Buku Wardina Safiyyah : Mama saya lapar ....

14 June, 2010

Hari ini Mama sungguh stress. Stress sebab rindukan my parents dan adik-adik yang dah balik, stress rindukan suami dan anak-anak setelah beberapa hari asyik berkepit di hujung minggu, stress tengok kenapa jam lambat sangat berjalan, stress sebab banyak kerja yang datang last minute sedangkan esok Mama dah nak mula training di luar kampus dan macam-macam lagi..(huhuhu sabar..sabar). Jadi lunch hour tadi Mama pergi shopping dengan kawan untuk hilangkan stress (stress juga sebab kampus sunyi ramai orang cuti tapi kami tak cuti huhuhu) . Dari zaman anak dara sampai dah jadi Mama satu benda yang dapat hilangkan stress Mama ialah shopping BUKU. Kalau shopping benda lain (baju etc) habis shopping Mama akan lagi stress sebab menyesal tengok duit melayang sedangkan hari gaji masih jauh. Kalau shopping buku so far tak pernah lagi rasa menyesal. Selalunya akan rasa lebih bermotivasi dan bersemangat.

Hari ni Mama beli 2 buku. Buku-buku yang pastinya tiada kaitan lansung dengan bidang pengajaran Mama. Buku-buku untuk bersantai tapi masih sarat dengan ilmu. Salah satunya buku baru hasil penulisan Wardina Safiyyah bertajuk Mama Saya Lapar.



Mama tak sempat nak menelaah sepenuh perhatian lagi. Baru sempat baca beberapa mukasurat dan selak-selak dengan pantas sehingga ke mukasurat terakhir. Tapi dari pandangan pertama Mama buku ini menarik perhatian Mama kerana

  • Gambar foto yang berwarna-warni. Ada gambar Wardina dan anak-anak, sayur-sayuran, buah-buahan , resepi dan banyak lagi
  • Harga murah dan berpatutan. Naskhah setebal 166 mukasurat cuma RM19.90
  • Tulisan yang besar dan berwarna-warni (Yessss...ini penting bagi orang-orang macam Mama yang dah naik stress baca journal sebab nak siapkan research proposal untuk FRGS
  • Gaya bahasa yang santai tapi masih kaya dengan tips yang praktikal.


  

Gambar yang berwarna-warni . Meleleh air liur tengok tembikai ni. Balik nanti nak tunjuk pada Aqil sebab dia sangat susah nak makan buah


 
 Ada resepi


 
Tips yang praktikal kalau anak susah nak makan/memilih makan


 
                                                   Tulisan pada buku ini besar-besar. I like....

hayatizain : Tahniah kepada Wardina Safiyyah. Terima kasih kerana berkongsi ilmu, cerita dan inspirasi anda.

6 comments:

OneSimpleMother said...

macam best jer buku ni.. beli kt mana ye? kat MPH ada tk agak2nya? :)

hayatizain said...

kak mas,
saya beli di MPH Subang Prade. Saya rasa mana2 MPH ada jual. Sorry kak lambat response. dah 2-3 hari x sempat nak online

su said...

kt bookstore laen x de ke???nk beli gk...mcm bez je...

CatlinaFly said...

nak cari jugak lah buku ni..sy pun ah mati kutu nak masak utk anak..huhu

hayatizain said...

Su,

Saya tak pasti bookstore lain ada jual ke tak. Kalau Su tak jumpa tempat lain dan susah nak ke MPH mungkin boleh beli online di www.mphonline.com

Cat,
Buku ni ada bagi resepi tapi takdela banyak sangat. Tapi bolehla untuk kita dapat idea-idea baru.:)

ina said...

salam semua.i bought Siapa alien..simple but attractive for kids.good beginning for wardina. i'm looking forward to reading Mama sya Lapar.my kids love it when i raed Siapa ALien with facial expression.i agree with the good eating habits. junkfoods and tidbits are forbidden in my family. i give them healthy snacks such as fruits and cookies / cakes.they enjoy it very much.