Asam Laksa Sunbeam

28 September, 2010

Suatu hari di hujung minggu tiba-tiba teringin sangat nak makan laksa. Mr Hubby pulak tak ada sebab ada urusan di luar. Bila tinggal dengan kids ni memang kena masak ekspress je.

Godek-godek kabinet jumpa paste asam laksa Sunbeam. Paste ni beli masa shopping groceries bulan puasa yang lepas. First time jumpa paste laksa ni sebab tu macam teringin nak cuba.



 
Bila Dini mula nap around 11 a.m Mama pun bergegas turun ke dapur. I knew I had only 1 hour (or less) untuk masak sebab Dini ni jenis tak tidur lama . Aqil pulak leka dengan cerita favourite dia kat TV.
Dalam kotak tu ada 2 paket. Accoding to the instruction 1 paket untuk 2 orang makan tapi tengok macam sikit je (perasaan tamak seorang kaki LAKSA). Jadi Mama buat keduanya sekali. Boleh Mr Hubby rasa bila balik petang nanti.

Actually it's not really paste. Dah macam kuah tapi pekat. Dan ada isi ikan sikit-sikit. Masukkan dalam periuk dan tambah sedikit air. Mama tambah isi mackerel cap ayam , cili kisar (untuk lebih pedas) dan daun cenohom dari kebun kecil kami (bila lagi nak rasa tanaman sendiri walaupun hanya daun cenohom). Lepas tu rebus sampai mendidih. Sambil tu rebus telur, hiris sayur-sayur , rebus spageti (sebab tak de laksa kering) dan buat keropok tepung. Bersemangat betul nak makan laksa.. Mama kalau makan laksa memang suka buat keropok tepung. Campur tepung beras, udang kering dan bawang yang ditumbuk , sedikit garam dan kemudian goreng nipis-nipis supaya rangup.

Nak dapatkan keropok nipis gunakan tepi kuali. Siram sikit minyak di bahagian tepi dan kemudian tuangkan adunan . A few seconds nanti ia kan jatuh masuk dalam minyak.



Alhamudulillah sempat siap sebelum Dini bangun. Inilah hasilnya


Dah second round makan baru teringat nak tangkap gambar. Sebab tu kuah macam sikit. Nak simpan untuk makan tea time dengan Mr Hubby :)


Sempat juga masak pasta dan sup "sorok-sorok" untuk kids.

Kenapa namanya sup "sorok-sorok"?

Sebab Aqil sangat susah makan sayur. Macam-macam taktik dan pendekatan dah Mama cuba (InsyaAllah I will never give up). Jadi Mama buat sup ayam campur  sayur (carrot, potatoes dan cauliflower). Lepas tu blend sampai hancur. Bukan main berselera dia makan. Kalau tidak nampak bawang pun dah kecoh nak letak tepi.


Seronok sebab hari ni makan tak payah nak scan dulu ada sayur ke tak..hehehe..

Muka budak baru bangun tidur yang terus nak makan.

hayatizain : Berbaloi kalau nak makan dua orang suami isteri sahaja. Tapi kalau nak makan ramai-ramai satu keluarga lebih baik buat sendiri.

0 comments: