Puding roti kukus untuk baby dan kanak-kanak

21 October, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni nak kongsi satu resepi dessert yang berkhasiat, cepat dan mudah disediakan untuk baby 9 bulan ke atas dan kanak-kanak iaitu PUDING ROTI KUKUS. Resepi ini menggunakan telur jadi hanya sesuai jika baby tidak allergic kepada telur

Bahan-bahan asas
2 keping roti putih
1 biji telur
125ml  susu segar (Mama guna 1 kotak  dutch lady kids yang kecik comel tu)

Senang je kan bahan asas dia. Kalau untuk baby bawak 1 year tak payah letak gula. Kalau anak dah besar (toddler) bolehla campurkan 1 sudu gula perang.

Cara membuatnya :
Carikkan roti kecil-kecil dan masukkan ke dalam bekas yang boleh dikukus
Tuangkan susu dan biarkan roti terendam
Pukul telur dan gula (jika letak gula). Masukkan ke dalam campuran tadi
kacau sedikit supaya sebati
Masukkan bahan-bahan lain yang dirasakan sesuai.(buah, yogurt etc)


Gambar di bawah mama letak buah currant dan pisang



Letak calci yum perasa strawberry pun sedap



Selepas itu biarkan adunan kira-kira 5 minit
Masukkan dalam pengukus. Kukus kira-kira 20 minit. Seperti biasa mama gunakan steam it Tupperware.  Memang mudah. Senang basuh, ringan dan praktikal kalau nak kukus makanan dalam portion kecil. Ada a few entries yang mama tulis pasal kegunaan steam it tupperware ni.

Dah masak


Bila diceduk puding ni lembut. Sedap dimakan suam-suam. .



2 beradik sedang menikmati. Aqil kurang sikit bab dessert. Dia suka kuih pedas2 macam karipap



Ni untuk mama. Dalam letak sedikit oat dan badam . Atas letak parutan choc. Sedap di makan selepas disejukkan dalam peti ais. nyum..nyum


Selamat mencuba..

Homemade creamy chicken soup

17 October, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aqil, Dini dan Mr Hubby memang suka makan creamy chicken soup. Kalau kami berpeluang makan di Nandos atau Kenny Rogers itu menu wajib. Sesekali Mr Hubby belikan chicken soup kimball yang dalam tin tu. Memang mudah. Buka tin, tuang dalam periuk , tambah air dan panaskan. Tapi entah kenapa mama kurang gemar. Rasa sedih sebab itu favourite food anak dan suami tapi makan yang instant punya.
 
Bila ada masa terluang mama cuba cari cara buat creamy chicken soup Memang banyak version. Akhirnya setakat hari ini sudah berjaya buat sudah 2 kali. Preparation leceh sedikit tetapi untuk hidangan kepada keluarga apa salahnya. 

Mula-mula buat chicken stock dulu. Untuk chicken stock mama gunakan rangka ayam. Beli je kat Mydin. Bersihkan rangka ayam dan buang segala lemak-lemak.


Masukkan dalam periuk dengan bawang holland, carot dan celery. Masukkan air secukupnya dan rebus. Mula-mula kuatkan api sehingga mendidih. Bila dah mendidih perlahankan api. Mama rebus dalam satu jam setengah pada api yang kecil. Setelah suam tapiskan bahan-bahan. Sayur-sayur mama ketepikan. Bawang boleh dicampurkan dalam sup nanti.


Setelah siap chicken stock asingkan sedikit untuk dibekukan buat bubur Durra nanti. Kalau dah ada stock ayam memang mudah buat bubur bila balik kerja

Untuk sup langkah pertama panaskan 1 sudu butter dan sedikit minyak jagung (boleh juga guna butter je semua). Masukkan 2 sudu besar tepung gandum. Kacau sehingga campuran jadi berbuih-buih

Tambahkan stok ayam dan susu segar. Mama guna susu full cream dutch lady je. (At this  stage mama dah asingkan sedikit  untuk Durra ke dalam periuk kecil yang lain sebab untuk dia tak nak letak cream dan garam).

Tambahkan cream (Mama guna cream jenama nestle)

Masak sehingga kepekatan yang dikehendaki. Tambahkan isi ayam . Mama guna isi ayam yang ada pada rangka ayam. Carik-carikkan dan masuk ke dalam sup.

Tambahkan garam, lada hitam dan daun pasley kering.

Setelah siap bolehlah dihidangkan dengan garlic bread.  Mama guna roti gardenia je buat garlic bread.

 
Alhamdulillah semua orang suka.
 

Spagheti kuah ketam

04 October, 2012

Assalamaualaikum dan salam sejahtera


Dah beberapa minggu Dini asyik menyanyi

Dini nak crab...Dini nak crab..Mama tangkapla crab

Huhu anak-anak sekarang. Dah pandai demand nak makan crab. Rasanya masa sebaya Dini dulu (3 tahun lebih) mama hanya makan ikan dan ayam.

Kesian dia. Tiap kali makan malam tanya bila mama nak tangkap crab. Dia ingat mamanya ni pemancing agaknya. Tapi salah sendiri jugak sebab bila masak udang dia tanya mama beli kat mana udang ni mama akan jawab "Mama tangkap sendiri" hihihi

Minggu lepas berjaya tangkap 5 ekor ketam kat Mydin. Besar-besar jugak. Tapi hampir setiap hari sampai lambat tak sempat nak masak. Weekends lepas pun macam-macam hal. Kebetulan semalam sampai awal sikit dari biasa. Tak ambil lagi kids dari nurseri tapi terus bergegas masuk dapur. Nak buat spagheti kuah ketam express in 30 minutes. Kalau lama sangat nanti kena bayar overtime anak-anak kat nurseri. Resepi ni mama reka-reka je gabungan dari beberapa resepi mee ketam yang pernah baca di internet. Siapa nak masak cepat bolehla cuba ye

Bahan-bahan
Ketam
2 biji ubi keledek (rebus dan lecek)
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Cili kering (potong serong)
1 sudu serbuk kari ikan
1 tin tomato soup Kimball

Hiasan:
Telur rebus
Sawi (dicelur)
Bawang goreng
Hirisan limau

Cara-caranya

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang didadu dengan potongan cili kering. Portion cili kering bergantung pada tahap kepedasan yang dikehendaki. Nak guna cili mesin pun boleh. Mama tak boleh buat pedas sangat sebab Aqil dan Dini nak makan sekali
  2. Setelah layu masukkan serbuk kari ikan. Tumis hingga naik minyak
  3. Masukkan ketam. Balik-balikkan sebentar.
  4. Tuang tomato soup Kimball. Tambah air
  5. Masukkan keledek yang dilecek untuk memekatkan kuah
  6. Perasakan dengan garam

InsyaAllah siap kurang dari 30 minutes. Tapi dengan syarat ubi keledek tu rebus awal-awal. Semalam kami makan kosong je (tak de bahan-bahan hiasan) tapi laju jugak. Mama masak kuah dan rebus spagheti sebelah menyebelah (Nak guna mee kuning pun boleh). Dah siap terus keluar ambil anak. Tak sempat nak tangkap gambar masa hidang. Masa makan lagi la tak menang tangan. Durra sekarang dah pandai nak bangun dari baby chair panjat meja makan macam spiderman.
 
Bahan-bahan yang ditumis

Keledek mama hancurkan guna Tupperware Turbo Chopper. Senang sangat.

Ketam berenang di dalam kuah


Alhamdulillah tercapailah hajat Dini nak makan crab. Banyak betul dia makan sampai kami terpaksa takut-takutkan dia supaya berhenti makan. Orang dewasa semua dah selesai dia masih di meja makan mengorek-ngorek isi ketam.Aduhaiiii princess seorang ni.



Tips supaya baju kanak-kanak tahan lama

02 October, 2012



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tips ini mama pernah kongsi di FB casabonda mama and kids. Tetapi letak di bahagian post bukan notes. Bila ada reader yang bertanya balik...waduh-waduh lenguh nak cari di wall. Jadi mama cut and paste di blog. Senang nak cari.
 
Semua point adalah berdasarkan pengalaman. Mungkin ada yang setuju mungkin tak. Untuk tahan lama sesuatu baju tak semestinya kena berjenama mahal-mahal. Yang penting cara menjaganya. Baju yang masih elok boleh diwariskan pada adik beradik yang lain. Buat apa nak membeli yang baru banyak-banyak. Budak-budak ni cepat membesar. Pakai sekejap dah tak muat. Kalau rasa dah timang "si bongsu" baju yang elok juga boleh disedekahkan. Dapat pahala
 
Tips supaya baju kanak-kanak tahan lama (sedikit pengalaman dari saya sebagai seorang ibu)



# TIPS 1
Jika baju ada print dari getah atau felt di bahagian hadapan, terbalikkan baju semasa membasuh di dalam mesin. 


 
Contoh baju yang ada print. Pastikan print diterbalikkan ke bahagian dalam

 
#TIPS 2
Terbalikkan semua baju semasa menjemur di ampaian atau menggunakan dryer. Cahaya matahari yang terik boleh membuatkan warna baju cepat pudar


Lebih senang terbalikkan awal-awal semasa membasuh.
 
 
#TIPS 3
Jangan campurkan pakaian berwarna gelap (seperti jeans atau seluar) kanak-kanak dengan pakaian berwarna cerah seperti putih, pink dan dan lain-lain. Jangan campurkan baju yang terlalu kotor (ada selut, tanah etc) dengan baju-baju harian biasa semasa membasuh.
 
Pakaian berwarna gelap selalunya kan turun warna sedikit apabila di basuh. Jika di campur semasa membasuh, baju berwarna cerah akan cepat nampak kusam.

 
 
Contohnya set baju di atas. Jangan sesekali basuh inner dan overall denim tu sekali. Nanti inner di dalam akan nampak kusam. Dah tak ceria warnanya.
 
 
 # TIPS 3
Gunakan laundry mesh bag untuk untuk pakaian kecil seperti bib, mittens, baby tight underwear, socks dan sebagainya.

 
Socks, mitten , bib jika tidak dimasukkan dalam laundry mesh bag ia mungkin berpintal-pintal antara baju-baju yang besar. Jadi akan cepat rosak sebab tertarik-tarik.
 

# TIPS 4
Kurangkan pengunaan detergen untuk membasuh baju kanak-kanak atau gunakan detergen khas untuk pakaian kanak-kanak.
Bukan nak promote mana-mana company tapi inilah contoh detergent khas untuk baby. Mama selalu guna NappiKleen atau Kiddie Wash cosway. Tengoklah mana-mana yang sempat dibeli


 
# TIPS 5
Jika baju terkena bahan berminyak seperi kuah makanan taburkan  baby powder dan biarkan kira-kira 30 minutes. Kemudian basuh bahagian tersebut dengan sabun mandi di sinki. Selepas itu baru masukkan ke dalam mesin.
 
It's an inexpensive way to literally save your clothes.
 
# TIPS 6
Jahit butang baju terutama butang hadapan kemeja anak lelaki yang kecil atau aksesori tambahan (manik, bunga) pada dress anak perempuan.
Maksud mama jahit kembali butang atau aksesori yang telah tersedia berjahit. Tak boleh bergantung 100% pada jahitan asal. Jahitan kedua selalunya akan lebih mengukuhkan dan mengelakkan cepat tertanggal. Maklumlah kanak-kanak ni suka bermain.
 
Untuk dress ni sebelum Dini  pakai mama dah buat jahitan kedua untuk bunga ros satin di pinggang tu untuk lebih mengukuhkan. Kalau tak buat macam tu takut tercabut dan tercicir tak tahu di mana. Maklumlah anak dara saya walaupun pakai dress tapi tetap main lari-lari macam football player. And for the last raya Aidilfitri she requested baju kurung with beads (budak2 sekarang..3 tahun dan pandai) . For 3 days Mama jahit balik manik-manik untuk lebih mengukuhkan supaya tak de adegan manik berterabur di hari raya. Mujur manik besar-besar.
 
 
# TIPS 7
Fahami "care label symbols" pada pakaian
 
Ada label care yang menggunakan simbol. Ada juga yang perkataan. Kalau material yang fragile selalunya kena hantar dobi untuk dry clean atau handwash. Jangan basuh guna washing machine. Rosak. Baju kanak-kanak selalunya mama basuh guna mode "soak" dan "delicate".
 
 
 
# Tips 8
Seterika baju sebelum disimpan
Tips yang mama nampak sangat berkesan tapi sekarang sejak ada 3 anak dah tak terdaya nak buat. Dulu baju-baju Aqil semua mama seterika termasuk baju harian yang pakai di nurseri. Baju-baju milik Aqil memang nampak masih elok walau sudah 5 tahun. Sebab belum rezeki nak dapat "geng lelaki" banyak baju-baju Aqil Mama beri pada anak saudara. Gembira hati tengok dia pakai masih nampak cantik. Gigih tau mak long seterika baju dulu hari-hari. Sesiapa yang bersemangat kuat bolehla mencuba tips ni.