Gosok jangan tak gosok

11 January, 2010

Ada satu gambar menarik  yang saya dapat dari internet semasa membuat persediaan lecture "Hospital Acquired Infection" untuk students pagi tadi


Tahukah anda cara paling mudah dan murah tapi berkesan untuk mengelak jangkitan ialah dengan membasuh tangan. Kadangkala kita membasuh tangan tetapi dengan cara yang 'kurang' betul. Semasa membasuh tangan terdapat bahagian-bahagian tertentu yang mungkin tidak dicuci dengan sepatutnya. Lihat gambar di bawah dan anda boleh cuba sendiri berdasarkan 'cara' biasa anda mencuci tangan



Untuk mengurangkan diri dan keluarga dijangkiti penyakit, jadikan amalan membasuh tangan sebagai rutin dalam ahli keluarga  . Basuh tangan dengan cara yang betul

  • Sebelum anda memasak
  • Sebelum makan atau menyuapkan makanan pada anak-anak
  • Sebelum menyentuh peralatan bayi seperti botol susu, botol minuman dan sebagainya
  • Sebelum dan selepas melawat rakan atau saudara mara yang sakit
  • Selepas pulang dari mana-mana tempat awam
  • Selepas menaiki kenderaan awam (LRT, monorel etc)
  • Selepas menggunakan bilik air
  • Selepas menyentuh haiwan (termasuk haiwan peliharaan)
  • Selepas membuang sampah di luar rumah
  • Selepas membersihkan rumah
 Teknik membasuh tangan yang betul





 Untuk mengalakkan amalan ini menjadi kebiasaan di dalam keluarga
  •  Saling ingat mengingati antara ahli keluarga
  • Sediakan sabun di sinki rumah (saya lebih prefer jenis cecair)
  • Sediakan "stool" untuk memudahkan anak anda memanjat (dengan pengawasan) semasa membasuh tangan
  • Bawa sabun cecair dalam botol kecil atau hand sanitizer di dalam handbag jika keluar ke tempat awam terutama bila membawa anak (sesetengah tempat soap dispenser ada tetapi isinya tiada)
 Remember : Everything you touch have been touched by someone else.

Sunroute Plaza Tokyo

10 January, 2010

Pemandangan dari bilik kami menginap


Standard twin room. Dua katil dah dirapatkan oleh kami menjadi super king bed

Sofa yang boleh dijadikan sofa bed


Night wear for kids (100-130cm, 130-155cm one each)  and adults


Stool untuk kids memanjat dan bermain air di sinki


Wardrobe and slippers. Dah guna dua pasang pun masih banyak lagi yang tinggal


Boleh nampak Mount Fuji yang memutih dari entrance hotel

dan seperti biasa "super clean" bathroom (no picture)



Official website
http://www.sunroute-plaza-tokyo.com/ht_en/en_rmtyp_west.htm

Kucing gigi satu

09 January, 2010

Saya sedang sibuk vacum bila Aqil bertanya sesuatu

Aqil :  Mama ni cat kan?
Saya : ye...itu cat (tanpa memandang padanya. Aqil dah kenal cat/kucing sejak berumur setahun lebih jadi saya iyakan sajala pertanyaannya)
Aqil : Mama ini kucing kan?
Saya : Ye..kucing dengan cat tu sama..Kucing bahasa melayu, cat bahasa inggeris (masih tak pandang sebab sibuk membongkok vacum di bawah sofa)
Aqil : ala sayang..sayang cat..comella cat ni..meow..meow.
Dini : aaaaaaaaa....nya..nya..nya..nya
Saya : Aqil main dengan adik tu..
Aqil : Mamaaaa (suara makin kuat)....ini bukan cat la
Saya : kalau bukan cat ape? (baru nak pusing pandang)


Kusangkakan dia tengah menelaah buku "Noisy kitten" kesayangannya



Atau merujuk pada rancangan TV yang sedang disiarkan



Cerita putera sazlan di Astro Ceria hari ni berkisar tentang kucing
Rupa-rupanya

Aqil : Ini adikla................
Saya : MasyaAllah ..anakku

Rambut Dini yang serabai dikerjakan Aqil ala-ala usap kepala kucing..patut la Dini bunyi td




Kucing montel gigi satu milik Aqil (Dini baru ada sebatang gigi)

Pengajaran pada saya : Aqil saja nak test mama..huhuhu..lain kali bila dia bertanya sesuatu pastikan pandang. Kanak-kanak sebenarnya dambakan perhatian. Bukan dia kisah pun rumah berhabuk atau bersepah. Kehadiran mama lebih penting


KIDS GO WHERE THERE'S EXCITEMENT. THEY STAY WHERE THERE'S LOVE
ZIG ZIGLAR

Berkelah di kedinginan winter - Day 5

Hari ini kami ke Kasumigaura park yang terletak di Tsukuba

Kasumigaura park

Dengan semangat yang berkobar-kobar kami merentas taman dan terjumpa gazebo untuk berkelah

Nasi minyak and bihun goreng. nyum..nyum.. Ku tetap setiap dengan tupperware walaupun di Jepun

Oleh kerana nak sangat berkelah di tengah winter maka kami makan dengan penuh berselera tetapi mengigil-gigil.

Salah satu tarikan di taman ini ialah windmill




Wetland

Tasik

Dinner di salah sebuah restoran di Hitachi
Peti kasut berkunci di pintu masuk

Peti kasut ni sungguh unik. Masukkan kasut , tutup rapat dan tarik papan kecil tu. Maka terkuncilah kotak itu dan simpanlah papan itu sebagai kunci anda.

Menu

Salah satu perkara unik di Jepun ialah bagi kebanyakkan restoran , di sebelah setiap makanan di dalam menu akan dicatatkan kalori untuk makanan tersebut. Sesiapa yang diet senanglah nak buat pengiraan kalori. Mungkin itu salah satu faktor orang-orang kat sini slim-slim belaka

Makan bersila atas lantai. Ada kerusi comel untuk kids

Plain water and green tea

Kalau kat Malaysia budaya minum teh tarik digantikan dengan green tea rasa-rasanya kurang sikit statistik pesakit diabetes melitus @ kencing manis

Fancy cookies atau cupcakes....

08 January, 2010





Fancy cookies
Source : mamafami

Comelnya. Kalau dapat macam sayang je nak makan.

Sebenarnya tengah survey teknik decoration cupcakes. Plan nak buat untuk birthday Aqil dan Dini March nanti . Walaupun lambat lagi tetapi  ini first time saya nak cuba buat cupcakes dengan decoration (selalu buat kosong je terus ngap..paling terror pun letak coklat ganache tabur almond ). Sebenarnya boleh je tempah kat orang tapi saya rasa berkobar-kobar pulak nak buat sendiri maka terpaksalah  "mengutip" tips dan ilmu dari awal.  Masa surfing di tengahari Jumaat ni sebab break lama  saya jumpa pulak  fancy cookies. Idea yang menarik untuk dipertimbangkan. Bahan pun macam senang je

resepi dari online Sifu  : Mamafami

COOKIES


Ingredients :
250 g margarine
140g castor sugar
2 egg yolks
1 teaspoon vanilla essence
1/2 teaspoon baking powder
410g cookies flour

Method :
1. Sieve flour and baking powder. Set aside.
2. Cream margarine and sugar. Add in egg yolks one at a time. Add in vanilla essence. Continue beating.
3. Add sifted dry ingredients till a soft dough is formed.
4. Keep in the fridge for 30 minutes.
5.. Roll to the thickness desired. Cut using a cookie cutter. Arrange on a baking tray lined with greaseproof paper.
5. Bake in a preheated oven till golden brown. I used fan-oven at 150 C for 30 minutes.
6. Leave to cool completely before decorating with fondant or royal icing.

* kalau buat cupcakes untuk makan and cookies letak dalam goodie bag pun ok jugak kan ?

Dalam meeting saya akan terus jadi blur dan tension bila

dapat tahu kena datang kerja/attend seminar/ kursus dan yang sewaktu dengannya pada HUJUNG MINGGU. Nampaknya memang sampai bila-bila pun tak leh dapat award pekerja contoh ..

Kenapa saya blur dan tension ?
Semuanya bukan sebab saya malas nak bangun pagi2 sabtu atau malas nak driving dari rumah (driving ke Shah Alam hujung minggu lagi best dari hari biasa. Tak jam!). Semuanya bukan..bukan..

Sebab utamanya siapa nak jaga my 2 darlings



Hujung minggu hubby meeting Union and ada kelas MBA.

Benda ni ada orang yang faham..ada yang tak faham..

Antara cadangan yang saya terima

Hantar day care je
Nurseri anak saya sabtu dari pagi sampai 1.00 petang sahaja. Ada ke day care dari pagi sampai petang pada hari Sabtu dan Ahad. Kalau ada di area Shah Alam ni tolonglah inform saya

Amikla bibik
erk..belum lagi kot buat masa ni.

Panggil mak tolong jaga.
Benda ni paling saya nak elak. Sehabis mungkin saya tak nak susahkan sama ada mama dan papa saya atau mak dan abah saya (parents in laws) dalam kami menjaga anak-anak. Mereka dah cukup susah menjaga kami masa kecil2. Sekarang bukan masa mereka nak bergelumang dengan muntah atau yak-yak cucu..Atau membersihkan tumpahan makanan dan minuman cucu. . Atau melayan kerenah cucu yang meragam tanpa sebab..Semua itu tugas kami sebagai ibu bapa. datuk dan nenek hanya perlu bermain dan bergembira bersama cucu-cucu. Itu prinsip saya walaupun ada a few times saya tak dapat mengelaknya. :(


Sekrang tengah karang SMS nak hantar kepada my sister di UIA Gombak and brother di KPTM bangi
Sabtu 23 Jan ni ada aktiviti tak? Kak Ti ada workshop pagi sampai malam. Kalau free datang tolong jaga Aqil and Dini eh sebab abg Najmi dah mula kelas. Kos perjalanan semua ditanggung dan tambahan poket money  :). Check jadual..malam ni kakti telefon untuk confirm

Mujurla ada adik-adik yang masih bujang. Tapi tak boleh terlalu berharap pada mereka sebab sebagai pelajar hujung minggu pun kadang-kadang ada aktiviti (elektif project, perkemahan tahunan persatuan etc). Tengah berdebar bak tunggu jawapan dari mereka malam nanti .

* Sentiasa berdoa moga Allah mudahkan urusan dalam kerjaya. Bukan nak kejar pangkat professor atau nak pegang jawatan dekan cuma ini satu usaha  bersama suami untuk memberi kehidupan terbaik untuk masa depan anak-anak.

Hasil tangkapan di Jepun - Day 4

07 January, 2010

Hari keempat destinasi kami ialah Ami Premium Outlet yang terletak di Ibaraki. Tengah sales hebat sempena hujung tahun dan Krismas.


Depan outlet Adidas


Food court

Food court di sini lepas makan kena kemas sendiri. Sampah buang dalam tong yang disediakan. Talam, cawan dan pinggan letak di tempat khas.

Bersama hasil tangkapan masing-masing

Hasil tangkapan pada hari ini
Hubby : sandal crocs and football shoes adidas (ehem2. beriya nasihat kat kita jangan rambang mata tapi dia yang tangkap lebih hehehe)
Me : long sleeve T-shirt 1200 yen sahaja ye..wink..wink (tak sampai RM50 pun)
Along & family : handbag Coach, adidas sport wear

Pada mulanya saya teringin nak beli :

Set periuk dan kuali Tefal (sales boleh tahan. Di sana ejaannya T-fal)
Bila fikir2 kuali-kuali kat rumah tu pun masih elok dan berkilat sebab jarang sangat masak  maka saya lupakan saja hasrat itu

Kids wear Osh Kosh B'Gosh dan Gap untuk my 2 darlings
Orang kata kalau shopping di oversea jangan cuba convert ke RM. Tapi saya tak berjaya mengikuti pesanan itu. Bila kira-kira balik walaupun sales tapi boleh tahan gak mahal untuk baju budak sebab saya memang tak biasa beli baju-baju dari dua brand elite ni.  Takpela nak, balik Malaysia nanti kita beli baju Anankku or Kiko pun cantik jugakkan.


Termenung tengok mama dari tadi asyik tekan2 kalkulator kat handphone

The adventure begin - Day 3

Hari ini kami memilih untuk menaiki public transport . Selepas check out di hotel, kami ke AquaCity Odaiba untuk parking kereta. Pengembaraan sebenar telah bermula dengan ratio orang dewasa kepada kanak-kanak 1:1.

Tangkap gambar berlatarbelakang Rainbow Bridge

Kenapa dipanggil Rainbow Bridge?


Kerana imilah rupanya di waktu malam. Cantikkan?

Tiket feri


Naik ferry dari Odaiba ke Asakusa

Mak long  melayan kanak-kanak. Pak long snap pictures. Papa dukung Dini ambil angin di luar feri. Mama?
.
.
.
Pening-pening lalat di kerusi sebelah. Ntah kenapa pulak tiba-tiba saya mabuk air

Dari jeti kami berjalan kaki ke Asakusa Temple.

Tiada masalah untuk berjalan walaupun kami menolak tiga stroller dan memimpin sorang kanak-kanak sebab memang ada laluan khas untuk pejalan kaki dan penunggang basikal.




Basikal di tengah bandaraya. Polis pun naik basikal. Yang susah nak jumpa ialah motosikal


Asakusa Temple

Dari Asakusa kami menaiki subway dan monorel untuk kembali ke AquaCity Odaiba


Hubby dengan abang long tengah beli tiket

Mujur ada abang long yang fasih berbahasa Jepun. Kalau tak boleh sesat barat sebab papan tanda mostly dalam bahasa Jepun.


Transit dari subway ke monorel. Pukul  4 petang dah macam pukul 8 malam


Dinner di restoran Asian Dining Siddique. Nasi beriani di tengah Tokyo

Di depan restoran saya ternampak sesuatu


Elevator parking garages

Tapi kami tak boleh parking di sini sebab Toyota Voxy melebihi ketinggian maksimum. Kempunan nak tengok macam mana elevator parking garages ni berfungsi.

Hello Disneyland - Day 2

06 January, 2010


Kami bertolak dari Hitachi ke Tokyo menaiki MPV yang disewa Toyota Voxy. Alhamdulillah Sungguh selesa untuk kami berlapan walaupun dipasang dengan dua car seat (untuk Dini and my nephew Farhan).

Sampai di parking Disneyland kira-kira 9.30 pagi. Mula beratur untuk beli tiket. Pengunjung dah mula ramai di main entrance

Perkhidmatan sewa stroller


Parade

Parade sempena Krismas. My niece, Farihah  sangat excited bila nampak Mickey and Minnie Mouse. Tapi hero saya sepanjang parade asyik tanya  "mana dia otomen?" (Habisla ..mana mama nak cari ultraman dalam Disneyland ni).

Toontown
Naik bot di It's a Small World


Bila nak masuk ke mana-mana semua stroller di tinggal di luar macam tu aje. Branded belaka pulak tu. Sekurang-kurangnya Maclaren. Terasa sungguh kerdil stroller Swett Cherry ku.


Baby Centre.

Lengkap dengan bilik-bilik untuk breastfeeding, diaper changing room, feeding room and waiting room for papa-papa. Sangat luas dan selesa. Tak sempat nak snap picture di dalam sebab "bersilat" dengan Dini. Tengah-tengah syok main dia meraung nak menyusu. Bila bawak masuk sibuk pulak pusing kepala sana sini tengok anak-anak Jepun kat dalam tu. Huhuhu..sian mama tak dapat naik ride.



Banyak stall jual cenderamata kat dalam ni. Mula-mula tak plan nak beli apa-apa pun tapi sebab tak tahan kesejukan di kepala sebab tak pernah merasa winter jadi pakai tudung nipis je saya beli jugak topi mickey. Jadi hari ni saya berjalan-jalan di Disneyland dengan 4 telinga ye.



Berkelah  dengan nikmat sebab ada heater

Tengahari keluar sekejap makan homemade nasi lemak di dalam kereta (thank u along yang susah payah masak). Selepas makan masuk semula dan ronda sampai gelap


Kids excited sampai tertidur . Aqil je tak tidur sebab tak puas hati tak jumpa  ultraman

Since sekarang tengah winter jadi pukul 3.30 hari dah mula gelap. Mula-mula rasa pelik je sebab kalau kat Malaysia ni tengah sibuk lagi kat tempat kerja.

Naik cruise. Tom Sawyer Island Raft. Mama with topi mickey








Electrical parade.


Dalam pukul 8 lebih kami keluar dan check in di Sunroute Plaza Tokyo yang terletak kira-kira 400m dari parking Disneyland. Sunroute Plaza adalah salah satu Tokyo Disney Resort ® official hotels.  Perkhidmatan shuttle bas ada disediakan dari hotel ke Disneyland

Shuttle bas yang comel

Nasi Jepun, veggies, salmon and fruits

Makan malam di hotel sahaja sebab masing-masing dah keletihan nak keluar jalan-jalan cari makan.

Ini pengalaman pertama saya tinggal di hotel di Japan. Tak dapat nak komen banyak-banyak. So far saya sangat berpuas hati dengan hotel ini. Terima kasih lagi buat  along  yang telah bersusah payah merancang untuk penginapan (survey, booking hotel etc) .