Nona Roguy ada diskaun 10%

25 March, 2010

Saya bukan duta NR. Cuma nak share info yang dapat  melalui email. Diskaun bermula dari 23-31 March 2010. Masa bersalinkan Dini dulu saya beli set Rangkaian Herbanika Bersalin NR dari official websitenya http://www.nr4u.com.my/. Join sebagai ahli maya . Jadi sampai sekarang mereka akan update saya bila ada sales atau promosi.

Jadi kepada sesiapa bakal-bakal ibu yang berminat nak pakai set bersalin NR  jangan lepaskan peluang ini. Beli semasa promosi sebegini lebih menguntungkan (saya dulu beli untuk diri sendiri dan my sis masa sales jugak.).  10% tu banyak bezanya sebab satu set ini harganya RM300.00 (member). Kalau non member beli kat kedai-kedai jamu harganya RM 365.00

Bila orang tanya ok ke tak set ni saya akan jawab "I like it. Bab-bab ubat-ubatan (sama ada supplement ada jamu) setiap orang mungkin ada kesan yang berbeza. Sebab tu tak la berani nak komen panjang-panjang. Saya paling suka minyak herbanikanya. Sebab tu saya beli extra satu botol sebab dalam set ni botol kecil je. Dalam set ni ada herbanika lulur (serbuk) tapi saya lebih prefer guna sabun Dhia  untuk scrub. Leceh sikit pakai serbuk-serbuk. Pantang anak kedua tak sama macam pantang anak pertama. Masuk aje bilik air  bila baby tidur abang dia pulak ketuk-ketuk pintu bilik air cari mama. Kesian abang rasa tersisih sebab mama asyik layan adik  (Aqil dulu pun macam ni sayang. Tapi masa tu takde siapa nak jelaous sebab anak sulung). 


hayatizain : masa saya beli dulu delivery service  sangat superb. Hari ni bayar (pagi), esok petang  cik abang posmen dah sampai rumah hantar.

Saya ada 2 bibik

Di kawasan perumahan saya boleh dikatakn 90% penghuninya mempunyai pembantu rumah ataupun bibik. Senario biasa di pagi hari saya akan tengok bibik-bibik menyidai kain di ampaian. Saya pulak pagi-pagi kelam-kabut masukkan anak-anak ke dalam kereta untuk ke nurseri. Ampaian di luar bagaikan perhiasan sentiasa kosong. Pasti bibik-bibik ini hairan. Ibu Yati ini tidak pernah membasuh baju ....Atau mungkin pengunjung setia kedai dobi berhampiran.

Sebenarnya bab cuci mencuci saya punya dua pembantu yang saya sayang. Pembantu pertama

                                                                         Cik Dryer E

Cik E ni kami beli dalam dua tahun lepas. Masa itu kami tinggal di rumah atas angin (apartment). Ruang menyidai sangat terhad. Saya jadi sangat stress kerana Mr Hubby dan kids memang "kaki" salin baju. Tambahan lagi kalau musim hujan. Sebelum beli memang saya berfikir panjang. Macam tak logik je duduk di Malaysia beriklim Khatulistiwa nak pakai dryer. Kalau duduk UK yang ada winter tu lain la jugak.

Untuk memuaskan hati saya banyak buat survey. Antaranya saya pos satu email kepada yahoogroup ummikusayang (UKS) minta pendapat senior-senior di sana. Saya tahu kebanyakkan mereka ibu bekerja tanpa pembantu rumah. Alhamdulillah response yang saya dapat amat baik. Saya fikirkan saya seorang sahaja yang ada idea gila nak pakai dryer di Malaysia. Rupanya ramai lagi kakak-kakak yang lebih terdahulu memakai dryer di rumah. Mereka cadangkan beberapa brand yang  dirasakan bagus di pasaran. Dan akhirnya Cik E menjadi pilihan saya.

Alhamdulillah walaupun dah pindah di rumah yang ada tanah Cik E masih berbakti kepada saya. Adik-adik saya yang tinggal d hostel pun kadang-kadang datang mendapatkan khidmat Cik E. Saya rasa sangat lega. Di pejabat , tak lagi risau fikirkan kain di ampaian bila hari dah mula mendung. Sekali sekala saya jemur juga baju di luar pada hujung minggu.  Mungkin orang fikir saya ini basuh baju seminggu sekali :).

Pembantu kedua 


Cik T

Dengan loading 14 kg

Kalau tengok loading macam boleh bukak kedai dobi. Saya sengaja pilih 14 kg. Senang nak basuh barang-barang besar seperti cadar dan langsir. Ada anak kecil bab salin menyalin cadar boleh dikatakan setiap hari. Sekejap kena muntah...sekejap kena kencing..

Itulah alkisah dua pembantu saya. Walaupun kadangkala berlaku sedikit unsur penderaan kerja yang banyak, tetapi sebenarnya saya sangat sayangkan mereka. Harap-harap mereka akan setia berkhidmat dengan saya dalam jangkamasa yang lama.


Jemput singgah blog baru

24 March, 2010

Hari ni saya MC sebab demam dan sakit mata . Semalam pun MC tapi gagah jugak pergi kerja sebab ada lecture. My students pelik tengok saya pakai spec (sbb selalu pakai lens).. Hasilnya demam tak baik2 (huhuhu itula degil tak dengar cakap Dr). Jadi hari ni hantar SMS tangguh semua lecture. Duduk diam-diam kat rumah.

Sambil duduk-duduk saya sempat update my blog yang sudah lama terbengkalai. Saya pun hampir lupa pasal blog tu sampailah ada seorang hantar komen. Actually banyak jugak entry yang saya cuba buat tapi semua tinggal as draft. Saya kalau buat entry suka letak gambar. Gambar pulak nak gambar yang tangkap sendiri. Tu yang jadi tertangguh sebab tak sempat nak upload gambar dari camera.

Tapi since hari ni me dapat publish dua entry dan siapkan 5 entry berjadual (setiap hari satu) barulah berani nak jemput orang datang. Blog ni saya tulis mengenai penggunaan Tupperware berdasarkan pengalaman dan bukan untuk tujuan perniagaan. Kalau urusan pembelian jemput singgah dinitupperwarekiosk .

My new house yang baru dapat CF

 

Hayatizain : Jemput singgah. Sorry tak de housewarming party ye..Tuan rumah demam

And the winner is..............

18 March, 2010

Yess....Today saya nak announce nama pemenang untuk giveaway kali ini. Antara komen dari juri

kreatif...
clear explanation...
An achievable dream....good luck

and  the winner for my giveaway is

Ibu Emir


Print Screen from Ibu Emir's blog

CONGRATULATIONS


For Lucky draw saya senaraikan semua peserta (excluding Ibu Emir) bersama no masing-masing

1.SujueZ
2.Sarah
3.Zai Kulim
4.Fida
5.Zie
6.Yantz-yeem
7.Akma
8.Anin
9.Umi Nor
10.Mama Zharfan
11.arissa.soleha
12.Mamalyna
13.Nida
14.Nur Irfan
15.Segalanya kuterima
16.Nana

The result


No 13 @ Nida

Saya menghadapi masalah nak login ke email hari ni (mungkin server problem kat sini). To Ibu Emir and Nida if u read this entry please send me your mailing address ye. Kepada yang lain-lain thank you very much for your entry. I hope all of you had received the e-voucher. Siapa belum dapat sila inform saya ye.

Hayatizain : InsyaAllah dimurahkan rezeki nnt saya buat giveaway lagi. Hadiahnya? Pastinya dari Tupperware Brands !

Terima kasih ..terima kasih

15 March, 2010

Terima kasih atas 18 jumlah penyertaan. Link anda telah dihantar kepada juri. InsyaAllah result saya akan keluarkan secepat mungkin (by this week)...Saya dah jengah ke semua blog peserta cuma mungkin ada yang saya tak dapat tinggal msg (puas tekan kat bahagian komen tu tapi tak keluar2 jugak). Di bawah senarai peserta  untuk lucky draw. Sila semak ye jika ada yang saya tercicir

  1. SujueZ
  2. Sarah
  3. Zai Kulim
  4. Fida
  5. Zie
  6. Yantz-yeem
  7. Akma
  8. Anin
  9. Umi Nor
  10. Mama Zharfan
  11. arissa.soleha
  12. Mamalyna
  13. Em's Family
  14. Nida
  15. Nur Irfan
  16. Segalanya kuterima
  17. Nana

Oh ye pasal hadiah misteri yang akan dipilih secara undi, inilah hadiahnya

Orange Onion Keeper


 Pic dari catalogue

Dan tak lupa saguhati penyertaan untuk SEMUA


akan dihantar melalaui email

**Hayatizain : Sesiapa yang terlupa meninggalkan jejak email dan sudi menerima voucher ini sila tinggalkan email anda di bahagian comments. Thank you  semua. 

Siapa mahu tupperware percuma?

14 March, 2010

STICKY POST. PLEASE SCROLL DOWN FOR LATEST ENTRY.

Alhamdulillah sempena 2010 saya sekali lagi nak menganjurkan giveaway. Hadiahnya..? Sila lihat di bawah



2  CNY Plum Blossoms Collection (950 ml each) . Bunga itu sekadar hiasan :)



Tajaan




Syarat-syarat penyertaan giveaway.


  1. Letakkan gambar hadiah di atas (link to bungakesidang.blogspot.com) dan badge penaja dini-tupperwarekiosk (link to dini-tupperwarekiosk.blogspot.com)

  2. Buat satu entry berkenaan  AZAM/PERUBAHAN/MATLAMAT YG ANDA MAHU LAKSANAKAN DI 2010 (sila nyatakan satu sahaja)

  3. Nyatakan LANGKAH-LANGKAH/USAHA/STRATEGI anda untuk mencapainya

  4. Sila tinggalkan link di bahagian komen dan alamat email anda

  5. Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti oleh 2 orang juri

  6. Tarikh tutup adalah pada 14 MARCH 2010

Apa lagi yang menunggu anda selain hadiah di atas?


  1. Satu hadiah misteri (pastinya barangan tupperware). Ia akan dipilih berdasarkan cabutan undi 

  2. Saguhati penyertaan - Discount vouchers (5-10%) untuk pembelian melalui dini-tupperwarekiosk.blogspot.com (akan diberi pada setiap peserta. Boleh gunakan pada bila-bila masa kerana tiada tarikh luput)
Siapa mahu tupperware percuma? Silalah berkongsi dengan saya azam dan matlamat anda.

** hayatizain : Jangan takut untuk bermimpi kerana telah banyak mimpi terbukti menjadi realiti. Mimpilah sesuatu yang mendorong kebaikkan kerana pasti Dia yang Maha Penyayang akan membuka jalan.

Di Sebalik Cinta Tanpa Syarat

09 March, 2010

Entry ini dipetik dari halaman Saifulislam.com milik ustaz Hasrizal. Di sana tempat saya mengutip ilmu demi memperbaiki diri. Di sana juga selalu ada entry yang buat hati saya terubat dan bersemangat apabila lelah dengan urusan dunia. Terima kasih ustaz


******************************

“Anak-anak, dalam kereta duduk elok-elok. Pakai tali pinggang. Bahaya kalau berdiri” saya mengomel.

Naurah dan Imad berada di kerusi belakang.Mereka berebut makanan yang saya beli semasa ke UTP sehari sebelumnya. Ada kerepek pisang tergantung di belakang.“Allah, lupa pula yang hari ini Yeop ada kelas Taekwondo” saya merungut sendirian semasa melihat murid-murid Khalifah Model School rancak berlari mengelilingi premis KMS dengan pakaian lengkap mereka.
Kreta saya berhentikan di tepi jalan.

Cuaca sangat panas.

Pagi tadi saya demam panas. Mungkin keletihan yang berlebihan selepas memandu jauh dari Kuala Lumpur ke UTP di Sri Iskandar Perak dan kemudian pulang ke KL pada malam yang sama. Kuliah Zohor terpaksa saya batalkan.

“Ummi habis kerja hari ini jam 5. Kalau ambil Yeop dulu pun tak apa” saya membaca sms yang isteri hantar.

Ada sejam lagi sebelum pukul 5. Cuaca yang panas menyebabkan saya bertindak pulang semula ke rumah.

“Naurah, Imad, botol air tu bukankah ada dua. Tak perlu berebut. Nanti tumpah” saya menegur anak-anak yang tidak henti-henti berperang di belakang.

Telefon bimbit saya letakkan di tempat meletak cawan di kiri kerusi pemandu. Ia tempat biasa saya meletakkan telefon.

“Ehh, apa yang basah ini?” saya sedikit terkejut melihat percikan air di gear kereta.

Kesibukan jalanraya menyebabkan saya tidak berpeluang menoleh ke kiri dan kanan. Percikan air itu saya abaikan dan perhatian terus ditumpukan kepada jalanraya.

Setibanya di rumah, saya mahu membaca sms berbaki.

Allahu Akbar!

Seperti tidak percaya, Iphone berusia setahun lebih dan masih awet muda itu terendam di dalam tempat meletak cawan. Air mineral dengan jumlah hampir sebotol telah tersiram ke dalam bekas itu dan Iphone saya bergaya seperti kapal selam. Sebaik sahaja telefon itu dikeluarkan, tangan saya tersentak kerana terkena renjatan elektrik. Jika telefon lain, harus sahaja saya cabut baterinya segera untuk dikeringkan. Tetapi bagi Iphone yang baterinya berada di dalam, tambahan pula dengan wayar charger yang masih terlekat padanya, Iphone saya sudah Qaalu Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’oon!

Semasa menoleh ke belakang, Naurah memerhatikan saya sambil tangannya masih memegang botol air mineral yang sudah kosong. Imad pula menunding-nunding jari ke arah kakaknya.

“Kakak buat, kakak buat!” kata Imad.

Saya menelan air liur.

Antara marah yang bersangatan dan sayang kepada anak yang tidak bersyarat, saya hanya mampu melepaskan satu keluhan yang sangat dalam untuk membuang segala tekanan.

Marahlah anak.

Tetapi jangan sampai melabelnya.

“Bodoh! Degil! Kamu memang macam itu!”

Semua label, adalah kesimpulan kita tentang seorang anak. Apabila kita membuat kesimpulan, bererti kita telah memuktamadkan siapa anak kita. Kesimpulan itu menjadi doa. Hodohnya bahasa seorang bapa atau ibu jika yang didoakannya adalah kebodohan, kedegilan dan kenakalan si anak.

Saya mengurut dada, merenung tajam Naurah dan Imad dan mengekang lidah daripada menyebut apa-apa. Ketakutan mereka melihat renungan tajam saya, sudah memadai untuk hari itu.

BUKAN UNTUK BERGAYA

Saya membeli Iphone, sama seperti tujuan saya membeli telefon-telefon yang lain sebelumnya. Ia bukan untuk bergaya, tetapi saya yang sudah menggunakan PDA semenjak Palm V di tahun 1998 lagi, menggunakan seluruh fungsi yang ada di dalam telefon tersebut. Email, kalendar, Quran Search, Text and Bookmarking, Jadual Solat Satelit, Currency Converter, E-book, nota ceramah, kamera, Ipod, Safari Browser untuk internet, RSS Feed dan hampir 80% fungsi yang ada, kesemuanya saya gunakan dengan penuh optimum.

Kehilangan Iphone menyebabkan saya seperti kebakaran pejabat!

Terkenang kembali kerja keras hingga hilang separuh nyawa untuk membelinya, RM2000 hilang sekelip mata.

“Hari ini kalian Abi maafkan. Tetapi 10 tahun daripada sekarang Abi akan ceritakan kembali. Bukan untuk membalas dendam atau mengungkit-ungkit, tetapi sekadar mahu mengingatkan kamu sebagai remaja di hari itu, ada banyak kisah CINTA TANPA SYARAT seorang bapa dan ibu yang mungkin kamu telah lupa. Jangan mudah meremehkan ibu bapamu. Kalian mungkin lebih bijak dari ibu dan bapa. Tetapi mustahil kalian sebagai anak mampu bertanding dengan kasih sayang seorang ibu dan bapa” saya mengomel sendirian.


TRAGIS

“Ustaz, saya nak menjemput ustaz ke sekolah isteri saya di Putra Jaya pada 5hb akan datang. Ustaz berkelapangan?” tanya seorang ustaz semasa saya minum ringan selepas berceramah di Bangi.


“Sekejap ya. Bagi saya periksa jadual terlebih dahulu!” saya menjawab.

Tangan meraba-raba poket.

“Eh…” saya kebingungan.

Thahurun Insya Allah…


Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak daripada kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com


68000 AMPANG



Anak-anakku maafkan mama jika kadangkala marah-marah di kala kalian buat sesuatu di luar jangkauan. Sesungguhnya mama hanya seorang wanita biasa yang menyayangi kalian seluruh jiwa dan raga

**hayatizain : Sentiasa kagum dengan gaya penulisan Ustaz Hasrizal dan isterinya Dr Nazhatul Muna (Ummusaif.com).

Setiap anak itu berbeza

08 March, 2010

Aqil dulu umur 10 bulan dah berjalan. Bila 1st birthday dah boleh berlari

Dini lagi 12 hari nak genap setahun. Baru bertatih-tatih @ lesen L. Jalan 2-3 tapak jatuh. Lebih suka kita pimpin tangannya (anak perempuan memang manja). Tapi saya terharu tengok




Dia ambil seluar dari bakul baju yang mama tak lipat-lipat sebab tak sempat dan cuba pakai sendiri. Seingat saya Aqil hanya mencuba seperti ini setelah umurnya setahun lebih. Walaupun seluar pilihan Dini warnanya totally out dengan warna baju tapi dia tahu pulak itu seluar. Ini semua gara-gara mama turun bawah buat susu untuk abangnya dan lambat  pakaikan seluar lepas dia mandi

**hayatizain : Mama Monday blues. 2 hari berkepit dengan anak-anak masuk kerja dari pagi tadi teringat-ingat pada mereka

Kad ceri Maybank Berhad

Last week sempat ke Maybank untuk buka account (orang lain dah lama ada saya je yang baru nak buka). Rasanya senang kalau ada acc maybank sebab ramai yang guna. All this while kalau beli apa-apa online and orang yang jual tu guna account maybank saya menepek kat hubby pinjam acc dia (of course me bayar cash dekat hubby huhuhu). Bukan apa rasa confident sikit sebab bila transfer dari bank yang sama terang tang-tang keluar nama penerima tu.

Tapi kali ni saya bukak acc maybank bukan sebab nak mudahkan online shopping tanpa perlu melalui parlimen@hubby . Semua ini untuk merealisasikan salah satu azam 2010. Target tahun ni nak upgrade my online shop Dini-tupperwarekiosk. Sebab tu nak kena dapatkan


Kad ceri @ debit card  Maybank


Bila dah dapat kad ni saya link kan ke my PayPal account. Maybank Debit card boleh digunakan untuk withdrawal dari PayPal. Bila dah link bermakna  sekarang dini-tupperwarekiosk boleh menerima bayaran secara kad kredit (melalui PayPal). Silalah singgah ye cuci mata. Untuk March ni ada 5% discounts untuk semua barang. Don't worry tiada cas tambahan atau cas perkhidmatan yang anda perlu bayar jika pembelian menggunakan kad kredit. Semua cas-cas tu saya sebagai merchant yang tanggung beres. PayPal juga saluran yang selamat untuk transaksi kad kredit. Siapa yang masih confused tentang PayPal boleh baca di sini .


Ada orang cakap dengan saya debit card Maybank kurang selamat sebab link terus ke saving account kita. (For me it is still ok kot sbb Maybank bukan my primary account @ bukan acc untuk gaji bulan-bulan). Kalau kad ni dicuri atau jatuh ke tangan orang lain yang tak bertanggungjawab seronok-seronok je dia joli katak gi shopping. Ye lah signature kat belakang tu sape je boleh tiru. Bila saya baca komen-komen di internet salah satu langkah keselamatan ialah tetapkan had maksima yang boleh digunakan untuk transaksi online atau kaunter. Had ini boleh ditetapkan masa kita isi borang untuk application. Lagi satu bank officer tu ingatkan saya supaya tak gunakan debit kad ni untuk isi minyak. Katanya kalau guna RM200 akan ditolak. But of course later MBB will return the money. Tapi tak ingat pulak dalam tempoh berapa lama sebab saya terlalu excited tengok pic buah ceri yang cute di kad.

MARCH SPECIAL DISCOUNTS @
Dinitupperwarekiosk sempena nama my daughter. Kalau ada rezeki dapat baby girl lagi lepas ni mama kena fikir nak bukak kiosk yang baru :)

**hayatizain : baru nak berjinak-jinak dengan perniagaan di ebay tapi banyak lagi tips yang perlu dipelajari. Minggu ini terlalu sibuk dengan meeting..vetting...marking..sampai saya pun dah naik pening. I think i need window shopping...hehehe


Bidan terjun yang tak ready nak terjun

23 February, 2010

CNY yang lepas kami sekeluarga menghadiri wedding sepupu hubby di kampung. Sungguh meriah. Semua juadah di masak secara bergotong-royong.  Sebaik sampai saya terus menjenguk ke dapur untuk menawarkan pertolongan. Kalau setakat susun-susun pinggan, atau masukkan kuih dan lauk-pauk ke dalam pinggan mangkuk memang tak menjadi masalah. Sekali................................

saya diminta tolong siapkan ukiran sayur untuk makan pengantin . Kata tuan rumah buat simple2 je tak pe. Masalahnya yang simple pun saya tak pernah buat ...waaaaaaa.... masa kenduri kahwin saya dan dua orang adik yang lain kami tak pernah ambil tahu pasal hidangan makan pengantin. Cuma hulurkan duit pada mama minta tolong tempahkan...Berpeluh-peluh rasanya pegang pisau sambil tengok timun dan cili depan mata. Mujurlah kak ngah (cousin hubby) tunjukkan sedikit caranya...lepas tu saya kena buat seorang diri sebab semua orang sibuk dengan benda lain...Saya potong timun dan buat hirisan di tepi ala-ala sayap dan buat cili bunga. Dah siap rendam dalam air garam untuk kembangkannya...wah seronok pulak rasanya...tak ambil gambar pun sebab segan. Nanti apa pulak kata makcik-makcik yang ada di situ. Buat kerja sikit sibuk nak tangkap gambar macam pengukir profesional..hehehe

Balik ke rumah saya terus surf cara-cara nak mengukir sayur dan buah. Memang banyak tapi setengah tu terlalu advanced (for me) seperti ini





Harus berpegang pada realiti saya tak akan mampu buat seperti itu. Jadi cari yang senang-senang je dan paste di sini. Untuk rujukan saya di masa hadapan. Manalah tahu kena jadi bidan terjun lagi....at least akan lebih confident untuk memberikan yang terbaik (perasan sekejap...hehehehe)



Rose from tomato



Watermelon basket ni pun nampak menarik. Untuk majlis-majlis biasa pun kita boleh cuba buat untuk fruit salad . Saya ada jumpa video tapi tak de code untuk paste di sini. If you are interested can click here


Mangga potong macam ni pun ok. Senang pengantin nak makan (kiub kecil). Sesuai juga untuk hiasan pulut mangga..nyum..nyum


** hayatizain :  Mama saya seorang yang seni dan mahir dengan kraftangan. Anaknya ini hanya seorang yang 'keras tangan'

Having fun with homemade paint

07 February, 2010

Minggu ini saya buat homemade paint untuk anak-anak bermain mengisi masa lapang. Resepi boleh didapati di sini .




Buat warna hijau dan merah sebagai percubaan

Aqil tak sabar-sabar nak mula dulu walaupun Dini tengah tidur

Adik Dini join the session


Aqil serius melakar idea di atas sekeping kertas, Dini pulak lebih suka mengeksplorasi

Dini yang happy. Dia berjaya mengendalikan berus dengan baik untuk mendapatkan warna di dalam mangkuk kecil

Tekun menyiapkan lukisan masing-masing

ouchh...it hurts

05 February, 2010



I'm having a BIG problem now. My little princess sangat suka "testing dia punya gigi"  ketika menyusu. When I pull her away from the b***** she grinned at me like she had done something really funny. Oh no sayang..please don't do this to mama.

Some tips yang saya sempat cari. Hope it work for me...



• ”It Hurts!” It is important to let your baby know that it hurts you when they bite. Saying, “Ouch! Biting hurts Mommy!” is very appropriate. Even very young babies can understand the tone of your voice. Let them know that you are not pleased with them at all. (Done but still no improvement..huhuhu)


• End the Session. Unlatch your baby by sliding your finger into the side of his mouth to break the suction. Your first reaction may be to just pull the baby off, but this can cause soreness in your nipples. It is best to break the suction first. Do this immediately if he bites. This lets the baby know that biting ends his feeding time. Do not offer the breast again for at least 15 minutes.  (Done also)


• Baby Time Out. For some babies, not nursing is discouragement enough. For others who might be a little more persistent, you might need to take additional steps. If it keeps happening, end the session and put your baby down for a few minutes. This is like a baby time out. They learn that they don't get to be near you if they bite. (Will try)

• Learn The Cues. Babies often bite when they are bored or are frustrated. If a baby is easily distracted, nursing in a quiet room will help minimize distractions. A nursing necklace that is only offered at feeding times can prevent boredom. Pay attention to his cues. If he is getting restless or pulling away, go ahead and take him off and offer the breast again later. If you learn to anticipate it, you can prevent it. (Will try)

• Teething. Teething is another common reason. Try offering a teething baby something to chew on before the feeding. (Waa...Babies biscuit di rumah dah habis. Petang nanti balik kerja nak kena beli)

• Correct Latching. If a baby is latched on correctly, the nipple should be about an inch behind his teeth. If he is actively nursing in a correct position it is physically impossible for him to bite. Many biting incidents occur when the nipple slips out of position and comes back toward the front of the mouth. This happens mostly when a feeding is winding down or the baby is sleepy. When you feel this change in position go ahead and end the feeding. (Rasanya latching tak de masalah. Before this tak de pulak dia mengigit)


Source : http://www.breastfeeding-magazine.com/baby-biting.html





Buah hati pengarang jantung mama, papa dan abang aqil

Terbongkar rahsia

04 February, 2010

Pagi ahad lepas di kala saya sibuk bersilat dengan anak2 selepas hubby ke kelas seorang kawan lama menelefon. Katanya dia sekarang tengah kelam-kabut di dapur sebab malam nanti keluarga mertuanya nak datang untuk makan malam. Dia minta pada saya



resepi nasi ayam macam saya buat masa open house dulu (NO PROBLEM)
cara nak potong ayam (HAAAA...ABIS TERBONGKAR RAHSIAKU)


Setakat hari dan ketika ini , di usia 29 tahun saya memang tak pernah potong ayam. I mean dari whole chicken macam ni kepada bahagian-bahagian kecil.



Source of pic : yahoo


Papa saya dari dulu sampai sekarang kalau ke pasar memang akan beli ayam yang dah siap dipotong untuk mama masak. Mama saya seorang guru dengan tujuh orang anak yang kuat makan jadi masa-masa di dapur sangatlah berharga. Oleh kerana itu anak-anak perempuan En Zain sama ada yang masih bujang ataupun dah jadi mak orang mmg tak pernah "kerjakan" ayam. Sejak berkahwin kalau hubby pergi beli ayam saya pesan minta penjual potongkan siap-siap macam ni .



Satu ekor ayam diasingkan kepada 2 bahagian.


Setakat hari ini pasar tempat hubby selalu beli ayam berdekatan rumah saya pekerja-pekerjanya memang cekap sekali. Pernah beli 6 ekor masa buat open house dulu ,pekerja-pekerjanya tak kisah nak tolong potong kan dalam masa yang cukup pantas. Balik rumah basuh dengan halia dan tepung. Lepas tu saya asingkan kepada beberapa bahagian (supaya mudah untuk thaw bila nak masak). Masuk dalam FreezerMate Tupperware dan simpan dalam freezer. Siap....



Atas dasar menolong kawan yang dah macam nak menangis tengok 2 ekor ayam depan mata tapi tak tahu nak potong macam mana saya dengan gigihnya mencari instruction 'HOW TO CUT WHOLE CHICKEN' di internet (rumahnya tak de internet sebab baru 2 minggu pindah). Katanya lagi nak telefon tanya orang lain segan. Dengan saya je dia leh buat muka tembok . Huhuhu...nasib baik kawan lama kalau tak dah lama kena sekeh. Banyak juga website yang berkaitan. Video demo pun ada. Lenguh jari tangkap gambar kat screen laptop hantar MMS. Mujurlah rombongan tetamu nak datang makan malam, kalau datang makan tengahari gi cari ayam siap masak kat kedai ajela Fida.....hehehe jangan marah..


Saja letak instruction di sini. Manala tahu berguna untuk saya di masa hadapan.

Source : http://www.gourmetsleuth.com