Terasa kosong

14 June, 2010

Semalam parents, adik-adik dan anak sedara Mama bertolak pulang ke Taiping. Selepas mereka bertolak teratak dua tingkat kami terasa kosong. Bayangkanlah beberapa hari sebelum itu teratak kami dipenuhi dengan 9 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak. Sepanjang 4 hari mereka di sini,  Aqil dan Dini awal-awal pagi lagi dah bangun pergi ketuk 2 bilik tetamu. . Nak tidur malam pun kena paksa  sebab dua beradik ni  masih nak bergayut manja-manja dengan semua orang (Tutup lampu semua sampai gelap gelita. Terkebil-kebil dua budak ni tak puas hati. lama jugak baru tertidur ). Dari petang semalam Aqil dah mula merengek tanya Acu (my adik bongsu). Harap-harap hari ni dia makin OK selepas jumpa kawan-kawan di nurseri selepas ponteng nurseri dari Khamis lepas.

Khamis lepas kami semua sempat pergi ke cyberjaya untuk makan-makan. Sebenarnya ia lebih kepada Hari Ibu dan Hari Bapa celebration untuk my parents sebab opah (my mom) teringin nak makan makanan Arab. Pada mulanya Mama plan nak ke Al-Rawsha tapi saat-saat akhir tukar ke restoran Saba Cyberjaya sebab kami nak singgah Puchong melawat my cousin yang baru mendapat cahaya mata.

Sampai di Saba around 1.30 tengahari. Penuh tak de meja kosong. After 15 min baru kami dapat tempat duduk. Overall erm...sedih dan terkilan jugak nak cakap sebab food tak seperti yang dijangkakan (mungkin expectation saya terlalu tinggi sebab pernah makan yang lebih sedap). Malas nak komen banyak-banyak. Lain kali kalau my parents datang nak cuba  bawak ke Al-Rawsha dan D Tandoor pulak.




0 comments: