AIDILFITRI 2013 - Day 3 - Bertolak ke Rembau

15 August, 2013


Assalamualaikum

Hari raya ketiga kami dah bersiap-siap untuk balik ke Rembau pulak. Tunggu Pak Lang Hazli , maklang Hani dan Aisyi sampai dari Baling dulu. Bukan senang nak berjumpa.



Yeaiiii..Aisyi dah sampai. Masing-masing sibuk jenguk Kiki sugar glider pakcik Wan.


Papa @ Mr Hubby test drive motor baru Kawasaki ninja pakcik Wan. Lepas tu paklang Hazli pulak naik.

Breakfast opah masak sayur lodeh dengan nasi impit. Tuk wan pulak buat lempeng kelapa muda yang lemak dan sedap . Sekali mak lang dan paklang  sampai bawa ketupat palas dengan kari ayam+ cendawan kukur dari Baling. Sedap betul. Seround lagi di meja makan. Ranapla diet mama dan papa
 
 
Alhamdulillah dapat bergambar lengkap semua anak, menantu dan cucu opah dan tuk wan tahun ni
 
Settle semua kami bertolak ke Rembau. 8 jam perjalanan gara-gara traffic jam. huhuhu..Apa-apa pun Alhamdulillah selamat sampai. Kami beraya di Rembau sampai hari Selasa baru pulang ke Subang. Sayangnya di Rembau tak de tangkap gambar lansung..Memang kena paksa papa hantar kamera untuk service cepat-cepat. Dah lama terperap tak digunakan.  
 

AIDILFITRI 2013 - Day 2 - Makan laksa di Kuala Kangsar


Assalamualaikum

Kalau raya di sebelah mama memang tak banyak saudara mara nak lawati sebab adik beradik opah dan tuk wan ramai yang tinggal di KL. Raya pertama semalam pergi ke Kulim dan Sungai Bakap je.

Raya kedua pagi lepak-lepak di rumah dulu. Lewat petang tiba-tiba teringin nak makan laksa. Bertolak lah kami ke Kuala Kangsar. Taiping dan Kuala Kangsar ni tak delah jauh mana tapi peak seasons ni biasala...Traffic jam..


Sampai di tepi sungai @ lembah. Masa ni dah pukul 6.30 petang. Baru berhenti hujan.
 
Lepak2 kejap je. Aqil dah terjerit-jerit nampak duyung. Isk buat malu company je Aqil ni. Mana pulak ada duyung..biawak adela..Sebelum pergi tu dia tengok cerita duyung yang apek dan Maya Karin berlakon di TV
 
 
 
Makan laksa dan ABC. Laksa Kuala Kangsar ni laksa dibuat dari tepung gandum. Rasa unik dari laksa biasa. Aqil , Dini dan Durra memang suke laksa
 
Mr Hubby dan KK dalam kenangannya. Sebelum singgah lembah sempat round masuk koleq (MCKK) tempat nostalgia Mr Hubby
 
Dini jeling-jeling mangkuk mak ngah di sebelah. Dah tambah sekali tadi dia nak lagi. Tak bagi dia makan banyak sangat takut muntah dalam kereta on the way balik
 
Dah agak dah. Mesti dia minta laksa mak ngah dia pulak nak tambah
 
Kami beli bungkus laksa setengah kilo untuk bawa balik tapi sebelum balik 1/3 dah di makan Aqil dan Dini
 
 
 
Durra pun suka laksa. Makan laksa kosong dengan telur rebus je. Habis semangkuk dia cakap "nak agi" (nak lagi)
 
 
 

AIDILFITRI 2013 - Day 1- Jalan-jalan kampung

Assalamualaikum

Entry penuh gambar ni khas untuk kenangan anak-anak mama Aqil Zehni, Nurdini Ezzati dan Durratul Syafiah.

Alhamdulillah Aidilfitri 2013 di Taiping ni banyak gambar kenangan sebab Pakcik Fadli minat fotografi. Ke mana pergi angkut kamera kesayangannya. Kalau nak harap mama or papa tangkap gambar guna kamera hp memang tak de gambar la kita tahun ni hihihi.




Family photo di pagi Raya. Tapi x cukup semua sebab Pak Cik Wan belum sampai dari Senawang. Maklang Hani, Paklang Hazli dan Aisyi raya di Baling dulu. Durra dan Dini tahun ni pakai tudung syria tapi dalam gambar ni Durra pakai anak tudung sahaja


Free style kononnya
 
 
Kami 5 beranak. Team colour sepatutnya merah hati tapi dah campur-campur pulak. Tapi takpela still nampak ok


Pak ngah Hafiz dan Mak  ngah Artika yang sentiasa romantic. Alhamdulillah tahun ni pak ngah dapat cuti raya dan dapat balik Taiping sambut Aidilfitri bersama-sama



3 bujang. Sepatutnya ada lagi seorang pakcik Wan. Tapi tahun ni  pakcik Wan sibuk manage bisness di Uptown Senawang. Last night before raya buka sampai 4 pagi . Petang raya baru pakcik Wan sampai Taiping. Pakcik Wan tengah usaha keras kumpul duit untuk wedding tahun ni. InsyaAllah semoga dipermudahkan .


My sweethearts. Durra ni bila suruh senyum mesti sebelah mata tutup
 

 
Ready nak keluar beraya.
 
Tengah susun orang dan barang dalam kereta2. Jangan ada yang tertinggal. Tak sangka rumah 2 tingkat setengah depan rumah opah tu harganya 700K. Mahal betul untuk harga rumah di Taiping. Tapi semua dah ada pemilik. Mungkin sebab area berbukit orang suke.
 
 
Balik kampung sebelah tok wan di Sungai Bakap
 
 
 
 

Dini dan Aqil exploring kampong. Dini sibuk nak cari buah durian. Belum musim lagi nak oii
 
 
Pak long Nasri pegang ayam sebab budak-budak ni sibuk nak tengok ayam dari dekat
 
 
 
Kids with pak ngah, mak ngah and acu
 
 
 
Aqil and acu di rumah Tok Njang
 
Uptown girl berlari-lari excited nampak ayam

yah...mari kita pecut
 
 
Mana pulak mama menyorok ni. Durra dah haus nak recharge energy
 




Resepi Kacang Kuda Goreng Pedas

Assalamualaikum

Hari ni nak share satu resepi favourite Mr Hubby. Resepi sebenarnya simple je . Cuma preparation lama sikit sebab kacang kuda perlu rendam dalm 4-5 jam sebelum di rebus. Tapi yang pasti hasilnya memang tak mengecewakan. Sesiapa nak kelainan untuk menu open house bolehla cuba. Sure menjadi rebutan.

Bahan-bahan

Kacang kuda
Cili kering (potong serong nipis-nipis)
Bawang merah (dadu halus)
Bawang putih (dadu halus)
Biji sawi
Daun kari

Cara memasak

Rendam kacang kuda 4-5 jam. Kacang kuda ni nampak je kecik tapi keras.
Rebus kacang kuda dengan air sehingga empuk. Masa merebus bergantung pada jenis kacang kuda. Bila dah hampir empuk masukkan garam
Toskan kacang kuda yang sudah empuk . Pastikan air kering
Panaskan sedikit minyak
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kering yang dihiris serong
Goreng sehingga hampir garing
masukkan daun kari dan biji sawi
Tutup api
Gaulkan bahan-bahan goreng bersama kacang kuda yang ditoskan tadi di dalam kuali
Tambahkan gula dan garam mengikut kesesuaian
SIAP

Simple je kan. Tapi bila dah makan sure susah nak berhenti. Tapi sesiapa yang sensitive badan senang berangin tu kena control-control sikit hehehe.

Cara lain boleh juga guna cili kisar masak macam nak buat sambal. Bila sambal dah garing dan kering gaul bersama kacang kuda yang di toskan.



SELAMAT MENCUBA

 
Kacang kuda yang sempat diselamatkan untuk sessi bergambar. Cepat je licin dikerjakan Mr Hubby dan anak-anak. Mungkin sebab tak pedas sangat Aqil dan Dini pun laju je makan. Untuk Durra saya biarkan kosong tak campur bahan tumis.
 

 

Nasi Arab Lamb versi kukus

02 August, 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Hi aunties semua. Hari ni Durra nak cerita pengalaman first time mama masak nasi arab. Tengokla muka Durra yang happy dapat makan nasi arab mama masak ni. Mama kata bila kiss Durra masa ni dah bau macam lamb ...mbekkkkkk

Kisah ni weekends ke dua Ramadhan tapi baru sempat nak cerita. Hari Ahad papa tiba-tiba pulak request nak nasi arab. Bukan beli ya. Nak minta mama nasi arab masak sendiri. Masa papa request tu dah siap beli lamb dari butcher berdekatan rumah kami. Katanya lagi rempah nasi arab kawannya uncle Zul nak bagi masa solat zuhur nanti di surau

Terus melompat mama yang sedang lepak2 dengan kami masa tu. Ni kira first time mama nak buat nasi arab. Kalau nasi ayam, nasi tomato dan nasi beriani mama dah pernah buat. Nasi arab yang papa request ni versi kukus. Ketung ketang mama memunggah cabinet dapur cari pengukus. Pengukus yang ada sekarang kecik je. Steamer Tuppeware yang comel tu. Kalau setakat nak kukus dim sum, mini pau, jagung bolehla..mama kata kalau nak kukus nasi macam kecik sangat.

Setelah puas memunggah terjumpa electric multi cooker yang opah bagi 4-5 tahun lepas..multi cooker tu ada layer untuk steamer..tapi masalahnya lubang pada steamer tu besar-besar. Kalau letak beras sure terjun ke bawah

Dalam pukul 10 pagi diam-diam mama menyelinap keluar sekejap tinggalkan kami. Patutla papa beria-ia umpan Durra dengan cerita upin ipin di youtube.

Mama keluar pergi cari daun pisang sebab nak alas steamer..Mama beli jugak yogurt, timun, and beras jenama Pusa Gold. Aunties boleh cari beras ni di hypermarket

Mama kata beras Pusa Gold ni memang berbaloi kalau buat nasi-nasi berperisa macam ni. Saiznya panjang-panjang selepas di masak.

Uncle Zul pesan pesan beras kena rendam awal-awal supaya x keras sebab nak buat versi kukus. Kalau nak masak macam nasi biasa mungkin tak perlu awal sangat ..Pukul 11 pagi mama dah mula rendam beras..

Pukul 4 petang baru mula nak masak. Tengahari tu mama sibuk depan laptop sekejap. Kalau search dalam internet memang macam-macam version. Sampai naik pening nak ikut mana satu. Jadi mama ikut je cara yang uncle Zul bagi.  Uncle Zul ni bukan kerja chef. Dia pegawai kerajaan tapi pandai masak. Selalu kalau ada gotong royong masak di surau perumahan kami dia yang jadi ketua .

Ok sekarang jom kita tengok cara nak masak


 
Ini bahan-bahan asas untuk tumis. Sebelah tu pulak lamb cube yang papa beli. Dah potong kecik-kecik macam tu senang nak masak
Mula-mula tumis bawang merah (dadu halus), bawang putih (dadu halus), kulit kayu manis, buah pelaga dan lada hitam biji.
Setelah naik bau masukkan rempah nasi arab (mama guna kira-kira 3 sudu makan untuk 2 cawan beras Pusa Gold)
Campurkan sedikit air.
Tumis sehingga rempah naik bau dan masukkan lamb.
Tambahkan air dan garam dan rebus sehingga lamb lembut. Rebus kira-kira 1 jam. Masa merebus ni bergantung pada jenis daging yang anda guna. Sehingga semalam dah 3 kali mama buat nasi arab ni. Mama kata kalau guna ayam  leih cepat lembut . Tapi mama dan papa setuju bahawa nasi arab lamb lebih sedap dari nasi arab ayam. hehehe.

Pada masa yang sama alaskan steamer dengan daun pisang (kalau steamer jenis lubang kecik tak payah alas pun tak pe)
Letakkan beras yang direndam tadi di atas daun pisang.


Letakkan steamer atas periuk yang digunakan untuk merebus lamb tadi.
Wap dari air rebusan lamb dan rempah akan naik ke atas untuk melembutkan beras
Electric multi cooker yang diubah fungsi. Mama kata kalau masak guna electric susah sikit nak kawal api. Bahagian bawah tu rebus lamb dengan rempah. Atas pula kukus beras.


Setelah lamb yang direbus dengan rempah lembut, tutup api.
Masukkan beras yang dikukus tadi dalam satu bekas besar. Jangan risau pada stage ni memang anda tengok beras tu keras. (First time mama masak dulu cuak juga sebab tengok beras macam keras lagi. Mama siap kata dekat papa kalau nasi ni x jadi buka puasa kita makan scramble egg dengan roti je) .
Tuangkan lamb dan air rebusan. Kacau rata beras bersama bahan rebusan tadi.

Kacau sehingga sebati

Masukkan kembali bahan-bahan  ke dalam steamer yang beralaskan daun pisang tadi
Peiuk bahagian bawah yang digunakan untuk rebus lamb tadi basuh bersih dan gantikan dengan air biasa
Letakkan kembali periuk dan steamer di atas api.
Kukus sehingga nasi masak (kira-kira 1 jam. Masa ni bergantung pada jenis beras dan jenis steamer juga. Yang penting biar nasi masak)
Setelah nasi masak gaulkan sedikit dengan olive oil (optional). Masa tumis tadi mama guna minyak jagung je tak guna olive oil sebab stock di rumah ni extra virgin olive oil. Tak sesuai untuk pemanasan yang tinggi. Mama kata olive oil bagus untuk kesihatan. Durra pun suka sebab nasi rasa lebih lemak-lemak gitu
Mama tambahkan kacang badam . Nak letak cashew nut dan kismis pun boleh kalau ada
Tadaaa..Siap untuk dihidangkan



Untuk side dish mama buat sambal tomato dan timun yogurt. Tapi side dish ni Durra tak makan pun. Sesuai untuk orang dewasa je

SAMBAL TOMATO
1 biji tomato masak (buang biji)
1-2 ulas bawang putih
cili merah
cili hijau
garam dan gula untuk perasa

Masukkan semua bahan di atas dalam blender dan kisar sehingga halus

TIMUN YOGURT
Boleh guna timun biasa (buang empulur tengah) atau Zuchhini
Yogurt (Mama guna natural set yogurt perasa asli)
Dadu timun mengikut size yang anda suka
Campurkan dengan yogurt dan kacau rata


Inilah pinggan mama. Nasi arab dengan lamb, sambal tomato dan yogurt timun. Masa ni mama dadu timun guna Tupperware Turbo Chopper sebab nak cepat. Timun jadi kecil2 so tak Nampak sangat bila tangkap gambar. Sekarang bila buka puasa mama tak boleh makan pinggan kaca sebab Durra asyik nak duduk atas riba mama sambil sibuk-sibuk tarik benda atas meja. Maklumlah perut dah kenyang sebab makan awal :)

Masa first time mama masak nasi arab ni kebetulan mak lang Hani telefon. Mak lang tanya nasi arab mandhi ke khabsa . Mama kata mama tak tahu sebab uncle Zul tak cakap pun rempah tu nama apa. Nasi arab ni macam-macam nama kan. Tak pe yang penting papa, abang Aqil, Kak Dini dan Durra suka ...Alhamdulillah

Mama pun suka sebab ada satu lagi menu baru yang special kalau ada gathering keluarga. Durra tengok mama dah hantar proposal dekat papa nak cari steamer yang lebih besar supaya boleh masak 5-6 cawan beras sekaligus hehehe

Soft shell crab goreng tepung

01 August, 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Weeekends lepas Mr Hubby sekali lagi buat kejutan selepas balik dari kuliah Subuh di surau (weekends sebelumnya request masak nasi arab. Nanti saya buat another entry pasal nasi arab ni). Kali ni dia bawa balik satu bag plastic soft shell crab / ketam kulit lembut. Kawannya yang kebetulan outstation ke Kuala Gula tolong belikan.

First time kami makan soft shell crab Januari lepas. Semasa pulang ke Taiping sempat berkunjung ke Kuala Gula. Masih tak sempat-sempat nak share entry tentang makan-makan di Kuala Gula tu.

Mr Hubby minta buat goreng tepung.
Dengar macam simple je kan
Tapi saya sibuk men'google' cara nak bersihkan soft shell crab tu. Takut hancur sebab lembut. Tengok youtube , baca artikel. Nak masak simple macam tu pun kena study hehehe

Salah satu artikel yang saya rasa senang nak faham boleh lihat di sini

HOW TO CLEAN SOFT SHELL CRAB



Inilah rupa Mr Crab selepas dibersihkan. Perlu ditoskan airnya betul-betul jika nak gorengan yang rangup. Setiap ekor ketam saya  potong kepada dua bahagian.

Selepas itu letak atas steamer Tupperware beralaskan container besar. Gaul sedikit garam dan kunyit  dan perap dalam peti sejuk (selepas dah masak baru tahu x perlu letak garam pun tak apa dan gorengan lebih rangup kalau ketam dipotong 4 bahagian)

Cara nak goreng pula pelbagai. Ada yang guna tepung tempura. Tapi last minute mana nak pergi beli tepung tempura jadi guna tepung jagung sahaja.

Soft shell crab ni lebih sedap goreng bila dekat-dekat nak makan. Jadi hari itu , pukul 7 petang baru  mula menggoreng

Mula-mula pukul sebiji telur. Dalam telur tu saya campur sebiji bawang putih yang ditumbuk.

Tuang tepung jagung dalam satu bekas. Kalau nak pedas-pedas berempah sikit boleh campur sedikit serbuk kari dan jintan manis yang biji-biji tu.

Panaskan minyak.

Bila minyak betul-betul panas celup ketam dalam telur, golekkan atas tepung jagung sehingga bersalut dan kemudian terus masuk dalam minyak


 
Alhamdulillah...Lauk berbuka kami. Soft shell crab goreng tepung rangup, tomyam sayur dan ayam stir fry. Menu ayam tu khas untuk Aqil sebab dia memang tak makan ketam. Dini no problem. Ketam tu memang favourite dia.
 

Tips Kebahagiaan Anak dari Prof Muhaya

15 July, 2013

Saya dapat tips ini dari salah satu entry news feed di Facebook.
Semoga dapat kita amalkan bersama

Tips Kebahagiaan Anak dari Prof. Dr. Muhaya
====================================

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi Maha Melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di alam Barzakh nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam drama pun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita,anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.


Aqil, Dini dan Durra yang excited bila mama balik dari mengundi PRU yang lepas. Saya tinggalkan mereka hanya 30 minit (tempat mengundi dekat dan pengundi pun dah tak ramai sebab saya pergi pada pukul 3.30 petang). Tapi saya sangat-sangat jarang tinggalkan mereka di hujung minggu. Sebab itu walau HILANG 30 minit mereka sudah gelisah.
 
Ya Allah berikanlah ku kekuatan untuk mendidik anak-anak ini sehingga nafasku yang terakhir.
Jadikanlah mereka anak-anak yang soleh dan solehah
Merekalah harta paling berharga yang ENGKAU berikan dalam hidupku.
Semoga mereka juga menjadi hartaku di akhirat kelak.

 

Blog link hilang

09 July, 2013

Assaamualaikum

Last 2 weeks saya GATAL tangan nak menukar langsir theme blog. Konon-konon mood nak Ramadhan. Buat dalam keadaan kelam kabut sebab si comel Durra dah peluk kaki ajak bobom (hujung minggu dia memang suke kalau saya lepak je baring-baring tepi dia ALL THE TIME..haiii..mama tak leh buat kerja apa2 la macam ni dik).

AKIBATNYA

Saya tak sempat save blog link. Puas saya godek2 file lama tapi few sahaja yang saya jumpa. Jadi bagi sesiapa yang pernah saya exchange link minta maaf ya. Saya bukan delete link ke blog anda di bahagian blog list. Please..please tinggalkan url anda di bahagian komen . Saya nak add balik dalam blog list..
Bagi sesiapa berminat nak exchange link juga boleh tinggalkan url blog anda di bahagian komen ye. Boleh kita tukar-tukar cerita :)

Murtabak maggi versi kanak-kanak

07 July, 2013

Assalamualaikum and salam sejahtera

Sekali sekala my kids akan request nak makan maggie..Kalau kita cakap TAK BOLEH they will ask WHY..WHY..WHY..Kawan Aqil boleh makan.

So i still cook maggie but without perencah dalam packet tu.

One of the versions  -  MURTABAK MAGGI

Sangat simple..
Sangat senang.
All in one dish..ada carbohidrat, protein dan vitamins

Bahan asas of course you need maggi. Actually any brand noddle boleh (cintan etc). Setiap kali buat mama guna 3 packets
Setiap packets 1 biji telur. So 3 packets 3 biji telur gred A.  Dalam resepi ni telur bertindak ibarat gam untuk bind all ingredient together. Kalau rasa telur kecil boleh increase. Kalau tak nanti bahan-bahan tak nak melekat and murtabak senang hancur.

Kalau ada isi ayam cincang pun ok. Kalau tak de boleh guna chicken stock. Mama memang selalu simpan homemade chicken stock di rumah.

First of all rebus Maggi sehingga lembut dan toskan air
Next tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Jika nak guna isi ayam atau udang boleh masukkan. Jika tak ada boleh gantikan dengan stok ayam.

Next masukkan sayur-sayuran. Boleh guna apa-apa sahaja sayur yang available dalam fridge. Kali ni mama guna carrot and leek. Minggu tu masa ronda-ronda di Jaya Groceries jumpa organic leek yang fresh. Carrot cincang guna Tupperware turbo chopper. Memang senang sangat buat kerja mencincang ni guna chopper ni. Mama ada share a few entries pasal chopper ni. Klik SINI untuk lihat.



Bila sayur lembut perasakan dengan garam dan lada hitam. Since ini version kanak-kanak jadi tak pedasla. Kalau nak buat version orang dewasa boleh letakkan hirisan cili padi atau serbuk kari.

Campurkan Maggi yang telah direbus, telur dan bahan-bahan yang di masak tadi dalam satu bekas. Gaulkan sehingga sebati.




Panaskan pan dengan sedikit minyak. Kalau non stick pan lebih mudah. Dalam gambar ni mama guna pan agak besar sebab ini je yang ada. Kalau ada pan lebih kecil lebih baik sebab senang nak terbalikkan murtabak nanti.

Tuang bahan-bahan yang dicampurkan tadi atas pan dan ratakan. Banyak mana terpulang pada anda. Kalau nak murtabak tebal letak banyak sikit. Kalau nak nipis letak kurang sedikit.


Masak sehingga kekuningan dan garing sebelum diterbalikkan. Berhati-hati supaya murtabak tak pecah.

Belum sempat masak anak-anak dah tunggu di meja.
Bila angkat je terus potong kecil-kecil


My plate. Sebab tak pedas kenala makan dengan sos cili

Sesuai dibuat untuk sarapan atau minum petang.

SELAMAT MENCUBA

After 8 months

10 June, 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Syukur diberi peluang untuk mencoret lagi di diari mama. Sudah hampir 8 bulan blog ini dibiarkan sepi..walaupun blog x glamour  tetapi di sini banyak dirakamkan setiap apa yang berlaku dalam hidup mama. I am getting older (tahun ni dah masuk 32)  and  easily forget many things...I thing I should write somewhere.

Banyak perkara berlaku sepanjang 8 bulan lepas.
March was a birthday month for my kids..Happy 6th birthday to my lil hero Aqil Zehni and happy 4th birthday to my little princess Dini..Mama love both of you and adik Durra very2 much...We just had a small celebration. Papa bought nyummy choc cake for both of you...Untuk birthday gift mama dan papa belikan basikal untuk Aqil dan Dini..Durra pun dapat juga walaupun birthday lambat lagi bulan Oktober nanti..

Moist Choc Cake yang nyummy




Papa pun belanja semua orang ke  Kizsports & Gym di Empire Subang..Papa bayar mahal sebab selalu main di tempat free sahaja..Siap beli socks sebab tak bawa dari rumah..Terima kasih papa sebab terima proposal mama hehe..tapi lain kali tak payahla kita main di tempat mahal macam ni..Tempat memang cantik..selesa ..cukup semua..Teruja sungguh mama tengok tempat ni..kecik-kecik dulu mana ada wujud playland macam ni...

Gambar dari website. Main playland..
 
Walaupun playland cantik dan besar ,


:
:
:
:
:
:
pool yang penuh bola jugak Aqil dan Dini nak main..Ini standard baby macam Durra je sayang..Sekejap je main di playland yang best dengan slides dan tunnel tu..Itupun bila naik tinggi sikit dah panggil2 mama..Kata Aqil takut mama hilang..huhuhu

Durra tak puas hati ada budak besar masuk kawasan jajahannya
 
Aqil dan Dini seronok melompat dan landing atas colourful balls
 



A few week later when opah, tokwan and Cik An came we had another celebrations . Another cake cutting (this time mama bought blueberry cake) with Cik An because cik An pun March baby..tarikh lahir sama pulak dengan Dini (19hb). That's why ramai orang cakap rupa Dini macam Cik An masa kecil2

On March juga dapat lagi 2 orang anak sedara (mr hubby side) . Baby Rufaidah (kak ngah's 5th child) and baby Ahmad Fakeh (Along's 4th child)...Wah! Dah ada 4 March babies..Next year boleh buat birthday celebration di Rembau sama-sama..

April 2013 Opah and pakcik Fadli (my mom and brother) went for Umra..Alhamdulillah..The last time opah pergi Mekah masa buat haji (2001 or 2002..see I told you..saya skrg mudah lupa)..My brother was very lucky . He got chance buat umrah at quite young age (19 yrs old..muda compare to us yang belum ada rezeki)..Fully funded by my parents sbb tuk wan (my father) tunaikan nazar. Last Aidilfitri my brother terlibat dengan kemalangan motor..Condition agak kritikal...Doctor removed his spleen sebab cedera tertusuk tulang rusuk..Stiches dari dada until perut..Masa tu rasa macam tak raya..My mother and brother gilir2 temankan dia di Hospital Manjung (about 100km from my parents house)..Dia accident di Beruas so the nearest hospital was Hospital Manjung..Nak minta transfer ke Hospital Taiping (which was only 5km from our house) tak dapat sebab dia agak kritikal and baru lepas operation..Sedih sangat sepanjang perjalanan balik setelah habis cuti raya..Masa tu my brother masih di hospital..Alhamdulilah dia kuat semangat..Beberapa minggu lepas operation dia masih menduduki peperiksaan (dia belajar di Nilam Puri under UM). Pada mulanya kami cadangkan dia untuk berehat dan cuti untuk semester tu tapi dia x nak..Terima kasih juga kepada pensyarah2 di Nilam Puri dan rakan-rakannya yang datang dari jauh untuk melawat dan menghantar buku-buku supaya my brother dapat mengulangkaji di rumah..Sepatutnya lepas raya dia pulang semula ke Nilam Puri untuk revision weeks.  Alhamdulillah hari ini dia masih bersama kami..Dapat temankan opah ke Tanah Suci..Tolong tolak opah semasa saie sebab opah sakit lutut...Alhamdulillah..Alhamdulillah


April 2013 juga keluarga kami diuji lagi..Allah menjemput si comel Nurul Ulya Hifza 11 bulan (my niece) few days selepas Opah dan pakcik Fadli bertolak ke umrah..Semuanya berlaku begitu pantas..Ulya demam on and off selama 4 hari..Pada mulanya hanya dapat rawatan di klinik panel. Bila demam masih tak OK my sister and BIL hantar di ke hospital swasta untuk rawatan pakar. Di hospital Ulya sudah tak demam dan semua orang sudah excited sebab Ulya mungkin akan discharge dalam masa terdekat...Tetapi beberapa jam sebelum pergi Ulya tiba-tiba kena "seizure"..Pukul 2 pagi mama dapat phone call yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila...Rasa dalam mimpi bila dengar suara my sister cakap "kakti Ulya dah tak de".

Mengikut medical report Ulya kena meningitis (tapi x sempat ambil cerebral spinal fluid..Blood test semua ok..Diagnosis meningitis berdasarkan physical symptoms). Sebelum pergi Ulya sempat hantar opah dan pakcik ke KLIA..Bermalam di rumah maklong (saya)...Jumpa pakngah (my 2nd brother) yang jarang dapat jumpa sbb pakngah kerja di Terengganu..Happy dapat naik tricycle kak Durra depan halaman mak long..Pendek kata dapat jumpa semua org sebab kami adik beradik berkumpul..Masa Ulya pergi opah dan pakcik masih di Tanah Suci..Opah dan pakcik x dapat menatap jenazah Ulya ..Hanya gambar sebagai kenangan...

One day mama akan tulis lebih details apa yang berlaku..Suatu hari bila anak-anak baca blog ni mereka akan tahu mereka punya seorang adik sepupu yang comel..InsyaAllah one day..when I'm strong enough to write. Sekarang bila sebut nama Ulya atau bila tengok gambar Ulya mama jadi sebak.

Rindu sangat dengan bam bam mak long Ulya Hifza

Al-Fatihah untuk arwahyarham Nurul Ulya Hifza. Mak long sangat2 rindukan Ulya..Saya selalu panggil dia "bam bam" maklong sebab pipinya yang gebu dan chubby..Ulya mirip umminya semasa kecil tapi pipinya yang labuh macam saya kecil2 . Semua orang rindukan Ulya..Tuk Wan dan opah selalu berair mata teringatkan Ulya ..Dan pastinya ummi dan walid Ulya insan yang paling tabah..Abang Aisyi (abang Ulya 3 yrs old) macam belum faham apa berlaku..Dia ingat Ulya pergi mana2 sekejap..Bila Acu cakap Allah ambil Ulya sebab Allah sayang Ulya Abang Aisyi buat muka cembeng nak menangis. Tapi dia tak menangis atau mengamuk...Dia ambil bantal dan terus tertidur..Mungkin dalam mimpi Allah temukan Aisyi dengan adiknya...Sayu hati saya bila dengar cerita dari my sister..Satu hari bila Aisyi dah besar Aisyi boleh baca blog maklong..Tapi kami semua redha sebab Ulya kini bidadari kecil syurga..

Puding roti kukus untuk baby dan kanak-kanak

21 October, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni nak kongsi satu resepi dessert yang berkhasiat, cepat dan mudah disediakan untuk baby 9 bulan ke atas dan kanak-kanak iaitu PUDING ROTI KUKUS. Resepi ini menggunakan telur jadi hanya sesuai jika baby tidak allergic kepada telur

Bahan-bahan asas
2 keping roti putih
1 biji telur
125ml  susu segar (Mama guna 1 kotak  dutch lady kids yang kecik comel tu)

Senang je kan bahan asas dia. Kalau untuk baby bawak 1 year tak payah letak gula. Kalau anak dah besar (toddler) bolehla campurkan 1 sudu gula perang.

Cara membuatnya :
Carikkan roti kecil-kecil dan masukkan ke dalam bekas yang boleh dikukus
Tuangkan susu dan biarkan roti terendam
Pukul telur dan gula (jika letak gula). Masukkan ke dalam campuran tadi
kacau sedikit supaya sebati
Masukkan bahan-bahan lain yang dirasakan sesuai.(buah, yogurt etc)


Gambar di bawah mama letak buah currant dan pisang



Letak calci yum perasa strawberry pun sedap



Selepas itu biarkan adunan kira-kira 5 minit
Masukkan dalam pengukus. Kukus kira-kira 20 minit. Seperti biasa mama gunakan steam it Tupperware.  Memang mudah. Senang basuh, ringan dan praktikal kalau nak kukus makanan dalam portion kecil. Ada a few entries yang mama tulis pasal kegunaan steam it tupperware ni.

Dah masak


Bila diceduk puding ni lembut. Sedap dimakan suam-suam. .



2 beradik sedang menikmati. Aqil kurang sikit bab dessert. Dia suka kuih pedas2 macam karipap



Ni untuk mama. Dalam letak sedikit oat dan badam . Atas letak parutan choc. Sedap di makan selepas disejukkan dalam peti ais. nyum..nyum


Selamat mencuba..