. Sure dia blur dan tension. Orang grad science computer sekali di explain dengan bermacam medical terms. Air mata Mama terus mengalir sebab Mama faham apa yang Dr cakap pada Papa. Kebimbangan Mama mengatasi kesakitan ketika itu.. Mama terlalu bimbang sesuatu yang buruk berlaku pada Baby A yang Mama kandung selama 38 minggu.
Jam 11.45 am selepas Papa menandatangani surat persetujuan Mama ditolak ke bilik pembedahan (OT). Air mata Mama semakin laju. Opah dan Tukwan masih dalam perjalanan dari Taiping. Mama dah minta maaf pada Papa tapi Mama takut sangat kalau apa-apa terjadi tak sempat nak minta maaf pada ibu Mama sendiri @ opah. Atuk dan Wan Rembau dah sampai sebelum Subuh tadi. Mama hanya sempat bertemu Wan beberapa saat dalam perjalanan ditolak ke bilik pembedahan. Dalam hati Mama tak putus-putus berdoa. Melahirkan anak secara pembedahan memang tak pernah terlintas dalam fikiran Mama. Mama tak pernah buat sebarang persediaan fizikal atau mental untuk menghadapi situasi ini. Tapi di saat itu Mama kuatkan diri. Walau apa pun terjadi , walau apa pun cara , Baby A perlu keluar dengan selamat.
Dalam OT Papa setia di sisi Mama. Mama tahu dari manik-manik peluh di muka Papa dalam bilik yang berhawa dingin itu pastinya Papa sedang membina satu kekuatan. (dalam hati Mama pun berharap Papa tak pengsan. Siapa nak azankan Baby A nanti). Papa cuba untuk berani demi melihat Baby A dilahirkan walaupun Papa banyak kali beritahu Mama dia takut dengan darah. Selepas dibius hilang segala kesakitan kontraksi. Mama terasa lemah kerana kepenatan. Walaupun penat Mama asyik bertanya pada Dr "how's my baby". Mujurlah Dr sabar menjawab pertanyaan Mama (walaupun dari nadanya macam nak marah sebab patient sorang ni tak dengar cakap) dan pesan supaya Mama jangan bercakap. Kata Dr, Mama perlu bertenang untuk memastikan tekanan darah stabil sepanjang pembedahan. Mama tak nampak apa yang mereka sedang buat tapi Mama rasa bahagian bawah badan digerak-gerak. Kemuncak pembedahan ialah bila Dr beritahu mereka dah bersedia nak keluarkan Baby A. Mama rasa goncangan yang agak kuat pada perut. Mama dengar Dr cakap "Baby cord round neck" (Terbelit tali pusat). Mama dengar Dr dan nurse bilang SATU...DUA (Baby A terbelit dua kali rupanya). Tapiiiii.... Mama tak dengar tangisan Baby A. Hanya dengar suara Dr arahkan itu dan ini. Mama terus bertanya "Dr...kenapa baby saya tak menangis?. Apa berlaku?" . Mama tanya berulang kali walaupun Mama tahu Dr sedang sibuk dengan tugasnya. macam-macam dalam fikiran Mama. Baby lemas ke..tak cukup oksigen ke..Detik-detik penantian itu hanya beberapa saat tetapi Mama terasa seperti bertahun-tahun. Menunggu tangisan pertama Baby A...Alhamdulillah akhirnya tangisan Baby A kedengaran memecah kesunyian OT (kuat betul suara hero Mama seorang ni) . Midwife bawa dan tunjukkan Baby A pada Mama. Mama hanya sempat cium pipi sebelum Baby A dibawa keluar untuk diperiksa paed yang sedang menunggu. Papa pun ikut keluar untuk azankan Baby A.
Inilah gambar Aqil pada hari ketiga . Ready nak keluar hospital.
Aqil celebrate besday 3 tahun pada 15 March 2010 dengan Mama, Papa dan adik Dini
To my son Aqil
Mama tak ada gambar Aqil sebaik sahaja selepas dilahirkan seperti adik Dini. Tapi mengertilah sayang, ia bukan diskriminasi..Kami tak menyangka akan menempuh saat cemas Mama perlu melalui emergency cesar.. Kamera bukan lagi prioriti ketika itu. Sesungguhnya tangisan pertama Aqil melodi terindah dalam hidup Mama dan Papa.
To bakal ibu dan ibu-ibu
Saat kelahiran anak pastinya satu kenangan kita seumur hidup. Setiap satunya unik dan tersendiri walau dengan apa cara kelahiran. Kita hanya mampu merancang tapi Allah lebih mengetahui perancangan terbaik untuk hambanya. Bersedialah dengan sebarang kemungkinan dan kecemasan. Lengkapkan dirimu dengan segala ilmu (saya dulu tak pernah baca info menghadapi saat lepas kelahiran caesarian. Sibuk baca cara berpantang kelahiran normal). Setelah tiga tahun bergelar ibu, setiap tahun di hari kelahiran saya, perkara pertama yang saya buat ialah menelefon mama saya di Taiping. Saya mohon kemaafan dan ucapkan terima kasih..Kerana saya tahu berpuluh tahun dahulu, di tarikh yang sama dia bergelut dengan kesakitan untuk melahirkan saya. Dia juga cemas dalam kesakitan menanti 'THE FIRST CRY' kerana saya adalah permata hati pertama dalam keluarga.
Di bawah saya sertakan satu clip video kelahiran caesarian . Sekadar berkongsi info.. Untuk langkah berjaga-jaga, lihat clip ini hanya jika anda cukup berani . Saya punya kekuatan untuk melihat video ini (walaupun saya tak la berani sangat) kerana ingin tahu apa yang berlaku pada saya. Jika anda tidak punya kekuatan untuk melihat video, pejamkan mata dan hayatilah alunan lagu khas untuk semua ibu.
SELAMAT HARI IBU
Hayatizain : Masa Mama datang check up sebulan Aqil di hospital nurse beritahu patutnya hari Mama dibedah dah ada patient yang sepatutnya dibedah (elective c-sec). Mama ni kira kategori emergency c-sec sebab tu Dr utamakan. Patient tu minta tangguh ke next day (eventhough Dr dah ready nak proceed 1 hour lepas kes Mama selesai) sebab dah tengahari (Aqil lahir 12.45 tengahari). Dia tak nak anaknya lahir tengahari mungkin atas kepercayaan tertentu (ada org kata lahir tengahari keras kepala sikit). Erm...Mama no comment.
Lunch break tadi Mr Hubby datang ke UiTM sebab nak jumpa supervisor regarding his master project. Before tu Mama dan Mr Hubby sempat lunch date di Restoran Wong Solo, Section 7. Dekat je dengan gate UiTM Padang Jawa. Area situ ada Jakels and Ariani yang Mama tak sempat nak pergi lagi.
Kalau pergi kedai masakan Indonesia ni Mama sure cari air avocado. Tapi sungguh frust menonggeng sebab dah habis ( Iskkk..sape pulak yang belasah air avocado ni dari pagi. By lunch hour dah habis). Kami order personal set sebab takde set untuk 2 orang. Yang ada set untuk 3 orang dan ke atas (kalau bawak family). Mama order set ayam penyet. Mr Hubby set ayam bakar. Takde order apa-apa tambahan pun sebab nak rasa je dulu. Sempat curi-curi tangkap 2 pics je. Seganla ramai orang.
Di sini ada area makan duduk bersila tapi kami makan atas meja macam biasa. Kalau bawak Aqil dan Dini nanti bolehla duduk area ni
Ni Mama punya. Set ayam penyet. Ada tauhu, tempe, terung , sayur dan ayam. Tak lupa sambal kicap yang nyummy. Sekali jugak dengan air mineral kecil 220ml. Satu set ni RM10 lebih (tak ingat harga sebenar). Tengok dalam menu tu boleh jugak take away (ada packaging dalam kotak)
Tengah makan baru teringat nak snap pic..hihi
Nampaknya Mama ada satu lagi tempat makan yang masuk list untuk bawa opah dan tokwan datang makan bila they all datang cuti sekolah nanti. Opah ada cakap teringin nak cuba makanan2 baru yang tak de kat Taiping bila datang sini nanti.
hayatizain : Satu jus tu nama jus poligamy (Minuman kontroversi ni). Mama baru dapat tahu yang jus tu kombinasi 4 jenis buah-buahan: avocado, betik, aprikot dan juga durian belanda.
Sebenarnya Mama dah lama risik-risik nak beli steamer saiz kecil. Steamer yang Mama ada sekarang agak besar. Leceh sungguh nak guna kalau setakat nak steam sikit-sikit buat makan anak beranak. Bila pergi kedai electric mesti survey harga electric steamer yang saiz kecil . Tapi tak beli pun lagi sebab tak de budget . Finally 1 April lepas masa Mama ke stokis tengok TUPPERWARE ada produk baru STEAM IT : STEAMER. Apalagi terus Mama beli satu sebab saiz dia menepati apa yang Mama inginkan. Harga pun lagi murah dari electric steamer yang Mama mimpi-mimpikan selama ini. Dapat sekali dengan booklet resepi-resepi yang masak secara kukus dan cara-cara pengunaan steamer ni
My first cooking session guna steamer ni Mama kukus jagung. Mr hubby and kids memang suka makan corn in a cup yang satu cawan dijual RM2-RM2.50 tu. Kali ni Mama beli frozen sweet corn di Giant. Satu peket tu boleh 2-3 kali anak beranak makan.
Steamer 2 lapis dengan kuali tupperware (Tupperchef wok)
Ada kawan-kawan dan customer Mama pernah tanya, steamer ni hanya boleh guna dengan kuali Tupperware aje ke. Jadi Mama tanyala orang-orang kuat TUPPERWARE pasal isu ni. They all cakap boleh guna dengan kuali jenama lain . Yang penting pastikan api kecil dan air dalam kuali pada level yang dicadangkan. Jangan bagi steamer direct contact dengan iron (permukaan kuali) tanpa ada air . Mama pun cuba sekali lagi guna non stick pan. Ok je..
Pan perlu lebih besar dari diameter steamer
Berhati-hati dengan holes kecik yang keluar steam masa anda mengukus
Tak boleh guna periuk macam ni sebab steamer ada direct contact dengan periuk tanpa ada air. Nanti boleh melt steamer tu.
Sweet corn in a Tupperware bowl. Mama punya sikittt je butter
Mama suka kalau letak black pepper tapi hari ni tak leh buat sebab sakit tekak. Untuk kids Mama tak letak garam atau apa-apa pun pun. Licin they all makan. Yang penting Mama rasa lega sebab tak letak dalam polisterin cup macam yang selalu beli kat kedai. Mama actually tak suka penggunaan polisterin untuk letak makanan.
Lepas guna boleh terus basuh. Senang tak de lekat-lekat makanan. Lepas tu keringkan je di rak pinggan.
Selepas eksperimen menggunakan 2 jenis periuk (kuali tupperware and non stick pan jenama X) baru Mama faham kenapa penggunaan steamer ni recommended guna kuali Tupperware. Kalau guna kuali Tupperware pemanasan dia sekata so air tak de mendidih dengan dengan kuat walaupun api sederhana. Kalau guna kuali lain kena guna api yang betul-betul kecil. Kalau api sederhana air cepat mendidih dan cepat kering. Tapi masih boleh digunakan cuma anda kena pandai kawal.
Steamer ni ada keluar di beberapa newpaper dan majalah (Utusan, Metro, Star, Kosmo, Impiana Dapur, Mingguan Wanita dan Malaysian Women's Weekly) . Boleh lihat di sini. Kalau berminat nak tahu lebih lanjut boleh email dekat Mama di hayatizain@yahoo.com. Tiada paksaan untuk anda beli. Cuma kita share-share cerita. Steamer ni available sampai 15 May (x tahula kalau Tupperware nak extend production sebab so far permintaan sangat menggalakkan)
hayatizain : Kalau berkesempatan teringin sangat nak buat lepat labu sebab setakat ni tak pernah jumpa lagi lepat labu di KL yang memenuhi citarasa Mama..
Sebenarnya banyak benda yang Mama nak update. Pasal toilet training Aqil part 2 , perkembangan my kids dan tak lupa review pasal my new Tupperware steamer yang comel lote warna merah itu. Entry dah siap tapi remain as draf sebab tak sempat nak upload pictures lagi (Mama kalau cerita suka letak pictures).
Entry kali ni kebetulan tak transfer pics dari kamera. Sebelum ni Mama pernah terbaca pasal email yang minta anda update your online banking account . Dah lama jugak dengar pasal email-email macam ni yang kononnya dihantar pihak bank. Semalam Mama ada dapat satu email dengan tajuk Maybank Alert: RestoreYour Account Access. Ni print screen email tersebut
Awal-awal lagi Mama dah agak ni mesti email yang selalu diperkatakan tu. Tapi bila tengok ayat "Failure to comply to the instructions stated above might lead to permanent service suspensions" (wah ayat ugut ni) Mama rasa macam berbelah bagi jugak. Kalau my Maybank2u kena suspen susahla nak buat online payment/transaction . Boleh dikatakan 95% pembayaran (bill hp, internet, astro rumah opah, credit card , loan kereta) Mama memang buat online je di hari gaji masuk.
Untuk dapatkan kepastian Mama telefon customer service Maybank. SAH..memang email PALSU. Officer tu cakap Maybank TAK PERNAH hantar sebarang email kepada customer regarding their accounts. IF click link yang diberi di atas dan ikut all the instructions (they might ask you to key in your id no and password for your online banking) SI PENCURI-PENCURI ZAMAN SIBER ini akan ada access to your accounts. Habisla duit-duit kat dalam bank tu they all transfer ntah ke mana-mana. Kalau anda dapat email-email macam ni sila abaikan. Kalau rasa macam tak sedap hati keliru betul ke tak sila telefon customer service bank-bank terbabit. Anda boleh dapat di website bank. Di bawah Mama listkan beberapa bank
Maybank : 1-300 88 6688 (customer service)
03-5891 4744 (hotline for security alert)
Cimb : 1-300-880-900
Kalau anda pergi ke website Cimb they all ada listkan BANYAK lagi contoh-contoh phishing email/sms.
Bank Islam : 03-26900900
So mommies please be careful with any email that you recieve. Janganlah percaya dengan email-email yang cakap anda menang beribu-ribu ringgit (macam-macam nilai matawang yang digunakan) atau cakap dia ni pewaris duit berjuta-juta USD dan nak sedekahkan pada anda sedikit harta dia sebab dia dah nak meninggal la..sakit itu..sakit inila..semua itu TIPU. Mama tak tahu apa yang akan berlaku atau penipuan macam mana yang mereka-mereka ini akan buat jika anda response pada email-email itu. Tapi based of my experience my bro pernah dapat satu email dari international oil and gas company (my bro mmg dalam field oil and gas) konon-konon tawarkan kerja di US. Siap dengan letterhead dan logo company. Salary yang di offer pulak mak aiiiii...sangatlah mengujakan (siapa yang kerja dengan dengan O&G memang logik boleh dapat banyak tu. Mama yang keje gomen ni sampai pencen tak cecah amount tu untuk sebulan). Bila my bro response they all minta buat bayaran konon-konon nak uruskan pertukaran kerja, visa dan sebaginya. Alhamdulillah my brother ada seorang kawan dia yang kerja di syarikat yang sama. Dia minta kawan dia check dengan HR and terbukti surat tu palsu..Itu first experience Mama dan Mama sungguh tak percaya sebab tengok surat tu memang REAL habissssss....
hayatizain : zaman IT macam-macam boleh jadi . Malam semalam baru chat dengan my friend isu security status di facebook, twitter dan entry di blog. Nanti bila sempat Mama share pasal tu.