Buku Wardina Safiyyah : Mama saya lapar ....

14 June, 2010

Hari ini Mama sungguh stress. Stress sebab rindukan my parents dan adik-adik yang dah balik, stress rindukan suami dan anak-anak setelah beberapa hari asyik berkepit di hujung minggu, stress tengok kenapa jam lambat sangat berjalan, stress sebab banyak kerja yang datang last minute sedangkan esok Mama dah nak mula training di luar kampus dan macam-macam lagi..(huhuhu sabar..sabar). Jadi lunch hour tadi Mama pergi shopping dengan kawan untuk hilangkan stress (stress juga sebab kampus sunyi ramai orang cuti tapi kami tak cuti huhuhu) . Dari zaman anak dara sampai dah jadi Mama satu benda yang dapat hilangkan stress Mama ialah shopping BUKU. Kalau shopping benda lain (baju etc) habis shopping Mama akan lagi stress sebab menyesal tengok duit melayang sedangkan hari gaji masih jauh. Kalau shopping buku so far tak pernah lagi rasa menyesal. Selalunya akan rasa lebih bermotivasi dan bersemangat.

Hari ni Mama beli 2 buku. Buku-buku yang pastinya tiada kaitan lansung dengan bidang pengajaran Mama. Buku-buku untuk bersantai tapi masih sarat dengan ilmu. Salah satunya buku baru hasil penulisan Wardina Safiyyah bertajuk Mama Saya Lapar.



Mama tak sempat nak menelaah sepenuh perhatian lagi. Baru sempat baca beberapa mukasurat dan selak-selak dengan pantas sehingga ke mukasurat terakhir. Tapi dari pandangan pertama Mama buku ini menarik perhatian Mama kerana

  • Gambar foto yang berwarna-warni. Ada gambar Wardina dan anak-anak, sayur-sayuran, buah-buahan , resepi dan banyak lagi
  • Harga murah dan berpatutan. Naskhah setebal 166 mukasurat cuma RM19.90
  • Tulisan yang besar dan berwarna-warni (Yessss...ini penting bagi orang-orang macam Mama yang dah naik stress baca journal sebab nak siapkan research proposal untuk FRGS
  • Gaya bahasa yang santai tapi masih kaya dengan tips yang praktikal.


  

Gambar yang berwarna-warni . Meleleh air liur tengok tembikai ni. Balik nanti nak tunjuk pada Aqil sebab dia sangat susah nak makan buah


 
 Ada resepi


 
Tips yang praktikal kalau anak susah nak makan/memilih makan


 
                                                   Tulisan pada buku ini besar-besar. I like....

hayatizain : Tahniah kepada Wardina Safiyyah. Terima kasih kerana berkongsi ilmu, cerita dan inspirasi anda.

Terasa kosong

Semalam parents, adik-adik dan anak sedara Mama bertolak pulang ke Taiping. Selepas mereka bertolak teratak dua tingkat kami terasa kosong. Bayangkanlah beberapa hari sebelum itu teratak kami dipenuhi dengan 9 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak. Sepanjang 4 hari mereka di sini,  Aqil dan Dini awal-awal pagi lagi dah bangun pergi ketuk 2 bilik tetamu. . Nak tidur malam pun kena paksa  sebab dua beradik ni  masih nak bergayut manja-manja dengan semua orang (Tutup lampu semua sampai gelap gelita. Terkebil-kebil dua budak ni tak puas hati. lama jugak baru tertidur ). Dari petang semalam Aqil dah mula merengek tanya Acu (my adik bongsu). Harap-harap hari ni dia makin OK selepas jumpa kawan-kawan di nurseri selepas ponteng nurseri dari Khamis lepas.

Khamis lepas kami semua sempat pergi ke cyberjaya untuk makan-makan. Sebenarnya ia lebih kepada Hari Ibu dan Hari Bapa celebration untuk my parents sebab opah (my mom) teringin nak makan makanan Arab. Pada mulanya Mama plan nak ke Al-Rawsha tapi saat-saat akhir tukar ke restoran Saba Cyberjaya sebab kami nak singgah Puchong melawat my cousin yang baru mendapat cahaya mata.

Sampai di Saba around 1.30 tengahari. Penuh tak de meja kosong. After 15 min baru kami dapat tempat duduk. Overall erm...sedih dan terkilan jugak nak cakap sebab food tak seperti yang dijangkakan (mungkin expectation saya terlalu tinggi sebab pernah makan yang lebih sedap). Malas nak komen banyak-banyak. Lain kali kalau my parents datang nak cuba  bawak ke Al-Rawsha dan D Tandoor pulak.




Oatmeal makeover

08 June, 2010

Beberapa bulan lepas Mr Hubby telah membeli satu pack besar oat kerana konon-kononnya KAMI BERDUA hnaya nak makan oat untuk makan malam. Tetapi setelah beberapa hari tekak dan perut MELAYU kami seakan tidak dapat menerima oat setiap malam. Lama kelamaan oat dibiarkan sepi didalam Tupperware.

See ada 3 Tupperware penuh dengan oat. Dalam pic nampak macam kecil sebenarnya besar tu.

Bulan lepas adik Mama singgah ke Subang dalam perjalanan nak balik kampung kerana sekarang cuti semester. Nampaknya si bujang seorang ni pun pernah ada cita-cita macam kami. Dia tinggalkan lagi satu Tupperware oat yang katanya tak habis-habis makan dari dulu (ke tak makan pun sebenarnya).

Rasa macam sayang pulak tengok oat banyak-banyak tu. Mama mesti cari cara supaya lebih mudah di makan (dalam erti kata lain tak perlu air panas nak bancuh). Bila surf sana sini jumpa resepi HOMEMADE GRANOLA HONEY  dalam fotopages Shima. Menarik !!

Resepi Mama ikut 100% yang Shima bagi

HOMEMADE GRANOLA HONEY


2 1/2 cwn oats mentah
1 cwn mix nuts... - Mama letak almond je
1/4 cwn honey
1/4 cwn gula perang dibancuh dgn 4-5 s/d besar air suam (Boleh jugak guna golden syrup)
sedikit garam
2 s/b minyak masak
** buah2an kering cth kismis, apricot, kurma etc (optional) - Mama letak dried apricot je
** choc chips (optional)  - Mama letak choc rice

CARA:
1. dlm mangkuk besar..satukan oats, kacang & garam
2. dlm mangkuk kecil satukan honey, bancuhan gula & minyak masak...gaul sebati...
3. tuang bancuhan basah ke dlm mangkuk oats & kacau rata..pastikan sume bersalut mesra
4. ratakan atas dulang pembakar yg telah dialas dgn baking sheet/aluminium foil..
5. bakar dlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 165 celcius selama 30 min or perang..lebih lama dibakar lebih rangup...jgn sampai rentung sudahla..(i guna 2 dulang pembakar supaya masak rata)
6. kuarkan dr oven, pecah2kan granola yg berketul2 beso (time ni granola tu akan melekat2 antara satu sama lain) tp bila dah sejuk nnti dia akan mengeras & kering
7. bila dah sejuk barulah gaul bersama dried fruits or choc chips if suka..
8. pastikan dah betul2 sejuk br simpan dlm balang kedap udara & sesuai dibuat breakfast bersama susu segar




The mixing process


Dah siap dibakar. Campur apricot and choc rice


With milk. Nyummy......

Suka..suka..suka..Mr Hubby pun suka. Kalau nak beli yang kat supermarket tu boleh tahan mahal. Senang sebab tak payah nak bancuh dengan air panas. Tuang susu kotak je. Oat banyak lagi. Lepas ni bolehla buat lagi agih-agih kat my bro and sis bila they all dah mula belajar after habis cuti semester.

Puff Ayam Kelopak

07 June, 2010

Sabtu lepas untuk tea Mama buat Puff Ayam . Guna pastry jenama KAWAN. Idea asal dari dapur Cik Mat Gebu . Mula-mula plan nak buat tuna jugak tapi sekali godek-godek 'peti ajaib' rupa-rupanya stok tuna dah habis. Sardin pun takde. Jadi gigihla Mama mendadu isi ayam dan carrot nak buat inti. Buat inti pun simple je sebab budak berdua tu dah sibuk panggil-panggil dari atas. "Mama dah siap ke belum" "Cepatla Mama". Isk...cabaran sungguh nak masuk dapur dengan anak-anak yang separation anxiety ni. Papa nye ada pun sibuk nak cari Mama.



Untuk inti tumis bawang besar dan bawang putih. Masuk isi ayam yang didadu, carrot, blackpepper dan  sup cendawan campbell. Masak sampai pekat dan biar sejuk (Mama tak sempat sejuk pun. Suam-suam terus tabur atas pastry)



Letak inti atas pastry pertama . Sekeping lagi pastry dibelah X  ditengah dan diletakkan di atas pastry pertama. Tekan tepi-tepi dengan fork. Sapukan telur,  tabur blackpepper dan masuk oven.



Dah siap. Macam over sengih pulak puff ni. Naik atas tengok dua beradik tu sedang diulit mimpi (penat menunggu Mama masak agaknya.) jadi Mama dan Mr Hubby pun minum petang dulu berdua.  Mr Hubby makan 3 round. Lain kali bolehla buat lagi .


Our 4th anniversary

04 June, 2010



Sempat lunch date dengan Mr Hubby di Nandos Subang Prade. Sejak sekian lama akhirnya baru Mama dapat order nandos extra hot (tapi tengah makan asyik teringat Aqil dan Dini). Selama ni kalau makan dengan kids sure order lemon and herbs sebab share dengan they all .  Membazir nak order asing-asing. Selalunya they all bukan nak makan sangat. Tak senang duduk dan sibuk tanya bila nak gi main (di McD berdekatan). First time order cous cous salad as side dish. Not bad tapi rasa macam pahit sikit (ke lidah Mama je yang rasa macam tu)..Dalam salad tu ada letak olive, cucumber, tomato, capsicum dan sedikit herbs.



Untuk makan malam plan asal nak buat fish and chip. Beli dory fillet marinate sekejap dan lepas tu celup dan goreng. Mama tak beli pun chips sebab rasa macam tak sesuai pulak malam-malam makan byk sangat makanan bergoreng (diet la konon) . So ganti dengan potato salad and coleslow. Masak nasi ala-ala nasi ayam with mixed veggies (Mama letak carrot and letak frozen sweet corn je) takut kids lapar (kalau dah perut melayu tu melayu la jugak hehehe).






Mr Hubby buat suprise beli kek..wah sungguh terharu..the first time dia beli kek  (letak dalam blog so tua-tua nanti boleh baca balik hehehe)...Aqil dan Dini sangat excited. 

Alhamdulillah sudah 4 tahun usia perkahwinan kami. Semoga terus dieratkan kasih sayang antara kami berdua dan kasih sayang kami dengan anak-anak dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Amin

3 June 2006

hayatizain : Banyak cerita tapi sangat sikit masa nak bercerita.. Sempat taip pun pendek-pendek je...

Pizza ekspress

21 May, 2010

Malam semalam Mr Hubby tak dinner di rumah coz ada meeting. Malas sungguh nak masak sebab tak de sesiapa nak jaga budak2 dua orang ni. Untuk kids Mama rebus pasta dan heat frozen homemade soup. Untuk Mama actually roti bakar pun cukup tapi sekali my bro kat bangi call cakap dia nak datang malam ni. Kesian pulak nak jamu adik yang baru habis exam dengan roti bakar je. Jadi godek-godek fridge jumpa "penyelamat".



Tuna and veggies pizza

Nasib baik memang ada stock grated cheese, tuna dan sayur-sayur yang sesuai (capsicum, tomato  & button mushroom). Tabur semua atas pizza crust lepas tu masuk oven. Buat 2 biji sebab takut tak cukup (almaklumlah adik bujang yang kelaparan nak makan. Kalau lebih takpe boleh reheat untuk breakfast esok).


Second pizza

Pizza crust tu Mama beli di Bagus.  Senang betul tak payah nak uli-uli doh time emergency macam ni. Murah je RM5.50 dapat lima keping. Sedap pun sedap (for me la). Bila bakar lembut kat dalam and garing di luar.



Dulu my fren pernah tanya kat mana Mama beli pizza pan. Actually di Bagus tu memang ada jual pizza pan. Tapi yang dalam pictures ni actually bukan pizza pan. Mama guna base acuan kek yang jenis boleh asingkan tapak dia. Ni acuan dia . Sorry Mama tak tahu apa nama dia. Sangat senang kalau nak buat kek especially cheese cake. Dulu Mama ada satu je acuan ni. Tapi last week tengok ada sale RM28 (kalau tak silap) dapat 3 biji (different sizes). Terus sambar satu set.


Siapa punya gambar?

19 May, 2010

Baru nak shutdown desktop tiba-tiba tengok satu email masuk dengan tajuk KASIH SEORANG ABANG. Email dengan satu gambar yang buat Mama nak menangis. Rasa nak terbang balik peluk cium anak-anak.
Sedih..sedih sangat-sangat...bergenang air mata...Si abang tertidur sambil tangan terus erat memangku adik...Ya Allah anak siapakah mereka ini...


Source : ?

Untuk gambar ni Mama tak tahu nak bagi credit pada siapa. Dapat pun dari email yang ntah berapa kali dah di forward. Mama cuma berharap kanak-kanak ini bukan mangsa sindiket untuk mengemis di jalanan. Walau di mana pun mereka berada sekarang moga nasib mereka lebih terbela..

hayatizain : Walaupun Aqil mungkin tak faham apa-apa tapi balik nanti Mama nak tunjukkan dia gambar ni. Just a short entry...Mahu terbang pulang............

Jakel dan Ariani Shah Alam

Pagi tadi masuk je office dapat SMS dari kawan Mama. Minta tolong bagi direction nak ke Jakel sebab dia nak shopping this weekends. Mama ni kalau bab bagi-bagi direction cakap mulut kurang pandai sikit. So lebih baik lukis map (guna paint aje pun). So inilah map nye.

My friends nak datang dari Cheras. Jadi Mama bagi direction ikut Federal Highway. Senang . After Tol Batu 3 tu straight je sampai jumpa exit Padang Jawa. Himpit kiri dan masuk ikut exit tu .Jangan terlepas sampai ke Tol Padang Jawa pulak.




 Please to enlarge image

Dalam map ni boleh tengok ada dua gate UiTM (satu Section 2 dan lagi satu Padang Jawa). Mama lukis dua-dua sebab pernah sekali my friend datang konon nak buat suprise visit kat Mama sambil nak shopping di Jakel masa lunch break Jumaat (tak telefon dan tanya direction dulu). Dia dapat info dari orang yang Jakel terletak dekat dengan gate UiTM (Gate Padang Jawa ye...bukan gate Section 2 tu..kawan mama ni tak habis tanya la ni sebab excited sangat nak shopping).  Amik sekali  sesat barat sebab dia datang ke gate Section 2. Berpusing-pusing cari Jakel sampai terlepas ke section 18. Akhirnya Mama jugak yang kena datang rescue.

Antara info lain kalau datang area sini (untuk orang-orang luar Shah Alam)

Tempat solat sebelum shopping :
Mama tak pasti di Jakel tu ada surau. Tapi cadangan Mama boleh solat di Petronas berdekatan  (Please refer to map)

Tempat makan selepas shopping:
Banyak kedai makan. Paling dekat Ayam Bakar Wong Solo (refer tu map). Sebaris dengan Jakel pun ada Old Town White Coffee. Dekat Section 7 tu pun banyak kedai makan. Fast food berdekatan ialah KFC , Pizza Hut dan A&W (di Petronas. Please refer to map). Kalau nak McD kena drive sikit ke Seksyen 2. Kalau tekak demand nak makan western boleh cuba di Anggerik Cafe dalam UiTM. Anggerik Cafe ni dikendalikan oleh hotel UiTM. Tapi tak pasti weekends buka ke tak. Masuk ikut Gate Padang Jawa. Jalan depan sikit and turn left (sebelah padang kawad tempat parking bus).


Tempat untuk kaum suami/bapa lepak supaya kaum isteri/ibu boleh shopping dengan aman :
Dekat Seksyen 7 tu ada beberapa kedai mamak. Bolehla lepak2 minum. Area Jakel tu pun ada kedai sukan Al-Ikhsan. Walking distance je dengan Jakel. Kalau nak lepak dengan sihat kaum-kaum bapa/suami boleh pergi jogging di tasik berhampiran..hehehe (Please refer to map).




Sempat snap pic masa tunggu lampu hijau nak masuk UiTM pagi tadi

Masa Mama mula report duty 2008 dulu tak ingat apa ada di kawasan ni. Rasanya masa tu semak samun. Dalam masa 2 tahun dah bertukar jadi rumah kedai. Kalau jalan ke depan lagi nampak ada construction yang agak besar (boleh nampak dalam picture). Dengar-dengar building tu hospital (tak pasti betul ke tak ye...dengar-dengar je). Wah nampaknya memang makin meletup-letup la nilai hartanah di Shah Alam ni . MACAM-MACAM ADA.


Hasil pancingan Jumaat lepas

Mama sempat pergi memancing sekali je. Pancing yang murah-murah je. Itupun tak plan sebab temankan kawan. Mama takdela excited sangat sebab Mama jenis suka beli baju yang dah siap jahit. Sebab tu bila masuk je Jakel rasa macam ketinggalan zaman. Macam-macam nama fabric. Promoter-promoter pulak ramah-ramah belaka mengikut kita sana sini. Pergi masa lunch break Jumaat ada HAPPY HOUR. Kain hijau tu tu beli masa HAPPY HOUR. Murah je. Beli satu percuma satu (lagi satu my fren ambil..Kami kongsi bayar hehehe). Bila masuk Ariani excited la sikit sebab konon-konon plan tukar image  (asyik pakai tudung bawal je). Bila tengok harga...huhuhuhu...tak mampula nak beli banyak.

Khas buat pencinta tembikai + Tupperware

17 May, 2010

Hari ini sungguh busy + penat. Dari pagi sampai pukul 5 lebih  sibuk dengan invigilation exam.

A little update on my online shop


Cantikkan Lunch Tote tu..Buat Mama tiba-tiba teringin nak cari tembikai di kedai. Sesuai kalau nak bagi besday gift . For more items please visit DiniTupperwareKiosk. We have special discounts and sales for stock clearance. Jemput singgah cuci mata .

My HARI IBU celebration

13 May, 2010

Pagi-pagi Aqil kiss Mama and wish me "SELAMAT HARI MAMA" (of course dengan arahan dan script disediakan oleh Tuan director @ Papa). My  3 years old boy didn't understand anything and keep asking me "HARI NI BESDAY MAMA KE".


Posing gaya ultraman untuk Mama

Penat-penat orang sikatkan rambut dia, boleh dia tarik-tarik  nak cacak ke atas macam ultraman. Sungguh kuat pengaruh TV




Adik Dini yang kuat jealous

Dini mula-mula tak nak ikut arahan dan script dari Tuan director. Bila nampak Abang Aqil kiss and cium Mama dia dah mula jealous. Terus jerit "Maaaaaaa" (supaya kita bagi attention kat dia pulak).

Having lunch at Noodle Station Giant Kota Damansara. Hari ni Mama tak masak.



Wantan Noodle Soup with Chicken Meat Loaf and Egg

Suka makan kat sini sebab menu foods and drinks dia memang banyak. My kids pun suka makan noodle and soup (senang nak buat pilihan esp for Aqil yang sangat cerewet pasal makan).

Jalan-jalan sekejap je sebab Mr Hubby tengah pening serabut  nak viva Master on Tuesday (Alhamdulillah dah selesai semua).

A simple yet meaningful celebration (for me ).  Alhamdulillah syukur diberi rezeki untuk bergelar "Mama".

hayatizain : Setiap hari ialah hari ibu kerana setiap hari anak-anak berikan Mama penghargaan dalam pelbagai bentuk. Pelukan, ciuman, pujian masakan Mama yang tak seberapa, laporan pencapaian yang baik dari cikgu nurseri dan lain-lain. Terima kasih sayang...

Result Giveaway Mother's Day

09 May, 2010

Terima kasih kepada semua peserta giveaway kali ni. Seperti yang dijanjikan Mama keluarkan result pada hari ini (9 hb May 2010).

Peserta yang bakal dapat set Small Saver with Gift Box from Tupperware kali ini ialah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


AntuGorgon @ ibuoyaya

Congratulationsss..InsyaAllah Mama akan contact via email jugak nanti.

To those yang tak berjaya Mama minta maaf tak dapat nak sponsor hadiah banyak2 dalam satu masa. InsyaAllah masa-masa depan ada rezeki Mama buat lagi GA (pastinya Tupperware lagi). Rajin-rajin la jenguk ye..Terima kasih banyak-banyak kerana sudi singgah dan hantar penyertaan.


Tupperware for MOTHER'S DAY GIVEAWAY

08 May, 2010

Final list telah di update di bawah. Sila check ye. InsyaAllah Mama keluarkan result esok. Mungkin lewat petang atau belah malam ye...


HAPPY MOTHER'S DAY TO ALL IBU/MAMA/BONDA/MUMMY/ DAN GELARAN LAIN YANG SEERTI DENGANNYA

Alhamdulillah ini tahun ketiga Mama bergelar seorang ibu. Terasa pantas sangat masa berlalu.

Sempena Mother's Day pada bulan Mei yang bakal menjelma Mama merancang nak buat giveaway lagi.  Mari kita jenguk dulu hadiahnya






Small Saver with Gift Box

TAJAAN


Apa yang anda perlu buat nak dapatkan Tupperware comel yang berwarna-warni itu? Senang sahaja

1) Letakkan logo DiniTupperwarekiosk di atas dan link ke http://dini-tupperwarekiosk.blogspot.com/
2) Letakkan DiniTupperwarekiosk  pada bloglist anda
3) Letakkan gambar Colourful Small Savers di atas dan link ke http://bungakesidang.blogspot.com/
4) Letakkan gambar anda bersama ibu/ibu mertua anda ATAU gambar anda bersama anak-anak .
5) Tinggalkan link dan email  pada bahagian komen.

Itu sahaja syarat-syarat penyertaan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 May 2010. InsyaAllah 9 May  Mama akan announce penerimanya. Pemenang akan dipilih secara cabutan undi kerana pada Mama semua ibu adalah yang terbaik. Mama tak nak pilih-pilih dari entry. Biarlah rezeki menentukan.

hayatizain : Tengah pening nak bagi apa untuk my mom @ opah sempena Mother's Day. Tak boleh bagi Tupperware sebab koleksi my mom lagi canggih-canggih. My collection kat rumah pun banyak pemberian dari my mom..Come on yati..think..think..

Peserta-peserta GA (akan di update dari semasa ke semasa)
1) Ckyn
2) Mama Zharfan
3) Mamalyna
4) AyuArjuna
5) MAMA
6) Putri Farisha
7) Kak Nida
8) Fatanah
9) dYaHaHa
10) Anin
11) YanaNuar
12) AntuGorgon
13) MissNafa
14)Ge3bJiB
15) Siti
16) Zai Kulim
17) honeysour
18) Ummi Alya Husna
19)syakila
20)ctnurkhijah
21) Liz Rohaizat
22) Ustazah Eja
23) Azura Ahmad
24) Arin
25) Cik Qemm
26) Mama Ahmad
27) Shaza
28) Rosilah
29) Naimatul
30) Ashra
31) Nuraarin
32) Me_lina
33) Ummu Sofea
34) Sue
35) Nea Flerida
36) Elmalba
37)aLyNnZ
38) BUNGA
39) MRS K
40) nuyue
41) Hana Seman
42) Imaan09
43)Nurul + Nordin
44) Ammi Sara
45) Ayu Idris

How to stay awake while driving at night

06 May, 2010

Mommies yang lain pernah experience drive malam-malam tak? Maksud Mama drive bergilir-gilir dengan hubby dalam perjalanan jauh di waktu malam.

Sejak Mr Hubby tukar kereta auto barulah Mama boleh drive bergilir-gilir dengan Mr Hubby dalam perjalanan malam. Dulu masa kereta manual tiada pilihan sebab Mama memang penakut bawak kereta manual sebab dah lama tak cuba. Dulu kalau Mr Hubby ngantuk kami berhenti di R&R untuk dia tidur sekejap.

Setakat ini rekod perjalanan malam paling jauh Mama drive mula dari hentian Sungai Buloh sampai hentian Simpang Pulai sebelum Mr Hubby sambung sampai Taiping. Kami on the way balik Taiping. Bertolak dari restoran jejantas kira-kira 9.30 pm . Mr hubby penat sangat sebab siang tu dia sangat sibuk. Kids pulak kebetulan lena atas car seat masing-masing di belakang. Masa tu adik Mama yang study di UIA pun ada sekali ikut kami balik. Dia yang tolong tepuk-tepuk anak sedara kalau they all tersedar dan meragam.

Lepas tukar pilot je, co pilot baru @ Mr Hubby terus tertidur kat sebelah. Mama dalam hati cuak jugak. Confident je dia nak bagi Mama drive malam-malam ni sampai leh tidur. Yang tak tidur sepanjang perjalanan hanya adik Mama kat belakang. Cuak dia Mama bawak MPV sebab hari-hari biasa drive Atos kecik comel je gi keje. Opah kat Taiping setiap 30 minit call tanya kat mana..huhuhu..semua orang cuakla kesimpulannya kecuali Mr Hubby heheheh

Mama nak kata mengantuk tak la sangat (ngantuk gak sikit-sikit). Mama minum nescafe, bukak radio perlahan-lahan dan bersembang dengan my sister. Tapi satu benda yang really keep me awake ialah


THANK U TO CIK GPS YANG ASYIK MEMBEBEL

Yup, this thing really help me. Mula-mula Mr Hubby suruh shut down je. Iyelah setakat jalan lurus lalu highway nak balik kampung sendiri pulak tu takkan nak pakai GPS. Tapi Mama berkeras nak pasang jugak. Kenapa Mama nak pasang.


  • First dia tunjuk berapa KM lagi nak sampai destinasi. Biggest motivation tu bila tengok nilai KM tu makin berkurang (ye..ye..dah nak sampai..balik kampung...hohoho balik kampung)

  • Second kalau terover speed Cik GPS ni akan mula marah. DECREASE YOUR SPEED ..DECREASE YOUR SPEED ..Siap siren kecemasan..over betul.. (Mr Hubby setkan speed x lebih dari 100km/j. Patutla Cik GPS asyik marah-marah Mama)
hayatizain : Watermark tu Mama order dari eybizzonline...saja suka-suka..hihihi