Resepi kuah dhal roti canai

26 August, 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Hari ni nak berkongsi satu lagi resepi. Seperti biasa resepi-resepi yang saya kongsi dalam diari mama ni mostly yang sesuai untuk kanak-kanak.

Kuah dhal ni sesuai dimakan dengan roti canai atau capati. Kalau di rumah selalu saya hidangkan bersama instant paratha kawanku atau capati goreng. Nak makan dengan roti bakar pun boleh. (Klik sini untuk resepi CAPATI GORENG). Nak makan dengan roti bakar pun sedap.
Alhamdulillah anak-anak sangat suka. Si kecik saya Durra pula suka makan macam tu sahaja macam makan bubur. Sebab tu di rumah ni saya selalu buat pekat-pekat.

Dhal atau juga dikenali sebagai lentils adalah dari jenis kekacang jadi ia kaya dengan protein dan zat mineral.  Sesuai menjadi hidangan sarapan kanak-kanak kerana ia akan membekalkan tenaga di permulaan hari .


Bahan-bahan
Bawang merah (hiris)*
Bawang putih (hiris)*
Sedikit kulit kayu manis dan bunga lawang*
Satu sudu kecil biji sawi
Sedikit daun kari
2 sudu minyak masak
Secawan kacang dhall
2 biji lada hijau (optional)
isi ayam dadu/ stok ayam (optional)
Carrot (dipotong dadu) - saya guna Tupperware Turbo Chopper
Kentang (potong dadu)

Cara-cara membuatnya
Rendam kacang dhal kira-kira 30 minit. Bersihkan dan buang jika ada yang rosak atau hitam
Rebus kacang dhal sehingga empuk . Masa bergantung pada jenis dhal. Tapi nak masak dhal ni memang ambil masa juga nak tunggu empuk.
Anak-anak saya sukakan kuah dhal yang pekat. Jadi bila dhal sudah empuk saya keluarkan separuh dan hancurkan menggunakan Tupperware Turbo Chopper.

Dhal empuk yang dihancurkan dengan Tupperware Turbo Chopper. Chopper ni sangat membantu saya di dapur. Really love it. Sesiapa berminat nak order boleh hubungi saya 0125550314. Investment yang sangat berbaloi

Setelah dihancurkan masukkan semula dalam periuk
Setelah kacang dhal empuk , masukkan kentang , carrot yang di dadu dan lada hijau yang dibuang biji dan dibelah dua.
Cili hijau belah dan carrot yang didadu dengan Tupperware Turbo Chopper
 
Kentang dadu besar-besar. Guna russet potato yang lembut bila dimasak
 

Boleh juga tambah isi ayam atau stok ayam jika mahu
Tunggu sehingga semua bahan empuk dan kecilkan api
Tumis bahan bertanda * dalam kuali kecil
Setelah layu masukkan daun kari dan biji sawi (biji sawi masukkan lambat sikit supaya tak hangit)
Bila bahan sudah garing tutup api dan masukkan semua bahan yang digoreng tadi dalam periuk berisi kuah dhal . Masukkan sekali dengan minyak gorengan.

Blur pulak gambar sebab wap keluar hihihi

Tambah garam mengikut kesesuaian
Kacau-kacau sebentar dan tutup api periuk
SIAP





Mine . Kuah dhal yang pekat. Rasa lemak-lemak yang sungguh nyummy..

Dulu saya ingat nak buat kuah dhal ni kena guna santan macam buat kari dalca rupanya tak perlu santan pun.

SELAMAT MENCUBA

AIDILFITRI 2013 - Day 3 - Bertolak ke Rembau

15 August, 2013


Assalamualaikum

Hari raya ketiga kami dah bersiap-siap untuk balik ke Rembau pulak. Tunggu Pak Lang Hazli , maklang Hani dan Aisyi sampai dari Baling dulu. Bukan senang nak berjumpa.



Yeaiiii..Aisyi dah sampai. Masing-masing sibuk jenguk Kiki sugar glider pakcik Wan.


Papa @ Mr Hubby test drive motor baru Kawasaki ninja pakcik Wan. Lepas tu paklang Hazli pulak naik.

Breakfast opah masak sayur lodeh dengan nasi impit. Tuk wan pulak buat lempeng kelapa muda yang lemak dan sedap . Sekali mak lang dan paklang  sampai bawa ketupat palas dengan kari ayam+ cendawan kukur dari Baling. Sedap betul. Seround lagi di meja makan. Ranapla diet mama dan papa
 
 
Alhamdulillah dapat bergambar lengkap semua anak, menantu dan cucu opah dan tuk wan tahun ni
 
Settle semua kami bertolak ke Rembau. 8 jam perjalanan gara-gara traffic jam. huhuhu..Apa-apa pun Alhamdulillah selamat sampai. Kami beraya di Rembau sampai hari Selasa baru pulang ke Subang. Sayangnya di Rembau tak de tangkap gambar lansung..Memang kena paksa papa hantar kamera untuk service cepat-cepat. Dah lama terperap tak digunakan.  
 

AIDILFITRI 2013 - Day 2 - Makan laksa di Kuala Kangsar


Assalamualaikum

Kalau raya di sebelah mama memang tak banyak saudara mara nak lawati sebab adik beradik opah dan tuk wan ramai yang tinggal di KL. Raya pertama semalam pergi ke Kulim dan Sungai Bakap je.

Raya kedua pagi lepak-lepak di rumah dulu. Lewat petang tiba-tiba teringin nak makan laksa. Bertolak lah kami ke Kuala Kangsar. Taiping dan Kuala Kangsar ni tak delah jauh mana tapi peak seasons ni biasala...Traffic jam..


Sampai di tepi sungai @ lembah. Masa ni dah pukul 6.30 petang. Baru berhenti hujan.
 
Lepak2 kejap je. Aqil dah terjerit-jerit nampak duyung. Isk buat malu company je Aqil ni. Mana pulak ada duyung..biawak adela..Sebelum pergi tu dia tengok cerita duyung yang apek dan Maya Karin berlakon di TV
 
 
 
Makan laksa dan ABC. Laksa Kuala Kangsar ni laksa dibuat dari tepung gandum. Rasa unik dari laksa biasa. Aqil , Dini dan Durra memang suke laksa
 
Mr Hubby dan KK dalam kenangannya. Sebelum singgah lembah sempat round masuk koleq (MCKK) tempat nostalgia Mr Hubby
 
Dini jeling-jeling mangkuk mak ngah di sebelah. Dah tambah sekali tadi dia nak lagi. Tak bagi dia makan banyak sangat takut muntah dalam kereta on the way balik
 
Dah agak dah. Mesti dia minta laksa mak ngah dia pulak nak tambah
 
Kami beli bungkus laksa setengah kilo untuk bawa balik tapi sebelum balik 1/3 dah di makan Aqil dan Dini
 
 
 
Durra pun suka laksa. Makan laksa kosong dengan telur rebus je. Habis semangkuk dia cakap "nak agi" (nak lagi)
 
 
 

AIDILFITRI 2013 - Day 1- Jalan-jalan kampung

Assalamualaikum

Entry penuh gambar ni khas untuk kenangan anak-anak mama Aqil Zehni, Nurdini Ezzati dan Durratul Syafiah.

Alhamdulillah Aidilfitri 2013 di Taiping ni banyak gambar kenangan sebab Pakcik Fadli minat fotografi. Ke mana pergi angkut kamera kesayangannya. Kalau nak harap mama or papa tangkap gambar guna kamera hp memang tak de gambar la kita tahun ni hihihi.




Family photo di pagi Raya. Tapi x cukup semua sebab Pak Cik Wan belum sampai dari Senawang. Maklang Hani, Paklang Hazli dan Aisyi raya di Baling dulu. Durra dan Dini tahun ni pakai tudung syria tapi dalam gambar ni Durra pakai anak tudung sahaja


Free style kononnya
 
 
Kami 5 beranak. Team colour sepatutnya merah hati tapi dah campur-campur pulak. Tapi takpela still nampak ok


Pak ngah Hafiz dan Mak  ngah Artika yang sentiasa romantic. Alhamdulillah tahun ni pak ngah dapat cuti raya dan dapat balik Taiping sambut Aidilfitri bersama-sama



3 bujang. Sepatutnya ada lagi seorang pakcik Wan. Tapi tahun ni  pakcik Wan sibuk manage bisness di Uptown Senawang. Last night before raya buka sampai 4 pagi . Petang raya baru pakcik Wan sampai Taiping. Pakcik Wan tengah usaha keras kumpul duit untuk wedding tahun ni. InsyaAllah semoga dipermudahkan .


My sweethearts. Durra ni bila suruh senyum mesti sebelah mata tutup
 

 
Ready nak keluar beraya.
 
Tengah susun orang dan barang dalam kereta2. Jangan ada yang tertinggal. Tak sangka rumah 2 tingkat setengah depan rumah opah tu harganya 700K. Mahal betul untuk harga rumah di Taiping. Tapi semua dah ada pemilik. Mungkin sebab area berbukit orang suke.
 
 
Balik kampung sebelah tok wan di Sungai Bakap
 
 
 
 

Dini dan Aqil exploring kampong. Dini sibuk nak cari buah durian. Belum musim lagi nak oii
 
 
Pak long Nasri pegang ayam sebab budak-budak ni sibuk nak tengok ayam dari dekat
 
 
 
Kids with pak ngah, mak ngah and acu
 
 
 
Aqil and acu di rumah Tok Njang
 
Uptown girl berlari-lari excited nampak ayam

yah...mari kita pecut
 
 
Mana pulak mama menyorok ni. Durra dah haus nak recharge energy
 




Resepi Kacang Kuda Goreng Pedas

Assalamualaikum

Hari ni nak share satu resepi favourite Mr Hubby. Resepi sebenarnya simple je . Cuma preparation lama sikit sebab kacang kuda perlu rendam dalm 4-5 jam sebelum di rebus. Tapi yang pasti hasilnya memang tak mengecewakan. Sesiapa nak kelainan untuk menu open house bolehla cuba. Sure menjadi rebutan.

Bahan-bahan

Kacang kuda
Cili kering (potong serong nipis-nipis)
Bawang merah (dadu halus)
Bawang putih (dadu halus)
Biji sawi
Daun kari

Cara memasak

Rendam kacang kuda 4-5 jam. Kacang kuda ni nampak je kecik tapi keras.
Rebus kacang kuda dengan air sehingga empuk. Masa merebus bergantung pada jenis kacang kuda. Bila dah hampir empuk masukkan garam
Toskan kacang kuda yang sudah empuk . Pastikan air kering
Panaskan sedikit minyak
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kering yang dihiris serong
Goreng sehingga hampir garing
masukkan daun kari dan biji sawi
Tutup api
Gaulkan bahan-bahan goreng bersama kacang kuda yang ditoskan tadi di dalam kuali
Tambahkan gula dan garam mengikut kesesuaian
SIAP

Simple je kan. Tapi bila dah makan sure susah nak berhenti. Tapi sesiapa yang sensitive badan senang berangin tu kena control-control sikit hehehe.

Cara lain boleh juga guna cili kisar masak macam nak buat sambal. Bila sambal dah garing dan kering gaul bersama kacang kuda yang di toskan.



SELAMAT MENCUBA

 
Kacang kuda yang sempat diselamatkan untuk sessi bergambar. Cepat je licin dikerjakan Mr Hubby dan anak-anak. Mungkin sebab tak pedas sangat Aqil dan Dini pun laju je makan. Untuk Durra saya biarkan kosong tak campur bahan tumis.
 

 

Nasi Arab Lamb versi kukus

02 August, 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Hi aunties semua. Hari ni Durra nak cerita pengalaman first time mama masak nasi arab. Tengokla muka Durra yang happy dapat makan nasi arab mama masak ni. Mama kata bila kiss Durra masa ni dah bau macam lamb ...mbekkkkkk

Kisah ni weekends ke dua Ramadhan tapi baru sempat nak cerita. Hari Ahad papa tiba-tiba pulak request nak nasi arab. Bukan beli ya. Nak minta mama nasi arab masak sendiri. Masa papa request tu dah siap beli lamb dari butcher berdekatan rumah kami. Katanya lagi rempah nasi arab kawannya uncle Zul nak bagi masa solat zuhur nanti di surau

Terus melompat mama yang sedang lepak2 dengan kami masa tu. Ni kira first time mama nak buat nasi arab. Kalau nasi ayam, nasi tomato dan nasi beriani mama dah pernah buat. Nasi arab yang papa request ni versi kukus. Ketung ketang mama memunggah cabinet dapur cari pengukus. Pengukus yang ada sekarang kecik je. Steamer Tuppeware yang comel tu. Kalau setakat nak kukus dim sum, mini pau, jagung bolehla..mama kata kalau nak kukus nasi macam kecik sangat.

Setelah puas memunggah terjumpa electric multi cooker yang opah bagi 4-5 tahun lepas..multi cooker tu ada layer untuk steamer..tapi masalahnya lubang pada steamer tu besar-besar. Kalau letak beras sure terjun ke bawah

Dalam pukul 10 pagi diam-diam mama menyelinap keluar sekejap tinggalkan kami. Patutla papa beria-ia umpan Durra dengan cerita upin ipin di youtube.

Mama keluar pergi cari daun pisang sebab nak alas steamer..Mama beli jugak yogurt, timun, and beras jenama Pusa Gold. Aunties boleh cari beras ni di hypermarket

Mama kata beras Pusa Gold ni memang berbaloi kalau buat nasi-nasi berperisa macam ni. Saiznya panjang-panjang selepas di masak.

Uncle Zul pesan pesan beras kena rendam awal-awal supaya x keras sebab nak buat versi kukus. Kalau nak masak macam nasi biasa mungkin tak perlu awal sangat ..Pukul 11 pagi mama dah mula rendam beras..

Pukul 4 petang baru mula nak masak. Tengahari tu mama sibuk depan laptop sekejap. Kalau search dalam internet memang macam-macam version. Sampai naik pening nak ikut mana satu. Jadi mama ikut je cara yang uncle Zul bagi.  Uncle Zul ni bukan kerja chef. Dia pegawai kerajaan tapi pandai masak. Selalu kalau ada gotong royong masak di surau perumahan kami dia yang jadi ketua .

Ok sekarang jom kita tengok cara nak masak


 
Ini bahan-bahan asas untuk tumis. Sebelah tu pulak lamb cube yang papa beli. Dah potong kecik-kecik macam tu senang nak masak
Mula-mula tumis bawang merah (dadu halus), bawang putih (dadu halus), kulit kayu manis, buah pelaga dan lada hitam biji.
Setelah naik bau masukkan rempah nasi arab (mama guna kira-kira 3 sudu makan untuk 2 cawan beras Pusa Gold)
Campurkan sedikit air.
Tumis sehingga rempah naik bau dan masukkan lamb.
Tambahkan air dan garam dan rebus sehingga lamb lembut. Rebus kira-kira 1 jam. Masa merebus ni bergantung pada jenis daging yang anda guna. Sehingga semalam dah 3 kali mama buat nasi arab ni. Mama kata kalau guna ayam  leih cepat lembut . Tapi mama dan papa setuju bahawa nasi arab lamb lebih sedap dari nasi arab ayam. hehehe.

Pada masa yang sama alaskan steamer dengan daun pisang (kalau steamer jenis lubang kecik tak payah alas pun tak pe)
Letakkan beras yang direndam tadi di atas daun pisang.


Letakkan steamer atas periuk yang digunakan untuk merebus lamb tadi.
Wap dari air rebusan lamb dan rempah akan naik ke atas untuk melembutkan beras
Electric multi cooker yang diubah fungsi. Mama kata kalau masak guna electric susah sikit nak kawal api. Bahagian bawah tu rebus lamb dengan rempah. Atas pula kukus beras.


Setelah lamb yang direbus dengan rempah lembut, tutup api.
Masukkan beras yang dikukus tadi dalam satu bekas besar. Jangan risau pada stage ni memang anda tengok beras tu keras. (First time mama masak dulu cuak juga sebab tengok beras macam keras lagi. Mama siap kata dekat papa kalau nasi ni x jadi buka puasa kita makan scramble egg dengan roti je) .
Tuangkan lamb dan air rebusan. Kacau rata beras bersama bahan rebusan tadi.

Kacau sehingga sebati

Masukkan kembali bahan-bahan  ke dalam steamer yang beralaskan daun pisang tadi
Peiuk bahagian bawah yang digunakan untuk rebus lamb tadi basuh bersih dan gantikan dengan air biasa
Letakkan kembali periuk dan steamer di atas api.
Kukus sehingga nasi masak (kira-kira 1 jam. Masa ni bergantung pada jenis beras dan jenis steamer juga. Yang penting biar nasi masak)
Setelah nasi masak gaulkan sedikit dengan olive oil (optional). Masa tumis tadi mama guna minyak jagung je tak guna olive oil sebab stock di rumah ni extra virgin olive oil. Tak sesuai untuk pemanasan yang tinggi. Mama kata olive oil bagus untuk kesihatan. Durra pun suka sebab nasi rasa lebih lemak-lemak gitu
Mama tambahkan kacang badam . Nak letak cashew nut dan kismis pun boleh kalau ada
Tadaaa..Siap untuk dihidangkan



Untuk side dish mama buat sambal tomato dan timun yogurt. Tapi side dish ni Durra tak makan pun. Sesuai untuk orang dewasa je

SAMBAL TOMATO
1 biji tomato masak (buang biji)
1-2 ulas bawang putih
cili merah
cili hijau
garam dan gula untuk perasa

Masukkan semua bahan di atas dalam blender dan kisar sehingga halus

TIMUN YOGURT
Boleh guna timun biasa (buang empulur tengah) atau Zuchhini
Yogurt (Mama guna natural set yogurt perasa asli)
Dadu timun mengikut size yang anda suka
Campurkan dengan yogurt dan kacau rata


Inilah pinggan mama. Nasi arab dengan lamb, sambal tomato dan yogurt timun. Masa ni mama dadu timun guna Tupperware Turbo Chopper sebab nak cepat. Timun jadi kecil2 so tak Nampak sangat bila tangkap gambar. Sekarang bila buka puasa mama tak boleh makan pinggan kaca sebab Durra asyik nak duduk atas riba mama sambil sibuk-sibuk tarik benda atas meja. Maklumlah perut dah kenyang sebab makan awal :)

Masa first time mama masak nasi arab ni kebetulan mak lang Hani telefon. Mak lang tanya nasi arab mandhi ke khabsa . Mama kata mama tak tahu sebab uncle Zul tak cakap pun rempah tu nama apa. Nasi arab ni macam-macam nama kan. Tak pe yang penting papa, abang Aqil, Kak Dini dan Durra suka ...Alhamdulillah

Mama pun suka sebab ada satu lagi menu baru yang special kalau ada gathering keluarga. Durra tengok mama dah hantar proposal dekat papa nak cari steamer yang lebih besar supaya boleh masak 5-6 cawan beras sekaligus hehehe

Soft shell crab goreng tepung

01 August, 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Weeekends lepas Mr Hubby sekali lagi buat kejutan selepas balik dari kuliah Subuh di surau (weekends sebelumnya request masak nasi arab. Nanti saya buat another entry pasal nasi arab ni). Kali ni dia bawa balik satu bag plastic soft shell crab / ketam kulit lembut. Kawannya yang kebetulan outstation ke Kuala Gula tolong belikan.

First time kami makan soft shell crab Januari lepas. Semasa pulang ke Taiping sempat berkunjung ke Kuala Gula. Masih tak sempat-sempat nak share entry tentang makan-makan di Kuala Gula tu.

Mr Hubby minta buat goreng tepung.
Dengar macam simple je kan
Tapi saya sibuk men'google' cara nak bersihkan soft shell crab tu. Takut hancur sebab lembut. Tengok youtube , baca artikel. Nak masak simple macam tu pun kena study hehehe

Salah satu artikel yang saya rasa senang nak faham boleh lihat di sini

HOW TO CLEAN SOFT SHELL CRAB



Inilah rupa Mr Crab selepas dibersihkan. Perlu ditoskan airnya betul-betul jika nak gorengan yang rangup. Setiap ekor ketam saya  potong kepada dua bahagian.

Selepas itu letak atas steamer Tupperware beralaskan container besar. Gaul sedikit garam dan kunyit  dan perap dalam peti sejuk (selepas dah masak baru tahu x perlu letak garam pun tak apa dan gorengan lebih rangup kalau ketam dipotong 4 bahagian)

Cara nak goreng pula pelbagai. Ada yang guna tepung tempura. Tapi last minute mana nak pergi beli tepung tempura jadi guna tepung jagung sahaja.

Soft shell crab ni lebih sedap goreng bila dekat-dekat nak makan. Jadi hari itu , pukul 7 petang baru  mula menggoreng

Mula-mula pukul sebiji telur. Dalam telur tu saya campur sebiji bawang putih yang ditumbuk.

Tuang tepung jagung dalam satu bekas. Kalau nak pedas-pedas berempah sikit boleh campur sedikit serbuk kari dan jintan manis yang biji-biji tu.

Panaskan minyak.

Bila minyak betul-betul panas celup ketam dalam telur, golekkan atas tepung jagung sehingga bersalut dan kemudian terus masuk dalam minyak


 
Alhamdulillah...Lauk berbuka kami. Soft shell crab goreng tepung rangup, tomyam sayur dan ayam stir fry. Menu ayam tu khas untuk Aqil sebab dia memang tak makan ketam. Dini no problem. Ketam tu memang favourite dia.