I don't want c-sect but...................

15 June, 2009




Pagi tadi saya ke pejabat pendaftar atas urusan cuti. Sempat bersembang dengan seorang staff dari Fakulti XXX semasa kami menunggu giliran. Dia sekarang sedang mengandungkan anak pertama (29 weeks)..Mukanya nampak sedih dan tak ceria..Lepas berbual pengenalan barulah dia menyuarakan sebab kesedihannya


Dia : next check up Dr mungkin akan set tarikh untuk saya operate

Saya : kenapa operate?

Dia : Placenta praevia type 3

Saya : InsyaAllah semua akan selamat..jgn risau sangat..jangan lasak2 sgt. kalau boleh minta MC awal

Dia : saya sedih kak. Bila saya cakap dekat rakan-rakan sekerja saya nak kena operate they all cakap senangla bersalin macam tu. Tak sakit..tak yah meneran..tak susah –susah macam kami dulu. Saya rasa “down”. Tak rasa macam ibu sejati.

Hati saya sedih Allah sahaja yang tahu. Kesiannya ibu muda ini. Berjumpa dengan orang-orang yang “begini” di saat dia perlukan sokongan. Kelahiran secara caesarian memang tidak sakit (semasa pembedahan sahaja ye), tidak payah meneran tetapi tahukah mereka apa yang kami rasa selepas itu. Saya adalah seorang ibu yang pernah melalui Caesarian. Bukan sekali tetapi DUA kali. Saya menandatangani surat persetujuan bukan kerana takutkan sakit di labour room tetapi demi keselamatan anak yang saya kandung 9 bulan (emergency caesarian). Saya tak mahu sesuatu yang buruk terjadi pada permata hati saya. Dan hari ini saya menulis untuk berkongsi pengalaman . Mungkin bagi mereka yang akan melalui perkara yang sama. Tetapi pengalaman yang saya tulis lebih kepadakelahiran kedua kerana semasa itu saya lebih bersedia dari segala aspek.


15 march 2007Dr sudah pecahkan ketuban dan masukkan air. Contraction datang setiap 2 minit. Muka Dr berkerut-kerut melihat graf CTG (husband yang perasan sebab saya dah terlalu sakit). Setelah 1 jam setengah di labour room saya ditolak ke OT. Saya menangis sepanjang perjalanan kerana rasa sakit dan TAKUT. Caesarian tak pernah ada dalam kamus hidup saya. Mujurlah Mr Hubby temankan saya sepanjang pembedahan. Aqil Zehni selamat dilahirkan jam 12.15 pm. Kata Dr jika baby lambat dikeluarkan dia mungkin lemas. Saya memang tiada persediaan langsung untuk melalui semua ini. Akibatnya


- Badan dan perut masuk angin 3 jam selepas operation. Sakitnya Allah sahaja yang tahu terutama di tempat jahitan (tekanan angin dari perut)
- Aqil hanya dapat saya mula susukan pada hari ke 3. Kesukaran untuk bangun membuatkan semangat saya hilang untuk bangun menyusukan dia. Kesian anak mama

19 march 2009
Saya hamil kurang dari 2 tahun. According to my gynae jika tiada sebarang masalah semasa proses kelahiran saya masih ada peluang untuk kelahiran normal. Gembira mendengarnya. Saya praktikkan segala petua-petua dan senaman supaya dipermudahkan bersalin. Tetapi pada masa yang sama saya turut membuat persediaan rapi kerana tahu saya ada peluang untuk dibedah lagi (Kata Dr jika overdue saya tak boleh di induce menggunakan tablet.)

Saya hanya merancang tetapi Allah lebih tahu apa yang terbaik. Walaupun kandungan mencecah 39 minggu ramai yang tegur perut saya masih tinggi ( In other word my baby still did not engage !). Selepas 2 hari berturut-turut membuat CTG , pada pagi 19 march Dr akhirnya memberitahu kami “our baby is not in a good condition ”. Hampir pitam saya mendengarnya. . 12.45 pm I was on the trolley , heading to OT. Sebaik saja perut saya “dibuka” saya dengar my gynae memberitahu pada suami saya ...baby cord round neck! (terbelit tali pusat)
Alhamdulillah Dini selamat dikeluarkan sebelum perkara buruk terjadi.

Preparation on medication
I bought NR confinement set (can be used for normal or c-sec) and gel haruan and ginger cream leesa formula. Mr Hubby also bought Gamogen for me (Thank u dear).. semasa mengandung berulang kali saya baca cara penggunaan set NR tu ..apa yang perlu buat kalau normal delivery dan apa yang perlu buat kalau c-sect. So the moment I was on my room after came back from OT :


1) Minta tolong mr hubby untuk sapukan minyak NR dan pakaikan stokin (bukan mengada-ngada ye..kalau c-sect memang the first few hours tak leh bangun..Thank u abang)
2) Sapu minyak pada perut (jangan sampai kena stiches), tengkuk belakang dan pinggang serta cream halia leesa pada dahi.
3) Makan gamogen


After 5 hours kesan bius dah hilang memang rasa berdenyut-denyut sakit . A few times adik-adik nurse yang baik tu datang offer me for penthidine but I reject (degil punya pasal..konon nak cuba bertahan). Petang tu Dr datang. Tengok saya restless sebab menahan sakit. Nasihatnya saya mesti ambil penthidine petang itu supaya dapat berehat dengan baik pada malam itu. Rehat penting untuk recovery process.Akhirnya saya mengalah


Malam tu rasa sakit operate dah kurang (powernye penthidine) tapi saya rasa lenguh belakang kerana asyik berbaring.. Saya sapu minyak angin berulang kali di pingang belakang dan tepi sambil berbaring. Alhamdulillah kurang skit lenguh. And on the next day bila dah mula berjalan saya sedar banyakknya “darah bantal” keluar..kata mama elok kalau “darah bantal” keluar. Alhamdulillah kali ni juga saya tidak diserang angin lagi.


Semasa ward round hari berikutnya Dr cadangkan saya penggunaan waist trimmer. Katanya waist trimmerr ni boleh hold otot perut kita masa berjalan (jangan hairan tengok orang yang baru lepas c-sect berjalan sambil mengampu perut..sakittttt dan ngilu pada stiches bila dah mula berjalan).. Midwife siap demo lagi cara nak pakai . Pakai kain batik dulu. Kemudian baru wrap waist trimmer atas kain tu. Jangan terlalu ketat atau longgar dan perlu berbaring semasa nak memakainya.Siapa yang ada budget lebih bolehla beli bengkung moden untuk c-sec (tapi mahal sikit). Yang Dr recommend ni murah je (brand Jullian jill. Boleh beli di stokis cosway .Harga kurang dari RM20). Kalau c-sect tak boleh pakai bengkung panjang awal-awal. Saya hanya mula memakai bengkung panjang selepas 2 minggu (setelah stiches kering)

Preparation on breastfeeding
Untuk second pregnancies saya kumpul info tentang posisi-posisi yang sesuai. Nurdini berjaya disusukan lebih awal (hari pertama) berbanding Aqil dengan posisi “lying down on side”. Saya ampu badannya dengan tuala tebal yang digulung. Dini yang kelaparan juga selesa dengan posisi ini..alhamdulillah. Cuma perlu berhati-hati supaya bayi tidak tersedak.


Lain-lain
Setiap hari saya berdoa semoga dipermudahkan bersalin. Doa Nabi Yunus memang tak putus-putus dari mulut saya. Saya berharap untuk kelahiran normal dan paling penting bayi saya selamat. Selepas pembedahan kali kedua saya tahu selepas ini pasti ada orang yang berkata “eh Caesar lagi ke? Kenapa tak cuba normal?”. Mujurlah mama saya sangat memahami (walaupun dia melahirkan kami 7 beradik secara normal). Kata mama “Kak ti patut bersyukur Allah kurniakan anak-anak. Allah lebih mengetahui bagaimana cara anak itu patut dilahirkan. Cuba fikirkan perasaan mereka yang tak ada anak..” (dalam keluarga kami memang ada yang tidak punya anak walaupun dah lebih 10 tahun berkahwin)..Alhamudlillah dengan nasihat mama saya lebih kuat.
Hajat saya untuk kelahiran normal tidak tercapai tetapi segalanya dipermudahkan pada hari itu. Kebetulan semasa saya turun tanda (Malam 18hb), minngu itu cuti sekolah jadi keluarga saya datang ke KL selama seminggu ..saya tak risaukan pasal aqil sebab dia ada opah, atuk, acu dan pakcik untuk melayannya di saat mr hubby bersama saya di hospital . Kalau bukan cuti sekolah sakit kepala saya risaukan tentang aqil yang manja (tambah-tambah lagi bila nak dapat adik). Sebagai guru mama tak boleh datang bila-bila masa . Saya request bilik single bed (untuk privacy dan senang keluarga melawat)...Semuanya penuh!!!!!. Akhirnya saya dapat bilik double tapi sepanjang 3 hari tiada patient lain yang masuk (bayaran charge for double bed room ...so murah sikit tapi tetap privacy. Hubby siap baring2 kat katil sebelah temankan saya. Bilik pulak dekat dengan counter nurse)..Alhamdulillah...

* Catatan di atas adalah secebis pengalaman saya. Saya bukanlah duta sebarang produk-produk di atas ye. Cuma ingin berkongsi apa yang telah saya lalui. Setiap ibu pasti melalui pengalaman berbeza. Pengalaman yang manis pasti akan dikenang ke akhir hayat dan pengalaman yang pahit pula akan kita terlupa setiap kali melihat tulus dan beningnya wajah anak-anak.

* Pic operation di atas hanya hiasan semata-mata. Kami tak pernah ambil gambar semasa pembedahan. Pic di bawah ialah gambar Nurdini sebaik selepas dikeluarkan dan diletakkan di bawah lampu untuk dipanaskan (di luar OT) .





3 comments:

Farra Da Smiley said...

kesian ibu muda tu..sampai hati ada yg bercakap C sec takyah meneran itu ini la..yg pasti itu sume kehendak allah..kita kene redha & kuatkan semangat kan ;)

ummi_yati said...

Saya faham perasaan ibu muda tu, sebab saya pun pernah mengalami pengalaman yg hampir di'operate' semasa melahirkan putera sulung. Disebabkan CTG menunjukkan heart beat baby really lowered, doktor mengesahkan tuk menjalani caesarean bg mengelakkan terjadi sstu perkara yg x diingini thdp baby saya. Semangat utk melahirkan secara normal, bagaikan gelap seketika bila dengar perkataan operate tu. Sesungguhnya perancangan Allah tu Maha Hebat...sementara menunggu OT free, sepanjang itu jugalah saya really berdoa dan berzikir pada Allah moga akan ada keajaiban saya boleh bersalin secara normal. Alhamdulillah...berkat doa dan solat hajat my hubby, bukaan servik dan progress heart beat anakanda semakin menunjukkan respon yg positif...setelah 7 jam bertarung nyawa merasakan sakit contraction...bersyukur ke hadrat Ilahi, Muhammad Wafi yg seberat 3.42kg telah selamat dilahirkan secara normal. Alhamdulillah...

DiZi said...

so true...walaupun tiada pengalaman dengan c-sect ni...tapi boleh je faham kenapa terpaksa di suruh pilih ke c-sect...

semua org kalau ada option mesti nk pilih for normal deliver kan??...
kenapa la org2 lain susah nk memahami??...



salam kenal...hehe