Setahun bersama UniFI

07 March, 2012

Assalamualaikum dan salam ceria

Bulan Mac ni sudah hampir setahun kami guna UniFI. Ramai jugak kawan-kawan yang tanya feedback dan minta tulis di blog tapi masih belum berkesempatan. Cuma yang boleh saya katakan

  • Internet lebih laju (berbanding kami pakai streamyx dulu). Kalau download atau upload file yang bersaiz besar takdelah tidur depan screen menunggu. Seperti biasa harus ada wireless network  jadi duduk mana-mana pun dalam rumah ni boleh guna internet
  • telefon ke talian tetap percuma - boleh gayut lama-lama telefon kampung ..Suke..suke..
  • Percuma IP TV @ Hypp TV
  • Bayaran tinggi sedikit berbanding streamyx (RM90) walaupun kami cuma ambil pakej terendah VIP 5 RM149 (tapi kami dan buat sedikit perubahan dalam rumah ni untuk budget 2012 ..nanti saya cerita next entry)
Alhamdulillah setakat ni tak ada masalah besar dengan UniFi. Ada jugak 2-3 kali connection problem jugak tapi Mr Hubby terus call buat report dan OK. Kalau kawasan lain tak pasti macam mana.




Cordless phone ni diberi percuma. Selain digunakan untuk menelefon talian tetap  percuma, ia juga digunakan untuk mengegarkan rumah mengejutkan sesiapa sedang tidur di atas. Kalau call handphone kadang-kadang tak dengar sebab dah kena hempap bantal.hihi

1 comments:

Anonymous said...

Cuma satu, banyak nau 'device'nya. Dengan adanya kanak-kanak riang dan berdaya saing dalam mencuba,sungguh khuatir tentang jangka hayatnya. Order UNIFI dari Jan sampai la, tak dtg2 kontraktornya. Ape cer? hehehe

-eibu05-