Kami bertolak dari Hitachi ke Tokyo menaiki MPV yang disewa Toyota Voxy. Alhamdulillah Sungguh selesa untuk kami berlapan walaupun dipasang dengan dua car seat (untuk Dini and my nephew Farhan).
Sampai di parking Disneyland kira-kira 9.30 pagi. Mula beratur untuk beli tiket. Pengunjung dah mula ramai di main entrance
Perkhidmatan sewa stroller
Parade
Parade sempena Krismas. My niece, Farihah sangat excited bila nampak Mickey and Minnie Mouse. Tapi hero saya sepanjang parade asyik tanya "mana dia otomen?" (Habisla ..mana mama nak cari ultraman dalam Disneyland ni).
Toontown
Naik bot di It's a Small World
Bila nak masuk ke mana-mana semua stroller di tinggal di luar macam tu aje. Branded belaka pulak tu. Sekurang-kurangnya Maclaren. Terasa sungguh kerdil stroller Swett Cherry ku.
Baby Centre.
Lengkap dengan bilik-bilik untuk breastfeeding, diaper changing room, feeding room and waiting room for papa-papa. Sangat luas dan selesa. Tak sempat nak snap picture di dalam sebab "bersilat" dengan Dini. Tengah-tengah syok main dia meraung nak menyusu. Bila bawak masuk sibuk pulak pusing kepala sana sini tengok anak-anak Jepun kat dalam tu. Huhuhu..sian mama tak dapat naik ride.
Banyak stall jual cenderamata kat dalam ni. Mula-mula tak plan nak beli apa-apa pun tapi sebab tak tahan kesejukan di kepala
sebab tak pernah merasa winter jadi pakai tudung nipis je saya beli jugak topi mickey. Jadi hari ni saya berjalan-jalan di Disneyland dengan 4 telinga ye.
Berkelah dengan nikmat sebab ada heater
Tengahari keluar sekejap makan homemade nasi lemak di dalam kereta (thank u along yang susah payah masak). Selepas makan masuk semula dan ronda sampai gelap
Kids excited sampai tertidur . Aqil je tak tidur sebab tak puas hati tak jumpa ultraman
Since sekarang tengah winter jadi pukul 3.30 hari dah mula gelap. Mula-mula rasa pelik je sebab kalau kat Malaysia ni tengah sibuk lagi kat tempat kerja.
Naik cruise. Tom Sawyer Island Raft. Mama with topi mickey
Dalam pukul 8 lebih kami keluar dan check in di Sunroute Plaza Tokyo yang terletak kira-kira 400m dari parking Disneyland. Sunroute Plaza adalah salah satu Tokyo Disney Resort ® official hotels. Perkhidmatan shuttle bas ada disediakan dari hotel ke Disneyland
Shuttle bas yang comel
Nasi Jepun, veggies, salmon and fruits
Makan malam di hotel sahaja sebab masing-masing dah keletihan nak keluar jalan-jalan cari makan.
Ini pengalaman pertama saya tinggal di hotel di Japan. Tak dapat nak komen banyak-banyak. So far saya sangat berpuas hati dengan hotel ini. Terima kasih lagi buat along yang telah bersusah payah merancang untuk penginapan (survey, booking hotel etc) .