Oatmeal makeover

08 June, 2010

Beberapa bulan lepas Mr Hubby telah membeli satu pack besar oat kerana konon-kononnya KAMI BERDUA hnaya nak makan oat untuk makan malam. Tetapi setelah beberapa hari tekak dan perut MELAYU kami seakan tidak dapat menerima oat setiap malam. Lama kelamaan oat dibiarkan sepi didalam Tupperware.

See ada 3 Tupperware penuh dengan oat. Dalam pic nampak macam kecil sebenarnya besar tu.

Bulan lepas adik Mama singgah ke Subang dalam perjalanan nak balik kampung kerana sekarang cuti semester. Nampaknya si bujang seorang ni pun pernah ada cita-cita macam kami. Dia tinggalkan lagi satu Tupperware oat yang katanya tak habis-habis makan dari dulu (ke tak makan pun sebenarnya).

Rasa macam sayang pulak tengok oat banyak-banyak tu. Mama mesti cari cara supaya lebih mudah di makan (dalam erti kata lain tak perlu air panas nak bancuh). Bila surf sana sini jumpa resepi HOMEMADE GRANOLA HONEY  dalam fotopages Shima. Menarik !!

Resepi Mama ikut 100% yang Shima bagi

HOMEMADE GRANOLA HONEY


2 1/2 cwn oats mentah
1 cwn mix nuts... - Mama letak almond je
1/4 cwn honey
1/4 cwn gula perang dibancuh dgn 4-5 s/d besar air suam (Boleh jugak guna golden syrup)
sedikit garam
2 s/b minyak masak
** buah2an kering cth kismis, apricot, kurma etc (optional) - Mama letak dried apricot je
** choc chips (optional)  - Mama letak choc rice

CARA:
1. dlm mangkuk besar..satukan oats, kacang & garam
2. dlm mangkuk kecil satukan honey, bancuhan gula & minyak masak...gaul sebati...
3. tuang bancuhan basah ke dlm mangkuk oats & kacau rata..pastikan sume bersalut mesra
4. ratakan atas dulang pembakar yg telah dialas dgn baking sheet/aluminium foil..
5. bakar dlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 165 celcius selama 30 min or perang..lebih lama dibakar lebih rangup...jgn sampai rentung sudahla..(i guna 2 dulang pembakar supaya masak rata)
6. kuarkan dr oven, pecah2kan granola yg berketul2 beso (time ni granola tu akan melekat2 antara satu sama lain) tp bila dah sejuk nnti dia akan mengeras & kering
7. bila dah sejuk barulah gaul bersama dried fruits or choc chips if suka..
8. pastikan dah betul2 sejuk br simpan dlm balang kedap udara & sesuai dibuat breakfast bersama susu segar




The mixing process


Dah siap dibakar. Campur apricot and choc rice


With milk. Nyummy......

Suka..suka..suka..Mr Hubby pun suka. Kalau nak beli yang kat supermarket tu boleh tahan mahal. Senang sebab tak payah nak bancuh dengan air panas. Tuang susu kotak je. Oat banyak lagi. Lepas ni bolehla buat lagi agih-agih kat my bro and sis bila they all dah mula belajar after habis cuti semester.

2 comments:

Unknown said...

maryam pun suka sgt makan cereal toasted oats, cm yg mdm buat nih. dulu pernah try buat, tp buat granola bars la. buat dua version, satu yg honey je, lg satu + peanut butter sebab ikut yg quaker breakfast br ada peanut butter hehe. kali ni nak try recipe mdm lah, bleh mkn ngn susu :) tq utk perkongsian recipe

hayatizain said...

Kalau buat yang bar lebih handy. Sesuai la untuk maryam bawak masa duty di hospital. Version madam sesuai makan kat rumah je. Tapi mdm bawak juga ke office. letak dalam tupperware. Nak makan tuang susu kotak.