Express homemade dimsum

06 December, 2011

Assalamualaikum

Resepi simple untuk dikongsi

Suatu hari teringin makan dimsum. Selepas puas mengoogle terhasillah hidangan di bawah. Rupanya senget benget sebab tak pandai melipat tapi rasanya sedap...tak sampai 5 minit  dah licin. Puas hati..Mama kukus guna steamer tupperware. Memang sayang dengan steamer comel ni. Sungguh praktikal untuk aktiviti kukus mengukus skala kecil. Entry lain mengenai steamer steam it tupperware boleh baca di sini dan sini


Untuk kulit Mama guna kulit wantan seperti di bawah.


Bahan-bahan untuk inti pula :
Isi ayam (dadu kecil)
udang (dadu kecil)
sos tiram
carrot (dadu kecil)
cili merah (racik halus)
Daun sup (racik halus)
Tepung jagung
Serbuk lada hitam
Garam

Gaul semua bahan-bahan dan perapkan seketika. Nak buat version goreng pun boleh (wantan) tapi untuk lebih healthy lebih baik version kukus. Kebanyakkan resepi letak minyak bijan sebab minyak bijan memang salah satu bahan utama dalam masakan ala cina. Tapi Mama tak letak sebab tak ada.

0 comments: