Setelah hampir dua bulan akhirnya blog ini di update juga. Banyak events yang berlaku selama 2 bulan ni. Memang teringin sangat nak letakkan di blog sebab blog ini ibarat diari Mama dan juga untuk tatapan anak-anak suatu masa nanti. Sebagai permulaan Mama letakkan entry ringkas setiap events. InsyAllah bila berkelapangan Mama akan buatkan entry khusus.
MAC 2012
Makan-makan keluarga sempena belated besday Mr Hubby and my mom and besday Aqil dan Dini. Mama buat moist choc cake (steam). Kebetulan my parents datang ke Subang. Dapatlah kami berkumpul adik beradik walaupun tak cukup semua. Resepi boleh lihat di sini. Memang sangat mudah nak buat sebab menggunakan sukatan cawan. Topping guna fresh cream. Main dish buat nasi beriani dan pasta bakar. Alhamdulillah semua orang suka. Hilang rasa penat memasak.
Tangan siapala yang tak sabar nak menggodek kek
Masa my mom datang juga dia sempat ajar Mama buat lolichoc. Dah belajar ni dapatla Mama buat coklat untuk makan sendiri, buat untuk goody bag birthday Aqil dan Dini dan hadiah guru sempena hari guru yang lepas. Alhamdulillah selepas berpencen Februari lepas my mom sekarang membuat homemade chocolates dari rumah. Website still under construction. Sesiapa berminat boleh lihat laman facebook RainTown Homemade Chocolates.
My retail therapy. Tahun ni Mama kembali memegang status sebagai pelajar untuk ijazah kedoktoran (PhD). Dapat voucher buku. Antara buku motivasi yang dibeli. Nak beli buku berkaitan pengajian tak ada yang bersesuaian sebab most of the time guna journals je. Buat PhD tak sesusah buat degree dulu kena baca buku siang malam dan attend kuliah. Tapi perjalanannya PhD ni memang penuh liku-liku dan dugaan. Ditambah dengan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Perlu banyak baca buku-buku motivasi.
APRIL 2012
Buat sambutan hari jadi Aqil dan Dini di nurseri. Terlambat sikit. Sepatutnya Mac tapi Mama terlalu sibuk. Terpaksa tangguhkan sebab hajat Mama tahun ni nak buat kek sendiri dengan edible image. Aqil pilih nak gambar Diego. Dini pulak gambar Dora. Malam sebelumnya Aqil dan Dini tolong Mama bungkus goody bag. Aqil pekerja yang berdedikasi. Maklumlah dah 5 tahun. Dini masih cheeky seperti biasa. Sambil tolong sambil "cukai" masuk mulut
Di nurseri.
Untuk goody bag kanak-kanak Mama buat lolichoc. Untuk teachers Mama buat praline chocolates.
Aqil suap Mama kek. Dia pun ternganga mulut
Dini pulak nak suap Mama
MAY 2012
Family vacation ke Cameron Highland bersama 10 orang kanak-kanak. Fuhhhh...sungguh mencabar. Tapi sungguh best dan bermakna.
0 comments:
Post a Comment